Chapter 23
I Can't Stop Loving YouA/N : Chapter 23
Kini, sudah seminggu Yifan dan Chanyeol hidup bersama di apartmen mewah milik Yifan. Walaupun mereka sudah bergelar suami isteri tetapi mereka tidak tinggal sebilik. Mereka pergi ke kerja bersama di syarikat setiap hari dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Yifan. Yifan sebenarnya lebih selesa memandu sendirian. Lebih-lebih lagi, dia kini sudah berkahwin. Setiap hari juga, Yifan pasti akan menerima sepucuk surat dengan sekuntum bunga ros daripada peminat rahsia. Pada mulanya, Chanyeol hanya membuat tidak tahu, namun entah sejak bila dia berasa ingin tahu akan gerangan yang menjadi peminat rahsia suaminya. Dia ingin bersemuka dengan suaminya akan hal itu tetapi dia tidak berani. Perasaan ingin tahunya semakin membuak-buak. Chanyeol mengeluh. Dia kemudiannya cuba melupakan hasratnya dengan menyibukkan dirinya dengan kerjanya. Dia tidak mempedulikan keadaasn sekeliling. Tiba-tiba, keadaan menjadi senyap. Chanyeol berasa pelik. Dia mengangkat kepalanya. Chanyeol memandang ke kiri dan ke kanan. Kemudian, dia menumpukan perhatiannya ke depan. Dia tergamam. Dia tidak percaya dengan apa yang dia nampak di depan matanya.
‘Yixing ge?’bisik hati kecil Chanyeol.
Fikirannya mula menggamit memori yang tersimpan kemas di kotak memorinya.
Chanyeol menyimpan bukunya ke dalam beg. Dia baru menamatkan sesi pembelajaran kelas intensif malamnya. Dia mengikuti kelas intensif malam kerana pada waktu siangnya dia bekerja mencari sumber rezeki. Baekhyun menegurnya daripada belakang.
“Chanyeol.”panggil Baekhyun. Walaupun Baekhyun mengikuti kelas seperti biasa pada waktu siang tetapi dia sering menemani Chanyeol ke kelas intensif malam.
“Yes?”sahut Chanyeol.
“Did you know about Yixing ge?”
“What about him?”
“He is transferred back to China.”
“So?”tanya Chanyeol pelik.
“I think now is the time to confess him about your feeling.”cadang Baekhyun. Chanyeol tergamam.
“Eh?”Chanyeol terkejut.
“Oh, you look surprised.”ujar Baekhyun. Dia kemudiannya mengunjukkan ke arah di mana Chanyeol selalu pandang. Kemudian, Chanyeol menundukkan wajahnya. Pipinya memerah. Dia berasa malu apabila dia tertangkap selalu memerhatikan gerak-geri crushnya, Yang Yixing yang ketika itu sedang berbual dengan rakan kelasnya.
“What? It’s not like I don’t know you have a huge crush on him.”ujar Baekhyun selamba.
“You know?”Chanyeol terkejut. Dia
Comments