Chapter 1

Di Sebalik Topeng

 

“Selamat hari jadi, sayang.”

Seorang kanak-kanak perempuan dalam linkungan usia 9 tahun tersenyum riang apabila menerima seutas rantai emas putih daripada ibunya. Pantas sahaja dipinta olehnya untuk dipakaikan rantai itu pada lehernya.

“Cantiknya rantai ni,omma!” Kanak-kanak itu begitu kusyuk memerhati rantai emas putih yang sudah pun tersarung pada lehernya itu. Kedua-dua ibu bapanya turut tersenyum bahagia melihat satu-satunya anak perempuan mereka yang sedang bergembira dengan hadiah pemberian mereka itu.

“Cantik lagi rantai tu bila adik oppa ni yang pakai,”kata seorang remaja lelaki yang turut berada di ruang tamu itu. Kanak-kanak perempuan itu menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

“Sun Young kan memang cantik,oppa,”balas kanak-kanak perempuan itu,membangga diri. Remaja lelaki itu menggelengkan  kepalanya. Kedua-dua ibu bapa Sun Young itu sekadar ketawa melihat telatah mereka.

“Kyung Tak duduk sini sampai bila?” Soal Puan Park. Remaja lelaki itu menoleh ke arahnya.

“Lagi 2 hari saya balik Seoul. Sebab cuti saya ni dah nak habis. Semester baru  dah nak mulakan,”balasnya, sambil memerhati ke arah Sun Young yang masih leka dengan rantai pemberian ibu bapanya itu. Tanpa disedarinya, bibirnya menguntum senyuman manis. Puan Park turut tersenyum melihat kelakuan Kyung Tak itu. Walaupun perbezaan usia antara Kyung Tak dan Sun Young itu berbeza 10 tahun, namun hubungan mereka sangat rapat. Sun Young itu sudah dianggapnya seperti adik perempuannya sendiri. Keluarga Lee juga begitu rapat dengan keluarga Park.

“Oppa,oppa tak adakah hadiah untuk Sun Young?” Soal Sun Young,berpeluk tubuh.

“Oppalah hadiah Sun Young,”kata Kyung Tak sambil bergurau. Sun Young mencebik.

“ Oppa ni…Sun Young tanya elok-elok ni. Nanti Sun Young marah baru tahu,” kata Sun Young,tidak puas hati. Kyung Tak ketawa. Ternyata kanak-kanak itu agak garang orangnya, fikirnya. Dia kemudiannya mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya.

“Oppa tak pandai pilih hadiah tau. Tapi oppa rasa hadiah ni sesuai sangat dengan Sun Young,”kata Kyung Tak sambil menghulurkan hadiahnya kepada Sun Young. Sun Young segera mengambil hadiah tersebut tanpa menunggu lama.

“Eh, rantai juga?” Soal Sun Young. Kyung Tak sekadar tersenyum.

“Ni bukan rantai biasa tau. Ni rantai special. Oppa memang belikan ni khas untuk Sun Young.” Kyung Tak kemudiannya menunjukkan sesuatu kepada Sun Young.

“Nampak tak?” Soal Kyung Tak sambil menunggu respon daripada Sun Young.

“Wah, ada gambar Sun Young dengan oppala!” Sun Young kelihatan teruja. Kyung Tak tersenyum.

“Sun Young sukakah?” Soal Kyung Tak inginkan kepastian.

“Suka! Tapi kenapa oppa letak gambar dalam rantai ni?” Soal Sun Young,ingin tahu.

“Sebab oppa kan duduk jauh dengan Sun Young. Oppa Cuma tak nak Sun Young lupa dekat oppa nanti. Manalah tahu kalau-kalau Sun Young dah ada boyfriend nanti, Sun Young pun lupa dekat oppa,” kata Kyung Tak. Sun Young tersenyum.

“Oppa kan oppa kesayangan Sun Young. Mana boleh Sun Young lupa,”balas Sun Young. Kyung Tak tersenyum lagi. Tanpa menunggu lama, dia terus mengucup lembut pipi Sun Young yang sedang leka itu. Sun Young terkejut.

“Oppa?”

“Kenapa? Macamlah tak biasa.” Balas Kyung Tak, berlagak biasa.

“Sun Young sebenarnya suka tu. Dia pernah cakap dengan samcheon yang dia nak kahwin dengan Kyung Tak bila dah besar nanti,”kata Encik Park,turut sama mengusik. Puan Park sekadar ketawa. Muka Sun Young berubah merah.

“Ish, mana ada! Sun Young tak pernah pun cakap macam tu,” balas Sun Young, menahan rasa malu.

“Wow, yeke? Sun Young nak kahwin dengan oppa?” Soal Kyung Tak,teruja.

“Tak! Ish…nak masuk bilikla macam ni!” Pantas saja Sun Young berlari ke arah biliknya di tingkat atas. Mereka yang berada di ruang tamu itu ketawa melihat telatah manja Sun Young itu.

“Kyung Tak pun suka dekat Sun Young kan?” Soal Puan Park,ingin tahu. Kali ini, giliran Kyung Tak pula membisu.

“Aish, apa ahjumma cakap ni? “ Kyung Tak sekadar ketawa. Ketawa yang dibuat-buat.

“Beza umur kami ni jauh sangat. Lagipun saya dah lama anggap Sun Young tu macam adik saya sendiri,” katanya lagi, menafikan tanggapan Puan Park itu.

“Apa salahnya kalau betul suka dekat Sun Young. Kami pun suka kalau Kyung Tak dapat jagakan Sun Young satu hari nanti,”kata Encik Park pula.  Kyung Tak sekadar  tersenyum, tidak mengiyakan mahupun menidakkan. Dia kemudiannya memandang ke arah bilik Sun Young di tingkat atas.  Hakikatnya, dia memang menyanyangi Sun Young yang sudah dikenalinya sejak Sun Young masih bayi. Namun, dia sendiri kurang pasti sekiranya sayangnya itu hanya sekadar perasaan sayang daripada seorang abang kepada adiknya, ataupun lebih daripada itu.

“Kalau betul Sun Young itu untuk saya, saya akan jaga dia betul-betul, lebih daripada nyawa saya sendiri, samcheon. Saya janji,” kata Kyung Tak. Kedua-dua suami isteri itu kelihatan senang hati dengan kata-kata remaja lelaki itu. Perbualan mereka itu kemudiannya terganggu apabila kedengaran bunyi ketukan pintu yang sangat kuat. Cukup untuk membuatkan senyuman Encik Park mati. Begitu juga dengan Puan Park. Kyung Tak yang tidak memahami situasi yang sedang berlaku itu sekadar membisu.

 

“Apalah appa tu. Suka sangat mengusik,”ngomel Sun Young sambil duduk berhadapan dengan anak patung arnabnya. Rantai pemberian Kyung Tak yang masih berada dalam pegangannya itu dipandangnya. Wajah Kyung Tak yang berada di dalam gambar itu ditatapnya. Bibirnya menguntum senyuman manis.

“Rasa-rasanya…oppa nak tak kahwin dengan Sun Young bila dah besar nanti?” Soalnya sendiri.

“Sun Young sukakan oppa. Sebab oppa baik sangat dengan Sun Young,”katanya lagi. Dia tersenyum lagi sambil mendekatkan rantai pemberian Kyung Tak itu pada dadanya.

“Cari budak tu!”

Sun Young terkejut sebaik sahaja terdengar suara kasar seorang lelaki di luar biliknya.

“Appa?”

Ketukan kasar pada pintu biliknya membuatkannya hampir terjatuh dari katil kerana terlalu terkejut. Tubuhnya mulai menggeletar. Dia terus sahaja menyembunyikan dirinya di dalam almari dengan perasaan takut. Jantungnya bagaikan terhenti apabila terdengar pintu biliknya ditolak kasar dari luar. Sun Young memejamkan matanya sambil berdoa mengharapkan  dia tidak diapa-apakan oleh lelaki asing itu.

“Dekat sini rupanya.”

 Sun Young membuka matanya perlahan-lahan apabila terdengar suara seorang lelaki di hadapannya. Kelihatan lelaki itu sedang berdiri di hadapannya. Penampilannya kelihatan kemas. Namun , wajahnya kelihatan menggerunkan.

“Awak dah tak boleh lari daripada saya,budak kecil.” Kata lelaki itu. Sun Young semakin takut apatah lagi apabila melihat pistol yang berada dalam genggaman lelaki itu.

“Tolong jangan apa-apakan saya.” Tangis Sun Young. Lelaki itu tersenyum sinis.

“Tak guna nak menangis, budak kecil. Hutang mesti dibayar. Kalau tak, nyawalah yang menjadi ganti,”kata lelaki itu sambil menghalakan pistolnya ke arah Sun Young. Tangisan Sun Young semakin kuat.

“Ada permintaan terakhir sebelum mati?” Soal lelaki itu.

“Omma..Appa…apa encik dah buat dekat omma appa saya?” Soal Sun Young dalam tangis. Lelaki itu sekadar tersenyum sinis. Sun Young segera menanggalkan rantai dari lehernya itu, sebelum dihulurkan kepada lelaki itu.

“Saya tak tahu kalau rantai ni cukup untuk bayar hutang yang encik maksudkan tu. Tapi ambillah rantai ni. Dan jangan apa-apakan omma appa saya,”rayu Sun Young dalam tangis. Lelaki itu sekadar memandang tajam ke arahnya . Perlahan-lahan, pistol itu dijauhkan daripada Sun Young.

“Tolonglah,encik. Tolong jangan apa-apakan omma appa saya,”rayunya lagi. Lelaki itu kemudiannya mengambil rantai emas putih itu daripada Sun Young. Sun Young memandang ke arahnya. Wajah lelaki itu diamatinya sebelum lelaki itu berpaling daripadanya.

“Tuan Jung! Kami tak jumpa budak tu!” Kedengaran jeritan seorang lelaki dari luar.

“Sini pun tak ada!” Dia membalas Dia kemudiannya menoleh semula ke arah Sun Young. Kelihatan dia melepaskan nafas panjang sebelum dipejamkan matanya kejap.

“Lari dari sini,”katanya sebelum beredar meninggalkan Sun Young di dalam biliknya itu. Sun Young sekadar memerhati sehinggalah kelibat lelaki itu hilang dari biliknya. Dia memandang semula ke arah lehernya.

“Omma…Appa..miane…” Tangisnya.

 

Sun Young terkejut apabila melihat kedua-dua ibu bapanya yang sudah terkulai tidak bernyawa di atas lantai ruang tamu itu. Percikan darah kelihatan di setiap sudut ruang itu, seolah-olah pergelutan besar baru sahaja berlaku di situ. Kakinya menjadi lemah. Tubuhnya menggigil.

“Om…omm..omma…app..appa…”

“Ta…tapi…”

Wajah lelaki itu kembali bermain di ruang mindanya.

“Saya sangkakan encik takkan apa-apakan omma appa saya…”

Dia berlari ke arah jasad kedua-dua ibu bapanya yang tidak bernyawa itu. Ternyata mereka dipukul terlebih dahulu sebelum ditembak mati berdasarkan kesan luka yang terdapat pada kepala dan tubuh mereka itu. Sun Young kemudiannya memeluk erat tubuh ibu bapanya itu dengan linangan air matanya yang kian lebat itu.

Dia kemudiannya menoleh mencari kelibat Kyung Tak di ruang tamu itu. Namun, kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Sun Young mula mencari kelibat lelaki itu di setiap sudut rumahnya.

“Oppa!” Tangisnya. Mengharapkan lelaki itu dapat dijumpainya.

“Oppa!”

“Kyung Tak oppa!!!”

Kakinya tersadung sebelum tubuhnya terjatuh di atas tanah. Rantai pemberian Kyung Tak itu terlepas daripada pegangannya. Matanya terpaku ke arah gambarnya bersama Kyung Tak. Senyuman manis lelaki itu membuatkan tangisannya menjadi semakin kuat.

“Omma..Appa…”

“Oppa…”

“Ahhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

 

 

Lelaki itu sekadar memerhati Sun Young yang sedang menangis itu dari jauh. Rantai emas putih milik kanak-kanak itu digenggamnya erat.Matanya dipejamkan kejap.

“Tuan, kita dah boleh gerak sekarang?” Soal pemandunya dari tempat duduk hadapan. Kedengaran lelaki itu mengeluh perlahan.

“Hyung…Hyung dah pergikah?” Soalnya,perlahan.

“Dia dah pergi.Katanya ada lagi urusan yang perlu diselesaikan,”kata pemandunya. Lelaki itu menoleh sekali lagi ke arah Sun Young.

“Sepatutnya saya halang Hyung. Tapi saya tak mampu ,”kata lelaki itu,kesal.

“Tak ada siapa pun yang boleh halang Tuan Presiden, Tuan. Lagipun…memang itu prinsip dia. Tak pernah ada sesiapa pun yang boleh terlepas dari dia,”kata pemandunya lagi. Sekali sekala dia akan memerhati tuannya itu melalui cermin pandang belakang. Dia akui bahawa lelaki itu lebih lembut hatinya jika mahu dibandingkan dengan abangnya, selaku orang kuat syarikat tempatnya berkhidmat itu. Berkemungkinan juga kerana factor usianya yang masih muda remaja belia, membuatkan lelaki itu masih belum bersedia untuk berhadapan dengan situasi seperti itu.

“Jadi Tuan tetap nak lepaskan budak tu?” Soal pemandunya itu lagi. Lelaki itu mengangguk perlahan.

“Selagi Hyung tak tahu pasal ni, saya yakin dia selamat. Jadi saya nak awak buat apa yang saya akan arahkan nanti. Faham?”kata lelaki itu. Pemandunya itu sekadar mengangguk.

“Kita pergi sekarang,”katanya sebelum dia menaikkan semula cermin tingkap keretanya itu.

“Miane…”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yangtweety #1
Chapter 9: Awat jahat sgt abg g.o tu..dendam apa smpai mcm tu..poor kyungtak.jota ni pun satu...sggup buat mcm tu kat father.eh?
yangtweety #2
Chapter 8: Ohh ok hhaha ok2 dah fhm..xjadi geram kat kyungtak..geram kat jota n ketua dia hahha.xsbr nak tggu wtk daewonie heee
yangtweety #3
Chapter 7: Geonnn...dendam apakah smpai geon jd jahat mcm tu?omo omo desperate nak next chapter ni hahahh but mirue TT.TT smpai hati kyuntak..awat gilo sgt kyungtak tu ><
yangtweety #4
Chapter 6: Geonie btl2 jd org jahat ke?
yangtweety #5
Chapter 5: Awat JungByunghee?kena tikam ke apa?haishh bila JungByunghee bertemu leekyungtak...hahahh klu ain bg gambaran dorang dgn pic msti lagiiiii menarik.k ni kes pembaca demand LOL
yangtweety #6
Chapter 4: Ok...akk nak jung jio selamatkan hyejin tp nak geon pun selamatkan dia juga hahha. And my ssong..omg,so cool XD
yangtweety #7
Chapter 3: Leegeon???! Andweeeee....awat dia tu?uwaaaa JungByunghee...hero d sebalik tabir LOL and jota hahahh jota jota..kemain lagi.
yangtweety #8
Chapter 2: Omo omo omo hahhah so suprise!!!jung byunghee gatal!dia ke yg lelaki bertopeng dlm bab1 tu?akk ingtkn yg dia nak jumpa sgt tu si kyungtak.weee ok xsbr nak baca next chptr XD
yangtweety #9
Chapter 1: Best!!!!!! Mula2....heee y so cheesy hahhah ok2 nak tggu next chapter