Chapter 40
I Can't Stop Loving YouA/N : Chapter 40
Chanyeol tersenyum bahagia. Dia menepuk perlahan perutnya.
'Bao-bei, I can feel our child is growing.'
Chanyeol, ketika itu sedang berada di dalam kereta Junmyeon. Dia dalam perjalanan ke syarikat suaminya, Yifan. Dia berasa tidak sabar lagi untuk berkongsi berita gembira itu. Kereta yang dinaikinya berhenti di depan pintu masuk syarikat suaminya. Chanyeol keluar dari kereta itu setelah mengucapkan terima kasih kepada Junmyeon dan Yixing. Dia berjalan masuk menuju ke lif yang tersedia di ruangan lobi.
'Ting'
Chanyeol masuk ke lif tersebut. Dia menekan nombor '27' di lif itu. Chanyeol tidak dapat senyuman di bibirnya. Dia membayangkan reaksi Yifan apabila berita gembira ini dikongsikan bersama.
Pintu lif terbuka apabila lif itu sampai ke destinasinya. Chanyeol melemparkan senyuman kepada Krystal, setiausaha peribadi suaminya. Krystal membalas senyuman itu. Krystal ingin memberitahu bahawa Yifan ada tetamu. Tetapi, belum sempat dia berbuat sedemikian, Chanyeol telah berjalan masuk ke arah pejabat Yifan. Dia menolak pintu masuk pejabat suaminya. Namun, dia tidak sangka akan melihat sesuatu di luar jangkaannya.
Suaminya sedang memeluk bekas kekasihnya di sofa. Bekas kekasihnya itu pula berada dalam keadaan yang mencurigakan.
"Bao-bei!"Chanyeol terjerit kecil. Dia menekup mulutnya dengan tangan kirinya. Tidak percaya. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Chanyeol terus be
Comments