Chapter 13 - Permintaan

I Want You
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

“Kim Aira.” Taehyung memanggil Aira dengan lembut sambil memulas tombol pintu bilik mereka. Aira hanya mendiamkan dirinya sahaja. Malas menguasai dirinya. Fikirannya bercelaru. Apakah betul itu yang diharapkan oleh anaknya, Taera. Ingin memiliki seorang ibu seperti Tiffany.

 

Taehyung mengeluh perlahan. “Aira sayang…” panggil Taehyung lembut sekali lagi.

 

Aira bangkit. Aira hanya memandang Taehyung. Tiada apa-apa yang hendak dibicarakan. “Sayang, janganlah ambil hati apa yang Taera cakap tadi.” pujuk Taehyung. Aira tetap mendiamkan dirinya. Ya, Aira mengaku dia memang terluka hati dengan kata-kata anaknya sebentar tadi. Taehyung memasukkan Aira ke dalam dakapannya. Pelukan yang hangat dari Taehyung. Tanpa disedari air mata Aira menitis setitik demi setitik. Taehyung perlahan lahan mengusap rambut isteri kesayangannya. “Aira, janganlah nangis.” pujuk Taehyung yang tahu bahawa Aira sedang menangis. 

 

Walaupun dalam permulaan perkenalan mereka, Aira seorang yang berjiwa kental tetapi Aira tetap berjiwa seorang wanita yang amat terasa hati. *hohoho, merepek! APAKAH(?)(!)*

 

“Omma.” panggil Taera. Aira segera mengelap air matanya. Taera meneruskan langkahnya ke arah ommanya.  “Mianhaayo omma.” ucap Taera sambil menundukkan mukanya. Serba salah walaupun usianya masih kecil.

 

*flashback*

 

“Taera-ah, kenapa cakap dengan omma macam tu? Tak boleh cakap macam tu. Omma dah merajuk.” tegur appanya dengan lembut.

 

Taera hanya berdiam diri. Salahkah? “Omma.” ujarnya sendiri.

 

“Kim Taera, pergi minta maaf dengan omma sekarang. Taera janji dengan omma, Taera tak cakap pasal cikgu Taera lagi. Okay?” pinta si appa. Taehyung memang bijak menyelesaikan masalah rumah tangganya.

 

Taera hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Tetiba sahaja air matanya menitis. Taehyung menjadi cemas takut kalau Aira terdengar. “Taera-ah kenapa nangis?” soal Taehyung. Air mata Taera menjadi semakin deras. “Mianhae, mianhae. Appa tak marah Taera lah.” pujuk Taehyung sambil memeluk erat anaknya.

 

*end flashback*

 

Aira hanya memberi segaris senyumannya sahaja. “Tak apalah, sayang.” ujar Aira yang mengusap lembut rambut anaknya.

 

“Taera janji Taera tak cakap pasal cikgu Taera lagi. Taera janji.” ucap Taera sambil menunjukkan jari kelikingnya ke arah Aira. Aira menyambur jari keliking kecil anaknya. “Iyalah sayang.” balas Aira sambil mendukung Taera.

 

Taera tertawa tatkala Aira mendukungnya. “Omma tak marah Taera pun.” ujar Aira lembut.

 

*

 

“Tak nak! Taera tak nak pergi sekolah!” rayu Taera dengan air matanya. Aira masih lagi memujuk. Taehyung juga buntu. Kenapalah anaknya buat perangai? Selama ini tidak pernah pun. “Taera tak nak! Taera tak nak pergi sekolah! Taera tak nak!” ujar Taera lagi.

 

Aira memegang kedua-dua tangan kecil anaknya. “Taera-ah, kenapa tak nak? Kan  ada ramai kawan-kawan dekat sini. Tengok tu, cikgu Taera dah tunggu.” ujar Aira yang masih lagi mencuba memujuk Taera bersekolah.

 

“Kim Taera!” Taehyung menegur Taera. Taera terdiam, masih lagi dalam keadaan menangis tersedu sedu. “Oppa janganlah marah Taera.” 

 

Taehyung mengeluh perlahan. “Taera-ah, masuk sekolah sayang. Nanti omma dengan appa ambil Taera sama-sama.” pujuk Taehyung pula. “Omma dengan appa kena kerja, nanti lambat macam mana?” pujuk Taehyung lagi.

 

Taera kembali meraung tangisannya. “Tak nak! Tak nak! Taera tak nak~ Nanti omma merajuk lagi…” ujar Taera. Taehyung dan Aira terkejut, memandang sesama sendiri. 

 

“Omma tak merajuklah, sayang. Masuk sekolah ya…” pujuk Aira sambil mendukung Taera. Taehyung terfikir, kerana kata-katanya semalam Taera tidak mahu ke sekolah. 

 

“Taera tak nak! Omma, Taera tak nak!” raung Taera sambil menggoyangkan badannya supaya tidak didukungi oleh ommanya. Aira akhirnya mengalah. Taera berlari masuk ke dalam kereta.

 

“Kim Taera!” panggil Taehyung. Aira mengusap lembut lengan Taehyung. “Saya bawa Taera pergi kerja.” ujar Aira lembut lalu memaut tangan Taehyung untuk kembali ke kereta mereka.

 

“Cikgu, maaf ya. Taera tak sekolah hari ni.” ujar Taehyung sebelum pergi.

 

 

Aira membuka pintu kereta. Taera masih lagi menangis. “Sini sayang.” panggil Aira lembut. Taera menurut. Taera duduk di atas paha Aira. “Anak omma jangan menangis lagi ya…” pujuk Aira lembut sambil mengusap air mata Taera sambil membetulkan rambut Taera yang sudah kusut masai. Mata Taera bengkak akibat menangis tadi. Taehyung turut mengusap anak rambut Taera. “Hari ni, omma dengan appa tak hantar Taera pergi sekolah, okay?” pujuk Taehyung pula.  Taera hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

 

*

 

“Ommmmaaaaa” ujar Taera keriangan yang berlari lari di butik Aira. 

 

Aira tersenyum dengan gelagat anaknya. Tidak mahu ke sekolah dan sekarang sedang keriangan berlari larian. “

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
youngminbfminwoo
chapter 17 dah update! youngminbfminwoo is back! silakan membaca^^

Comments

You must be logged in to comment
Raeyun #1
Chapter 25: Daebak lah cita ni..
hanazraf95 #2
Chapter 23: asal baekhyun jahat?? T_T bgy lh balik ank taehyung tuu !!!huhuh
Nabila_Pss
#3
Chapter 23: SedihnyaaT_T jahat la beakhyun ni
chohanlove #4
Chapter 22: waaa ! sedihh .
b2stFanz
#5
Chapter 23: update soon a/n..kenapa baekhyun amik taera tu..huhuhu
kimyooo #6
Chapter 23: Sedih gile babun tahap 999999.... update soon admin
pikahbajet #7
Chapter 23: baekhyun nihhh jahat betoi.......update soon...citer ni best!!!!!!