Chapter 15 - Byun Baekhyun is back!

I Want You
Please Subscribe to read the full chapter

 


“Bila appa nak datang?” soal Taera yang menemani ommanya yang sedang mengemas helaian kertas yang bersepah diconteng oleh Taera.

 

Aira menatap wajah anaknya. “Sekejap lagi sayang. Appa on the way. Kejap lagi appa sampai.” jawab Aira lembut.

 

Ding…Dong… penggera butik Aira berbunyi. Walaupun Aira sudah menutup butiknya tetapi entah siapa manusia yang tidak reti bahasa memasuki butiknya itu.

 

Aira bergegas ke bahagian luar melihat siapa yang datang. Mungkin suaminya tapi baru sahaja tadi Aira berbicara dengan suaminya di dalam talian. Lelaki rupanya, tapi siapa? Mungkin salah seirang dari pelanggannya. “Ya, encik. Ada yang saya boleh bantu? Tapi maaf butik ni dah tutup.” Aira menegur dengan lembut.

 

"Susah aku cari butik kau. Penat pula tu, ikut kau semalam." ujarnya lalu lelaki itu memalingkan susuk tubuhnya. Aira tergamam. Matanya terbeliak melihat lelaki itu. Adakah Aira mengenalinya? Ya, Aira amat mengenalinya. Byun Baekhyun, lelaki yang sering mengekorinya semasa di universiti dahulu. “Baekhyun-shi?” mulut Aira bertanya untuk mendapatkan kepastian.

 

Lelaki itu hanya memberi senyuman sahaja. Tangannya lantas mengunci pintu kaca butik Aira akan tetapi Aira tidak sedar akan perlakuan Baekhyun itu.

 

“Hai Lee Aira.” ucap Baekhyun yang menghulurkan tangannya untuk berjabat dengan Aira. Aira pun membalas.

 

Aira hanya tersenyum sahaja. “Ada yang aku boleh tolong kau? Nak cari baju wedding ke?” soal Aira yang memulakan perniagaannya tatkala butiknya telah tutup. 

 

Baekhyun dan Aira yang masih lagi berjabat tangan. Baekhyun mengambil kesempatan, Baekhyun terus menarik Aira masuk ke dalam dakapannya. Aira terkejut. Aira meronta ronta untuk dilepaskan. “Baekhyung lepaskanlah.” pinta Aira yang meronta ronta.

 

Taera yang mendengar rontaan ommanya segera memerhati secara diam. Taera terkejut. Taera terus menghubungi appanya.

 

“Appa pallieayo. Ada orang tengah peluk omma. Omma tengah takut. Taera pun takut. Appa palli.”
“Ha? oaky, appa datang sekarang.”

 

“Lepaslah Baekhyun! Byun Baekhyun lepaskanlah!” amarah Aira, akhirnya Aira terlepas dari pelukkan kuat Baekhyun. Baekhyun hanya tersenyum jahat. Baekhyung ternampak kelibat seorang kanak-kanak kecil. Baekhyun terus berjalan ke arah kanak-kanak itu. Taera terus menutup pintu pejabat ommanya dan cuba untuk menguncinya tetapi apakan daya, Baekhyun lebih kuat dari Taera, Baekhyung menolak pintu itu dengan kuat sehingga Taera terjatuh.

 

Aira terus mendapatkan anak perempuannya dan memeluknya dengan erat. Tetapi Baekhyung terus menarik Aira, menarik dengan kejam sekali. Taera terlepas dari pelukkan ommanya. Baekhyun datang dekat ke arah Aira. Perlahan lahan Baekhyun mengusap pipi lembut Aira, walaupun Aira cuba mengelak tetapi Baekhyun terus memegang muka Aira dengan kuat. Aira hanya mampu menahan sakit sahaja. Bilalah suaminya akan tiba? Suaranya tersekat. Air mata Aira menitis akibat kesakitan.

 

Taera yang melihat ommanya diperlakukan sedemikian, Taera terus datang ke arah lelaki yang tidak dikenalinya dan terus mengigit lengan lelaki itu. Baekhyun kesakitan apabila digigit. Baekhyun terus melempang Taera sehingga Taera pengsan. “Taera-ah. Taera-ah…” raung si ibu yang hanya mampu melihat tatkala dirinya disekat oleh Baekhyun.

 

“Lepaskanlah Baekhyun. Tolong…” rayu Aira dengan tangisannya. Tetapi Baekhyun mengabaikan rayuan Aira malah Baekhyun terus melempang Aira kuat. Aira hanya mampu berdiam diri, dirinya tidak kuat untuk bangun.

 

Baekhyun memegang muka Aira. Menatap wajah Aira yang manis itu. “Selama ni, aku cintakan kau, aku sayangkan kau tapi kenapa kau kahwin dengan si lembap tu?” soal Baekhyun lembut. Baekhyun yang duduk diatas badan Aira hanya menatap wajah Aira, tangannya meraba raba wajah Aira. “Dia tak sesuai dengan kau. Aku lagi sesuai dengan kau…’ tambahnya lagi. Baekhyun terus menolak Aira jatuh. Kepalanya terhantuk pada bucu meja kerjanya. Mungkin sama seperti keadaan ommanya pada suatu ketika dahulu. Darah mengalir dari kepala Aira.

 

Aira hanya menitiskan air matanya. “Lepaslahhh…” rayu Aira lagi yang sedang menahan sakit. Baekhyun naik berang. Baekhyun terus mencekik leher Aira. “Aku tanya kau, kau minta aku lepaskan kau?!” amarah Baekhyun yang melepaskan geramnya.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
youngminbfminwoo
chapter 17 dah update! youngminbfminwoo is back! silakan membaca^^

Comments

You must be logged in to comment
Raeyun #1
Chapter 25: Daebak lah cita ni..
hanazraf95 #2
Chapter 23: asal baekhyun jahat?? T_T bgy lh balik ank taehyung tuu !!!huhuh
Nabila_Pss
#3
Chapter 23: SedihnyaaT_T jahat la beakhyun ni
chohanlove #4
Chapter 22: waaa ! sedihh .
b2stFanz
#5
Chapter 23: update soon a/n..kenapa baekhyun amik taera tu..huhuhu
kimyooo #6
Chapter 23: Sedih gile babun tahap 999999.... update soon admin
pikahbajet #7
Chapter 23: baekhyun nihhh jahat betoi.......update soon...citer ni best!!!!!!