Chapter 3

Di Sebalik Topeng

 

Daewon memerhatikan Hye Jin yang sedang duduk termenung di sebelahnya itu. Tidak pasti sekiranya  dia sedang menumpukan perhatiannya terhadap perbincangan di dalam kelas itu atau pun tidak.

“Hye Jin ah.”

Ternyata panggilan Daewon itu langsung tidak disahut, dibiarkan sepi oleh Hye Jin.

“Kim Hye Jin.”

Kali ini, Daewon meninggikan sedikit nada suaranya, dengan harapan agar wanita itu menoleh ke arahnya. Dia tersenyum apabila panggilannya kali ini mendapat respon daripada Hye Jin.

“Huh? Kenapa? Cikgu panggil sayakah?” Soal Hye Jin, terpinga-pinga. Senyuman Daewon semakin lebar.

“Saya yang panggil awak,”kata Daewon. Hye Jin menghela nafas lega.

“Awak ni…saya ingatkan cikgu yang panggil saya tadi. Terkejut saya,”kata Hye Jin,mulai menumpukan perhatiannya di dalam kelas. Daewon menggelengkan kepalanya.

“Awak ni kenapa dari tadi asyik termenung saja ni, Hye Jin? Selalu awak tak macam ni pun. Awak balik rumah pukul berapa semalam?” Soal Daewon,meluahkan rasa bimbangnya.

“Semalam sibuk sikit. Tapi awak jangan risaulah. Saya okay saja.” Balas Hye Jin, sebelum dia menoleh ke arah Daewon sambil tersenyum.

“Betul ni? Awak ada buat kerja part-timekah?” Soal Daewon lagi,tidak puas hati dengan jawapan wanita itu. Hye Jin sekadar tersenyum nipis.

“Lunch nanti awak nak makan apa? Saya belanja awak,”kata Hye Jin, sengaja menukar topik perbualan. Daewon mengeluh perlahan. Dia kemudiannya menoleh ke hadapan. Enggan untuk memaksa wanita itu memberikan penjelasan kepadanya, walaupun hatinya begitu memberontak untuk mengetahui rahsia yang disimpan oleh Hye Jin itu. Hye Jin turut mengeluh. Mana mungkin dia akan memberitahu Daewon mengenai misi rahsianya untuk membalas dendam terhadap lelaki yang bernama G.O itu.

 

Imbas kembali:

 

Hye Jin langsung tidak memandang ke arah G.O yang sedang duduk di hadapannya itu. G.O sekadar tersenyum ke arahnya.

“Kenapa? Awak kata awak nak sangat jumpa dengan sayakan. Kenapa awak tak nak pandang dekat saya pula ni?” Soal G.O. Hye Jin menelan air liur. Sejak dia dikejutkan dengan ciuman mengejut daripada lelaki itu, dia langsung tidak berani untuk memandang ke arah G.O. Dia sendiri tidak pasti mengapa. Takutkah? Ataupun kerana dia berasa malu?

“Saya minta maaf sebab buat awak terkejut tadi, Hye Jin.”

Kali ini, barulah Hye Jin perlahan-lahan mendongakkan kepalanya. Kelihatan G.O sedang tersenyum ke arahnya. Jantungnya berdegup pantas apabila melihat senyuman G.O yang baginya kelihatan sangat kacak itu. Hye Jin, bangun! Dia Cuma nak perangkap kau saja!

“Saya harap awak maafkan saya. Saya Cuma sangat tertarik dengan awak tadi,”kata G.O lagi.

“Habis tu, awak tertarik dengan semua pekerja awakkah?” Soal Hye Jin. Senyuman G.O kian lebar.

“Ya. Memang saya tertarik. Tapi awak lagi special,”kata G.O. Hye Jin mencebik. Dasar lelaki buaya!

“Mungkin awak akan fikir yang saya ni lelaki buaya. It’s okay. Saya tak kisah pun,’kata G.O lagi. Mata Hye Jin membulat. Macam mana dia tahu? G.O terus memandang ke arah Hye Jin. Hye Jin mulai berasa tidak selesa dengan pandangan lelaki itu.

“Kenapa awak pandang saya macam  tu?” Soal Hye Jin. G.O sekadar tersenyum. Hye Jin mulai berasa hairan dengan kelakuan sikap lelaki itu. Benarkah G.O ini lelaki yang cuba membunuhnya 10 tahun yang lalu? Mengapa sikapnya kelihatan berbeza jika mahu dibandingkan dengan kekejamannya 10 tahun yang lalu? Adakah perasaannya sendiri ataupun senyuman lelaki itu sememangnya kelihatan ikhlas untuknya, dia sendiri tidak pasti.

“Untuk pengetahuan awak…tempat ni bukannya tempat yang selamat untuk awak,”kata G.O,perlahan.

“Maksud awak?” Soal Hye Jin.

“Cukuplah untuk saya katakan…tempat ini tak selamat untuk awak. Tapi…kalau awak patuh pada arahan saya, dan sentiasa berada dekat dengan saya…awak akan selamat,”kata G.O lagi. Hye Jin tersenyum sinis.

“Macam mana awak boleh buktikan yang saya akan selamat dengan awak?” Soal Hye Jin. G.O sekadar tersenyum.

“Kalau awak perlukan apa-apa, awak boleh rujuk kepada Mir. Dan… kalau saya tak ada, pastikan Mir bersama dengan awak. Saya tak boleh biarkan awak berseorangan di dalam bangunan ni. Faham?” Soal G.O,sedikit tegas.

“Kalau tak ada apa-apa soalan, awak boleh balik. Saya akan arahkan Mir untuk hantarkan awak balik,”kata G.O,sebelum dia berpaling daripada Hye Jin.

“Apa maksud awak kalau saya akan selamat sekiranya saya berada di samping awak?” Soal Hye Jin, tidak puas hati. Langkah G.O terhenti. Dia menoleh semula ke arah Hye Jin.

“Awak sendiri yang minta untuk bekerja di sini. Dan saya yakin awak maklum bahawa tempat ni…bukan macam tempat lain. Saya Cuma nak awak berhati-hati. Itu saja,”kata G.O,tetap enggan untuk berterus terang kepada wanita itu.

“Awak…awak tahu sesuatu mengenai sayakah?” Soal Hye Jin,mula mengesyaki sesuatu. Bimbang sekiranya identity sebenarnya diketahui oleh G.O. Jika tidak, habislah rancangannya. G.O sekadar tersenyum.

“Kim Hye Jin. Itu nama awakkan?” Balas G.O pula.

“Jangan risau. Saya tak berminat nak ambil tahu pasal awak. Cuma saya nak awak berhati-hati. Tak salahkan? Bukankah saya bertanggungjawab terhadap keselamatan semua pekerja saya di sini?” Soal G.O. Hye Jin tidak menjawab. Kata-kata lelaki itu ada benarnya. Ya, mungkin juga lelaki itu berasa bertanggungjawab dengan keselamatan pekerja-pekerjanya di sini. Tambahan pula, pekerjaannya itu bukanlah tugas yang mudah. Apatah lagi, pekerjaannya itu dipandang serong oleh masyarakat luar. Namun, dia tiada pilihan lain. Dia perlu mendekati G.O demi melunaskan dendamnya terhadap perbuatan kejam lelaki itu. Lelaki yang telah menghancurkan kebahagiaan keluarganya 10 tahun yang lalu.

“Kalau saya tak ada, pastikan awak berada bersama Mir. Ingat tu, Kim Hye Jin,”kata G.O. Dia kemudiannya menekan sesuatu di atas mejanya. Tidak lama selepas itu, kelihatan Mir muncul dari pintu.

“Hantarkan Kim Hye Jin balik,”kata G.O.

“Baik,Tuan. Sila ikut saya, Cik,”kata Mir sambil memandang ke arah Hye Jin. Hye Jin kemudiannya mengikut langkah Mir dari belakang tanpa langsung menoleh ke arah G.O. G.O pula memejamkan matanya. G.O memusingkan tubuhnya untuk melihat sendiri Hye Jin yang dihantar pulang oleh Mir melalui dinding kaca biliknya itu.  Perlahan-lahan, bibirnya menguntum senyuman nipis.

“Terima kasih kerana membesar dengan baik, Park Sun Young.”

Senyumannya kian lebar.

“Awak memang seorang gadis yang berani. Saya sangat kagum dengan awak,”katanya lagi. Rantai emas putih milik wanita itu dikeluarkannya daripada poket seluarnya.

“Saya tahu tujuan awak datang ke sini. Dan saya dah bersedia.” Rantai emas putih itu dipandangnya.

“Satu hari nanti, saya akan pulangkan semula rantai ini kepada awak, Sun Young,” bisiknya.

 

*********************************************

 

“Masuk!”

Kelihatan seorang lelaki berpakaian formal melangkah masuk ke dalam sebelum dia menundukkan badannya sebagai tanda hormat kepada majikannya itu.

“Ada apa awak datang ke pejabat saya ni?” Soal lelaki yang berusia dalam linkungan 30-an itu.

“Jung ByungHee.”

Lelaki itu mendongak, seolah-olah tertarik dengan maklumat baru yang akan disampaikan oleh pekerjanya itu. Bibirnya tersenyum puas.

“Teruskan.”

 

 

 

“Kim Hye Jin-ssi!”

Hye Jin menoleh sebaik sahaja terdengar namanya dipanggil. Kelihatan seorang wanita sedang berlari-lari anak ke arahnya.

“Kenapa ni?” Soal Hye Jin,hairan.

“Awak ada buat apa-apa salahkah?” Soal Mina,ingin tahu. Hye Jin mengerutkan dahinya.

“Em…saya baru 2 hari kerja dekat sini. Saya rasa saya tak sempat buat apa-apa kesalahan pun setakat ni,”kata Hye Jin.

“Kenapa ni? Muka unni nampak pucat saja ni,”soalnya lagi.

“Tuan Jung panggil awak,”kata Mina. Hye Jin mengeluh berat.

“Oh…dia tu. Dia nak apa lagi? Bosanlah dia tu,”kata Hye Jin. Mina menggenggam erat tangannya.

“Ni bukan Tuan Jung kita tu. I see… awak tak tahu ye yang Tuan Jung kita tu ada abang?” Soal Mina. Hye Jin terdiam.

“Abang? Maksud unni, abang kepada Tuan Jung,bos kita tu?” Soal Hye Jin,kurang memahami. Mina angguk.

“Kenapa dia nak panggil budak baru ni pula? Kenapa dia tak nak panggil I?” Tiba-tiba seorang wanita berpakaian seksi mencelah perbualan antara Hye Jin dan Mina itu. Kelihatan wanita itu menjeling tajam ke arah Hye Jin.

“Manalah aku tahu. Aku dapat arahan yang Tuan Jung nak jumpa dengan Hye Jin. Mungkin sebab dia nak berkenalan kot,” kata Mina. Hye Jin hanya membisu. Wanita itu mendengus kasar sebelum dia beredar meninggalkan Hye Jin dan Mina.

“Em…dia tu…scary sangatkah?” Soal Hye Jin.

“Kalau awak rasa Tuan Jung kita tu scary…scary lagi abang dia. Dia punya miang tu dia tu…hanya Elie yang boleh tahan. Sebab tulah Elie bengang kenapa Tuan Jung tu panggil awak. Selalunya Elie tulah pelayan kegemaran dia,”kata Mina. Hye Jin sekadar mengangguk.

“Em..saya pergi sajalah,”kata Hye Jin.

“Take care tau,”pesan Mina. Hye Jin sekadar tersenyum.

 

 

Langkah Hye Jin terhenti apabila tangannya dipegang oleh seseorang dari belakang.

“Mir?”

“Awak nak pergi mana ni?” Soal Mir.

“Saya nak jumpa dengan Tuan Jung. Dia nak jumpa dengan saya,”kata Hye Jin.

“Tak boleh. Awak duduk saja dekat sini. Biar saya pergi jumpa dengan Tuan Jung tu sendiri,”kata Mir. Hye Jin ketawa kecil.

“Apa awak cakap ni? Ni kan kerja saya. Kalau orang panggil saya, mahukan khidmat saya, saya kenalah pergi,”kata Hye Jin, berdegil.

“Saya tahu. Tapi bukan dengan Tuan Jung. Kalau Tuan Jung G.O tahu, awak juga yang susah nanti,”kata Mir.

“Saya bukan barang mainan dialah. Suka hati sayalah nak buat apa pun,”kata Hye Jin, sebelum dia melepaskan tangannya daripada pegangan Mir. Mir mengeluh kasar sambil melihat kelibat Hye Jin yang semakin jauh itu.

 

Hye Jin mengetuk pintu sebaik sahaja dia tiba di bilik , tempat di mana Tuan Jung yang digeruni itu sedang menunggu. Jantungnya bagaikan direntap apabila melihat pintu bila itu dibuka dari dalam. Kelihatan seorang lelaki bertubuh sasa sedang berdiri di hadapannya.

“Kim Hye Jin-ssi?” Soal lelaki itu. Hye Jin mengangguk perlahan.

“Jemput masuk. Tuan Jung sedang menunggu awak di dalam,” pelawa lelaki itu dengan ramah. Hye Jin sekadar patuh.

“Awak duduklah dulu. Tuan Jung sedang bersiap dekat dalam,”kata lelaki itu lagi sebelum dia mengambil tempat di hadapan Hye Jin. Hye Jin sekadar tersenyum. Pandangan Hye Jin kemudiannya beralih ke arah seorang lelaki lain yang sedang duduk di suatu sudut agak jauh darinya itu.

“Saya Jota.”

Hye Jin menoleh semula.

“Sorry?”

“Saya Jota. Saya orang kanan Tuan Jung. Selamat berkenalan,”kata Jota sambil tersenyum. Hye Jin menundukkan sedikit kepalanya.

“Saya Kim Hye Jin,”kata Hye Jin.

“Awak ni masih baru di sinikan? Sebab saya tak pernah nampak pun awak dekat sini,”soal Jota. Hye Jin mengangguk.

“Saya baru 2 hari dekat sini,”kata Hye Jin.

“Oh patutlah. Em… awak jangan risaulah. Tuan Jung Cuma nak berkenalan dengan awak. Selalunya memang kalau ada orang baru kat sini, dia akan cuba nak berkenalan. Tapi dia takkan buat apa-apa pun dekat awak, so janganlah risau ye,”kata Jota. Hye Jin tersenyum. Melihat kemesraan Jota terhadapnya itu membuatkan hatinya sedikit tenang. Namun kata-kata G.O itu tetap bermain di ruang mindanya. Hati-hati, Hye Jin!

“Oh, dah sampai rupanya!”

Jota segera bangun dari tempat duduknya apabila menyedari ketuanya yang baru sahaja tiba itu. Lelaki itu tersenyum ke arah Jota sebelum dia mengambil tempat di hadapan Hye Jin.

“Kim Hye Jin, itu nama awakkan?” Soal lelaki itu,ramah.

“Ya, saya Kim Hye Jin,”balas Hye Jin.

“Em…cantik juga awak ni rupanya. Patutlah adik saya bersetuju untuk ambil awak pekerja. Kena sangat dengan taste dia,”kata lelaki itu sebelum dia ketawa pada hujung katanya. Hye Jin sekadar tersenyum nipis.

“Panggil saya Hyun Jae. Dengan saya, awak tak perlu nak bersikap formal. Kalau nak dibandingkan dengan G.O, saya lebih relaks. So, awak pun tak perlulah rasa tertekan kan. Hahaha!” Dia ketawa lagi. Hyun Jae kemudiannya memerhatikan Hye Jin atas bawah. Hye Jin cuba berlagak biasa. Jadi, dia nilah abang kepada G.O?

“Awak ni masih studentkah?” Soal Hyun Jae sebelum dia menuangkan wine merah ke dalam gelas di hadapan Hye Jin.

“Ya.” Jawab Hye Jin, sepatah. Hyun Jae tersenyum.

“Kan saya dah cakap tadi. Dengan saya, awak boleh relaks. Janganlah keras sangat. Awak mesti tahukan yang kerja macam ni, awak mesti senang bawa diri. Tak boleh rasa takut,”kata Hyun Jae, apabila menyedari Hye Jin yang seolah-olah gerun dengannya itu.

“Tuan tetap majikan saya. Saya mesti hormat Tuan,”kata Hye Jin.

“Hyun Jae. Jung Hyun Jae. Tak payahla panggil Tuan ni. Tak seronok,”kata Hyun Jae lagi.

“Awak takut dengan sayakah?” Soal Hyun Jae. Hye Jin menggeleng. Hyun Jae tersenyum.

“Awak kenalah buat kerja awak betul-betul. Layan saya elok-elok. Kalau G.O tahu awak tak serius dengan kerja awak, mesti dia marah. Kalau dia marah, bahaya tau,”kata Hyun Jae. Jota yang turut berada di situ sekadar tersenyum. Dia kemudiannya menoleh ke arah rakannya yang lebih selesa mendiamkan diri di situ.

“Kau nak aku carikan pelayan untuk kau jugakah?” Soal Jota, separuh berbisik. Lelaki itu langsung tidak menjawab.

“Okay. Aku takkan kacau kau dah,”kata Jota, sebelum dia meneguk bir. Sesekali dia akan menoleh ke arah Hye Jin.

“Cantik juga budak baru tu. Tak lama lagi jadi mangsa tetap Tuan la tu,” kata Jota lagi. Sekali lagi lelaki itu terus membisu.

Perbualan antara Hyun Jae dan Hye Jin terhenti apabila terdengar ketukan pada pintu bilik itu.

“Jota!”

Jota segera melangkah ke arah pintu sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil oleh Hyun Jae.

“Mir Hyung! Apa Hyung buat dekat sini?” Soal Jota sebaik sahaja melihat wajah Mir yang terpacul pada pintu bilik itu. Hye Jin turut menoleh ke arah pintu apabila terdengar nama Mir disebut.

“Saya terima arahan daripada Tuan Jung untuk membawa Hye Jin balik,”kata Mir, sebelum dia memandang ke arah Hye Jin. Hyun Jae yang turut berada di situ sekadar tersenyum sebelum dia berdiri.

“Kenapa ni, Mir? Saya baru nak berkenalan dengan Hye Jin. G.O takut sangatkah saya buat apa-apa dekat Hye Jin ni?” Soal Hyun Jae. Mir menundukkan sedikit kepalanya.

“Maafkan saya, Tuan.Saya hanya menurut arahan daripada Tuan Jung. Dia nak jumpa dengan Hye Jin sekarang juga,” kata Mir. Hyun Jae tersenyum lagi.

“Interesting. “ Bisiknya.

“Tolong sampaikan salam saya dekat G.O. Dan saya minta maaf. Malam ni, Hye Jin milik saya. Lagipun saya dah bayar tau. Awak tak boleh buat pelanggan awak macam ni,”kata Hyun Jae. Mir menggenggam erat tangannya.

“Hye Jin mesti berjumpa dengan Tuan Jung sekarang juga. Ini arahan!” Laung Mir. Dia cuba mencapai tangan Hye Jin namun tindakannya dihalang oleh seorang lagi lelaki yang turut berada di situ.

“Kau tak dengarkah apa yang Tuan aku cakap?” Soal lelaki itu.

“Tuan Jung ByungHee  yang berkuasa dekat tempat ni. Dan ini ialah arahan daripada dia. Hye Jin, keluar dari bilik ni sekarang!”

Sebaik sahaja Mir menghabiskan kata-katanya, mukanya ditumbuk oleh lelaki itu.

“Mir!”

Hye Jin segera meluru ke arah Mir yang terjatuh itu. Mir menyentuh pipinya yang kesakitan itu. Dia memandang tajam ke arah lelaki itu.

“Maafkan saya, Tuan. Saya terpaksa pergi,” kata Hye Jin, enggan untuk melihat pergaduhan itu daripada terus berlaku. Hyun Jae sekadar tersenyum paksa sambil mengangguk.

“It’s okay. Lagipun apa yang Mir cakap tu betul. Saya tak ada kuasa dekat sini. Mungkin adik saya lebih perlukan awak daripada saya sekarang ni, Hyejin, ”kata Hyun Jae.

“Terima kasih, Tuan.Saya pergi dulu. Mari kita pergi , Mir,”kata Hye Jin sambil menarik lengan Mir, beredar dari bilik itu. Senyuman Hyun Jae mengendur sebaik sahaja pintu itu ditutup.

“Em…so Tuan? Rancangan Tuan macam mana ni?” Soal Jota, sambil menoleh ke arah Hyun Jae.

“Aku nak kau terus perhatikan perempuan tu. Bila tiba masanya nanti… aku nak kau bunuh dia.” Kata Hyun Jae. Jota menoleh ke arah lelaki yang berdiri di sebelahnya itu.

“Aku serahkan tugas ni dekat kau, Lee Geon.”

“Pastikan kau tak gagal. Arasso?” Soal Hyun Jae, tegas.

“Jung ByungHee?” Soal Jota pula. Hyun Jae tersenyum sinis.

“Selesaikan dulu satu-satu. Jangan gopoh sangat,”kata Hyun Jae, sebelum dia menepuk bahu Jota. Dia kemudiannya beredar meninggalkan kedua-dua lelaki itu di situ. Jota menoleh.

Lelaki yang dipanggil Lee Geon itu tersenyum sinis.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yangtweety #1
Chapter 9: Awat jahat sgt abg g.o tu..dendam apa smpai mcm tu..poor kyungtak.jota ni pun satu...sggup buat mcm tu kat father.eh?
yangtweety #2
Chapter 8: Ohh ok hhaha ok2 dah fhm..xjadi geram kat kyungtak..geram kat jota n ketua dia hahha.xsbr nak tggu wtk daewonie heee
yangtweety #3
Chapter 7: Geonnn...dendam apakah smpai geon jd jahat mcm tu?omo omo desperate nak next chapter ni hahahh but mirue TT.TT smpai hati kyuntak..awat gilo sgt kyungtak tu ><
yangtweety #4
Chapter 6: Geonie btl2 jd org jahat ke?
yangtweety #5
Chapter 5: Awat JungByunghee?kena tikam ke apa?haishh bila JungByunghee bertemu leekyungtak...hahahh klu ain bg gambaran dorang dgn pic msti lagiiiii menarik.k ni kes pembaca demand LOL
yangtweety #6
Chapter 4: Ok...akk nak jung jio selamatkan hyejin tp nak geon pun selamatkan dia juga hahha. And my ssong..omg,so cool XD
yangtweety #7
Chapter 3: Leegeon???! Andweeeee....awat dia tu?uwaaaa JungByunghee...hero d sebalik tabir LOL and jota hahahh jota jota..kemain lagi.
yangtweety #8
Chapter 2: Omo omo omo hahhah so suprise!!!jung byunghee gatal!dia ke yg lelaki bertopeng dlm bab1 tu?akk ingtkn yg dia nak jumpa sgt tu si kyungtak.weee ok xsbr nak baca next chptr XD
yangtweety #9
Chapter 1: Best!!!!!! Mula2....heee y so cheesy hahhah ok2 nak tggu next chapter