EP8

Helo, Tuan Jackson Wang! (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

 

YUNHYUNG memerhatikan Youngji yang sedang bercakap di talian dengan seseorang. Ketika itu mereka sedang bersiap-siap untuk keluar makan tengahari bersama. Jam di tangan sudah menunjukkan pukul 1.15 tengahari, bermakna mereka cuma ada 45 minit lagi masa untuk makan tengahari kerana waktu rehat tamat pada pukul 2. Beberapa minit selepas itu Youngji tiba-tiba mendekatinya dengan wajah yang masam.

 

"Babe, kau kenapa buat muka macam tu?"

    "Tuan tak bagi aku keluar makan. Dia suruh aku temankan dia semak proposal projek apa entah tadi sebab proposal tu nak dihantar ke pihak atasan untuk disemak sekejap lagi.  Arrgghhhh! Kenapalah time aku tengah kebuluran jugak dia nak minta tolong itu ini? Stresssss!"     "Laa, kau tak breakfast ke pagi tadi?"Yunhyung bertanya sambil merenung wajah sahabatnya di depan mata yang masih lagi mempamerkan mimik muka masam. Siapa tak buat muka sebegitu jika tak boleh makan bila sedang kelaparan? Yunhyung sudah menggelengkan kepala. Bosnya itu pun satu, kenapa tak minta Youngji semak proposal selepas makan tengahari saja? Melampau!     Youngji sekadar menghela nafasnya. "Semalam aku tidur lewat, itu yang bangun lambat sampai tak sempat breakfast."     Yunhyung menaikkan sebelah keningnya mendengar kata-kata temannya itu. "Kelmarin cuti kan? Kau ada keluar ke mana-mana sampai balik lewat malam ke? Wah engkau dalam diam dah ada pakwe lepas tu tak kasi tahu aku eh?"     "Pakwe celah mana pulak? I'm y, free and single...okay? Ha'ah, aku ada keluar pergi satu event  charity dengan tuan. Dari awal pagi sampai ke malam event-nya. Balik rumah tu aku terus terbongkang tidur dekat katil sebab letih."     "Event apa yang kau join dengan tuan sampai letih macam tu sekali? Ke kau dengan tuan ada buat something yang..."Tiba-tiba Youngji perasan senyum nakal yang mula terbit di bibir Yunhyung, membuatkan lelaki itu tiba-tiba mendapat satu hadiah dari temannya yang berupa satu tumbukan di perut. Terbatuk-batuk pemuda itu menahan sakit ditumbuk di perutnya.     "Lain kali kalau kau buat serkap jarang macam tu lagi, aku humban kau dari tingkat atas bangunan 50 tingkat ni! Eii dahlah, dari layan gila kau baik aku pergi tolong tuan semak proposal. Chiao!"     Terus saja Youngji menghayun langkahnya laju ke arah pejabat Jackson. Selepas mengetuk pintu pejabat lelaki itu, Youngji pun terus melangkah masuk apabila kedengaran suara garau ketuanya itu menyuruh dia masuk. Terangkat sebelah kening gadis itu tatkala memandang kelakuan tuannya yang sedang menyarungkan kot  merah hatinya ke badan. Dan dia nampak tersangat rileks pula ketika ini! Pelik, ke mana perginya lelaki berwajah garang yang memaksa dia menyemak proposal-proposal di atas mejanya tadi? Dia kemudiannya mengalihkan pandangan matanya ke arah meja kerja Jackson. Aik, mana perginya kertas proposal yang bertimbun tadi tu?     "Err...tuan, mana kertas pro-"     "Eh, awak tak bersiap lagi?"Soal Jackson sambil matanya ligat memerhatikan penampilan Youngji yang sedikit tidak bermaya. Matanya kuyu saja seperti menahan ngantuk. Penatkah dia gara-gara apa yang mereka lakukan semalam? Semalam? Spontan lelaki itu menepuk dahinya sendiri. Aduh Jakcson, ayat kau berbunyi pelik pula sekarang.     Sebenarnya selepas tamat event yang mereka hadiri kelmarin, Jiho mengajak kedua mereka pergi ke game arcade. Kononnya untuk melepaskan tekanan dengan mencuba segala jenis permainan di sana. Selepas puas bermain mereka pergi berkaraoke pula sehingga tidak sedar hari sudah bertukar malam. Tapi yang Youngji hairan, Jackson yang serius dan cerewet itu bila dengan adiknya bagaikan kerbau dicucuk hidung pun ada. Diikut saja kata-kata gadis itu tanpa sebarang bantahan. Dan semalam jugalah Youngji dapat melihat sisi baru Jackson. Siapa sangka lelaki seperti Jackson sebenarnya seorang yang sangat easygoing, sporting dan pandai menyanyi?     "Bersiap ke mana, tuan?"Soal Youngji hairan. Diperhatikan lagi Jackson yang sedang meneliti sesuatu pada skrin telefon pintarnya. Sebelah tangannya tiba-tiba membetulkan gaya rambut perangnya. (rujuk gaya rambut Jackson dalam MV If You Do)     "Kan saya dah cakap tadi yang kita akan keluar bertemu pelabur dari UAE? Awak lupa ke?"     "Bila masa tuan cakap macam tu dekat saya? Setahu saya tadi tuan minta saya semakkan proposal-proposal di atas meja tuan saja."     "Oh, saya takde beritahu awak eh? Okay, my mistake. Semua proposal tu saya dah siap semak dah tadi. Tinggal nak suruh Yunhyung tolong submit  ke pihak atasan je. Dah, pergi ambil handbag awak sekarang. Kita dah agak lewat dah sebenarnya ni."     Sang setiausaha sudah mengerutkan dahi. Biar betul dia dah semak semua proposal-proposal yang bertimbun di atas meja tu? Sambil dia berjalan keluar dari pejabat tuannya itu untuk mengambil beg tangan di mejanya dia berfikir kebarangkalian yang tuannya itu mungkin menggunakan magik untuk menyiapkan kerjanya. Tetapi tidak lama kemudian dia menepuk dahinya sendiri. Oh tolonglah Heo Youngji, jangan tunjuk sangat ke-otaku-an kau tu!   KEADAAN di sekeliling Youngji agak bising dengan suara tuannya yang sedang rancak berbual dengan para pelabur dari UAE. Sang setiausaha yang duduk bersebelahan tuannya itu sudah menyeringai melihat ruang kosong di atas meja depannya. Disebabkan rakan niaganya berasal dari UAE, Jackson membawa mereka makan di sebuah restoran mewah yang menghidangkan masakan arab. Dia sendiri sebenarnya memang sedang mengidam mahu makan makanan arab, sebab itulah dia membawa mereka dan setiausahanya ke situ.     Gadis di sebelah lelaki cina itu sudah resah sendiri. Beberapa kali dia menilik jam di tangannya. Lambat pula makanan sampai di meja mereka. Sudahlah Youngji kebuluran kerana tidak bersarapan. Gigih bukan main dia menahan bunyi perutnya memulas dari didengari manusia-manusia di hadapannya sekarang. Mahunya golongan korporat itu dengar malu juga dia nanti.     Seketika kemudian, pelayan datang menghidangkan pesanan mereka di meja. Meja panjang yang memuatkan lapan orang itu sudah mula dipenuhi dengan pelbagai jenis hidangan. Sekali lihat mereka seperti mahu berpesta pula dengan makanan yang banyak itu. Youngji menelan air liurnya saja tatkala melihat sebuah dulang yang dipenuhi dengan daging bakar. Dan baunya sungguh menyelerakan sekali sehinggakan dia tidak sedar perutnya berbunyi dan bunyi tersebut dapat ditangkap oleh pendengaran Jackson disebelahnya. Tergelak kecil lelaki itu dibuatnya.     "Awak okey, Cik Youngji?"Tegur Jackson separuh berbisik ke arah setiausahanya yang nampak seperti mahu menerkam seekor ayam panggang di atas meja. Youngji berpaling ke arah lelaki di sebelahnya dengan pandangan jengkel. Tak nampak ke muka aku yang sedang kelaparan sekarang?     "Shall we eat now, Jack? I'm starvinggggg."Rakan niaganya yang bernama Daniel itu sudah memegang perutnya tanda lapar. Rakan niaganya yang lain juga berkelakuan sama seperti Daniel. Jangan kata mereka, Jackson juga sudah kecur air liur melihat hidangan di depan mata. Ada nasi arab, ayam panggang, kari daging dan sebagainya. Youngji disebelah menanti saja kata putus dari tuannya. Cepatlah cakap kita boleh makan sekarang!     "Okay."     Jawapan pendek dari tuannya itu membuatkan sang setiausaha mahu menangis. Akhirnya dapat juga dia menjamah makanan setelah dari pagi dia menahan lapar. Pantas saja tangannya mencapai mangkuk berisi nasi dan mencedok nasi ke dalam pinggan di depannya. Kemudian mangkuk nasi itu bertukar tangan ke Jackson pula. Selesai mengambil nasi, Youngji memerhatikan ayam panggang yang terletak agak jauh dari tempatnya. Segan pula dia mahu meminta lauk berkenaan dari tangan rakan niaga tuannya itu. Akhirnya dia mengambil lauk yang terdekat saja sehinggalah tiba satu saat dia tersedar kewujudan seketul ayam bahagian peha dalam pinggannya. Eh?     Berpisat-pisat mata gadis itu melihat ketulan ayam tersebut. Spontan dia berpaling ke arah Jackson yang sedang mencedok kuah kari ke dalam pinggannya. Jackson yang tersedar renungan gadis itu berpaling ke arahnya dengan wajah selamba.     "Do you need something, sweetheart?"     Youngji pamer muka keliru. "Tuan!!"Jerit sang setiausaha separuh berbisik. Marah bercampur kurang senang dengan ayat lelaki itu tadi. Tanpa sedar jarak di antara mereka semakin rapat apabila Jackson mencondongkan badannya sedikit ke badan gadis di sebelahnya untuk mendengar apa yang dia katakan.     "Hmm? Awak panggil saya apa tadi?"     "Tuan jangan nak bergurau dekat sini. Kita kan tengah kerja sekarang?"     Daniel dan yang lain perasan kelakuan pasangan tersebut namun begitu mereka tidak mengendahkan mereka. Mereka cuma menikmati makanan sambil memerhatikan pas
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Akan diupdate bila dah mencapai 20 subscriber~~~~~~~~

Comments

You must be logged in to comment
BaechuJyuu #1
Chapter 11: Fast n furious sungguh Jackson
inaequanimous
#2
Chapter 11: Bertunang yay
Jungli_123 #3
Chapter 11: Baru up, pastu terus baca
BLINKforever #4
Chapter 10: Okay, saya tau ni inspired from TAM, tapi seriouslah kelaka lah bile dorang panggil mommy, daddy bagai XD macam fanfic je, erk geli-geleman bace, tpi worth it lah! wktu bace ni tk teringat muka jackson dgn oc pun, teringat muka aaron dgn zara zya jee :3
BaechuJyuu #5
Chapter 10: hahaha.. kan senang bila dah confess. tunggu si blur girl tu je nk sedar. X sabar tunggu next update
inaequanimous
#6
Chapter 10: Huyooooo ada kapel geumji r
Ngger0205 #7
Chapter 9: Wowowowowow... !!! Thanks author-nim for ur update.. hayati tunggu update terbarunya y.. penasaran ama kishny..
EyzaRoss89 #8
Chapter 9: Tak bole lupa itu subway chicken tandoori HAHAHA
Jackson dah ada rival, habislahhhh. Thanks for the update btw! I love your story, baca daripada mula sampai habis senyum sampai telinga! Dah macam orang gila xD
BaechuJyuu #9
Chapter 9: hahaha.. Habislah Jackson!
EyzaRoss89 #10
Chapter 8: Yeayyy update! Ala, cute-2 je Jackson dengan Youngji > < Eeeeeee, kenapa lah diorang berhenti tengah jalan, kalau tak.. xD
Btw, for those Jackji shippers, feel free to read my Jackji fanfic 'Complicated' <3 Ehh, sorry promote ^