EP1

Helo, Tuan Jackson Wang! (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

 

YOUNGJI menapak keluar dari apartment yang didudukinya dengan penuh tergesa-gesanya. Dia perlu cepat kerana dia sebenarnya sekarang sudah terlewat untuk ke tempat kerjanya! Ini semua salah dirinya juga, jika dia tidak teringin untuk menonton drama lakonan Park Seojoon kesayangannya secara marathon sehingga ke pagi sudah pasti dia tidak terlewat untuk ke pejabat sekarang. Sempat lagi dia menyumpah dirinya dalam hati kerana sikapnya itu.

 

Sampai sahaja dia di hadapan perhentian bas, dia menarik nafas lega melihat orang ramai yang masih menunggu ketibaan bas. Itu tandanya bas terakhir untuk pagi itu masih lagi ada. Youngji memerhatikan saja keadaan orang ramai disitu dengan penuh fokusnya. Sebenarnya dia bukan memerhati, lebih kepada mencari kelibat seseorang. Tidak berapa lama kemudian bibirnya mengukir senyum apabila irisnya ternampak kelibat seorang lelaki tinggi lampai berambut perang kecoklatan, segak dalam office wear-nya yang serba hitam.

 

“Ahh, kacaknya dia hari ni!”bisik gadis itu perlahan sambil terus memerhatikan kelibat lelaki pujaan hatinya dari jauh. Lelaki itu kini sedang fokus membaca sesuatu pada skrin telefon pintarnya. Nasib baiklah jarak mereka berdua jauh, kalau tidak sudah pasti lelaki itu perasan renungan Youngji terhadapnya kerana renungan gadis itu terhadap lelaki itu kelihatan agak menyeramkan sebenarnya. Mana tidaknya, dia merenung lelaki itu dengan riak wajah miang bercampur senyum meleret terukir di bibirnya. Dengan riak muka sebegitu, tidak mustahil dia boleh mendapat gelaran ert.

 

Youngji mencuri-curi pandang kearah lelaki itu lagi. Lelaki itu memang kacak orangnya dan dia selalu terserempak dengan lelaki itu pada waktu pagi sebegini kira-kira lima bulan yang lalu. Tapi sayang selama lima bulan tersebut Youngji tidak pernah pun tahu siapa nama lelaki pujaan hatinya itu. Apa yang dia tahu, lelaki itu gemar memakai pakaian berwarna gelap.

 

Seketika kemudian, bas yang ditunggu pun tiba. Dengan pantasnya Youngji cuba untuk menaiki bas itu tetapi apakan daya ramai pula orang di sekelilingnya. Maka berlakulah aksi tolak menolak sesama mereka untuk menaiki bas tersebut tapi sebenarnya mereka tak perlu buat begitu kerana bas tersebut kosong. Semua orang akan dapat tempat duduk masing-masing. Tapi apakan daya lagi buat kali kedua, nasi sudah menjadi kerak. Youngji yang berbadan kecil dan kurus itu menjadi mangsa tolak-menolak sehinggakan dia terjatuh keluar dari bas!

 

“Aduh… Bangang punya orang, ada ke patut dia tolak aku yang lawa ni keluar dari bas?”bebel gadis itu sambil cuba bangun. Inilah lumrah manusia yang bergantung harap pada pengangkutan awam. Kalau tak lalui acara tolak-menolak macam tadi pasti mereka tidak akan dapat naik bas. Nak buat macam mana, persaingan untuk menaiki bas awam terlalu sengit. Para pesaing pula terlalu kompetitif, sanggup buat apa saja untuk menaiki bas. Haissh, sabo jelah Youngji. Nasib baiklah skirt kerja yang dipakainya tidak terkoyak gara-gara acara tolak-menolak tadi. Kalau tidak sudah pasti dia menjadi tumpuan sekarang. Tak fasal-fasal jadi bahan tontonan percuma!

 

Kena tolak tu okeylah sebab dia faham semua orang mahu cepat untuk ke tempat kerja mereka. Tapi apa yang membuatkan Youngji bengang, semua yang bergelar manusia disitu cuma memerhatikan saja dia terjatuh. Tiada seorang pun yang baik hati mahu menghulurkan tangan untuk membantu dia bangun. Paling membengangkan, ada pula yang hanya tersenyum sinis dan ketawa melihat dia terjatuh! Youngji sudah menyeringai. Memanglah orang cakap kalau jatuh bangun sendiri, tapi tak akanlah nak tengok je orang jatuh kan? Ingat jatuh tak sakit ke? Ke diorang ingat badan aku ni dibuat dari besi?

 

Sedang Youngji sibuk menyumpah seranah manusia-manusia yang menolaknya tadi, tiba-tiba dia terperasankan bayang-bayang seseorang di sebelah bayang-bayangnya. Berkerut dahi gadis itu dibuatnya. Eh, siapa pula yang berdiri di depan aku ni? Terus dia yang sedang tunduk mendongakkan kepalanya ke atas.

 

“Cik okey ke?”

 

Terpaku seketika gadis itu mendengar suara yang keluar dari mulut manusia di depannya. Sudahlah mulutnya kini ternganga luas, barangkali kurang percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Mana tidaknya, lelaki pujaan hati sedang melutut di depannya!

 

“Err..not so okay…”

 

“Jom saya bantu cik bangun.”

 

Lontaran suara lelaki misteri itu membuatkan Youngji berada di awang-awangan. Lelaki misteri itu pula kini sedang menghulurkan tangan kepadanya. Dengan hati berdebar-debar Youngji menyambut huluran tangan lelaki itu dan dengan mudahnya dia ditarik supaya berdiri di depan lelaki itu.

 

“Jom naik bas, saya tahu kita sekarang dah sama-sama lewat.”Ucap lelaki itu lagi dengan senyuman di bibirnya. Merona merah pipi Youngji melihatnya. Kenapa senyuman dia manis sangat ni?

 

Tahniah Heo Youngji, dengan bantuan lelaki pujaan kau yang kau langsung tak kenal kau dapat naik bas hari ni! Dah lah duduk di sebelah dia pulak tu!,bisik hati kecil gadis itu sambil cuba mempamerkan muka setenang mungkin. Kang kalau asyik senyum memanjang nanti lelaki di sebelahnya akan fikir bukan-bukan pula. Orang cakap first impression itu penting bukan?

 

“Err…terima kasih encik sebab dah tolong saya tadi.”Youngji memulakan perbualan apabila bas yang dinaiki berhenti di lampu merah. Lelaki di sebelahnya yang sedang sibuk memerhatikan keadaan luar bas dari tingkap berpaling ke arah Youngji lalu mengukir senyuman.

 

“Ah, takde apalah cik. Memang tugas lelaki untuk membantu sesiapa yang dalam kesusahan, terutama sekali golongan perempuan.”

 

Walaupun ayat itu kedengaran biasa namun ia cukup membuatkan hati Youngji berbunga-bunga. Well, hati perempuan mana yang tak berbunga bila lelaki kacak berbicara dengan mereka sambil menghadiahkan senyuman?

 

“Tapi cik…tak pedih ke lutut cik tu?”

 

“Kenapa dengan lutut saya?”Soal Youngji pelik.

 

Lelaki di sebelahnya itu sekadar tersengih. Perlahan-lahan dia mengeluarkan sesuatu dari kocek kot yang dipakainya dan menunjukkannya di depan Youngji.

 

“Lutut cik terluka, mungkin sebab terjatuh tadi agaknya.”lelaki itu membalas sambil menampal plaster yang sudah dikeluarkan dari bungkusannya tadi ke lutut Youngji yang terluka itu. Bukan main fokus lelaki itu menampal plaster pada luka tersebut. Riak mukanya sekarang seolah-olah seperti seorang doktor pakar yang sedang bergelut membedah pesakitnya yang sedang nazak.

 

Youngji yang kini menjadi pemerhati sudah melompat-lompat dalam hati, terlampau gembira dengan apa yang dilaluinya sekarang. Tak sangka crush aku ni caring orangnya

“HAH, dah kenapa muka kau ceria semacam ni Youngji? Kau ada menang loteri ke? Kalau ada sedekah la sikit duit tu untuk aku, aku ni kan insan yang lemah lagi miskin.”Tegur teman sepejabat Youngji yang bernama Yunhyung itu sambil memerhati kelakuan rakannya di meja sebelah yang sibuk bernyanyi riang. Lagu yang menjadi pilihan sudah pastilah lagu Gap nyanyian Ken dan Hani kerana lirik lagu itu saja yang dia ingat. LOL.

 

Youngji yang masih sibuk menyanyi tidak mempedulikan kata-kata Yunhyung, sebaliknya dia berjalan ke arah pantri untuk membancuh nestum. Yunhyung yang tidak boleh duduk diam tengok orang bahagia mengikut langkah gadis itu dari belakang. Bukan apa, dia pelik melihat Youngji yang terlampau ceria pagi ini. Sudahlah gaya berjalannya seperti tidak mahu menjejak bumi, asyik melompat saja. Nasib baiklah pagi itu hanya mereka berdua sahaja di pejabat. Teman sepejabat mereka yang lain semuanya keluar atas urusan syarikat.

 

“Eh kau ni, sejak bila pulak aku main loteri ni? Tahu tak benda macam tu membazir duit je? Dari aku beli tiket loteri baik aku beli baju lawa-lawa dan ajak prince charming aku pergi candle-light dinner.”seperti biasa, Youngji memang suka berangan dan sudah pastilah Yunghyung sahaja yang menjadi pendengar setia angan-angannya itu.

 

Yunhyung sudah tersengih. “Oh, aku dah tahu kenapa kau terlebih ceria. Ni mesti sebab kau terjumpa crush kau dekat bus stop yang kau selalu tunggu bas tu kan?”

 

“Bingo! Kau macam ni memang dukunlah, tahu-tahu je apa yang aku lalui sekarang.”Sambil membancuh nestumnya Youngji duduk menghadap sahabatnya itu. Memang mustahil untuk dia berahsia dengan pemuda itu. Mana tidaknya, mereka sudah berkawan agak lama, sejak dari zaman tadika lagi sehinggalah mereka sama-sama bekerja di syarikat yang sama. Cuma sewaktu z

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Akan diupdate bila dah mencapai 20 subscriber~~~~~~~~

Comments

You must be logged in to comment
BaechuJyuu #1
Chapter 11: Fast n furious sungguh Jackson
inaequanimous
#2
Chapter 11: Bertunang yay
Jungli_123 #3
Chapter 11: Baru up, pastu terus baca
BLINKforever #4
Chapter 10: Okay, saya tau ni inspired from TAM, tapi seriouslah kelaka lah bile dorang panggil mommy, daddy bagai XD macam fanfic je, erk geli-geleman bace, tpi worth it lah! wktu bace ni tk teringat muka jackson dgn oc pun, teringat muka aaron dgn zara zya jee :3
BaechuJyuu #5
Chapter 10: hahaha.. kan senang bila dah confess. tunggu si blur girl tu je nk sedar. X sabar tunggu next update
inaequanimous
#6
Chapter 10: Huyooooo ada kapel geumji r
Ngger0205 #7
Chapter 9: Wowowowowow... !!! Thanks author-nim for ur update.. hayati tunggu update terbarunya y.. penasaran ama kishny..
EyzaRoss89 #8
Chapter 9: Tak bole lupa itu subway chicken tandoori HAHAHA
Jackson dah ada rival, habislahhhh. Thanks for the update btw! I love your story, baca daripada mula sampai habis senyum sampai telinga! Dah macam orang gila xD
BaechuJyuu #9
Chapter 9: hahaha.. Habislah Jackson!
EyzaRoss89 #10
Chapter 8: Yeayyy update! Ala, cute-2 je Jackson dengan Youngji > < Eeeeeee, kenapa lah diorang berhenti tengah jalan, kalau tak.. xD
Btw, for those Jackji shippers, feel free to read my Jackji fanfic 'Complicated' <3 Ehh, sorry promote ^