Chapter 8 - Rayu

I Want You
Please Subscribe to read the full chapter

“Oppa!” suara Aira bergema. Satu rumah kedengaran. 


Jeong Min yang sedang rancak berbual dalam telefon tersentak. Apa sahajalah adiknya itu. Jeong Min terus mematikan panggilan itu dan bergegas pergi ke bilik Aira.


“Waeyo, Lee Aira-shi?” soal Jeong Min sebaik sahaja membuka pintu bilik Aira. Jeong Min terkejut apabila melihat bilik Aira bersepah dan Aira sedang duduk di penjuru biliknya sambil menangis. Jeong Min terus pergi ke arah Aira. Mengusap lembut rambut Aira. “Aira kenapa?” soal Jeong Min lemah lembut.


Aira hanya menitiskan air matanya sahaja. Mata Jeong Min tetiba sahaja tertumpu kepada sehelai sampul surat yang renyuk. Jeong Min mengambilnya dan mencari di sekitarnya, mungkin ada surat. Jeong Min terlihat beberapa keping gambar berhampiran Aira yang berselerak da nada yang sudah direnyukkan. Jeong Min memerhati gambar itu. Kim Taehyung dan seorang gadis yang amat dikenalinya, teman wanita baharunya, Jung Eun Ji sedang bercumbuan. Jeong Min naik berang. “Apa ni?” soal Jeong Min. Aira hanya menangis sahaja teresak esak. “Jawablah! Macam mana Taehyung boleh kenal dengan Eun Ji?! Lee Aira! Jawab!” marah Jeong Min. Aira terkedu. Air matanya kini berhenti mengalir.


“Macam mana oppa kenal Eun Ji?” soalan yang diajukan oleh Aira. Jeong Min mengeluh panjang. “Jawab macam mana Taehyung boleh kenal dengan Eun Ji?” soal Jeong Min balik. “Jawablah!” paksa Jeong Min. “Oppa jawablah dulu soalan Aira!” ujar Aira yang membentak.


Dengan berat hatinya Jeong Min menjawab. “Eun Ji girlfriend oppa.” jawabnya dengan jujur.


Aira terkejut. Air matanya kini kembali mengalir. Jeong Min terkejut dengan perilaku Aira, lantas terus memeluk Aira. Siapa sebenarnya Jung Eun Ji? Soalan yang bermain diminda Jeong Min. Fikirannya buntu. “Aira kenapa? Bagi tahulah oppa.” pujuk Jeong Min.


“Jung Eun Ji, ex girlfriend Taehyung.” jawab Aira perlahan. Jeong Min terkedu. “Diaorang dah putus 4 bulan lepas.” tambah Aira lagi. 


Fikiran Jeong Min buntu. Apakah maksud gambar yang diberikan kepada Aira? Dan siapa yang menghantar gambar itu? “Kalau benda tu dah lama, kenapa still simpan gambar mana ni?” soal hati Jeong Min. Jung Eun Ji kini adalah masalah baharu kepadanya dan juga Aira. “Dari mana Aira tahu?” soal Jeong Min.


Kring…Kring… Lonceng rumah Aira berbunyi. Jeong Min bergegas turun manakala Aira hanya duduk di dalam biliknya sahaja. “Aira tunggu kejap, oppa nak turun bawah” ujar Jeong Min. Aira juga turut turun ke ruang tamu, ingin mengetahui siapakah yang datang ke rumahnya. “Duduk je lah sini.” arah Jeong Min apabila melihat Aira juga turut mengikutnya. Aira hanya menggelengkan kepalanya. 


Jeong Min memulas tombol pintunya. Matanya tetiba sahaja menjadi merah. Marah. Seorang lelaki yang amat dikenalinya di hadapannya sekarang. Kim Taehyung. Satu tumbukan dari Jeong Min ke arah Taehyung. Cecair merah mengalir dari hujung bibir Taehyung. Darah. “Kau ni dah kenapa?” soal Taehyung sambil mengesat darahnya yang mengalir. Aira terkejut dengan kelakuan Jeong Min lantas terus pergi ke arah Jeong Min dan memegang lengan Jeong Min.


“Engkau tu yang kenapa?! Kurang ajar kan kau ni, buat adik aku macam ni!” amarah Jeong Min sambil menolak kuat bahu Taehyung. “Oppa dah lah.” kata Aira yang menenangkan Jeong Min.


Taehyung bingung. Perkara apakah yang telah dirinya lakukan sehingga Jeong Min marah terhadapnya? Taehyung memandang Aira, matanya bengkak seperti orang yang baru lepas menangis. “Aku buat apa?” tanya Taehyung semula yang sememangnya tidak tahu apa-apa perkara yang terjadi. 


Jeong Min tersenyum sinis lalu melemparkan kepingan gambar ke arah Taehyung. Taehyung terkejut, mengutipnya sekeping demi sekeping. Terkejut Taehyung dibuatnya apabila melihat gambar dirinya sedang berumbuan dengan bekas teman wanitanya. Taehyung memandang Aira. Aira hanya menundukkan dirinya sahaja, dirinya tidak mampu untuk memandang Taehyung. Air mata Aira turun setitis demi setitis. Taehyung terus memeluk Aira dengan erat. Jeong Min yang melihat perilaku Taehyung terus menepisnya tetapi Taehyung lebih kuat menolak Jeong Min jatuh. 


Taehyung memeluk Aira dengan seerat eratnya. Aira hanya mempu mengalirkan air matanya sahaja. Dirinya kecewa dengan perangai Taehyung. “Aira, aku minta maaf.” ujar Taehyung lembut. Tanpa disedari air matanya turut menitis. Entah kenapa dirinya rasa serba salah. “Maafkan aku…” ujar Taehyung lagi. Aira membalas pelukan Taehyung. 


Jeong Min terkejut melihat Taehyung. Dirinya kesal kerana menuduh Taehyung sebegitu padahal dirinya tahu bahawa Taehyung amat menyayangi Aira. Jeong Min hanya membiarkannya sahaja.


Taehyung melepaskan pelukannya lalu terus meletakkan bibirnya pada bibir Aira. Aira terkejut. Kaku. Dirinya seperti tidak mampu menghalang perbuatan Taehyung. Air mata Taehyung masih lagi menitis tanpa henti. “Maafkan aku.” ujar Taehyung selepas menjarakkan dirinya dengan Aira. 


*


“Kau dah tahukan, betapa dalamnya cinta Taehyung dekat aku.” ujar gadis yang berada di hadapan Aira.

 

Aira hanya berdesis. Tersenyum jahat. “So?” soal Aira yang memerli.

 

“Pulangkan Taehyung dekat aku balik. Sebelum bankrupt butik kau.” gadis itu mengugut Aira.

 

Aira tetap memberi senyumannya. Aira memandang tepat pada an

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
youngminbfminwoo
chapter 17 dah update! youngminbfminwoo is back! silakan membaca^^

Comments

You must be logged in to comment
Raeyun #1
Chapter 25: Daebak lah cita ni..
hanazraf95 #2
Chapter 23: asal baekhyun jahat?? T_T bgy lh balik ank taehyung tuu !!!huhuh
Nabila_Pss
#3
Chapter 23: SedihnyaaT_T jahat la beakhyun ni
chohanlove #4
Chapter 22: waaa ! sedihh .
b2stFanz
#5
Chapter 23: update soon a/n..kenapa baekhyun amik taera tu..huhuhu
kimyooo #6
Chapter 23: Sedih gile babun tahap 999999.... update soon admin
pikahbajet #7
Chapter 23: baekhyun nihhh jahat betoi.......update soon...citer ni best!!!!!!