Chapter 54
I Can't Stop Loving YouA/N : Chapter 54
Sejak Chanyeol kembali ke Seoul, dirinya tidak pernah tidak teringatkan si suami. Dirinya sangat merindui si suami. Apabila Chanyeol tidak dapat menahan rasa rindunya terhadap si suami, dia akan menaiki teksi dan meminta teksi memberhentikannya tidak jauh dari syarikat suaminya. Dia tidak berdaya untuk memunculkan dirinya di hadapan suaminya jadi dia hanya mampu melihat suaminya dari jauh. Dia akan memerhatikan segala pergerakan si suami. Dia melihat si suaminya seperti mayat hidup. Tidak bermaya membuatkan Chanyeol tertanya-tanya akan khabar suaminya sejak pemergiannya dirinya. Dia teringin untuk menyapa si suami walaupun hanya seketika.
Pada suatu hari, Chanyeol berjaya mengumpulkan keberaniannya, walaupun sedikit, untuk bertemu si suami. Chanyeol berjalan perlahan menghampiri suaminya yang ketika itu ingin keluar dari pintu depan syarikatnya, namun tindakannya terbantut apabila dia melihat suaminya kelihatan ceria apabila berbicara dengan seorang wanita cantik yang tidak dikenali.
“Who’s she?”tanya Chanyeol pada dirinya sendiri ingin tahu. Chanyeol menyembunyikan dirinya di sebalik pokok yang berdekatan dengan pintu depan syarikatnya. Dia melihat suaminya memasuki keretanya dan diikuti oleh wanita tersebut.
“They look so close.” Dia berasa cemburu. Tiba-tiba, dirinya teringatkan nota kecil yang ditinggalkan buat suaminya.
‘Please never find me! Forget me and st
Comments