Chapter 2

Di Sebalik Topeng

 

 

10 tahun kemudian

 

“Woi, tepi sikit!!!! Aku dah lambat ni!”

Jeritannya yang nyaring itu membuatkan semua pekerja yang berada di situ menghentikan kerja mereka untuk seketika. Kelihatan segelintir daripada mereka menggelengkan kepala melihat telatah rakan sekerja mereka yang tergesa-gesa berlari ke arah bilik ketua mereka itu.

“Bangun lambat lagilah tu.”

“Dia tu memang tak pernah berubah,kan? Berapa kali kena sound dengan Tuan pun dia tak pernah serik.”

“Dia kan anak ketua polis Bandar ni. Manalah orang berani nak sound dia lebih-lebih.”

“Betul juga tu. Berani sound dia, beranilah tanggung akibatnya.”

“Untunglah jadi anak orang besar. Buat salah besar pun, orang buat-buat tak tahu.”

Kedengaran bisikan beberapa orang pekerja di situ yang leka memerhatikan gelagat rakan mereka yang sedang tergopoh-gapah itu.

 

 

“Maafkan saya,Tuan.”

Dia menghela nafas panjang, tercungap-cungap sebaik sahaja tiba di bilik ketuanya itu. Ketua Cha memandang ke arahnya sambil menggelengkan kepalanya.

“Kenapa awak lambat lagi hari ni, Jaeho? Saya dah pesan berapa kali dekat awakkan supaya jaga sikit disiplin awak tu. Awak tak kisahkah kalau orang lain mengata pasal awak, pasal ayah awak?” Soal Ketua Cha. Jaeho berdiri tegak , tidak berkata apa-apa. Kedengaran Ketua Cha mengeluh perlahan sebelum dia memberikan isyarat kepada Jaeho untuk duduk. Jaeho mulai melangkah masuk ke dalam sebelum berhenti sebaik sahaja menyedari seorang lelaki yang turut berada di dalam bilik itu. Ketua Cha yang menyedari akan tindakan Jaeho itu sekadar tersenyum nipis.

“Oh, duduk dulu, Jaeho. Saya ada perkara yang perlu dibincangkan dengan awak,”kata Ketua Cha, yang turut mengambil tempatnya di hadapan Jaeho itu. Jaeho sekadar menurut. Sekali sekala dia akan menoleh ke arah lelaki yang langsung tidak menoleh ke arahnya itu.

“Saya kenalkan, ini Yang SeungHo. Dia merupakan pegawai baru dekat sini. Dan saya nak awak bekerjasama dengan dia mengenai tugas baru yang akan saya berikan kepada awak nanti,”kata Ketua Cha. Kedua-dua mata Jaeho membulat sebaik sahaja mendengar kata-kata Ketua Cha.

“Apa? Maksud Tuan? Saya kena partner dengan diakah?” Soal Jaeho,tidak percaya. Ketua Cha sekadar tersenyum sambil mengangguk.

“Tapi…Tuan…saya..”

“Saya boleh uruskan kes tu sendiri,Tuan. Saya tak perlukan orang lain untuk tolong saya. Lagi-lagi orang yang cuai macam dia ni,”kata SeungHo,langsung tidak menoleh ke arah Jaeho. Jaeho mengetap bibir,tidak puas hati.

“Lagipun saya lebih arif mengenai kes tu daripada orang lain. Sebab tu saya datang sini. Sebab saya nak selesaikan kes ni secepat yang mungkin,” kata SeungHo lagi. Jaeho segera berdiri sebelum menghadap ke arah SeungHo.

“Yah! Siapa yang awak maksudkan cuai tu hah?!” Jaeho melepaskan rasa tidak puas hatinya, tanpa mempedulikan Ketua Cha yang turut berada di dalam bilik itu. SeungHo menjeling ke arahnya. Namun tidak pula dia membalas pertanyaan lelaki itu.

“Saya faham, SeungHo. Tapi Jaeho memang sesuai untuk tolong awak dalam menyelesaikan kes ni. Lagipun saya rasa awak mesti faham. Kes ni kes yang berat. Awak takkan dapat selesaikannya sendiri. Silap langkah, awak takkan selamat.”

SeungHo mengeluh sebaik sahaja mendengar kata-kata Ketua Cha itu. Kata-katanya tepat sekali. Tetapi, mampukah dia berjaya menyelesaikan kes itu dengan lancar sekiranya dia bekerjasama dengan lelaki yang dikenalinya sebagai Jaeho itu?

“Jaeho, awak tahukan mengenai kes bunuh di Busan 10 tahun lalu?” Soal Ketua Cha,inginkan kepastian. Jaeho sekadar mengangguk, sambil memandang tajam ke arah SeungHo. Ternyata dia masih tidak puas hati dengan lelaki itu kerana memandang rendah terhadap kemampuannya itu.

“Saya nak awak dan SeungHo uruskan kes tu. Lagipun, pihak kita dah dapat laporan bahawa mereka kini berada di Seoul. Kita perlu siasat secepat yang mungkin sebelum lebih ramai lagi yang akan menjadi mangsa,”kata Ketua Cha.

“Macam mana pula dengan kanak-kanak perempuan yang terselamat tu, Tuan?” soal Jaeho,ingin tahu. Sebelum ini, dia hanya mendengar mengenai kes itu daripada ayahnya. Namun  tidak pula dia mengambil tahu dengan lebih mendalam mengenai kes tersebut. Apa yang dia pasti, hanya seorang sahaja mangsa yang terselamat daripada pembunuhan kejam itu. Ketika itu, mangsa tersebut berusia 9 tahun. Dikhabarkan, terdapat seorang remaja lelaki dalam lingkungan usia 20-an turut berada di tempat kejadian sebelum dipercayai hilang. Sehingga kini, remaja lelaki itu masih belum ditemui. Ramai yang menganggap remaja lelaki itu turut terkorban dalam kejadian itu. Namun ahli keluarganya tetap berkeras bahawa anak lelaki mereka itu masih hidup disebabkan oleh mayatnya yang masih belum ditemui sehingga kini.

“Dia selamat. Kita sentiasa memantau akan keselamatan dia,” kata Tuan Cha lagi. Dia sudah maklum mengenai perkembangan terkini satu-satunya mangsa yang terselemat itu. Pergerakannya sentiasa diawasi oleh pegawainya yang dilantik , bimbang gadis itu menjadi sasaran kumpulan penjenayah itu. SeungHo pula terus membisu, langsung tidak melibatkan diri dalam perbincangan antara Ketua Cha dengan Jaeho itu. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Keluhannya membuatkan perbincangan kedua-dua lelaki itu terhenti seketika.

“Yang SeungHo?” Soal Ketua Cha. SeungHo memandang ke arahnya. Sesekali dia akan menoleh ke arah Jaeho.

“Ya. Baiklah. Saya setuju. Saya akan bekerjasama dengan Jaeho,”kata SeungHo. Ketua Cha tersenyum lebar sebaik sahaja mendengar persetujuan SeungHo itu. Kali ini giliran Jaeho pula mengeluh.

“Bagus. Saya akan serahkan kes ini kepada awak berdua. Good luck!”

 

 

Kedua-dua lelaki itu melangkah keluar dari bilik Ketua Cha. Jaeho menoleh ke arah SeungHo yang sedang berjalan di sebelahnya itu.

“Kenapa tiba-tiba kau setuju pula dengan Ketua Cha? Aku ni kan cuai,”kata Jaeho, menyindir. SeungHo pula terus berjalan, langsung tidak mempedulikan sindiran lelaki itu.

“Aku tak pedulilah kalau kau ada sejarah apa-apa dengan kes bunuh tu. Tapi yang aku tak faham, kenapa kau beria-ia sangat nak uruskan kes tu sampai sanggup tukar ke tempat aku? Tempat kau tu dah tak boleh nak handle sangatkah kes bunuh tu?” Soal Jaeho.

“Kes bunuh 10 tahun yang lalu…10 tahun kau masih nak siasat kes ni? Hahaha! Cakap orang cuai…kau pun sama juga. Tak cekap. Orang tu tengah berseronok dapat melepaskan diri, kau pulak masih terkial-kial nak siasat kes ni,”kata Jaeho, sengaja mengejek. Ketawanya terhenti apabila tubuhnya ditolak kasar ke arah dinding. Jaeho terkejut apabila melihat wajah SeungHo yang tegang itu. Kolar bajunya digenggam erat.

“Kalau kau tak tahu apa-apa, baik kau diam. Aku terpaksa terima kau pun sebab aku tak nak langgar arahan daripada Ketua Cha.  Aku hormat Ketua Cha. Aku langsung tak kisah kalau aku mati pun disebabkan kes ni. Lagipun aku yakin aku boleh hidup lama daripada kau, kalau kau tetap berperangai macam sampah ni.”

Jaeho terdiam. SeungHo tersenyum sinis.

“Jangan sebab kau ni anak orang besar polis, kau boleh bangga diri. Gelaran tu tak bawa apa-apa untung pun dekat kau.”

“Kau kena ingat…Mereka tu bukan calang-calang penjenayah biasa. Kita tak boleh sewenang-wenangnya menangkap mereka tanpa bukti. Mereka ada banyak hubungan dengan orang berpengaruh. Silap langkah, kita takkan dapat teruskan siasatan ni. Sebab tu, aku tak nak kau ganggu kerja aku. Kalau kau nak tolong, buat cara tolong. Kalau tak, kau boleh pergi. Aku boleh uruskannya sendiri,”kata SeungHo sebelum dia melepaskan kolar baju Jaeho. Tanpa menunggu lelaki itu bersuara, SeungHo terus meninggalkan Jaeho di situ.

“Berlagak sungguhla mamat tu. So what kalau aku ni anak orang besar polis pun? Ingat aku ni tak boleh buat kerja sangatkah?” Ngomelnya, geram dengan SeungHo yang kian menjauh daripadanya itu. Jaeho mendengus kasar. Dia terus memandang ke arah SeungHo.

“Belasah sajalah. Habis kes ni, memang aku tak nak tengok muka mamat berlagak tu lagi. Kalau ikutkan hati, memang aku rasa nak tumbuk saja muka berlagak tu.” Jaeho terus mengomel sambil meneruskan langkahnya , mengikut SeungHo dari belakang.

 

 

 

“Hye Jin ah!”

Hye Jin menoleh sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil dari belakang. Bibirnya tersenyum lebar sebaik sahaja melihat kelibat Daewon yang sedang berlari ke arahnya itu.

“Cepat betul awak jalan. Penat saya kejar awak,”kata Daewon sambil membetulkan beg galasnya itu.

“Siapa suruh awak kejar saya? Padan muka,”balas Hye Jin, selamba. Daewon mencebik.

“Yelah. Saya nak jalan dengan awak. Salahkah?” Soal Daewon. Hye Jin tersenyum lagi.

“Awak nak jalan-jalan dengan saya ni, girlfriend awak tu tak marahkah? Saya tak nak kena serang saja,” balas Hye Jin. Daewon ketawa.

“Ish, awak ni buat-buat tak tahu pula ya, Hye Jin,”kata Daewon. Hye Jin menoleh ke arahnya.

“Tak tahu apa pula ni, Daewon,”balas Hye Jin.

“Takkanlah awak nak marah saya kalau saya jalan dengan awak,”kata Daewon, sengaja mengusik. Hye Jin yang cepat menangkap maksud kata-kata Daewon itu terus memukul belakang lelaki itu dengan kasar. Daewon mengeluh kesakitan.

“Eeeee! Gelilah orang dengar! Euwww! Tengok ni, meremang bulu roma saya tau,”kata Hye Jin, sambil menunjukkan lengannya kepada Daewon. Tawa Daewon semakin galak. Akhirnya, Hye Jin tertawa juga dengan usikan lelaki itu.

“Sukalah tu dapat mengusik orang. Sabar sajalah,”kata Hye Jin. Daewon sekadar tersenyum.

“Malam ni awak free tak? Jom kita keluar?” Soal Daewon, penuh mengharap. Hye Jin menoleh ke arahnya.

“Em…malam ni tak bolehlah, Daewon. Saya ada hal. Lain kali sajalah ekh,”balas Hye Jin. Raut wajah Daewon berubah muram.

“Awak ada hal apa pula ni? Malam-malam pula tu. Nak saya hantarkan awakkah?” Soal Daewon, sedikit kecewa.

“Adalah. Saya kena uruskan satu benda ni. Saya janji, lain kali kita keluar ya? Lagipun awak jangan risaulah. Saya bukan buat benda jahat pun,”kata Hye Jin, cuba meyakinkan Daewon.

“Ok. Tapi kalau ada apa-apa jadi, awak call saya, ok?”

“Janji!” Hye Jin tersenyum puas.

 

 

Hye Jin segera menyembunyikan dirinya di sebalik dinding apabila melihat kereta hitam yang sedang berhenti tidak jauh dari pintu masuk kolejnya itu.

“Ish..kalau mereka nampak aku ni, memang aku takkan dapat pergi tempat tu malam ni,”keluhnya. Dia terus memerhatikan gelagat dua orang lelaki di dalam kereta itu. Kedua-dua lelaki itu kelihatan sedang mengawasi kawasan sekitar kolejnya itu. Hye Jin mengeluh kasar.

“Fikir, Hye Jin. Fikir.”

“Eh Hye Jin, awak buat apa menyorok dekat sini?” Soal MinJi yang sedang berjalan bersama rakan-rakannya itu. Hye Jin menoleh ke arah mereka sebelum bibirnya menguntum senyuman kemenangan.

 

“Ada nampak dia tak?” Soal DongHo, sambil melihat ke arah sekumpulan pelajar yang sedang berjalan keluar dari kawasan kolej itu. KiJun yang turut berada di dalam kereta itu sekadar menggeleng.

“Pastikan jangan terlepas pandang dia. Mati kita kena dengan Tuan nanti,”pesan DongHo.

“Sampai bila kita nak ikut budak perempuan ni?Bosan,”keluh KiJun.

“Selagi penjenayah bertopengkan ahli korporat tu masih belum ditangkap, selagi tulah kita terikat dengan tugas ni,”balas DongHo, sebelum melepaskan keluhan berat. KiJun turut mengeluh.

“Aku dengar si Jaeho pun terlibat untuk siasat kes ni,” kata KiJun. DongHo ketawa kecil.

“Masaklah…sampai matilah kita jadi babysitter macam ni,”balas DongHo. KiJun turut ketawa.

“Apalah yang Ketua Cha tu nampak dekat budak Jaeho tu. Harapkan ayah dia sajalah ketua polis,” kata KiJun pula. DongHo sekadar menggeleng.

“Apa-apa pun, jangan terlepas pandang budak perempuan tu. Kalau apa-apa jadi nanti, kita juga yang susah,”pesan DongHo.

“Baiklah.”

 

 

Hye Jin memandang ke arah sebuah hotel yang tersergam mewah di hadapannya itu. Dia kemudiannya memeriksa gaun hitam yang tersarung kemas pada tubuhnya itu. Dia tersenyum puas hati dengan penampilannya itu.

“Bagus! Aku kena pastikan misi aku kali ni tak gagal. Kalau tak, sampai bila-bila pun aku takkan dapat selesaikan hal ni.” Bisiknya. Perlahan-lahan, dia mengatur langkah memasuki bangunan itu dengan perasaan berdebar-debar. Rantai yang tersarung pada lehernya itu digenggam erat.

 

“Dia dah datang, Tuan.”

Seorang lelaki yang memerhati Hye Jin dari jauh itu menghubungi ketuanya melalui telefon bimbit. Kelihatan dia mengangguk sebelum dia mematikan panggilan.

 

 

“Jadi, awaklah Hye Jin?” Soal seorang lelaki sambil memeriksa sesuatu pada kertasnya itu. Hye Jin mengangguk. Lelaki itu memandang ke arah Hye Jin.

“Maafkan saya. Hari ni Tuan Jung sibuk. Dia tak boleh jumpa awak.” Kata lelaki itu.

“Tapi,encik…”

“Maafkan saya, Cik Hye Jin. Mungkin Cik Hye Jin boleh datang lain kali. Saya hanya mematuhi arahan,”kata lelaki itu.

“Encik…saya..”

Kata-kata Hye Jin terhenti apabila tangannya dipegang oleh seorang lelaki. Hye Jin menoleh. Kelihatan lelaki itu sedang tersenyum ke arahnya.

“Saya akan bawa awak jumpa dengan Tuan Jung,” kata lelaki itu.

“Tapi …”

“It’s okay. Ini arahan daripada Tuan sendiri,”kata lelaki itu. Lelaki yang cuba menghalang Hye Jin daripada masuk itu sekadar patuh.

“Mari ikut saya, Cik Hye Jin,” kata lelaki itu sambil tersenyum. Hye Jin turut membalas senyumannya.

 

“Em…encik…” Hye Jin teragak-agak untuk memanggil lelaki yang sedang berdiri di sebelahnya itu.

“Panggil saya Mir.” Pintas lelaki itu.

“Em..Encik Mir. Encik cakap yang ini arahan Tuan? Maksud encik…dia memang nak jumpa dengan sayakah?” Soal Hye Jin,ingin tahu. Mir sekadar tersenyum.

“Itu saya tak pasti. Saya hanya menurut arahan,”balasnya dengan tenang.

 

“Maafkan saya, Tuan. Cik Hye Jin dah sampai,” kata Mir sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik agam itu. Lelaki yang sedang duduk menghadap permandangan malam itu sekadar membuat isyarat tangan. Mir yang memahami isyarat itu sekadar menundukkan kepalanya. Dia kemudiannya menoleh ke arah Hye Jin.

“Saya keluar dulu,”kata Mir, sebelum dia beredar meninggalkan Hye Jin bersama-sama dengan lelaki yang dipanggil Tuan Jung itu. Hye Jin kemudiannya memandang ke arah lelaki itu.

“Em…saya…”

“Kim Hye Jin…nama awak Kim Hye Jin,kan?” Soal lelaki itu, masih tidak memandang ke arah Hye Jin. Hye Jin sekadar mengangguk. Jantungnya berdegup pantas sebaik sahaja lelaki itu memusingkan kerusinya, sebelum lelaki itu memandang ke arahnya. Kelihatan lelaki itu menguntum senyuman manis ke arahnya.

“Saya dah lama tunggu kehadiran awak,Kim Hye Jin,”katanya.

“Saya harap encik..em..Tuan..terima permohonan kerja saya di sini,”kata Hye Jin,cuba memberanikan diri. Lelaki itu tersenyum.

“Em..saya tertarik dengan resume awak. Cuma saya rasa tak yakin mengenai satu perkara,”kata lelaki itu, sebelum dia bengun dari tempat duduknya. Perlahan-lahan, dia berjalan ke arah Hye Jin. Hye Jin sekadar berdiri di situ tanpa langsung berganjak. Dia menundukkan pandangannya apabila menyedari lelaki itu berdiri betul-betul di hadapannya.

“Awak tak takutkah kerja dekat sini?” Soal lelaki itu, separuh berbisik. Rambut Hye Jin yang panjang melepasi bahu itu disentuhnya lembut.

“Saya memang nak kerja dekat sini.” Kata Hye Jin,tekad.

“Em..sebab?” Soal lelaki itu lagi. Hye Jin memberanikan diri untuk bertentang mata dengan lelaki itu.

Dialah lelaki tu! Bisik hatinya.

Walaupun wajahnya kelihatan semakin matang…tetapi pandangan matanya tetap sama. Dialah lelaki tu! Lelaki tak guna!

“Sebab saya nak jumpa dengan awak, Tuan,”kata Hye Jin. Kening lelaki itu terangkat. Senyumannya kian lebar.

“Dan saya dah ada di sini untuk awak, Hye Jin,”bisik lelaki itu. Kali ini, tangannya sudah pun berada di pipi Hye Jin. Diusapnya pipi itu dengan lembut. Hye Jin cuba mengawal air matanya daripada mengalir.

“Wae? Awak kata awak nak jumpa dengan saya. Tapi kenapa awak menangis?” Soal lelaki itu lagi. Hye Jin segera mengesat air matanya daripada mengalir. Namun tindakannya itu dihalang oleh lelaki itu. Hye Jin terkejut apabila lelaki itu segera mengucup bibirnya.Matanya membulat.

“G.O.”

Hye Jin memandang ke arahnya.

“Panggil saya G.O,” kata lelaki itu. Hye Jin yang masih terkejut itu sekadar membisu. G.O tersenyum sinis. Perlahan-lahan, dia mendekatkan wajahnya ke arah Hye Jin.

“Awak diterima untuk bekerja di sini, Hye Jin.” Bisiknya sebelum dikucupnya bibir wanita itu sekali lagi.

 

Nama dia G.O…

G.O…

Aku akan balas dendam…

G.O…

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yangtweety #1
Chapter 9: Awat jahat sgt abg g.o tu..dendam apa smpai mcm tu..poor kyungtak.jota ni pun satu...sggup buat mcm tu kat father.eh?
yangtweety #2
Chapter 8: Ohh ok hhaha ok2 dah fhm..xjadi geram kat kyungtak..geram kat jota n ketua dia hahha.xsbr nak tggu wtk daewonie heee
yangtweety #3
Chapter 7: Geonnn...dendam apakah smpai geon jd jahat mcm tu?omo omo desperate nak next chapter ni hahahh but mirue TT.TT smpai hati kyuntak..awat gilo sgt kyungtak tu ><
yangtweety #4
Chapter 6: Geonie btl2 jd org jahat ke?
yangtweety #5
Chapter 5: Awat JungByunghee?kena tikam ke apa?haishh bila JungByunghee bertemu leekyungtak...hahahh klu ain bg gambaran dorang dgn pic msti lagiiiii menarik.k ni kes pembaca demand LOL
yangtweety #6
Chapter 4: Ok...akk nak jung jio selamatkan hyejin tp nak geon pun selamatkan dia juga hahha. And my ssong..omg,so cool XD
yangtweety #7
Chapter 3: Leegeon???! Andweeeee....awat dia tu?uwaaaa JungByunghee...hero d sebalik tabir LOL and jota hahahh jota jota..kemain lagi.
yangtweety #8
Chapter 2: Omo omo omo hahhah so suprise!!!jung byunghee gatal!dia ke yg lelaki bertopeng dlm bab1 tu?akk ingtkn yg dia nak jumpa sgt tu si kyungtak.weee ok xsbr nak baca next chptr XD
yangtweety #9
Chapter 1: Best!!!!!! Mula2....heee y so cheesy hahhah ok2 nak tggu next chapter