Chapter 17 - Back!

I Want You
Please Subscribe to read the full chapter

 

 


“Taera mana?” soalan yang bermain diminda Taehyung. Isterinya yang semakin pulih sering bertanya keberadaan puteri mereka. Taehyung sentiasa berusaha untuk mengelakkan dirinya untuk menjawab soalan isteri tercintanya. Setiap detik Taehyung berusaha mencari Taera. Laporan polis sudah dibuatnya tetapi tiada berita langsung. Begitu juga dengan media massa. Taehyung sering mengeluarkan iklan tentang puterinya, Kim Taera. 

 

Taehyung juga hampir buntu. Rakan-rakannya sering menolongnya. Sudah hampir 7 bulan Taera tidak diketemui. Entah hilang dibawa ke mana oleh Baekhyun.

 

*

 

“Taera-ah…” panggil Baekhyun yang menjaga Taera sekarang. 

 

Taera segera turun ke ruang dapur apabila dipanggil Baekhyun. “Nae!” jawab Taera lalu pergi ke arah yang sedang menuang segelas susu.

 

Baekhyun tersenyum melihat Taera. Entah kenapa. Mungkin anak kepada gadis yang amat dicintainya suatu ketika dahulu. Mungkin(?) Baekhyun membelai rambut Taera sambil mengangkat Taera supaya duduk diatas kerusi. Baekhyun menghulurkan segelas susu yang baru dituangnya. “Taera minum ni sayang.” arahnya lembut. “Sarapan ya.” tambah Baekhyun lagi. Taera hanya menurut sahaja.

 

“Ahjunshi…” Taera membuka bicara. Baekhyun hanya memandang Taera sahaja. Tangannya sibuk menyapu majerin pada permukaan roti. “Bila Taera boleh jumpa dengan omma dengan appa?” soal Taera.

 

Setiap hari, Taera akan bertanya soalan yang sama dan setiap hari tiada jawapan langsung dari mulut Baekhyun. Baekhyun hanya mendiamkan dirinya sahaja. “Ahjunshi, kenapa ahjunshi buat omma macam tu?” soal Taera tetiba tentang kejadian di butik ommanya.

 

Baekhyun kaku. “Ahjunshi bagitahulah.” ujar Taera yang sememang hendak tahu perkara sebenar. “Baekhyun tetap berdiam diri. “Ahjunshi…” paksa Taera pula.

 

“Sebenarnya ahjunshi tak tahu kenapa ahjunshi buat macam tu.” akhir Baekhyun memulakan bicaranya. Taera hanya mendiam dirinya sahaja. Dirinya ingin mendengar semua penjelasan daripada lelaki itu. 

 

*

 

“Mana Taera? Awak cakap awak tu suami saya, kita dah ada anak tapi mana dia? Siapa budak kecil hari tu?” soal Aira yang dari tadi mendesak Taehyung untuk memberitahu kebenaran. “Saya takkan percaya awak!” amarahnya. Entah kenapa Aira berasa ingin memarahi Taehyung.

 

“Kim Aira!” tengking Taehyung. “Saya suami awak, Awak ingat Baekhyun tak?” soal Taehyung pula dengan nada suara yang lembut.

 

“Baekhyun?” soal Aira. Tetiba sahaja kepalanya berdenyut denyut. Sakit yang teramat. Mungkin Baekhyun pernah wujud dalam hidupnya. Kepalanya dipegang dengan kuat. “Taehyung-ah…” ujar Aira yang kelemahan. Taehyun menjadi panik. Apakah yang sedang berlaku terhadap isterinya? “Taehyung-ah,sakit…” ngadu Aira.

 

Taehyung terus memanggil doktor.

 

 

 

Taehyung masih lagi setia menunggu isterinya sedar selepas diberi ubat penenang. Fikirannya kusut dengan masalah yang dihadapinya. Isterinya yang hilang ingatan dan sedang beransur pulih, puteri kesayangannya yang hilang entah di mana dibawa oleh Baekhyun dan juga masalah pejabatnya. Kerjanya bertimbun timbun, nasib baiklah, si managernya, appa mertuanya. “Mana Baekhyun sorokkan Taera?” soalnya sendiri. Taehyung mengeluh panjang.

 

“Oppa…” suara Aira yang memanggil suaminya. Matanya sedikit kabur. Aira melihat sekeliling. Kepalanya dipegang. Tetiba sahaja teringat kejadian yang berlaku di butiknya. “Taera-ah.” ujarnya. Mata Aira meliar liar mencari kelibat anaknya tetapi hampa, hanya kelihatan suaminya yang sedang tertidur di atas sofa. Mungkin anaknya bersekolah. Ya, Aira sudah kembali dengan ingatannya tetapi masih tidak tahu lagi tentang puterinya yang hilang sudah hampir 8 bulan.

 

Taehyung sedar dari tidurnya. Isterinya kini berada disebelahnya. Tersenyum sendiri Taehyung. Isteri kesayangannya diusap  dengan penuh kasih sayang. “Mianhae, Kim Aira.” ujarnya sendiri lalu bangkit untuk menganggkat Aira kembali tidur di atas katilnya.

 

Aira sedikit terganggu. Sedang enak tidur, dirinya terasa seperti diangkat. “Oppa.” ujar Aira perlahan yang sedikit mamai. Taehyung menurunkan Aira. Mata Aira ditatap dengan punuh makna. 

 

Terukir sekutum senyuman dari Taehyung apabila mendengar isterinya memanggilnya ‘oppa’. “Wae?” soalnya pendek.

 

 

 

“Taera mana? Dia okay kan?” soal Aira yang bertanya tentang puterinya dan Taehyung.

 

Taehyung terdiam. Dirinya ditanya lagi tentang puterinya. Taehyung hanya menggelengkan kepalanya sahaja. “Sayang, Aira dah ingat balik ke?” soal Taehyung balik.

 

Aira hanya menganggukan kepalanya sebagai tanda ya. “Mianhae oppa, sebab tak percaya dekat oppa.”

 

“Taera…Tae…Taera hilang…” akhirnya Taehyung menguatkan dirinya untuk berjujur dengan isterinya. Isterinya dipeluk dengan erat-erat. Matanya sudah berkaca. Air matanya pula ditahan. Aira terkejut, hanya mendiamkan diri sahaja. Dirinya bagai tidak percaya dengan kata-kata Taehyung. “Dah nak dekat 8 bulan Taera hilang. Oppa dah cari dia merata rata tapi tak jumpa. Baekhyun yang bawa Taera.” jelas Taehyung lagi. AIra terus menolak suaminya.

 

Aira menggelengkan kepalanya. “Tak! Oppa tipukan? Oppa janganlah tipu. Taera mana?” ujar Aira yang sememangnya tidak percaya dengan pemberitahuan suaminya. 

 

Akhirnya air mata Taehyung jatuh. Berbutir butir menitis. “Oppa tak tipu, sayang. Taera…Taera hilang…” ulang Taehyung lagi.

 

Aira turut menangis. Memang sudah berbulan bulan kelibat Taera tidak kelihatan dihadapan matanya. “TaERAAA~” tangisan Aira. Jiwanya hancur. Puteri kesayangannya hilang, dirinya tidak dapat menerima kenyataan itu. “Oppa! Apa yang oppa buat?!  Taera…Ta…Taera…Taera mANA?!”Aira meninggikan suaranya kepada suaminya. Dirinya tidak dapat dikawal lagi. “TAERA-aHH~” semua barang yang berada dihadapannya dibaling ke arah suaminya. 

 

Taehyung hanya berdiam diri sahaja. Tahu bahawa semua ini kesalahannya. “Aira-ah…” panggil Taehyung lembut. Aira terus menutup telinganya. Aira amat kecewa dengan suaminya. Taehyung perlahan lahan menghampiri isterinya. Aira semakin mengundurkan dirinya. “Aira-ah…” panggil Taehyung lagi. 

 

“KAU KELUARLAH! AKU BENCI KAU!” ujar Aira dengan tangisannya. Kecewa, amat kecewa. Taehyung ditolak keluar dari Aira dari bilik rawatannya. “AKU BENCI kau…” ujar Aira lagi. 

 

Taehyung mengalah, hanya mengikut kehendak isterinya. Taehyung terduduk dihadapan pinu bilik rawatan Aira. Orang yang berhampiran hanya memerhati sahaja, tidak ingin masuk campur. Fikirannya buntu.

 

*

 

“Taera-ah, Taera nak makan apa? Nanti ahjunshi masakan.” ujar Baekhyun sambil menghusap rambut anak itu. Taera hanya tersenyum apabila dirinya diperlakuakn seperti tuan puteri. Walaupun Baekhyun telah memisahkan seorang anak dengan ibu bapanya, Baekhyun tetap melayan anak itu seperti anak sendir.

 

Taera tersenyum. Sebaik sahaja drinya telah habis belajar dengan guru peribadinya, lelaki yang amat prihatin seperti seorang appa terus bertanya. “Taera nak makan… apa-apa je lah.” jawab Taera. Baekhyun terus mendukung Taera. Taera dipeluk dengan erat. Baekhyun hanya menyenitkan matanya sahaja.

 

“Ahjunshi, bila Taera boleh jumpa dengan omma dan appa?” soal Taera lembut. Dirinya berharap, diberi jawapan oleh Baekhyun.

 

Baekhyun mengusap lembut anak itu. “Taera-ah, ahjunshi suka sangat dengan omma Taera.” ujar Baekhyun. Lain yang ditanya, lain yang dijawab. “Taera nak tahu kenapa ahjunshi datang butik omma Taera malam tu?” soalnya sendir kepada Taera. Taera hanya menganggukan kepalanya sahaja. “Malam tu, ahjunshi baru lepas minum. Ahjunshi teringin sangat nak omma kamu. Dia cinta pertama ahjunshi. Sebenarnya, masa ahjunshi ambil Taera tu, ahjushi nak tengok omma kamu. Ahjunshi cuma nak tahu keadaan dia macam mana tapi bila appa Taera tangkap ahjunshi, ahjunshi panik, ahjunshi takut kalau appa Taera masukkan ahjunshi dalam penjara.” jawab Baekhyun sendiri. “Nanti, ahjunshi pulangkan Taera dekat omma dengan appa Taera, okay? Taera makan sekarang.” tambahnya lagi.

 <

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
youngminbfminwoo
chapter 17 dah update! youngminbfminwoo is back! silakan membaca^^

Comments

You must be logged in to comment
Raeyun #1
Chapter 25: Daebak lah cita ni..
hanazraf95 #2
Chapter 23: asal baekhyun jahat?? T_T bgy lh balik ank taehyung tuu !!!huhuh
Nabila_Pss
#3
Chapter 23: SedihnyaaT_T jahat la beakhyun ni
chohanlove #4
Chapter 22: waaa ! sedihh .
b2stFanz
#5
Chapter 23: update soon a/n..kenapa baekhyun amik taera tu..huhuhu
kimyooo #6
Chapter 23: Sedih gile babun tahap 999999.... update soon admin
pikahbajet #7
Chapter 23: baekhyun nihhh jahat betoi.......update soon...citer ni best!!!!!!