Chapter 32
I Can't Stop Loving YouA/N : Chapter 32
Kini, sudah dua minggu Yifan mengakhiri hubungannya dengan Jessica. Jessica tidak langsung menghubunginya sejak peristiwa itu. Walaupun di sudut hati kecilnya tertanya-tanya akan Jessica namun Yifan membuat tidak peduli. Padanya, dia perlu memfokuskan hidupnya yang kini. Yifan menyiapkan dirinya untuk pergi ke kerja. Sejak dirinya berbaik dengan isterinya, mereka kini sudah tinggal sebilik. Walau bagaimanapun, mereka masih belum berhubungan sebagai suami isteri yang sebenarnya. Kali terakhir mereka berhubungan adalah ketika Yifan terlalu berasa cemburu terhadap orang-orang yang yang mendekati isterinya. Yifan tidak mahu mengulangi kesilapan itu lagi. Dia ingin hubungannya dengan isterinya itu pulih. Jadi, dia membuat keputusan untuk mengenali isterinya dengan lebih mendalam dengan mengajaknya isterinya keluar ‘dating’ pada hari Jumaat. Mereka akan mengambil separuh hari berkerja. Isterinya menolak pada mulanya, tetapi setelah diyakinkan, akhirnya isterinya bersetuju. Yifan berasa tidak sabar menanti hari itu muncul.
Yifan menandatangani dokumen terakhir yang berada di depannya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi. Yifan tidak terasa mahu melihat nama panggilan itu. Jadi, dia hanya membiarkannya. Fikirannya hanya tertumpu pada kerjanya. Lebih-lebih lagi dirinya berasa tidak sabar dengan temujanjinya dengan isterinya. Telefon itu berdering berulang kali. Akhirnya, telefon itu mati sendiri. Selepas itu, dia melihat jam tangannya.
‘It’s time.'
Yifan bangkit dari kerusinya. Dia bergerak keluar dari pejabatnya. Dia melangkah dengan penuh karisma menuju meja setiausahanya.
“Krystal.”panggil Yifan. Krystal memandang majikannya.
“Yes?”
“Today, I’m half day. If anyone ask me, tell them to see me next week. Okay?”ujar Yifan. Krystal menganggukkan kepalanya memahami.
“Okay. See you later.”Yifan kembali menyambung langkahnya lalu memasuki perut lif.
Chanyeol menyusun dokumen-dokumen penting ke d
Comments