EP6

Helo, Tuan Jackson Wang! (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

 

JACKSON membuang pandang ke arah papanya yang nampak begitu rancak sekali berbual dengan setiausahanya. Perlahan-lahan dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan. Pelik, mengapa papanya nampak begitu gembira sekali melihat Youngji? Tadi bukan main nampak terkejut, sekarang lain pula reaksinya. Apa dia suka betulkah dengan gadis itu sehinggakan tidak mahu berjauhan langsung dengannya?

 

"Termenung jauh nampak?"

 

Jackson tersentak apabila seseorang menyentuh bahu kanannya. Terus dia berpaling ke belakang. Reaksi lega menghiasi segenap inci wajahnya.

 

"Kau rupanya Nayeon, aku ingatkan Hani yang tegur aku tadi."ucap Jackson lagi. Dipandang sekilas wajah gadis di depannya sebelum kembali mengalihkan pandangan ke arah tempat papanya duduk sekarang. Nayeon pula sekadar tersengih sebelum mula melabuhkan punggung di kerusi sebelah Jackson. Dia turut sama meniru perbuatan Jackson.

 

Nayeon merupakan sahabat seuniversiti Jackson. Mereka agak rapat juga semasa zaman belajar dahulu sehinggalah Nayeon tiba-tiba meluahkan perasaannya kepada Jackson. Jackson pula menerima luahan perasaan gadis itu dan mereka muka bercinta sehinggalah sampai ke satu tahap mereka terpaksa berpisah kerana tidak sehaluan lagi. Namun begitu hubungan mereka masih lagi baik. Mungkin kerana Nayeon sekarang bercinta dengan sepupunya, Sehun setahun setelah perpisahan mereka. Jackson pula ketika itu sedang bercinta dengan Hani.

 

"Nampaknya kau dah punya pengganti baru ya, Jackson?"tegur Nayeon apabila terperasan jejaka di sebelahnya begitu ralit memerhati kelibat seorang gadis di sebelah Wang Jaeyoung, papa bekas teman lelakinya itu.

 

"Jackson dah ada girlfriend barulah, Nay."tiba-tiba Sehun yang muncul entah dari mana menyampuk perbualan mereka berdua. Dan seperti biasa, lelaki itu akan mengambil tempat di sebelah Nayeon, kononnya takut kekasih dan sepupunya itu kembali bercinta. Orang kata apa...cinta berputik kembali macam itulah. Dan disebabkan pemikiran sebegitulah Sehun selalu dimarahi  Nayeon dan Jackson. Kata mereka, tak mungkin mereka akan kembali bersama memandangkan masing-masing memang sudah tiada perasaan cinta antara satu sama lain.

 

"Oh, patutlah awak nampak lega semacam je."perli Nayeon dengan sengihan sinis. Jackson sekadar tersengih tatkala melihat reaksi sepupunya. Memang wajahnya nampak begitu lega, mungkin kerana Jackson kini sudah kembali bercinta. Jadi tak perlulah Sehun risau cinta kekasih dan sepupunya itu kembali berputik!

 

"Tunggu aku ada girlfriend baru kau nak lega? Teruk betul."

 

"By the way, kenapa pakcik nampak gembira betul berbual dengan girlfriend kau? Adakah itu tandanya pakcik merestui hubungan korang berdua?"ucap Sehun yang ternampak kelibat pakciknya dan Youngji sedang berbual rancak. Nayeon yang memang tertanya-tanya siapa kekasih baru Jackson meniru kelakuan Sehun yang sedang memandang ke arah papa Jackson. Spontan dia menekup bibirnya tanda terkejut!

YOUNGJI menghela nafasnya apabila Tuan Wang meminta diri ke tandas. Bermacam perasaan yang dia rasai sekarang terutamanya perasaan hairan. Dia hairan kerana dia boleh pula berbual-bual bapa tuannya tanpa rasa kekok sedangkan tuannya pula hilang entah ke mana. Boleh tahan kurang ajar juga Jackson kerana selamba badak sumbu saja meninggalkan setiausaha dengan papanya. Nasib baiklah Youngji jenis tak kisah sangat, dilayan saja Tuan Wang punya perbualan dengan sebaik mungkin. Dan tak sangka pula Tuan Wang jenis suka berbual. Banyak juga yang mereka bualkan terutamanya pasal Jackson.

 

Dan terima kasih kepada beliau, Youngji kini menyimpan beberapa 'rahsia' penting Jackson. Jadi andai kata lelaki itu tidak puas hati dengan dia dalam apa jua perkara nanti bolehlah dia blackmail tuannya itu! Hahah! Ke situ pulak kau fikir, Youngji.

 

"Dah habis sesi perbualan awak dengan papa saya?"

 

Youngji kenal suara garau itu. Siapa lagi kalau bukan Jackson? Youngji memerhatikan saja lelaki itu duduk di sebelahnya. Tersengih Youngji bila melihat Jackson menepuk-nepuk kerusi berspan itu terlebih dahulu sebelum duduk. Dia tahu sangat perangai tuannya yang tidak sukakan habuk itu.

 

"Tak pasti, sebab papa tuan ke tandas tadi. Tak tahulah kalau dia masih nak teruskan sesi perbualan kami lagi."balas gadis itu lalu menghirup kejap jus oren dalam gelasnya. Nasib baik  hanya dia dan tuannya saja yang duduk di meja itu. Kalau tidak takdenya dia berani memanggil lelaki itu tuan. Lama juga keadaan berubah senyap sebelum Jackson memulakan kembali perbualan.

 

"Cik Youngji, awak tak rasa ke awak ada buat salah hari ni?"

 

"Salah apa ek? Sebab saya rasa saya dah berlakon sehabis baik hari ni."dengan penuh yakinnya Youngji membalas. Dia memang yakin yang dia tak ada buat apa-apa salah pun malam ini sebab hampir semua orang di situ terutama sekali papa dan kawan-kawan Jackson percaya dia adalah kekasih lelaki itu.

 

Jackson sudah berpeluk tubuh sambil memandang muka setiausahanya di sebelah. "Are you sure?"

 

Terangkat sebelah kening gadis itu melihatnya. Kemudian dia meletakkan tangan kanannya ke dagu, cuba memikirkan apa-apa kesalahan yang dia mungkin lakukan sepanjang dia berada disini. Tapi Youngji hairan juga, perlu ke lelaki itu bertanya dengan nada sarkastik bercampur cemburu macam tu?

 

"I am. Tapi saya tak pastilah pulak kalau saya ada terbuat salah tanpa sedar. Kalau ada apa kata tuan-"

 

"Awak baru saja lakukan kesalahan yang sama buat kali kedua, sweetheart."

 

Youngji buat muka menyampah bila tuannya tiba-tiba buat muka miang. Makin menyampah bila lelaki itu menjungkitkan kening dengan pandangan menggoda ke arahnya.

 

"Alamak tuan, tiba-tiba rasa mual pulak tekak saya ni bila tengok orang tua depan saya ni buat muka miang."

 

"Orang tua awak cakap? Helo, umur kita cuma berbeza beberapa bulan je okey!"

 

"Iye ke? Tapi kenapa muka tuan nampak lagi tua dari saya?"

 

"Itu bukan tua, itu matang namanya."

 

"Kalau tuan matang takdelah tuan buat perjanjian mengarut ni."

 

"Mengarut-mengarut pun awak setuju juga nak buat kan?"

 

Youngji terdiam seketika. Tak tahu nak balas apa. Betul juga kata-kata Jackson. Mengapa dia bersetuju untuk membantu Jackson walaupun dia sudah tahu lelaki itu menawarkan perjanjian mengarut itu kepadanya? Senang saja jawapannnya. Semuanya gara-gara...

 

"Bayaran yang tuan tawarkan membuatkan saya tak boleh menolak permintaan tuan."

 

"Dah kali ketiga!"

 

"Apa yang kali ketiganya?"Youngji sudah menggaru kepalanya, tak faham apa yang Jackson cuba sampaikan.

 

"Awak dah buat kesalahan yang sama untuk kali ketiga."

 

"Kesalahan apa ni?"

 

"Bukan ke saya dah cakap tadi... Menjadi satu kesalahan apabila awak memanggil saya dengan panggilan 'tuan' sepanjang awak berada di sini walaupun hanya kita berdua saja yang ada pada ketika itu. Lupa ke?"

 

Youngji mengerutkan dahi mendengar kata-kata Jackson. Ingatkan salah apalah yang dia sudah lakukan tadi, rupanya salah sebab memanggil lelaki itu dengan panggilan tuan. Perlahan-lahan gadis itu menggelengkan kepala sambil tergelak kecil tanda geli hati. Jackson yang terperasan kelakuan setiausahanya itu apa lagi, terus bertanya dengan riak wajah hairan.

 

"Kenapa awak gelak?"

 

"Saya gelak sebab tuan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Akan diupdate bila dah mencapai 20 subscriber~~~~~~~~

Comments

You must be logged in to comment
BaechuJyuu #1
Chapter 11: Fast n furious sungguh Jackson
inaequanimous
#2
Chapter 11: Bertunang yay
Jungli_123 #3
Chapter 11: Baru up, pastu terus baca
BLINKforever #4
Chapter 10: Okay, saya tau ni inspired from TAM, tapi seriouslah kelaka lah bile dorang panggil mommy, daddy bagai XD macam fanfic je, erk geli-geleman bace, tpi worth it lah! wktu bace ni tk teringat muka jackson dgn oc pun, teringat muka aaron dgn zara zya jee :3
BaechuJyuu #5
Chapter 10: hahaha.. kan senang bila dah confess. tunggu si blur girl tu je nk sedar. X sabar tunggu next update
inaequanimous
#6
Chapter 10: Huyooooo ada kapel geumji r
Ngger0205 #7
Chapter 9: Wowowowowow... !!! Thanks author-nim for ur update.. hayati tunggu update terbarunya y.. penasaran ama kishny..
EyzaRoss89 #8
Chapter 9: Tak bole lupa itu subway chicken tandoori HAHAHA
Jackson dah ada rival, habislahhhh. Thanks for the update btw! I love your story, baca daripada mula sampai habis senyum sampai telinga! Dah macam orang gila xD
BaechuJyuu #9
Chapter 9: hahaha.. Habislah Jackson!
EyzaRoss89 #10
Chapter 8: Yeayyy update! Ala, cute-2 je Jackson dengan Youngji > < Eeeeeee, kenapa lah diorang berhenti tengah jalan, kalau tak.. xD
Btw, for those Jackji shippers, feel free to read my Jackji fanfic 'Complicated' <3 Ehh, sorry promote ^