EP3

Helo, Tuan Jackson Wang! (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

"HEO YOUNGJI!!"kedengaran suara si tuan memanggil setiausahanya yang  hilang entah ke mana. Pekerja bawahannya di luar bilik sudah berbisik sesama sendiri bila melihat tuan mereka keluar dari biliknya sambil melonggarkan tali lehernya dengan muka yang agak tegang. Yunhyung yang sedang sibuk membuat salinan kertas kerja yang diminta Jackson sudah menelan air liur sendiri tatkala melihat riak muka tuannya. Riak mukanya seperti mahu mengamuk. Dia tertanya-tanya apa yang Youngji sudah lakukan sehingga riak muka tuannya berubah tegang sebegitu rupa. Iyalah, sudah hampir seminggu Jackson menggantikan tempat Junhoe sebagai tuan mereka dan selama seminggu itu mereka tidak pernah melihat lelaki itu mempamerkan muka tegang atau marah. Selalunya lelaki itu bersikap kool saja.

 

"Mana Heo Youngji?"Tanya si tuan kepada salah seorang pekerja bawahannya, Tzuyu yang sedang sibuk bermain game Neko Atsume di telefon pintarnya. Terkebil-kebil gadis itu bila tersedar tuannya sedang berdiri di depannya mejanya. Cepat-cepat dia menyimpan telefonnya di dalam laci, bimbang lelaki itu ternampak apa yang sedang dia lakukan tadi.

 

"Youngji? Dia ada di pantri rasanya, tuan."

 

Jackson mengerutkan dahi. Pantri? Apa dia buat kat sana? Bukan aku suruh dia belikan aku penkek dekat kafe ke? Dengan nafas ditahan-tahan, lelaki itu berjalan meninggalkan Tzuyu dan mula menapak ke arah pantri. Dia kini sedang berdiri di pintu masuk pantri, memerhati setiausahanya yang sedang kusyuk membancuh kopi dengan kedua belah telinganya disumbat earphone. Barangkali sedang mendengar lagu agaknya. Jackson menghela nafas. Kepalanya digeleng perlahan sebelum dia menapak masuk ke ruang pantri dan melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi berhampiran.

 

Youngji yang masih lagi sibuk membancuh kopi tidak perasan akan kehadiran tuannya itu sehinggalah dia berpaling ke belakang sambil menatang satu dulang berisi secawan kopi panas dan sepinggan penkek lalu terlihat kelibat Jakcson yang sedang duduk di kerusi berhampiran. Mengucap gadis itu dibuatnya. Nasib baiklah dulang yang ditatangnya sekarang tidak terlepas dari tangan. Kalau tidak tak pasal dia kena ambil MC.

 

"Tuan! Tuan buat apa dekat sini?"

 

"Cari setiausaha saya je. Awak ada nampak dia tak? Tadi saya suruh dia pergi belikan penkek untuk saya tapi sampai sekarang dia tak muncul-muncul."sinis saja nada lelaki itu memerli Youngji. Siap buat muka smirk lagi. Diperhatikan saja setiausahanya yang sedang berdiri di depannya sambil tangannya diletakkan di meja untuk menongkat dagu.

 

Youngji sudah menyeringai. Dengan muka yang sengaja diseriuskan dia membalas,"Eh tuan ni, seriuslah tuan tak nampak setiausaha sendiri? Orang cakap kalau seseorang individu tu tak nampak benda depan mata itu maknanya malaikat maut tengah berdiri di sebelah dia sambil mengira detik kematian individu tersebut..."

 

"Jangan nak mengarutlah! Yang awak ni pulak, kan tadi saya suruh awak pergi beli penkek dekat kafe bawah sana tu jadi kenapa awak boleh berada dekat pantri sekarang? Saja nak menuang?"

 

"Mana ada tuan. Tuan ni, tak baik tuduh saya macam tu. Saya ni manalah reti menuang-menuang ni. Tuang air dalam cawan saya retilah. Ni, saya tengah bancuhkan kopi untuk tuan ikut resepi yang kawan tuan bagi sebab dia orang cakap tuan tak minum kopi lain selain kopi tu."terang sang setiausaha sambil meletakkan kopi yang dibancuhnya tadi  bersama sepinggan penkek betul-betul di depan Jackson

 

Terkulat-kulat lelaki itu melihat secawan kopi hitam pekat di depannya. Siapa pula yang bagitahu minah ni aku tak minum kopi dari luar? Sempat lagi dia berbalas pandang dengan Youngji yang sedang tersenyum ke arahnya sambil tangannya mengisyaratkan lelaki itu untuk menikmati kopi tersebut. Entah kenapa cair pula lelaki itu melihat senyuman setiausahanya itu. Dadanya tiba-tiba berombak hebat. Apakah makna semua itu?

 

Youngji pula sudah mengetap bibirnya sendiri tatkala melihat tuannya yang masih lagi merenung air kopi di depannya. Alamak, kenapa dia tak minum kopi aku buat tu? Dia tak sudi ke? Aku bancuh dengan penuh kasih sayang kut, siap ikut sebijik-sebijik petua yang diberi untuk bancuh kopi ni. Dahlah susah gila nak bancuh kopi ni,omel Youngji dalam hati. Memang susah untuk dia bancuh kopi buat tuannya itu. Menurut info yang dia peroleh daripada rakan sejawatan Jackson iaitu Mark, Jackson memang kurang gemar minum kopi dari luar kecuali kopi yang dibancuh oleh Mark. Setiap hari Jackson merembat air kopi bancuhan Mark yang lelaki itu bawa dari rumah. Disebabkan itu dia selalu membawa da bekas air kopi k pejabat. Satu untuk dia dan satu untuk Jaackson. Mark pula memang pakar bancuh kopi memandangkan dia pernah bekerja sebagai barista di coffee house milik ayahnya sebelum dia bekerja di syarikat tempat dia bekerja sekarang. Kiranya Mark punya ilmu bancuh dan cara untuk menyedapkan kopi.

 

Lama juga Jackson merenung cawan berisi kopi itu sehinggalah akhirnya dia mencapai cawan itu dan menghirup sedikit air kopi di dalamnya.

 

"Haa, macam mana tuan? Okey tak kopi tu?"tanya Youngji.

 

Jackson menggumam agak lama. Dahinya berlipat-lipat menahan kerutan. Dia hairan sebenarnya bagaimana kopi yang setiausahanya itu bancuh mempunyai rasa yang sama dengan kopi yang selalu Mark bancuh untuknya. Bukan apa, Mark pernah memberitahu dia bahawa tidak semua orang boleh membancuh kopi yang mempunyai rasa sama seperti yang dia bancuh. Ini kerana lelaki itu menggunakan cara yang agak susah dan unik untuk membancuh kopinya dan cara itu hanya dia dan ayahnya saja yang tahu. Tidak semena-mena timbul rasa kagum di hati lelaki berketurunan cina itu terhadap Youngji. Dia kagum kerana gadis itu berjaya membancuh kopi kegemarannya.

 

"Hmm...bolehlah."

 

"Bolehlah je? Hampir dua jam kot saya bancuh kopi tu untuk tuan."

 

Jakcson mengerutkan dahi. "Dua jam? Jangan nak kelentonglah. Awak baru keluar dari pejabat setengah jam yang lepas."

 

"Ala tuan ni, gurau sikit pun tak boleh. Okeylah, tuan makanlah dulu. Saya nak sambung buat kerja saya dulu."ujar Youngji sambil melangkah keluar dari ruang pantri pejabat. Memang dia perlu kembali menyambung kerjanya. Lelaki bernama Jackson Wang Ka Yee itulah yang memberi dia kerja yang agak banyak.

 

"Eh, eh...siapa bagi awak izin pergi sambung buat kerja awak?"soal Jackson yang tiba-tiba bangkit dari duduknya dan menarik bahu setiausahanya dari belakang, memaksa gadis itu berpaling ke belakang dan entah bagaimana dia hilang imbangan lalu terjatuh tapi nasib baiklah Jackson sempat mencapai pinggang Youngji dan merangkulnya supaya tidak terjatuh. Bukan main laju jantung gadis itu berdegup dek kerana terkejut dan berdebar kerana lelaki di depannya sekarang sedang merenungnya.

 

Ish...dah kenapa tuan aku ni tengok aku macam tu? Creepyyyy...,bisik hati kecil Youngji sambil cuba mengalihkan pandangannya. Malu? Mestilah malu. Siapa tak malu jika lelaki merenung mereka dengan jarak di mana hidung mereka hampir bersentuhan? Jika Youngji sedang resah sekarang, lain pula dengan Jackson. Dia nampaknya begitu menikmati saat ini. Pinggang setiausahanya masih dirangkul erat dan belum dilepaskan. Wajah cantik setiausahanya itu diteroka penuh minat. Hmm..agaknya dia ni dah berpunya ke belum ya?

 

"Opps... Sorry, tak sengaja."ucap Jackson bila tersedar Youngji berdehem agak kuat. Dia seperti tersedar dari lamunan panjang. Serta-merta dia melepaskan rangkulan pada pinggang gadis itu dan serentak itu juga badan gadis itu terjatuh ke lantai.

 

"Aduh... Tuan!! Sampai hati tuan jatuhkan saya!"

 

"Ops... Sorry, sorry!"cepat-cepat Jackson menghulurkan tangan ke arah Youngji yang sedang sibu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Akan diupdate bila dah mencapai 20 subscriber~~~~~~~~

Comments

You must be logged in to comment
BaechuJyuu #1
Chapter 11: Fast n furious sungguh Jackson
inaequanimous
#2
Chapter 11: Bertunang yay
Jungli_123 #3
Chapter 11: Baru up, pastu terus baca
BLINKforever #4
Chapter 10: Okay, saya tau ni inspired from TAM, tapi seriouslah kelaka lah bile dorang panggil mommy, daddy bagai XD macam fanfic je, erk geli-geleman bace, tpi worth it lah! wktu bace ni tk teringat muka jackson dgn oc pun, teringat muka aaron dgn zara zya jee :3
BaechuJyuu #5
Chapter 10: hahaha.. kan senang bila dah confess. tunggu si blur girl tu je nk sedar. X sabar tunggu next update
inaequanimous
#6
Chapter 10: Huyooooo ada kapel geumji r
Ngger0205 #7
Chapter 9: Wowowowowow... !!! Thanks author-nim for ur update.. hayati tunggu update terbarunya y.. penasaran ama kishny..
EyzaRoss89 #8
Chapter 9: Tak bole lupa itu subway chicken tandoori HAHAHA
Jackson dah ada rival, habislahhhh. Thanks for the update btw! I love your story, baca daripada mula sampai habis senyum sampai telinga! Dah macam orang gila xD
BaechuJyuu #9
Chapter 9: hahaha.. Habislah Jackson!
EyzaRoss89 #10
Chapter 8: Yeayyy update! Ala, cute-2 je Jackson dengan Youngji > < Eeeeeee, kenapa lah diorang berhenti tengah jalan, kalau tak.. xD
Btw, for those Jackji shippers, feel free to read my Jackji fanfic 'Complicated' <3 Ehh, sorry promote ^