Satu

The Only Reason
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] [/CONTENTID1]

[CONTENTID2]Hari pertama aku di Korea dimulai dengan juraian air mata. Bukan atas sebab syahdu, sedih dan pahit dan sewaktu dengannya, tapi sebab aku tak tahan pedas yang amat sangat. Tteokbokki yang disuap terus membakar lidahnya sebaik sahaja aku menggigitnya. Sudah bergelas-gelas air yang aku telan, rasa panas membakarnya masih melekat, ditambah lagi dekahan tawa Amber yang berjaya mengenakan aku..

“Siot kau! Kata tak pedas!” Marah aku yang kemudiannya menyepak kaki Amber di bawah meja. Gadis tomboy itu tetap mengetawakan ku walaupun aku yakin bahawa sepakan itu menyakitkan juga sebenarnya.

Kali pertama kami bertemu adalah di tandas pagi tadi selepas aku sakit perut dan meluangkan masa berjam-jam di tandas dek masuk angin akibat tidak makan sejak sampai ke Korea. Dekat dalam kapal terbang pun aku cuma makan hidangan yang disediakan sahaja iaitu roti kacang merah dan air mineral. Keluar sahaja dari tandas, terdapat seseorang sedang berdiri menunggu di depan kubikel tandas itu. Aku agak terperanjat kerana Amber berpenampilan betul-betul seperti seorang lelaki. Rambutnya sangat pendek, berpotongan pixie dan berwarna dirty blonde. T-shirt yang dipakai adalah jenis crew cut tanpa menampakkan sebarang garis tubuh. Seluar pendek hitamnya tepat-tepat di atas paras lutut. Aku betul-betul ingatkan budak lelaki dah salah masuk tandas perempuan. Aku yang pada mulanya hendak menegur terdiam selepas Amber menegur dulu.

“Sakit perut ke?” Tegurnya. Aku terkedu sekejap sebab suara itu suara perempuan!

“Um... Haah.” Aku senyum nipis. Fuh... nasib baik aku tak sound tadi. “Tak makan sejak arrive pagi tadi.”

“Asal mana?” Tanya Amber lalu melangkah ke dalam kubikel. Pintu tandas masih ditahan tanda dia masih mahu berbual dengan ku.

“Ontario.” Jawab aku ringkas, masih bingung kenapa Amber tetap menunggu kubikel tandas yang aku telah guna. Sedangkan tandas lain masih kosong.

“Oh, berjiran kita rupanya.” Kata Amber ceria.

“Kanada jugak ke?” Aku bertanya balik.

“California.” Balas Amber sebelum dia ketawa terkekek-kekek. Patutlah dia kata berjiran. Amerika dengan Kanada memang sebelah menyebelah aje. Tapi California tu memang boleh tahan jauh dengan Kanada. “Kalau kau tak kisah, kita boleh pergi breakfast sama-sama. Kau tunggu kejap aku nak selesaikan urusan aku.”

Aku lantas mengangguk lalu melangkah ke arah cermin. Aku perhatikan penampilan ku yang sedikit kusam berbanding ketika aku di Kanada. Kalau di Kanada aku suka mengenakan pakaian berwarna ceria, dekat sini aku senang memilih warna gelap sebagai simbol kepada rasa tidak puas hati kerana dihantar ke sini. Tanda berkabung. Kononnya. Padahal baru hari pertama sampai sini.

Bayangkanlah aku yang berketurunan Korea ini langsung tak reti cakap Korea sepatah haram pun. Pada tahun terakhir aku di sekolah tinggi, bapa aku yang merupakan seorang pengarah filem indie menghantar aku ke Korea International School semata-mata kerana mahukan aku belajar dan menghayati budaya Korea. Macamlah aku kisah sangat pasal budaya asal keturunan aku. Sedangkan kehidupan aku di Kanada sudah cukup menyeronokkan, dikelilingi oleh ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa membuatkan hidup lebih bermakna. Bukannya aku tak tahu yang ayah menghantar aku ke sekolah ini supaya aku boleh lebih dekat dengan ayah yang sudah bercerai dengan ibu. Dek perasaan kasihan, aku turutkan jua kehendak ayah.

“Weh, nama kau apa? Aku lupa nak tanya tadi.” Teguran gadis tadi mengejutkan aku dari lamunan. Entah bila dia selesai dengan urusan dia. Tak perasan pula aku dia sudah berada di sisi. Pantas imej ayah yang hampir separuh abad itu aku padam dari benak.

“Wendy Son. Panggil Wendy je.” Kata aku, mengerling ke arah pantulan imej Amber dari cermin. Amber terangguk-angguk. “Aku Amber Liu. Panggil aku Amber.”

“Cina?” Teka aku setelah mendengar nama keturunan Amber. Amber angkat bahu semacam kurang peduli dengan keturunannya. “Amber Josephine Liu. Very feminine and chinese.”

Aku hanya mampu senyum. Nampaknya Amber pandai juga berseloroh. “Very.”

“Jom ah ke kantin. Aku lapar sangat dah ni. Kau bilik berapa?” Ajak Amber yang kemudiannya mula mengatur langkah ke koridor luar tandas.

“Aku bilik 409.” Ujarku, mengharap bilik Amber tidak jauh dari aku. Aku dapat rasakan Amber boleh ngam dengan aku.

“Lah... Aku 401. Depan bilik aku je rupanya.” Bersyukur aku sebab kami rupanya bukan setakat berjiran dari segi tempat lahir, malah bilik kami juga berjiran.

Kami berjalan di sepanjang koridor tingkat asrama kami. Memandangkan bilik aku dan Amber berada di bahagian hujung dekat dengan tangga, rasa macam sakit hati pula kena jalan jauh-jauh semata-mata hendak ke tandas. Cuba bayangkan kalau kau dah tak tahan sangat nak buang air, lepas tu kena sembelit pulak tu. Seksanya nak berlari ke tandas yang letaknya nun di hujung blok.

Amber singgah sekejap ke biliknya untuk mengambil handphone dan dompet. Dia pelawa aku untuk tunggu ke dalam, tapi aku pantas menolak dek segan. Yalah, mana tahu bilik dia masih belum berkemas macam aku, memandang kelas senior baru mendaftar kelmarin. Ramai lagi yang aku jangka belum sampai. Paling lewat pun malam ni sebab kelas akan bermula esok.

Aku pun tunggu saja di depan pintu, badan bersandar di dinding sambil menyilang lengan. Aku tak perlu ambil apa-apa dari bilik sebab casing phone aku pun dah seumpama dompet. Kad pengenalan, lesen, duit, semuanya aku sumbatkan dekat poket kecil casing phone aku yang berwarna merah hati.

Anak mataku melilau ke setiap struktur bangunan asrama yang kini menjadi rumahku untuk setahun ini. Setiap pintu bilik penghuni asrama dicat berwarna merah jambu menandakan gender penghuni. Untungnya sekolah ini menyediakan sebuah bilik setiap seorang pelajar yang memerlukan asrama. Walaupun yurannya agak tinggi, aku tak kisah sangat sebab ayah sanggup keluar duit. Saiz bilik  yang sederhana besar, cukup untuk memuatkan sebuah katil bujang, sebuah almari pakaian dan rak buku yang ditolak ke penjuru bilik, sebuah sofa dua tempat duduk di sebelah tingkap serta sebuah meja belajar bertentangan dengan katil. Aku dah cukup puas hati meskipun nyata sekali bilik aku di rumah lebih besar dan selesa dan penuh dengan poster muka taip mutiara kata di lekatkan ke dinding agar tidak kosong.

Siap lah nanti lepas aku bertenaga semula. Memang aku akan ubah suai bilik asrama aku nanti.

“Woi!” Pekikan itu membuatkan aku terkejut dan aku pantas mengalihkan pandang ke arah tangga yang dekat dengan bilik aku. Seorang lelaki tinggi lampai sedang berlari menuruni tangga dari tingkat atas yang merupakan tingkat asrama lelaki. Dia ketawa terbahak-bahak. Sempat menyedari aku yang berada di situ, dia melemparkan sebuah senyuman sebelum dia lesap dari pandangan. Kemudian, seorang lelaki bertubuh rendah turut berlari, mengejar lelaki tadi. Dia juga terlihat aku di si

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fairywall
#1
hello~

maaf kami menyemak jap.. ehem ehem..

ingin sesuatu tempat yg bertemakan ala2 fairy tales? ingin tempat yg indah? -kno... marilah join TINGKER FAIRY WORLD malay rp. rp ni sama je mcm rp lain-lain tapi kami akan cuba buat rp nie jadi aman damai..and aktif.. marilah penuhkan rp nie.. kedatangan anda amat di alu-alukan oleh kami.

http://www.asianfanfics.com/story/view/1077826
JEON_JI #2
Chapter 1: Daebak~ Apa yang Sehun cuba nak buat dekat Wendy sbrnya? Woe~ Curiousnyaaa...Update soon :D