EP2

Helo, Tuan Jackson Wang! (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

NAFAS Youngji turun naik ketika ini apabila melihat wajah lelaki di hadapannya. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lalui sekarang. Kenapa dalam ramai-ramai orang lelaki ini yang harus menjadi bosnya? Kenapa dia? Kenapa bukan crush aku?

 

“Whoa June, you gotta be kidding me. Perempuan yang takde adab sopan ni setiausaha aku?”Kedengaran suara Jackson berucap sambil menuding jari telunjuknya ke arah Youngji dengan muka kurang percaya. Dia tidak percaya perempuan yang melanggarnya tadi itu adalah setiausaha baharunya. Sempat lagi dia menjeling tajam ke arah Youngji yang kebetulan sedang berkelakuan sama dengannya. Mereka berbalas renungan tajam sehinggakan renungan tersebut boleh menghasilkan satu kuasa kilat. Tapi sayang itu semua cuma bayangan mereka berdua sahaja. Mungkin kerana mereka berdua kerap baca komik aksi agaknya.

 

Junhoe sudah mengerutkan dahi, pelik dengan reaksi yang ditunjukkan kedua mereka. Diperhatikan saja Jackson dan Youngji sebelum tiba-tiba seseorang mengetuk pintu bilik dan membukanya.

 

“Hah Mark, eloklah kau dah sampai. Penat aku tunggu kau belikan kami kopi.”ucap Junhoe kepada lelaki yang sedang berjalan ke arahnya sambil membawa satu plastik berisi beberapa bekas kopi yang dibeli dari kafe berhampiran syarikat. Youngji mahupun Jackson masih lagi gigih berbalas renungan sehinggalah lelaki yang Junhoe panggil Mark itu tiba-tiba berdiri di hadapan Youngji.

 

“Excuse me, bukankah awak yang saya jumpa di bus stop pagi tadi?”

 

“Eh, bukankah awak yang tolong saya pagi tadi? Awak buat apa dekat sini?”soal gadis itu hairan. Dia langsung tidak menyangka dia akan bertemu lelaki kesukaannya di situ buat kali kedua...

 

Mark tersenyum. “Actually hari ni hari pertama saya bekerja di sini. Saya ketua baru jabatan pemasaran, Mark Yi En Tuan but you can call me Mark. Nice to meet you, Heo Youngji.”

 

Ketua jabatan pemasaran? Bapak ah…No wonder dia nampak macam orang berpelajaran tinggi, rupanya pegang jawatan tinggi.…bisik gadis itu dalam hati sambil memandang ke arah lain. Entah kenapa hatinya berdebar-debar bila Mark merenung lama wajahnya dengan segaris senyuman di bibirnya. Jangan kau pengsan sudahlah Youngji oi.

 

“Whoa..sekejap! Macam mana awak tahu nama saya Heo Youngji?”

 

“Sebab Junhoe cakap dia akan perkenalkan setiausaha baru Jackson yang bernama Heo Youngji kepada kami so saya assume awaklah Heo Youngji yang Junhoe cakapkan tu. Am I right, dear?”Mark sudah mengangkat keningnya kepada Youngji. Cair gadis itu dibuatnya. Oh God, he call me ‘dear’!

 

Jackson dan Junhoe yang sedari tadi menjadi pemerhati sudah menggelengkan kepala melihat kelakuan sahabat mereka. Junhoe yang kurang suka dengan sikap flirty Mark terus menarik telinga lelaki itu jauh dari Youngji. Bukan apa, semak juga matanya bila melihat sahabatnya cuba memikat orang bawahannya. Youngji pun bukannya hodohnya sangat orangnya jadi tak peliklah kalau Mark si buaya darat atau tembaga atau apa-apa yang sewaktu dengannya cuba memikat gadis itu.

 

“Apa-apa pun June, aku tak mahu perempuan ni jadi setiausaha aku.”Jackson memberi kata putus. Dia kemudiannya duduk di sofa sambil menghirup kopi yang dihulur Junhoe kepadanya.

 

“Kenapa pulak?”Tanya Junhoe yang kurang senang dengan kata-kata temannya itu. Mark yang sedari tadi menjadi pendengar tidak berkata apa. Dia cuma berdiri di sebelah Youngji sambil menghirup kopinya. Dia tertanya-tanya mengapa Jackson tidak mahu Youngji menjadi setiausahanya.

 

“Sebab aku tak suka dia. Titik.”

 

Youngji sudah buat muka hambar. Baguslah, aku pun tak suka kau, mamat poyo!

 

Junhoe sudah ketawa mengekek mendengar jawapan Jackson. Berkerut pula dahi pemuda cina itu melihat sahabatnya ketawa. Kenapa mamat ni gelak pulak? Kelakar ke apa yang aku cakap tadi?

 

“Kalau kau tak suka dia, biar aku je yang ambil dia sebagai setiausaha aku. Habis cerita.”sampuk Mark pula. Bersinar-sinar mata Youngji mahupun Jackson mendengarnya. Kedua-duanya seperti menyukai cadangan lelaki itu.

 

“Kau jangan nak mengarutlah, Mark. Dan kau pulak Jackson, kau bagilah alasan banyak mana pun, Youngji akan tetap jadi setiausaha kau sebab aku dah usulkan pelantikan dia kepada pihak atasan dan mereka pun dah approve pelantikan dia sebelum kau datang sini lagi. So nak tak nak kau kena juga terima dia sebagai setiausaha kau.”

YUNHYUNG sedang menaip kertas kerja apabila tiba-tiba saja Youngji muncul di depannya dengan muka masam mencuka. Masamnya mengalahkan buah mangga yang belum masak! Berkerut-kerut dahi lelaki itu memerhatikan kawannya yang sudah duduk di kerusi di depannya.

 

“Kau dah kenapa buat muka masam mengalahkan buah oren ni? Buruk bebeno rupanya.”

 

“Tak kelakar, Yunhyung. Aku tengah bengang ni.”jawab Youngji dengan nada keras. Makin bertambah kerutan di dahi lelaki itu. Siapa pula yang membuatkan sahabatnya ini bengang? Setahu Yunhyung, Youngji ni susah bengang dengan sesiapa jadi dia tertanya-tanya jugalah siapakah gerangan manusia yang berjaya membuatkan gadis itu bengang.

 

Youngji menghela nafas apabila Yunhyung diam di meja kerjanya. Ah, dia berhajat mahu meluahkan rasa bengangnya terhadap bos baharunya itu kepada temannya itu tapi temannya itu nampaknya sedang sibuk menaip. Mungkin ada kertas kerja yang perlu pemuda itu siapkan. Perlahan-lahan gadis itu bangkit dari kerusi yang diduduknya dan berjalan ke ruang kerjanya yang terletak agak jauh dari ruang kerja Yunhyung. Malas pula mahu mengganggu Yunhyung.

 

Sementara itu, di bilik Junhoe, Jackson sedang sibuk menenangkan diri dengan menikmati kopi pembelian Mark yang masih bersisa di dalam cawannya. Mark sudah lama menghilangkan diri, itu pun kerana Junhoe yang membawa dia ke jabatan pemasaran untuk memperkenalkan dia kepada pekerja di situ.

 

Seketika kemudian, kedengaran pintu bilik dikuak perlahan. Muncul pula wajah yang membuatkan dia kembali bermasam muka. Si pembuka pintu, Youngji juga membuat muka yang sama namun bila tersedar orang yang dicarinya tiada, dia kembali menutup pintu. Dia mencari mantan bosnya Junhoe, kononnya untuk meminta lelaki itu menukarkan dia ke jabatan pemasaran. Dia lebih rela bekerja dengan jejaka pujaan hatinya, Mark daripada menghadap muka mamat berambut blonde itu. Sekali pandang pun dia tahu lelaki itu tidak sukakan dia. Kelakarnya, mereka tidak sedarkah mereka berdua berkongsi perasaan yang sama; sama-sama tidak menyukai diri satu sama lain?

 

Namun tidak sempat gadis itu menutup pintu, tiba-tiba kedengaran satu suara garau memanggilnya masuk. Berkerut-kerut dahi gadis itu mendengarnya. Kenapa mamat tu panggil aku pulak ni?

 

“Nak apa?”kasar saja Youngji bertanya. Dia sedang berdiri di hadapan Jackson yang sedang sibuk meneliti pada skrin telefon pintarnya.

 

“Esok saya nak bilik ni dihias sama macam dalam gambar ni.”

 

Jackson menunjukkan gambar satu ruang pejabat yang dihias dengan gaya moden di skrin telefonnya kepada Youngji. Gadis itu tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia hanya menghela nafasnya.

 

“Kenapa pulak saya kena hias bilik ni macam yang awak suruh?”


Agak berdesing juga telinga Jackson mendengar kata-kata yang keluar dari mulut gadis di depannya itu. Seumur hidupnya belum pernah lagi dia berjumpa seorang gadis seberani dan sekasar ini. Iyalah, bercakap dengan bos sendiri pun macam dia bercakap dengan kawan dia. Tiada panggilan bos pun untuknya. Inikah perempuan yang Junhoe cakap pekerja paling bagus dalam pejabatnya ini? Mengapa sikapnya berbeza dari apa yang Junhoe cakapkan?

 

Sebenarnya ketika ini rasa marahnya terhadap Youngji sudah hilang dibawa angin. Sekarang barulah dia sedar yang dia sebenarnya sudah membuatkan gadis itu terasa hati dengan kata-katanya tadi. Dia sendiri pun kurang pasti mengapa dia terlampau marah tadi. Mungkin kerana kepalanya agak sakit bile terhantuk dengan kepala gadis itu tadi. Sempat dicuri pandang wajah setiausahanya yang agak masam. Tiada segaris pun senyuman di bibirnya. Agaknya betullah dia terasa hati dengan aku sampai tak senyum langsung dekat aku.

 

“Sebab awak setiausaha saya. Look, Heo Youngji… Boleh tak awak bersikap profesional? Kita dekat pejabat sekarang.”

 

“Yang tidak bersikap profesional itu awak, bukan saya.”Youngji masih lagi tidak mahu kalah. Dia tidak akan mengalah sehinggalah lelaki itu tahu kenapa dia bersikap acuh tidak acuh terhadapnya.

 

“Okey, kalau awak marah saya sebab kata-kata saya tadi, saya minta maaf. Saya kalau marah memang terkeluar ayat kasar dan saya tahu salah saya sebab marah awak sedangkan awak dah minta maaf. Saya tak naklah bermasam muka dengan staf sendiri so please Heo Youngji, forgive your boss.”Ucap Jackson sambil merenung wajah Youngji di depannya. Sambil merenung wajah gadis itu sempat lagi dia membuat serangan mata anak anjing. Ala, buat-buat comellah katakan.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Akan diupdate bila dah mencapai 20 subscriber~~~~~~~~

Comments

You must be logged in to comment
BaechuJyuu #1
Chapter 11: Fast n furious sungguh Jackson
inaequanimous
#2
Chapter 11: Bertunang yay
Jungli_123 #3
Chapter 11: Baru up, pastu terus baca
BLINKforever #4
Chapter 10: Okay, saya tau ni inspired from TAM, tapi seriouslah kelaka lah bile dorang panggil mommy, daddy bagai XD macam fanfic je, erk geli-geleman bace, tpi worth it lah! wktu bace ni tk teringat muka jackson dgn oc pun, teringat muka aaron dgn zara zya jee :3
BaechuJyuu #5
Chapter 10: hahaha.. kan senang bila dah confess. tunggu si blur girl tu je nk sedar. X sabar tunggu next update
inaequanimous
#6
Chapter 10: Huyooooo ada kapel geumji r
Ngger0205 #7
Chapter 9: Wowowowowow... !!! Thanks author-nim for ur update.. hayati tunggu update terbarunya y.. penasaran ama kishny..
EyzaRoss89 #8
Chapter 9: Tak bole lupa itu subway chicken tandoori HAHAHA
Jackson dah ada rival, habislahhhh. Thanks for the update btw! I love your story, baca daripada mula sampai habis senyum sampai telinga! Dah macam orang gila xD
BaechuJyuu #9
Chapter 9: hahaha.. Habislah Jackson!
EyzaRoss89 #10
Chapter 8: Yeayyy update! Ala, cute-2 je Jackson dengan Youngji > < Eeeeeee, kenapa lah diorang berhenti tengah jalan, kalau tak.. xD
Btw, for those Jackji shippers, feel free to read my Jackji fanfic 'Complicated' <3 Ehh, sorry promote ^