EP7

Helo, Tuan Jackson Wang! (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

PAGI itu suasana agak dingin kerana hujan lebat yang turun sedari subuh. Hanbin menguap panjang sambil menggosok matanya. Dia masih lagi mengantuk sebenarnya tetapi demi kerjanya dia terpaksa bangun walau hakikatnya dia ingin sekali bertapa di atas katil menikmati tidurnya. Ah...bestnya kalau dapat tidur sejuk-sejuk macam ni...

 

Malas melayan perasaan, lelaki itu segera bangun dari katilnya untuk mandi. Sekejap lagi sudah pasti tuannya akan memanggil dia untuk menghantar dia ke kolej. Selesai mandi, dia keluar dari bilik air dengan hanya bertuala paras pinggang. Sebelah tangannya sibuk mengeringkan rambut dengan sehelai lagi tuala manakala sebelah tangannya yang lain sedang memegang smartphone-nya, membelek kiriman whatsapp dari majikannya.

 

Pukul 7.30 siap. Aku kena pergi kolej awal sebab ada program.

 

Selepas selesai memakai pakaian kerjanya, Hanbin terus keluar dari bilik menuju ke bilik tuannya di tingkat atas. Diketuk muka pintu bilik tuannya sebelum dia mendengar suara tuannya menyuruh dia masuk dari dalam. Terus dia membuka pintu dan dengan jelasnya dia ternampak kelibat tuannya. 

 

"Selamat pagi, Cik Muda Jiho. Dah siap ke? Kalau sudah boleh kita bertolak sekarang."ujar lelaki itu kepada seorang gadis yang sedang memakai stokin di sofa biliknya. Gadis itu berpaling ke arah pintu apabila ditegur sedemikian oleh butler-nya. 

 

"Berapa kali aku dah cakap jangan panggil aku cik muda? Tak suka tahu tak!"

 

"Sebagai butler Cik Muda Jiho, saya wajib panggil cik macam tu."

 

"Walaupun kita sebaya?"

 

Ya, Hanbin memang merupakan butler-nya dan mereka sebaya. Malah mereka sebenarnya belajar di sekolah yang sama ketika zaman remaja dahulu sebelum Hanbin mengambil keputusan untuk menggantikan kerja ibunya sebagai maid Jiho. Itupun kerana ibunya sakit tua. Hanbin sendiri pun tiada keinginan untuk sambung belajar dan dia sendiri sudah agak arif dengan kerja ibunya jadi tiada masalah bagi dia untuk menggantikan posisi ibunya itu. Namun begitu mereka tidak berkawan rapat, cukup sekadar saling mengenali memandangkan mereka tinggal dalam satu bangunan yang sama.

 

"Ibu saya panggil cik muda macam tu cik muda terima pulak?"

 

"Itu sebab makcik tak sebaya aku."

 

"Well, suka atau tidak cik muda kena terima jugak."Balas Hanbin selamba sebelum tiba-tiba dia melutut di depan cik mudanya itu untuk meleraikan ikatan tali kasut gadis itu. Bukan apa, sedari tadi dia memerhatikan Jiho yang sedaya upaya cuba memakai kasut tetapi tidak berjaya kerana ikatan talinya terlampau ketat. Jiho pula tidak berkata apa bila butler-nya berbuat demikian. Dia senyap saja sambil matanya memerhatikan kelakuan Hanbin.

 

"Bukankah saya sudah pesan...jangan ikat tali kasut ketat sangat, Cik Muda. Nanti susah nak pakai."Bebel Hanbin dengan nada bersahaja.

 

Jiho diam sahaja kerana dia tahu dia yang salah. Dia masih ralit memerhatikan lelaki itu sehinggalah tiba-tiba lelaki itu berdehem agak kuat. Itu pun kerana lelaki itu tersedar Jiho sedang memerhatikannya.

 

"Terima kasih, Hanbin."ucap Jiho sambil membuang pandang ke arah lain, malu apabila Hanbin perasan dia sedang memerhatikan lelaki itu. Pantas dia bangkit dari sofa dan berjalan keluar dari bilik diikuti sang butler. Menggeleng kepala saja pemuda itu melihat kelakuan tuannya. Malu ler tu.

KEDUA mereka sampai di kampus tepat pukul 8 pagi. Ketika itu orang sedang sibuk menyiapkan pentas. Hanbin memerhatikan saja Jiho yang sudahpun berdiri di luar kereta, barangkali sedang menunggu sahabatnya. Kemudian dia pula yang keluar dari kereta dan berdiri di belakang gadis itu. Matanya memerhatikan pula sekumpulan lelaki yang sedang menghias pentas dengan pohon berpasu. Memang kenalah dengan tema go green yang Jiho katakan kepadanya ketika mereka dalam kereta tadi. Tak silap Hanbin tuannya mengatakan yang dia ada program larian amal di mana dia merupakan salah seorang commitee acara tersebut. Namun begitu tidak pula Hanbin pasti gadis itu berada dalam biro apa.

 

"Eh, kau kenapa ada dekat sini lagi?"Tanya Jiho yang agak terperanjat dengan kehadiran tiba-tiba butler-nya itu di sebelahnya. Hanbin memang begitu, gemar sekali muncul tanpa amaran.

 

"Saja nak tengok dan support event yang tuan saya join."

 

"Siapa suruh kau berbuat demikian?"

 

"Kalau cik muda tak minta pun saya wajib buat macam ni. It's my duty as your butler, milady."Balas lelaki itu sambil memecat kot yang dipakainya. Kot itu kemudiannya dijemur pada seat pemandu kereta yang dibawanya. Lengan kemeja putih yang dipakainya pula dilipat hingga ke siku, menampakkan lagi urat kekar tangannya. Berkat berlatih di gim setiap malam...haha

 

"Kau ni nak support aku ke atau nak cuci mata?"

 

"Well...It's kinda like killing two birds with one stone."Balas pemuda itu selamba sambil mengenakan kaca mata hitamnya di muka. Makin terserlah ketampanannya bila berbuat demikian. Jiho merengus kecil melihat kelakuan Hanbin yang kini sedang tersengih-sengih melihat ke arah sekumpulan gadis muda yang sedang meregangkan badan di padang berhampiran. Mungkin mereka peserta larian kerana mereka semua memakai baju T berwarna merah yang sememangnya diberikan khas untuk para peserta.

 

"Miang punya butler!"

“BUKANKAH hari ini hari cuti saya, tuan?”Youngji bertanya sambil mengikut langkah bosnya dari belakang. Hairan sungguh dia dengan lelaki itu. Hari ini hari Ahad iaitu cuti hujung minggu jadi mengapa pula dia perlu mengikut lelaki itu sebuah majlis perasmian? Kalau nak pergi pun pergi sorang sajalah, tak usah ajak aku!, bisik sang setiausaha dalam hati sambil mempamerkan muka tidak puas hatinya.

 

“Sebab hari ini hari cuti awaklah saya bawa awak ke sini, Cik Youngji.”Balas Jackson selamba sambil berjalan ke arah seseorang di pintu masuk stadium sebuah kolej. Kolej BTS merupakan kolej yang dimiliki sepenuhnya oleh syarikat milik Wang Jaeyoung, bapa Jackson. Dan tujuan lelaki itu ke situ bagi menggantikan bapanya untuk merasmikan sebuah majlis larian amal. Itu pun kerana bapanya kini berada di luar negara atas urusan kerja.

 

“Motif?”

 

“Well, sebagai kekasih kita kenalah selalu luangkan masa bersama. Am I right?”Balas Jackson lagi sambil menjongketkan keningnya dua kali ke arah Youngji tanda mengusik.

 

“Tuan jangan nak salah gunakan perjanjian kita pulak eh. Kita cuma ‘kekasih’ di hadapan kawan dan papa tuan aje.”Balas si gadis sambil bercekak pinggang di hadapan tuannya. Lelaki itu pula sedang berdiri menghadap setiausahanya dengan gaya tangan disilang. Segaris senyuman terukir di bibirnya apabila melihat kelakuan Youngji.

 

“Hmm…kalau macam tu saya tukar syarat perjanjian kita dari ‘menjadi kekasih Jackson Wang di hadapan kawan dan bapanya’ kepada ‘menjadi kekasih Jackson Wang di hadapan semua orang’.”

 

Youngji menjengilkan mata mendengar kata-kata tuannya. “Tuan jangan nak merepeklah! Kang tak pasal-pasal saya report tuan dekat polis.”

 

“For what? Stealing your heart?”

 

“Eiii, malaslah saya layan tuan. Baik saya pergi beli makanan.”Youngji menapak pergi meninggalkan tuannya untuk ke trak makanan berhampiran. Besar juga acara yang dihadirinya itu. Di sekitar stadium itu terdapat bayak gerai menjual pelbagai barangan dan juga makanan. Jackson memerhatikan saja gadis itu pergi sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Kemudian dia mendekati seorang lelaki yang sedang berdiri tidak jauh dari pintu masuk stadium.

 

“Yosh Hanbin, mana tuan kau?”

 

Hanbin yang sememangnya tahu dan sedar akan kehadiran lelaki itu segera membalas. “Cik muda tengah sibuk uruskan kerjanya. Hari ni dia jadi committee acara larian ni, tuan.”

 

“Oh, I see… Dan kau buat apa dekat sini? Bukan ke Jiho tak suka kau ikut dia?”Soal Jackson lagi dengan kerutan di dahi. Setahu Jackson, Jiho memang tidak suka butler-nya itu mengikut dia keluar ke mana-mana. Sebabnya kerana dia merasa tidak selesa atau bebas untuk melakukan apa-apa. Dan sekarang Hanbin memegang dua jawatan yakni sebagai butler dan juga pengawal peribadinya, makin tidak selesalah Jiho dibuatnya. Apa boleh buat, gadis itu merupakan seorang yang berjiwa bebas seperti burung yang terbang ke mana sahaja yang dia mahu.

 

Hanbin sekadar tersengih. “Tuan rasa saya di sini sebab cik muda ke? Kalau tuan fikir macam tu memang sah tuan tak kenal saya.”

 

“Heh ert…kau di sini sebab nak cuci mata dekat pertandingan ratu cantik yang akan dijalankan sebentar lagi kan?”

 

“Bingo! Tapi tuan pun apa kurangnya kan? Tak akanlah tuan nak lepaskan peluang tengok perempuan-perempuan pakai bikini sambil catwalk di pentas macam tu aje kan?”Usik Hanbin pula. Tersengih Jackson mendengarnya. Dia ada juga terdengar yang akan ada pertandingan ratu cantik peringkat kolej sebentar lagi dari pihak penganjur. Tapi dia sedikit pun tidak tertarik untuk melihatnya. Bukan kerana tak minat tapi kerana malas. Dia kalau boleh mahu menghabiskan kerjanya di sini secepat mungkin dan beredar dari situ bersama setiausahanya. Ada sesuatu yang sedang dia rancang untuk Youngji dan dia harap gadis itu sukakannya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Akan diupdate bila dah mencapai 20 subscriber~~~~~~~~

Comments

You must be logged in to comment
BaechuJyuu #1
Chapter 11: Fast n furious sungguh Jackson
inaequanimous
#2
Chapter 11: Bertunang yay
Jungli_123 #3
Chapter 11: Baru up, pastu terus baca
BLINKforever #4
Chapter 10: Okay, saya tau ni inspired from TAM, tapi seriouslah kelaka lah bile dorang panggil mommy, daddy bagai XD macam fanfic je, erk geli-geleman bace, tpi worth it lah! wktu bace ni tk teringat muka jackson dgn oc pun, teringat muka aaron dgn zara zya jee :3
BaechuJyuu #5
Chapter 10: hahaha.. kan senang bila dah confess. tunggu si blur girl tu je nk sedar. X sabar tunggu next update
inaequanimous
#6
Chapter 10: Huyooooo ada kapel geumji r
Ngger0205 #7
Chapter 9: Wowowowowow... !!! Thanks author-nim for ur update.. hayati tunggu update terbarunya y.. penasaran ama kishny..
EyzaRoss89 #8
Chapter 9: Tak bole lupa itu subway chicken tandoori HAHAHA
Jackson dah ada rival, habislahhhh. Thanks for the update btw! I love your story, baca daripada mula sampai habis senyum sampai telinga! Dah macam orang gila xD
BaechuJyuu #9
Chapter 9: hahaha.. Habislah Jackson!
EyzaRoss89 #10
Chapter 8: Yeayyy update! Ala, cute-2 je Jackson dengan Youngji > < Eeeeeee, kenapa lah diorang berhenti tengah jalan, kalau tak.. xD
Btw, for those Jackji shippers, feel free to read my Jackji fanfic 'Complicated' <3 Ehh, sorry promote ^