Chapter 6

Di Sebalik Topeng

“Macam mana dengan Tuan?” Soal Mir, sebaik sahaja Victoria melangkah keluar dari bilik rehat G.O itu. Hye Jin yang sedang duduk di atas sofa itu sekadar membisu. Victoria memandang ke arah Hye Jin untuk seketika sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah Mir yang sedang menanti akan jawapannya itu.

“Kita kena bawa dia ke hospital juga, Mir. Luka dia agak teruk juga walaupun saya dapat kawal pendarahan dia,”kata Victoria, sebelum dia menyerahkan sebutir peluru yang berada di dalam plastic lutsinar itu. Peluru itu bertukar tangan. Mir mengeluh perlahan.

“Sepatutnya saya lindungi dia. Saya tak patut biarkan dia keluar seorang diri tanpa kawalan daripada sesiapa,”kata Mir,kesal. Hye Jin masih membisu. Matanya masih terpaku pada tangannya yang masih tertinggal kesan darah G.O sebentar tadi.

“Awak memang nak saya mati pun kan?!”

Kata-kata lelaki itu masih lagi terngiang-ngiang dalam fikirannya.

“Ini bukan soal lindungi dia atau pun tak, Mir. Sebab itu memang tugas awak sebagai orang kanan dia. Sepatutnya awak halang dia daripada bergadai nyawa untuk perempuan yang sememangnya dah lama berniat untuk bunuh dia tu!”

Hye Jin memandang ke arahnya. Kelihatan Victoria sedang memandang tajam ke arahnya. Victoria kemudiannya tersenyum sinis ke arahnya.

“Puas hati awakkan dapat tengok ByungHee macam tu? Sebab awak memang nak sangat tengok dia mati. Tak sangka…sepatutnya awak patut mati saja 10 tahun lepas. ByungHee tak patut lepaskan awak. Kalau tak, semua ni takkan terjadi!”

“Victoria!” Tengking Mir,cuba menghentikan Victoria daripada terus berkata-kata.

“Jangan halang saya, Mir! Dah memang patut perempuan ni tahu kejadian sebenar yang berlaku.” Sambung Victoria, enggan mengalah. Kali ini, Hye Jin sudah pun berdiri dari tempat duduknya itu.

“Apa maksud awak? Apa yang saya tak tahu lagi mengenai kejadian 10 tahun lalu?” Soal Hye Jin. Victoria tersenyum sinis. Mir mencapai tangan Victoria, tidak berputus asa untuk menghentikan perbuatan wanita itu.

“Lepaskan saya, Mir! Sampai bila awak nak terus merahsiakan hal ni daripada perempuan ni? Sampai dia betul-betul bunuh ByungHee? Dengan alasan untuk balas dendam dengan apa yang ByungHee dah buat dekat keluarga dia?!” Victoria cuba melepaskan tangannya daripada genggaman Mir. Mir terpaksa mengalah.

“Awak semua tahu siapa sayakah?” Soal Hye Jin. Victoria tertawa kecil.

“Kenapa? Awak takut yang kami akan cuba bunuh awak pula?Hm?” Soal Victoria. Hye Jin tidak segera menjawab. Victoria melangkah ke arahnya sambil berpeluk tubuh. Dia kemudiannya menguntum senyuman sinis.

“Park Sun Young…itulah nama awak sebelum awak diambil sebagai anak angkat sebagai Kim Hye Jin,”kata Victoria. Hye Jin membulatkan matanya, terkejut apabila identitinya sememangnya sudah diketahui oleh Victoria itu. Mir sekadar menundukkan kepalanya.

“Kalau saya pun dah tahu siapa awak…apatah lagi, ByungHee,”sambungnya lagi. Hye Jin menggelengkan kepalanya.

“Awak semua memang nak bunuh sayakan? Mesti awak semua berpura-pura baik dengan saya selama ni sebab nak perangkap saya,”kata Hye Jin. Victoria tersenyum sinis lagi.

“Sepatutnya memang awak patut mati. Lagi bagus kalau awak mati bersama-sama dengan keluarga awak tu! Disebabkan awak, ByungHee hampir mati. Hampir mati dibunuh oleh abangnya sendiri. Mati sia-sia sebab awak!” Tengking Victoria.

“Kenapa dia nak bergadai nyawa untuk saya pula? Sedangkan dia langsung tak ada perasaan bunuh ibu bapa saya dulu ! Saya takkan maafkan dia walaupun sedikit…kalau dia nak sangat bergadai nyawa untuk saya pun..”

Pang!

Hye Jin terkejut. Begitu juga dengan Victoria apabila tamparannya itu tepat mengenai pipi G.O yang tiba-tiba muncul , berdiri di hadapan Hye Jin itu.

“ByungHee…”

Tangan Victoria menggigil apabila melihat kesan merah pada pipi lelaki itu. G.O sekadar memandang ke arahnya.

“ByungHee…awak…”

“Ini bukan salah dia, Vic. Kalau awak nak sangat pukul dia…awak pukullah saya. Saya yang menyebabkan semua ni terjadi. Saya dah bersedia untuk menanggung akibat daripada keputusan saya sendiri,”kata G.O. Kali ini, dia mencapai tangan Victoria sebelum diletakkan tangan wanita itu pada pipinya.

“Tamparlah lagi…sampai awak rasa puas,”kata G.O lagi. Wajahnya jelas sedang menanggung rasa sakit yang masih lagi terasa itu, walaupun sudah diberikan ubat penahan sakit daripada Victoria itu. Mata Victoria mulai bergenang, cuba menahan air matanya daripada mengalir. Perlahan-lahan, dia melepaskan tangannya daripada pegangan tangan G.O.

“Sampai begini sekali awak sayangkan perempuan ni,kan ByungHee?” Soal Victoria,hampa. G.O menundukkan kepalanya.

“Dia dah lama berdendam dengan awak, ByungHee. Dia nak bunuh awak. Tapi awak tetap buat semua ni untuk dia. Dia takkan faham pun kenapa awak buat semua ni untuk dia. Dia takkan peduli pun…dia takkan percaya pun kalau saya beritahu dia …bukan awak yang bunuh ibu bapa dia. Apa yang dia tahu, awaklah satu-satunya lelaki yang dah berlaku kejam terhadap keluarga dia. Dia takkan ingat pun jasa baik awak tu, ByungHee,”kata Victoria. Kali ini, dia tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir lagi. G.O tersenyum hambar.

“Saya hargai keprihatinan awak terhadap saya, Vic. Tapi saya dah nekad untuk teruskan keputusan saya ni. Awak boleh pergi. Lagipun, saya tak nak bahayakan awak. Saya tak nak awak terkorban disebabkan saya.” Kata G.O. Victoria memejamkan matanya. Dia tahu dia sudah kalah. Dia tidak mampu untuk memujuk G.O lagi.

“Saya buat semua ni bukan sebab hanya prihatin , ByungHee.” Kata-kata Victoria terhenti untuk seketika. Dia kemudiannya memandang ke arah Hye Jin.

“Kali ni…saya lepaskan awak. Saya tak peduli langsung apa yang akan jadi dekat awak lepas ni. Tapi kalau ByungHee cedera lagi disebabkan awak…awak tahulah apa nasib awak nanti, Park Sun Young-ssi.”

Victoria segera meninggalkan tempat itu, tanpa langsung menoleh ke arah G.O yang masih lagi sedang memandang ke arahnya itu. Sebaik sahaja kelibat Victoria menghilang, G.O menoleh ke arah Hye Jin. Bibirnya yang pucat itu menguntum senyuman manis ke arahnya.

“Awak okay? Saya minta maaf bagi pihak Victoria. Dia memang macam tu. Harap awak tak ambil hati dengan sikap dia. Kalau awak kenal dia betul-betul, dia sebenarnya sangat baik. Hati dia lembut…dan baik macam awak,”kata G.O. Hye Jin memandang ke arahnya. G.O memegang perutnya yang masih lagi sakit itu. Cepat-cepat Mir memaut lengannya.

“Kita masuk dulu, Tuan. Tuan kena rehat dulu,”kata Mir,bimbang. G.O kemudiannya mencapai tangan Hye Jin.

“Saya dah cakap dekat awak yang saya nak awak temankan saya sepanjang malam ni kan?” Soal G.O, sambil tersenyum.

 

 

Hye Jin memandang ke arah G.O yang sedang baring di atas katil itu. Wajah lelaki itu kelihatan sangat pucat. Balutan pada perut G.O itu juga mulai berdarah semula. Dahi G.O juga semakin basah kerana peluh yang mengalir itu.

“G.O…awak kena pergi hospital. Luka awak berdarah balik,”kata Hye Jin,mulai bimbang. Perlahan-lahan, G.O membuka matanya. Bibirnya tersenyum lemah.

“Saya okay sajalah. Awak jangan risau sangat,”kata G.O,tetap berdegil.

“Macam mana saya tak risau. Luka awak berdarah balik. Muka awak pun makin pucat. Awak takkan boleh pulih kalau terus berdegil macam ni,”kata Hye Jin,tetap tidak mahu mengalah. G.O memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“Sayang juga awak dekat saya,kan?” Soal G.O,sekaligus bergurau.

“G.O! Ini bukan masa untuk berguraulah,”kata Hye Jin,tidak puas hati. G.O ketawa kecil sebelum dahinya berkerut menahan rasa sakit. Dadanya juga berombak laju.

“Saya kena panggil Mir. Awak kena pergi mesti ke hospital juga,”kata Hye Jin,enggan mengikuti kemahuan lelaki itu.

“Awak memang nak saya mati kan,Hye Jin?” Soal G.O,perlahan. Hye Jin memandang ke arahnya.

“Awak patut biarkan saya macam ni. Dengan ni…awak takkan hidup dengan perasaan dendam lagi. Awak boleh hidup gembira macam dulu…”

G.O terkejut apabila bibirnya dikucup lembut oleh Hye Jin. Matanya terbuka luas.

“Awak ni banyak cakap. Saya benci dengar suara awak,tahu tak? Saya tak peduli apa yang awak nak cakap. Saya nak awak pergi ke hospital sekarang juga.” Hye Jin segera meninggalkan G.O yang masih lagi terpinga-pinga itu.

 

 

“Macam mana dengan G.O?” Soal Hye Jin,ingin tahu. Mir yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik doktor itu tersenyum.

“Dia okay. Sekarang dia berehat. Nasib baik kita bawa dia ke hospital juga. Kalau tak, dia mungkin boleh mati akibat jangkitan dan kehilangan banyak darah,”kata Mir. Hye Jin menghela nafas lega.

“Nasib baik,”katanya,perlahan. Mir tersenyum.

“Gomawo.”

Hye Jin memandang ke arah Mir.

“Kalau bukan sebab awak, mungkin Tuan takkan boleh diselamatkan lagi,”kata Mir, sebelum dia menundukkan tubuhnya di hadapan Hye Jin.

“Em..Mir. Apa awak buat ni? Bangunlah. Tak eloklah kalau orang nampak,”kata Hye Jin,cuba menghalang perbuatan Mir itu. Namun, Mir tetap berkeras.

“Saya tetap nak berterima kasih dekat awak. Walaupun awak masih berdendam dengan kami…terutamanya Tuan ByungHee…awak tetap mahu selamatkan Tuan. Saya tak tahu macam mana nak balas balik jasa baik awak terhadap kami,”kata Mir, bersungguh-sungguh. Hye Jin memegang kedua-dua bahu lelaki itu. Mir mendongak. Kelihatan wanita itu sedang menundukkan kepalanya.

“Hye Jin?”

Mir terkejut apabila melihat titisan air jernih yang menitis di atas lantai itu.

“Hye Jin-ssi?”

 

Hye Jin memandang ke arah G.O yang sedang terbaring lemah di atas tilam itu. Melihat tidur G.O yang kelihatan lebih lena daripada sebelum ini, membuatkan Hye Jin tersenyum sendiri. Balutan pada luka G.O itu kelihatan bersih. Nafasnya juga kedengaran perlahan, sudah cukup membuatkan Hye Jin mampu menghela nafas lega.

 

 

Imbas kembali:

 

“Saya minta maaf sebab rahsiakan semua ni daripada awak. Bukannya saya sengaja nak rahsiakan hal ni,tapi sekadar mematuhi arahan daripada Tuan ByungHee sendiri. Dia memang nak beritahu awak siapa diri dia yang sebenar…tapi dia juga mungkin perlukan masa. Walaupun dia tahu…bila-bila masa saja awak boleh bunuh dia kalau awak nak,”kata Mir. Hye Jin yang sedang duduk di hadapannya itu sekadar membisu.

“Terpulang kepada awak kalau awak nak percaya atau tidak dengan apa yang saya akan beritahu awak lepas ni. Saya biarkan awak sendiri yang menilai niat sebenar Tuan ByungHee kepada awak.”

Hye Jin memandang ke arahnya.

“Malam tu…memang Tuan ByungHee yang cuba bunuh awak. Tapi melihat kesungguhan awak untuk selamatkan kedua-dua ibu bapa awak, membuatkan dia tak sanggup untuk teruskan niatnya. Dan pada waktu yang sama, dia turut rasa bersalah pada awak. Sebab waktu  tu, kedua-dua ibu bapa awak dah pun mati.” Kata Mir.

“Kalau dia sanggup bunuh kedua-dua ibu bapa saya…bukankah lagi mudah untuk dia bunuh saja saya waktu tu?” Soal Hye Jin. Suaranya kedengaran sebak apabila mengenangkan semula nasib malang yang menimpa kedua-dua ibu bapanya itu. Mir menggelengkan kepalanya.

“Bukan Tuan ByungHee yang bunuh ibu bapa awak,Hye Jin.”

 

***************************************

 

Hye Jin terus memandang ke arah G.O yang masih belum sedarkan diri itu. Perlahan-lahan, air matanya mengalir.

“Jung HyunJae. Dia yang bunuh kedua-dua ibu bapa awak. Bukan Tuan ByungHee.”

 

Perlahan-lahan, Hye Jin mengesat air matanya.

“Miane…Perbuatan saya terhadap awak memang tak patut dimaafkan. Saya dah salah anggap dekat awak selama ni, G.O. Saya tak tahu…yang selama ni…awak yang menjaga saya dari jauh. Sedangkan saya…selalu mengharapkan yang awak akan mati , sebagai balasan terhadap perbuatan kejam awak sendiri. Saya terlalu bencikan awak sehinggakan saya menyimpan dendam dekat awak.” Hye Jin menundukkan wajahnya, terus mengalirkan air mata kerana perasaan menyesalnya yang teramat itu.

“Hye Jin ah…”

Hye Jin tergamam apabila merasakan tangan G.O yang sejuk itu berada pada pipinya itu. Kelihatan lelaki itu sedang tersenyum ke arahnya.

“G.O yah…awak dah okaykah? Ada rasa sakit lagi?” Soal Hye Jin,bimbang. Senyuman G.O semakin lebar. Perlahan-lahan, dia menggeleng.

“Kenapa awak menangis ni? Awak tak suka sebab saya masih hidup lagi ya?” Soal G.O, seraya bergurau. Hye Jin mencubit lengan G.O sehingga membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan.

“Kenapalah awak ni suka sangat bergurau waktu-waktu macam ni? Geram saya, tahu tak?” Marah Hye Jin. G.O mengesat lengannya yang menjadi mangsa cubitan berbisa Hye Jin itu.

“Dah awak menangis. Saya cubalah nak bergurau dengan awak,”kata G.O.

“Gurauan awak tu melampau sangat. Saya tak suka. Macamlah saya ni terdesak sangat nak bunuh aawak,”kata Hye Jin,tidak puas hati. G.O tersenyum.

“Saya takkan bunuh awak. Jadi awak cakap macam tu lagi. Sekali lagi, saya dengar awak cakap macam tu, siaplah awak. Tahulah apa yang saya nak buat dekat awak nanti,”kata Hye Jin, seraya mengugut.

“Kenapa pula? Bukankah itu yang awak nak? Sudah tiba masanya untuk saya terima balasan yang setimpalnya, bukan?” Soal G.O.

“Kenapa pula awak yang patut menerima balasan atas perbuatan kejam orang lain? Sedangkan bukan awak yang membunuh keluarga saya. Awak tak perlu menanggung kesalahan yang bukan awak buat, G.O. Saya tak nak awak rasa bersalah. Dan saya tak nak awak teruskan niat awak untuk menggadaikan nyawa awak demi saya. Sebab saya bukan siapa-siapa..”

Hye Jin terdiam apabila bibirnya dikucup oleh G.O. G.O kemudiannya menjauhkan wajahnya daripada Hye Jin. Mereka saling berpandangan untuk seketika.

“Awak dah lupakah apa yang saya katakan pada awak semalam?” Soal G.O. Hye Jin tidak membalas.

“Saya sayangkan awak. Saya buat semua ni…sebab saya sayangkan awak.” Bisik G.O. Hye Jin memalingkan wajahnya. G.O memusingkan kembali kepala Hye Jin, supaya menghadap ke arahnya.

“Saya tetap nak melindungi awak, Hye Jin. Sekurang-kurangnya, saya nak tunjukkan kepada kedua-dua ibu bapa awak…yang awak masih boleh hidup gembira dan selamat. Mereka tak perlu rasa bimbang tentang awak lagi,”kata G.O. Air mata Hye Jin mengalir lagi. G.O mengesat lembut air mata wanita itu sambil tersenyum.

“Tapi saya tak nak awak terkorban kerana saya, G.O. Saya…saya…”

Hye Jin mengalihkan wajahnya. Kali ini, G.O membiarkan.

“…Saya tak nak kehilangan awak pula, G.O.” Hye Jin memandang ke arahnya. Wajahnya kelihatan merah. Senyuman G.O semakin lebar.

“Saya janji yang saya takkan tinggalkan awak, Hye Jin.” Kata G.O. Kali ini, giliran Hye Jin pula yang tersenyum. Hye Jin mengeluarkan jari kelingkingnya. G.O memandang ke arahnya dengan tanda tanya.

“Wae?” Soal G.O.

“Sebagai kontrak perjanjian kita. Saya nak pastikan yang awak takkan mungkir janji dengan saya,”kata Hye Jin. G.O tertawa kecil. Dia kemudiannya mengeluarkan jari kelingkingnya sebelum membuat tanda janji dengan jari kelingking Hye Jin.

“Saya, Jung ByungHee, berjanji tidak akan meninggalkan Kim Hye Jin sampai bila-bila.”

 

 

“Saya tak pasti siapa. Apa yang saya pasti, mungkin ini ialah kerja salah seorang daripada orang bawahan Tuan HyunJae. Tak ada sesiapa yang sanggup buat macam ni dekat Tuan ByungHee kalau bukan Tuan HyunJae,”kata Mir, sambil menyerahkan plastic lutsinar berisi peluru itu kepada SeungHo. Jaeho yang turut berada di situ terkejut melihat peluru yang sedang dipegang oleh SeungHo itu. Namun, apa yang lebih mengejutkan Jaeho kali ini ialah, apabila melihat SeungHo yang kelihatan agak rapat dengan Mir itu.

“Mungkin silap saya juga kerana tidak melakukan siasatan dengan betul-betul. Saya minta maaf. Saya akui…memang sukar untuk dekati HyunJae. Saya tak nak siasatan ini dihentikan kalau dia tahu yang dia sedang diperhatikan,”kata SeungHo. Mir mengangguk, tanda memahami.

“Awak pun kena jaga diri. Apa yang terjadi kepada Tuan ByungHee ini hanyalah amaran. Tak mustahil kalau mereka akan bertindak dengan lebih ganas lagi selepas ini,”kata Mir,membuat kesimpulan melalui pengalamannya sebagai orang kanan G.O itu. SeungHo angguk. Dia kemudiannya menoleh ke arah Jaeho.

“Aku nak kau lebih berhati-hati selepas ni. Faham?” Soal SeungHo. Kelihatan Jaeho menelan air liur, sebelum dia mengangguk. SeungHo tersenyum nipis. Bahu lelaki itu ditepuknya perlahan.

“Jangan risau. Aku akan jaga kau juga. Kalau kau tak ada, siapa nak tolong tengokkan Hye Jin tu pula kan,”kata SeungHo. Jaeho mengerutkan dahinya.

“Hyung…”

SeungHo sekadar tersenyum. Begitu juga dengan Mir.

“ByungHee okay?” Soal SeungHo. Mir angguk. SeungHo tersenyum lega. Jaeho yang masih cuba untuk memahami hubungan sebenar antara SeungHo dan G.O itu sekadar memerhati. Dan pastinya dia akan menyelongkar juga rahsia yang tersimpan antara dua lelaki itu.

 

Lee Geon yang bercermin mata gelap itu sekadar memerhati ketiga-tiga lelaki itu dari jauh. Bibirnya tersenyum nipis.

“Hm…nampaknya aku kena mula berjaga-jaga. Ataupun…mungkin aku boleh hapuskan dua orang penyibuk tu terlebih dahulu. Barulah senang aku nak selesaikan kerja aku tu nanti.”

“Bang!”

Lee Geon ketawa sendiri sambil terus memerhatikan SeungHo, Mir, dan Jaeho itu dari jauh.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yangtweety #1
Chapter 9: Awat jahat sgt abg g.o tu..dendam apa smpai mcm tu..poor kyungtak.jota ni pun satu...sggup buat mcm tu kat father.eh?
yangtweety #2
Chapter 8: Ohh ok hhaha ok2 dah fhm..xjadi geram kat kyungtak..geram kat jota n ketua dia hahha.xsbr nak tggu wtk daewonie heee
yangtweety #3
Chapter 7: Geonnn...dendam apakah smpai geon jd jahat mcm tu?omo omo desperate nak next chapter ni hahahh but mirue TT.TT smpai hati kyuntak..awat gilo sgt kyungtak tu ><
yangtweety #4
Chapter 6: Geonie btl2 jd org jahat ke?
yangtweety #5
Chapter 5: Awat JungByunghee?kena tikam ke apa?haishh bila JungByunghee bertemu leekyungtak...hahahh klu ain bg gambaran dorang dgn pic msti lagiiiii menarik.k ni kes pembaca demand LOL
yangtweety #6
Chapter 4: Ok...akk nak jung jio selamatkan hyejin tp nak geon pun selamatkan dia juga hahha. And my ssong..omg,so cool XD
yangtweety #7
Chapter 3: Leegeon???! Andweeeee....awat dia tu?uwaaaa JungByunghee...hero d sebalik tabir LOL and jota hahahh jota jota..kemain lagi.
yangtweety #8
Chapter 2: Omo omo omo hahhah so suprise!!!jung byunghee gatal!dia ke yg lelaki bertopeng dlm bab1 tu?akk ingtkn yg dia nak jumpa sgt tu si kyungtak.weee ok xsbr nak baca next chptr XD
yangtweety #9
Chapter 1: Best!!!!!! Mula2....heee y so cheesy hahhah ok2 nak tggu next chapter