EP9

Helo, Tuan Jackson Wang! (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

MARK sedang menikmati kopinya apabila Yunhyung dan Youngji sama-sama masuk ke dalam kafe. Hari ini Mark keluar makan tengahari seorang diri saja kerana Jackson keluar makan dengan ayahnya. Ada juga anak buahnya mengajak dia makan bersama tetapi dia menolak. Mahu bersendirian kononnya. Tetapi hakikatnya hati ini rasa sunyi tanpa kehadiran Jackson. Bukan gay okey! Dia cuma sudah terbiasa keluar makan dengan lelaki kelahiran Hong Kong itu sehinggakan tidak boleh keluar makan dengan manusia lain. Datanglah wanita paling cantik di dunia mengajak dia keluar makan sekalipun, dia tak akan keluar dengannya.

 

Selesai memesan makanan di kaunter, kedua sahabat baik itu duduk di satu tempat kosong dan mula berbual-bual rancak...sehinggalah Yunhyung tiba-tiba ternampak kelibat rakan tuannya yang sedang sibuk menghirup kopinya di satu sudut kafe.

 

"Weh, aku nampak Encik Mark tengah makan seorang dirilah dekat kafe ni."

 

Youngji yang sedang sibuk mengira wang kertas dalam purse-nya segera berpaling ke kiri dan kanannya. "Mana? Mana dia? Mana?"

 

"Ewah engkau, yang terlebih teruja ni kenapa? Kau ingat sikit, kau tu dah jadi girlfriend tuan. So tak payah nak menggedik dengan Encik Mark pula eh."

 

"Eh sejak bila pulak kau sokong idea gila tuan ni?"

 

"Sejak tuan upah aku untuk tengok-tengokkan kau semasa ketiadaan beliau."

 

"Patutlah kau bukan main ikut aku sampai ke tandas tadi. Dah jadi balaci tuan rupanya."

 

"Bukan balaci okey, aku ni up sikit dari balaci. Eh, kira okeylah dia upah aku untuk tengokkan kau. Dibuatnya dia upah si Wonho kaki propa tu macam mana? Tak ke naya kau kena berkepit aje dengan dia 24 jam?"Balas Yunhyung dengan suara ala-ala maknyah. Berkerut dahi Youngji mendengarnya. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepala sebelum mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam beg tangan yang dibawanya. Beg tangan itu pemberian Yunhyung ketika hari lahirnya tahun lepas. Dan sehingga sekarang dia menggunakan beg tangan itu ke mana sahaja dia pergi. Itu pun kerana sahabatnya itu yang selalu bebelkan dia. Kata Yunhyung, beg tangan merupakan satu aksesori yang penting untuk wanita...walaupun dia tahu Youngji bukanlah wanita yang bersifat seperti wanita biasa. Youngji manalah suka membawa beg tangan. Dia lebih suka membawa beg galas, senang katanya. Nasib baiklah sekarang Youngji lebih bersifat seperti wanita normal. Kalau tidak, sudah pasti sekarang dia membawa beg galas juga ke tempat kerja.

 

Youngji membelek-belek mesej KakaoTalk-nya. Kosong. Pelik, selalunya Jackson ada juga menghantar dia mesej. Mesej bersifat kerjalah. Tak akanlah mesej cinta pula! Tapi hari ini, telefonnya senyap tanpa mesej tuannya itu. Di pejabat pun lelaki itu tidak memunculkan diri. Mungkin sebab itu agaknya Encik Mark keluar makan seorang diri? Youngji berpaling lagi ke arah Mark yang sedang sibuk meneliti skrin telefonnya. Hah, mesej dengan makwe lettew!

 

"Babe, aku order macam biasa ya?"

 

"Iyelah."Balas Youngji yang masih lagi ralit merenung skrin telefonnya. Suasana mula sunyi sepi memandangkan Yunhyung pergi ke kaunter untuk memesan makan. Sehinggalah satu saat, tiba-tiba seseorang merampas telefonnya.

 

"Hei! Sapa bagi kau izin untuk rampas handphone ak- Tuan!"

 

"Kenapa awak tak jawab panggilan saya? Hmm?"

 

"Bila masa tuan call saya?"

 

"Pukul  1 tengahari tepat saya call awak. Tak dapat ke? Masalah line eh? Nak kata awak duduk dekat hutan, awak sekarang berada di ibu kota Seoul."Perli Jackson kerana geram. Berkali-kali juga dia menelfon setiausahanya itu tadi tapi langsung tidak berjawab. Akibat terlampau geram, dia menghantar mesej kepada Yunhyung. Lelaki itu merupakan satu-satunya pekerja bawahannya yang rapat dengan Youngji memandangkan kedua mereka merupakan kawan baik sejak zaman sekolah. Youngji sendiri pun saja memberitahunya bahawa dia selalu keluar makan dengan Yunhyung.

 

Jackson membelek-belek akaun KakaoTalk milik setiausahanya dengan muka selamba sebelum menyerahkannya kepada Youngji kembali. Kemudian, dia duduk di kerusi menghadap gadis itu, membuatkan sang setiausaha mengerutkan dahi. Dah kenapa dengan dia ni?

 

"Maaf tuan, saya set handphone saya ke mod senyap. Sebab tu saya tak perasan tuan call. Kenapa tuan call saya?"Tanya Youngji sambil memeriksa log panggilannya. Betullah...ada lebih 30 panggilan dari Jackson! Pelik, bagaimana tadi dia boleh tidak perasan pula notifikasi tentang panggilan itu sewaktu dia menyemak mesej akaun KakaoTalk-nya?

 

"Nevermind...Awak lunch seorang diri saja di sini, Cik Youngji?"

 

"Tak, saya datang dengan Yunhyung. Macam mana tuan tahu kami ada dekat sini?"

 

"Well, saya dengan bakal bapa mertua awak makan tengahari di restaurant depan kafe ini. Masa saya nak balik, saya ternampak kelibat awak dengan Mark dari luar kafe sebab saya parking kereta depan kafe ini. Kenapa awak tanya macam tu? Rindu sebab tak jumpa saya pagi tadi? Hmm?"Usik Jackson lagi dengan jongketan kening sebanyak dua kali berserta senyuman di bibirnya. Dan siapa tahu hati Youngji berdebar-debar ketika ini saat melihat senyuman milik tuannya itu!

 

"Buat apa nak rindu? Tuan takde, kerja saya pun sikit. Senang hati saya. Kalau macam tu, tuan pergilah tegur Encik Mark, Kesian dia makan seorang diri."Youngji pura-pura memandang ke arah lain, cuba untuk menyembunyikan rasa hatinya yang semakin lama semakin galak memuji betapa kacaknya lelaki bernama Jackson Wang ketika ini. Ya, dia memang nampak kacak dengan office wear yang dipakainya sekarang. Rambutnya pula...eh, sejak bila rambutnya berubah warna?

 

"Memang saya nak tegur dia tapi dia pula dah balik. Tak apalah, saya teman awak makan."

 

"Tuan lupa ke saya cakap apa tadi? Saya datang dengan Yunhyunglah."

 

"Yunhyung dah balik, mommy. Sebab itulah daddy nak temankan mommy."

 

Youngji meregus kecil. Dia dah start dah drama dia!

 

"Kenapa Yunhyung nak balik pula? Dia datang ke sini dengan saya."

 

"Sebab daddy yang suruh."

 

"But why?"

 

"Because I miss you, mommy. I wanna spend some time with you."

 

Mahu meletup jantung Youngji apabila tuannya itu tiba-tiba saja memegang dan mengucup tangannya. Dan kedengaran juga suara-suara pelanggan di kafe itu bercakap-cakap tentang mereka berdua, tentang betapa romantiknya Jackson kerana berani mencium tangan kekasihnya di tempat awam. Apa boleh buat, mereka nampak seperti kekasih di mata pelanggan-pelanggan tersebut kerana keduanya nampak secocok walaupun hakikatnya mereka cuma pasangan bos dan setiausaha sahaja.

 

"Apa kata daddy luahkan rindu bila kita balik nanti, okey?"Cepat-cepat Youngji menarik tangannya dari pegangan Jackson, membuatkan lelaki itu tiba-tiba tergelak kecil kerana Youngji mempamerkan muka annoyed dengan perbuatannya. Siap ketap gigi lagi tu!

 

Dengan ketawa kecil yang bersisa di bibirnya Jackson membalas,"As you wish, mommy!"

YUNHYUNG merengus kecil. Dia kini berada di restoren Subway, sedang menikmati sandwich ayam tandoori.

 

"Tak bole lupa itu subway chicken tandoorii taa bole lupa subway chicken tandooriii~~"

 

Itulah Yunhyung. Dia kesunyian sebenarnya kerana terpaksa makan seorang diri. Sebab itulah dia makan sambil nyanyi. Nasib baiklah tidak ramai pelanggan yang duduk berhampirannya, tak adalah dia berasa malu untuk menyanyi. Apa boleh buat, teman makan tengaharinya dikebas orang. Siapa lagi kalau bukan Youngji dan siapa lagi kalau bukan bos mereka yang merembat teman baiknya itu? Itu pun kerana Jackson yang menghantar mesej menyuruh dia memaklumkan lokasi serta menyuruh dia pergi dari situ. Kata Jackson, ada sesuatu yang perlu dia bincangkan dengan Youngji. Entah betul, entah tidak, tidak pula Yunhyung tahu. Tapi jika melihat dari gaya Jackson, Yunhyung tahu Jackson sebenarnya menggunakan alasan sebegitu untuk bertemu Youngji.

 

"Apalah nasib aku ni? Girlfriend tak ada. Ada kawan baik, bos pula suka berkepit dengan dia! Haihh, forever alone-lah aku jawabnya kalau terus macam ni."bebel pemuda itu sambil menikmati sandwich-nya. Seketika kemudia, telefon pintar miliknya di atas meja berbunyi tanda ada mesej masuk. Terus dia mengambil telefonnya. Mesej dari Youngji rupanya.

Youngjikabenarcintaitubuta  Maaf Yunhyung, aku blik ke pjbt dgn tuan. Baliklah nak. Pandai2 la aku blik sndiri nnti. 
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Akan diupdate bila dah mencapai 20 subscriber~~~~~~~~

Comments

You must be logged in to comment
BaechuJyuu #1
Chapter 11: Fast n furious sungguh Jackson
inaequanimous
#2
Chapter 11: Bertunang yay
Jungli_123 #3
Chapter 11: Baru up, pastu terus baca
BLINKforever #4
Chapter 10: Okay, saya tau ni inspired from TAM, tapi seriouslah kelaka lah bile dorang panggil mommy, daddy bagai XD macam fanfic je, erk geli-geleman bace, tpi worth it lah! wktu bace ni tk teringat muka jackson dgn oc pun, teringat muka aaron dgn zara zya jee :3
BaechuJyuu #5
Chapter 10: hahaha.. kan senang bila dah confess. tunggu si blur girl tu je nk sedar. X sabar tunggu next update
inaequanimous
#6
Chapter 10: Huyooooo ada kapel geumji r
Ngger0205 #7
Chapter 9: Wowowowowow... !!! Thanks author-nim for ur update.. hayati tunggu update terbarunya y.. penasaran ama kishny..
EyzaRoss89 #8
Chapter 9: Tak bole lupa itu subway chicken tandoori HAHAHA
Jackson dah ada rival, habislahhhh. Thanks for the update btw! I love your story, baca daripada mula sampai habis senyum sampai telinga! Dah macam orang gila xD
BaechuJyuu #9
Chapter 9: hahaha.. Habislah Jackson!
EyzaRoss89 #10
Chapter 8: Yeayyy update! Ala, cute-2 je Jackson dengan Youngji > < Eeeeeee, kenapa lah diorang berhenti tengah jalan, kalau tak.. xD
Btw, for those Jackji shippers, feel free to read my Jackji fanfic 'Complicated' <3 Ehh, sorry promote ^