Chapter 15
I Can't Stop Loving YouA/N : Chapter 15.
Kini, sudah hampir seminggu pertemuan mereka di Shabu Shabu Store. Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi Chanyeol bakal berkahwin dengan Yifan. Dia sedang menyiapkan beberapa tugasan sebelum dia mengambil cuti. Tiba-tibanya, pergerakan tangannya terhenti. Fikirannya melayang mengingati adiknya, Jongin.
“Hyung…”panggil Jongin. Chanyeol ketika itu sedang membasuh pinggan kotor di sinki.
“Yes?”tanya Chanyeol sambil memandang Jongin. Jongin terdiam. Dia menundukkan pandangannya. Chanyeol berasa pelik. Dia menghentikan kerjanya. Dia membasuh pinggan yang berada di tangannya dan menutup paip di sinki. Dia mengelap tangannya yang basah. Kemudian, dia memegang bahu Jongin.
“Are you okay, Jongin?”tanya Chanyeol prihatin. Jongin tidak menjawab. Chanyeol mengerutkan dahinya. Dia mengangkat wajah Jongin. Rupa-rupanya, Jongin sedang menahan kesedihan. Matanya merah. Chanyeol terus menarik Jongin dalam pelukannya.
“It’s okay to cry, Jongin.”ujar Chanyeol. Kata-kata Chanyeol membuatkan Jongin terus menangis. Chanyeol mengusap lembut belakang Jongin.
“Hyung…hyung…I’m sorry…sob…to snap…sob…”ujar Jongin tersangkut-sangkut cuba menerangkan. Chanyeol meregangkan pelukannya. Dia mengusap air mata Jongin.
“Jongin…”ujar Chanyeol sambil tersenyum. Jongin tersedu-sedu. Chanyeol membiarkan Jongin meredakan tangisannya.
“Hyung, forgive me?”tanya Jongin selepas tangisannya terhenti. Chanyeol tersenyum nipis.
Comments