EP5

Helo, Tuan Jackson Wang! (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

"TUAN NAK KAU JADI KEKASIH DIA?"

 

Itulah ayat yang keluar dari bibir merah jambu Yunhyung apabila Youngji menceritakan kejadian  kelmarin. Bukan sengaja dia menceritakan hal itu kepada Yunhyung  tapi Yunhyung asyik menyoal dia tanpa henti tentang apa yang sahabatnya itu bualkan dengan tuan mereka di pejabat. Dan Youngji pula, kerana tidak tahan disoal bertubi-tubi dek Yunhyung terus memberitahu hal sebenar. Apa lagi, bukan main terkejutlah pemuda itu mendengarnya. Siap ternganga lagi, kurang percaya dengan apa yang dia dengar dari mulut Youngji.

 

Tapi Youngji pun sebenarnya bukan boleh percaya sangat. Selama dia berkawan dengan gadis itu banyak kali jugalah dia menjadi mangsa penipuan Youngji. Tak, bukan mangsa penipuan multi level marketing tetapi mangsa gurauan. Gurauan Youngji kadangkala selalu juga mencapai tahap merapu dan ironinya Yunhyung boleh pula mempercayai gurauan-gurauan tersebut. Pernah sekali Youngji menipunya dengan mengatakan dia bercinta dengan Hongbin, salah seorang pelajar lelaki paling popular di sekolah dan dia mempercayainya kerana dia nampak Youngji kerap keluar berdua dengan pemuda itu sedangkan hakikatnya mereka berdua adalah ahli kelab teater yang kerap keluar kerana perlu membeli barang-barang untuk teater sekolah.

 

"Tak sangka Tuan Jackson yang segak dan kaya tu punya taste yang low class."sambil berucap pemuda itu menilik badan sahabat baiknya dari atas ke bawah. Youngji sudah menyeringai.

 

Puk! Satu tumbukan singgah di perut Yunhyung, lantas membuatkan lelaki itu mengerang kesakitan. Youngji di depannya sudah tersenyum, puas kerana dapat menumbuk pemuda itu. Itulah, siapa suruh kutuk Youngji lagi? Kan dah kena?

 

"Padan muka, siapa suruh kau kutuk aku tadi? Kan dah kena sebijik."

 

Yunhyung yang masih lagi memegang perutnya yang sakit gara-gara ditumbuk Youngji tadi hanya mampu senyum senget. Dalam hati sempat lagi dia berfikir, mungkin inilah yang orang cakap kerana pulut badan binasa... Eh, kenapa lain macam aje bunyinya?

 

“Betullah apa aku cakap. Tak akanlah taste tuan kita yang grand tu macam kau? Kau tu dah la selekeh, tomboy, tak lawa pulak tu.”

 

“Memang mulut kau ni berpuaka sejak keluar dari perut mak kau eh? Kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak macam mana aku boleh tahan dengan serangan mulut puaka kau selama ni.”bebel Youngji sambil menggaru kepalanya. Nasib baiklah dia sekarang sedang sibuk menjemur kain di ampaian. Kalau dia sedang memasak sekarang sudah pasti Yunhyung memarahinya nanti. Pemuda itu pantang benar melihat orang menggaru kepala ketika memasak, kotor katanya. Nanti tak memasal masuk kelumumur dalam masakan.

 

“Itulah orang cakap, cinta itu buta.”selamba saja Yunhyung membalas sambil tangannya ligat memerah cadar milik Youngji. Hari ini cuti jadi dia datang melawat gadis itu, kononnya untuk bermain PS4 bersama tapi sebaliknya pula yang berlaku. Kini, dia menjadi hamba basuh dan jemur pakaian Youngji pula. Lepas selesai sidai semua pakaian yang dibasuh barulah Youngji mahu bermain PS4 dengannya. Tak apalah, demi PS4 Youngji dia sanggup jadi hamba.

 

Youngji yang sedang menyidai langsir di ampaian sudah mengerutkan dahi mendengar ayat temannya itu. “Apa kaitan pulak mulut puaka kau dengan cinta itu buta? Jangan cakap kau saja nak test kau punya pick-up line dengan aku pulak. Aku hempuk kau pakai bakul kain ni kang.”

 

“Dari aku test dekat kau, baik aku test dekat si Tzuyu tu. By the way, kau seriuslah pasal tuan nak kau jadi kekasih dia?”

 

“Hmm, kau percaya ke cakap aku ni Yun? Muka aku ni nampak macam boleh dipercayai ke? Nampaknya kau memang tak belajar dari kesilapan silam kau.”

 

“Tak payah nak bermadah dengan akulah. Aku agak dah kau kelentong aku. Aku takkan tertipu buat kali yang ke lima puluh tau!”

 

Youngji cuma ketawa. Namun sambil ketawa sempat jugalah dia teringat kembali perbualan dia dengan tuannya kelmarin. Perbualan tentang dia yang nyaris-nyaris menjadi ‘kekasih’ lelaki itu.

 

“APA yang tuan maksudkan dengan hati dan perasaan tuan tu?”soal Youngji hairan. Wajah tuannya direnung dalam-dalam. Jackson juga berbuat perkara sama. Matanya ralit merenung anak mata milik setiausahanya itu.

 

“Itu bergantung kepada bagaimana awak menafsirkannya.”

 

“Tuan, boleh tak tuan cakap straight to the point sebab saya ni tak faham bahasa kiasan orang zaman dahulukala.”

 

“Saya dah cakap dengan terang dan jelas dah tadi, tak kanlah awak masih tak faham lagi? Apa guna belajar sampai dapat ijazah kalau awak tak faham apa yang bos awak cakapkan?”

 

“Macam mana saya nak faham kalau saya cuma ada ijazah dalam bidang kesetiausahaan saja? Lainlah kalau saya ambil ijazah dalam bidang sastera. Jangan kata maksud tersurat, maksud tersirat dengan isi hati tuan sekali pun saya boleh baca dan faham.”Youngji tidak mahu mengalah.

 

“Kalau macam tu, cuba baca isi hati saya sekarang. Mana tahu awak ada bakat jadi ahli nujum.”

 

“Kalau saya ada bakat sebegitu tak adalah saya bekerja dengan tuan sekarang. Apalah tuan ni. Lagipun kalau saya ada bakat sebegitu sekalipun saya tak mahu baca isi hati tuan.”

 

“Kenapa pula? Takut dalam hati saya ada nama awak?”

 

Tersedak gadis itu mendengarnya. Nasib baiklah sekarang dia tidak minum kopi. Kalau tidak mahu tersembur kopi diminumnya ke muka tuannya itu. Tak memasal kena bebel berbakul-bakul nanti. Bukan dia tidak tahu sikap Jackson yang suka membebel itu.

 

“Tuan ni saja nak test pick-up line tuan dekat saya sebelum guna dekat perempuan lain ke apa?”

 

“Test? Buat apa nak test kalau awak targetnya.”makin lama makin melebar pula senyuman yang perlahan-lahan muncul di bibir lelaki cina itu. Nasib baiklah Youngji dapat menahan warna pipinya dari berubah merah. Kalau tidak…mahu merah macam tomato mukanya nanti!

 

“Malaslah nak layan tuan. Baik saya pergi siapkan kerja saya dulu.”cepat-cepat gadis itu bangun dari kerusi yang didudukinya tadi dan melangkah laju ke arah pintu. Tidak sampai beberapa saat, gadis itu sudah hilang dari pandangan mata Jackson.

 

Jackson mengeluh. “Susah betul nak pikat si hati batu ni,”

SELEPAS beberapa jam bermain PS4 dengan Youngji, Yunhyung meminta diri untuk pulang. Katanya kerana mahu singgah ke rumah ibunya yang terletak di pinggir kota. Youngji tidak melarang, bahkan dia menghalau pemuda itu keluar dari rumahnya. Haha, tak adalah. Youngji bukanlah sejahat itu.

 

Pergi sahaja sahabat baiknya itu dari rumahnya, Youngji pantas berbaring di tengah-tengah rumahnya. Ruang tamu rumahnya agak besar jadi tiada masalah baginya untuk berbaring, bergolek mahupun berparti di situ. Tapi Youngji bukanlah kaki parti macam Yunhyung jadi tiada sebab untuk dia mengadakan sebarang jenis parti di rumahnya. Sambil berbaring dia terbayang pula wajah Mark pujaan hatinya. Alahai Encik Mark, kenapa handsome sangat? Saya tak kuat tengok muka awak!

 

Tapi entah bagaimana bayangan wajah tuannya pula tiba-tiba muncul di mindanya sekarang. Terus Youngji menghalau jauh-jauh bayangan itu tetapi makin dihalau makin dia teringat pula pada lelaki berambut perang itu.  Paling tak boleh blah, dia terbayang pula saat dimana tuannya itu memeluk pinggangnya di depan Hani tempoh hari.

 

"Hisyy, apa kena dengan aku ni? Tiba-tiba je teringat dekat tuan? Adakah ini tandanya tuan pun ingat dekat aku jugak? Eh, apa yang aku merapu ni."omel gadis itu sendirian sambil berguling ke kiri dan ke kanan. Nasib baiklah dia tinggal sendirian. Jika dia tinggal berdua dengan teman serumah, mahu hairan bin ajaib teman serumahnya melihat kelakuannya itu.

 

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 1 tengahari. Youngji terperanjat. Tak sangka masa berlalu terlalu lambat. Seingatnya tadi Yunhyung datang ke rumahnya dalam pukul 9 tadi dan mereka siap menyidai pakaian yang basuh sekitar pukul 10. Selepas itu mereka bermain PS4 pula sehinggalah Yunhyung meminta diri untuk pulang.  Mati-mati dia sangka sekarang sudah lewat petang. Youngji menguap perlahan. Dia bangun awal pagi tadi untuk mengemas rumah dan kini rasa mengantuk mula menguasai diri. Bagus juga, masa sebegini adalah masa yang baik untuk dia tidur sejam dua jadi apa lagi? Terus Youngji bangun dan berbaring di sofa berhampiran.

 

Tapi, baru beberapa saat dia mahu melelapkan mata, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Berkumandang lagu You're The Best nyanyian Mamamoo dengan agak kuat menandakan ada panggilan masuk, menyebabkan gadis itu tidak jadi melelapkan mata. Dengan penuh malasnya dia mencapai smartphone-nya di atas meja berhampiran lalu menjawab panggilan itu.

 

"Helo..."

 

"Good evening, Cik Heo Youngji."

 

Bulat mata Youngji mendengar suara di talian

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Akan diupdate bila dah mencapai 20 subscriber~~~~~~~~

Comments

You must be logged in to comment
BaechuJyuu #1
Chapter 11: Fast n furious sungguh Jackson
inaequanimous
#2
Chapter 11: Bertunang yay
Jungli_123 #3
Chapter 11: Baru up, pastu terus baca
BLINKforever #4
Chapter 10: Okay, saya tau ni inspired from TAM, tapi seriouslah kelaka lah bile dorang panggil mommy, daddy bagai XD macam fanfic je, erk geli-geleman bace, tpi worth it lah! wktu bace ni tk teringat muka jackson dgn oc pun, teringat muka aaron dgn zara zya jee :3
BaechuJyuu #5
Chapter 10: hahaha.. kan senang bila dah confess. tunggu si blur girl tu je nk sedar. X sabar tunggu next update
inaequanimous
#6
Chapter 10: Huyooooo ada kapel geumji r
Ngger0205 #7
Chapter 9: Wowowowowow... !!! Thanks author-nim for ur update.. hayati tunggu update terbarunya y.. penasaran ama kishny..
EyzaRoss89 #8
Chapter 9: Tak bole lupa itu subway chicken tandoori HAHAHA
Jackson dah ada rival, habislahhhh. Thanks for the update btw! I love your story, baca daripada mula sampai habis senyum sampai telinga! Dah macam orang gila xD
BaechuJyuu #9
Chapter 9: hahaha.. Habislah Jackson!
EyzaRoss89 #10
Chapter 8: Yeayyy update! Ala, cute-2 je Jackson dengan Youngji > < Eeeeeee, kenapa lah diorang berhenti tengah jalan, kalau tak.. xD
Btw, for those Jackji shippers, feel free to read my Jackji fanfic 'Complicated' <3 Ehh, sorry promote ^