EP11

Helo, Tuan Jackson Wang! (HIATUS)
Please Subscribe to read the full chapter

"YOUNGJI mana?"Suara garau Jackson memenuhi ruang biliknya, membuatkan Yunhyung yang kini sedang berdiri di depannya cuba menahan telinganya dari berdesing. Berdesing juga telinganya mendengar bosnya membebel tentang ketidakhadiran Youngji ke pejabat hari ini. Yunhyung sendiri pun hairan mengapa lelaki itu terlalu marahkan setiausahanya itu. Terfikir juga Yunhyung kalau-kalau kedua mereka bergaduh tentang sesuatu. Atau mungkin Youngji ada menyinggung perasaan bosnya itu sehinggakan dia marah tak tentu fasal. Contohnya, melanggar perjanjian dia antara mereka...

 

Oh ya, perjanjian tentang hubungan palsu mereka sebagai kekasih itu! Mungkinkah mereka bergaduh kerana perjanjian itu?

 

"Youngji...mungkin ambil cuti sakit, tuan."Yunhyung berserkap jarang. Dia sendiri pun tiada idea mengapa teman baiknya itu tidak datang kerja hari ini. Kalau ada sebab yang munasabah pun mestilah kerana sakit.

 

"Dan dia ambil cuti sakit tanpa beritahu saya, bosnya? Nonsense! What kind of attitude is that?"Jackson mula naik angin. Bukan apa, kelmarin dia ada menyuruh setiausahanya itu menyiapkan sedikit laporan projek baru yang agak penting untuk dia hantar ke pihak atasan nanti dan laporan tersebut perlu dihantar hari ini. Tetapi Youngji pula tidak datang dan dia sendiri pun tidak tahu sama ada Youngji sudah menyiapkan laporan itu atau belum. Youngji pula satu hal, langsung tidak memaklumkan apa-apa kepadanya bahawa dia mahu mengambil cuti sakit hari ini. Sebab itu dia agak marah sekarang.

 

"Saya pun tak pasti, tuan. Mungkin dia memang terlampau sakit sampai tak sempat maklumkan kepada tuan. Sebab saya sebagai kawan baik Youngji tahu yang dia sebenarnya seorang yang susah untuk jatuh sakit. Jadi bila dia jatuh sakit, sakit yang dia rasa tu lain macam pedihnya dan dia lambat sembuh. Itu saja. Saya harap tuan faham dan tak salah samgka dengan dia."Ujar Yunhyung, cuba untuk menenangkan bosnya yang nampak agak berapi itu. Dia tahu bosnya itu stres dengan projek baru. Tengok sajalah matanya yang merah kerana tidak cukup tidur itu, menakutkan!

 

Jackson menghela nafasnya seketika sebelum jari-jemarinya mengurut tepi kepalanya. Dia menyuruh Yunhyung keluar dari biliknya untuk menyambung kerjanya namun belum sempat lelaki itu menapak keluar, namanya diseru lagi oleh sang majikan,membuatkan Yunhyung berpaling tepat ke arah bosnya itu.

 

"Boleh bagi saya alamat rumah Youngji?"

YOUNGJI menutup kelopak matanya perlahan-lahan. Sedari tadi lagi kepalanya berdenyut-denyut kerana sakit dan disebabkan itu, dia tidak dapat bangun dan pergi kerja seperti kebiasaannya. Gadis itu menyentuh dahinya, panas! Tak sangka aku demam...omel hati kecilnya sambil mulutnya melepaskan keluhan kecil. Tangan kirinya meraba-raba lalu mencapai telefon pintar yang berada di atas meja kecil tepi katilnya. Hajatnya mahu menelefon Yunhyung supaya membawa dia ke klinik tetapi waktu yang terpapar pada skrin telefonnya membuatkan dia membatalkan niatnya. Sudah pukul 10 pagi, sudah pasti lelaki itu sekarang sedang berada di pejabat untuk kerja. Tak akanlah dia mahu menelefon teman baiknya itu untuk membawa dia ke klinik ketika dia sedang bekerja? Malas pula mahu menyusahkan Yunhyung, jadi Youngji membatalkan niatnya.

 

Namun seketika kemudian, dia teringat pula akan bosnya. Jackson Wang yang memakai tuksedo biru gelap ketika majlis hari jadi kawan Mark semalam. Youngji hairan juga sebenarnya bagaimana bosnya itu boleh berada di situ. Tak mungkinlah bosnya itu kemaruk mahu mengikut dia ke sana. Kemudian dia ada teringat Jaebum yang dia temui di majlis sama semalam. Mungkin kawan Mark yang mengadakan majlis hari jadi itu kawan Jackson juga dan turut menjemput Jackson ke majlisnya. Itu saja yang dapat Youngji simpulkan sekarang mengenai kehadiran Jackson di sana semalam.

 

Youngji terbatuk kecil. Rasa kelakar pula bila teringat kejadian semalam. Bagaimana dia boleh tidak mengecami bosnya itu sedangkan mereka ada berbual ketika mereka menari bersama semalam? Spontan gadis itu menepuk dahinya perlahan. Ingatan tentang kejadian semalam mula muncul di kepalanya. Adegan Jackson menarik dia keluar dari majlis itu merentasi benak fikirannya. Dari adegan itu sehinggalah ke momen apabila Jackson meluahkan perasaannya.

 

"Oh my Heo Youngji, don't you get it? I like you!"

 

Terus terbuka kelopak mata Youngji yang tertutup rapat tadi. Betulkah apa yang Jackson katakan itu? Jika benar, mengapa hatinya berdebar-debar? Tidak, dia langsung tidak menyukai lelaki itu...tidak sama sekali! Bercinta dengan bos sendiri bukan stailnya. Lagipun, sejak awal perkenalan mereka lagi dia sudah melabelkan Jackson sebagai seorang lelaki yang tidak akan pernah dia jatuh cinta kelak. Well, siapa suka dengan lelaki yang cerewat tahap dewa seperti lelaki itu? Setiap tiga jam sekali dia perlu mengemas pejabat lelaki itu kerana tidak mahu habuk kembali bertandang dan ia sebenarnya sangat menyusahkan Youngji sebagai setiausahanya.

 

"Ah...malaslah aku nak fikir pasal mamat cerewet tu. Entah-entah dia saja bergurau dengan aku semalam."Bebel gadis itu lagi sebelum cuba untuk bangun. Dia sudah tidak tahan sebenarnya mahu ke tandas untuk membuang air kecil serta mandi. Digagahkan jugalah badan supaya bangun walaupun hakikatnya sekarang dia langsung tidak bertenaga untuk berbuat apa-apa pun.

 

Selesai mandi, dia berjalan keluar dari bilik air dengan hanya bertuala dari paras dada hingga ke peha. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke bilik pakaian. Setiap langkah yang diambil membuatkan kepalanya berdenyut-denyut. Ah, tak boleh jadi ni, mahu tidak mahu dia perlu juga ke klinik untuk mengambil ubat. Sekurang-kurangnya tidaklah gajinya dipotong kerana tidak hadir ke pejabat tanpa surat cuti sakit dari doktor.

 

Sampai saja dia di bilik pakaian, dia memakai pakaian yang dirasakan sesuai. Sehelai jaket tebal disarungkan ke tubuhnya sebelum dia menapak keluar dari bilik pakaian itu. Dia berjalan lagi ke arah meja soleknya untuk mengambil purse nya tetapi entah bagaimana penglihatannya tiba-tiba berubah kabur. Kepalanya yang sedar tadi berdenyut-denyut semakin terasa sakit. Youngji memegang kepalanya sebentar, sebelah tangannya memegang meja untuk cuba menahan dirinya dari terjatuh. Tetapi malang tidak berbau, walau sekuat mana pun dia menahan dia tetap terjatuh lalu pengsan di situ.

 

Sementara itu, Jackson sudahpun selamat sampai di hadapan rumah Youngji. Dia berkira-kira mahu memasuki rumah setiausahanya itu atau tidak. Jam di tangan ditilik sekilas. Sudah sampai waktu makan tengahari dan dia rela ke sini semata-mata untuk bertemu gadis itu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Eli_Shane
Akan diupdate bila dah mencapai 20 subscriber~~~~~~~~

Comments

You must be logged in to comment
BaechuJyuu #1
Chapter 11: Fast n furious sungguh Jackson
inaequanimous
#2
Chapter 11: Bertunang yay
Jungli_123 #3
Chapter 11: Baru up, pastu terus baca
BLINKforever #4
Chapter 10: Okay, saya tau ni inspired from TAM, tapi seriouslah kelaka lah bile dorang panggil mommy, daddy bagai XD macam fanfic je, erk geli-geleman bace, tpi worth it lah! wktu bace ni tk teringat muka jackson dgn oc pun, teringat muka aaron dgn zara zya jee :3
BaechuJyuu #5
Chapter 10: hahaha.. kan senang bila dah confess. tunggu si blur girl tu je nk sedar. X sabar tunggu next update
inaequanimous
#6
Chapter 10: Huyooooo ada kapel geumji r
Ngger0205 #7
Chapter 9: Wowowowowow... !!! Thanks author-nim for ur update.. hayati tunggu update terbarunya y.. penasaran ama kishny..
EyzaRoss89 #8
Chapter 9: Tak bole lupa itu subway chicken tandoori HAHAHA
Jackson dah ada rival, habislahhhh. Thanks for the update btw! I love your story, baca daripada mula sampai habis senyum sampai telinga! Dah macam orang gila xD
BaechuJyuu #9
Chapter 9: hahaha.. Habislah Jackson!
EyzaRoss89 #10
Chapter 8: Yeayyy update! Ala, cute-2 je Jackson dengan Youngji > < Eeeeeee, kenapa lah diorang berhenti tengah jalan, kalau tak.. xD
Btw, for those Jackji shippers, feel free to read my Jackji fanfic 'Complicated' <3 Ehh, sorry promote ^