Chapter 7

Di Sebalik Topeng

“So?”

“So?” Soal G.O, hairan. Hye Jin yang sedang mencuci lukanya itu sekadar tersenyum. Sudah 2 hari G.O dibenarkan pulang selepas 3 hari ditahan di dalam wad. Dahi G.O berkerut , cuba menahan rasa sakit yang masih bersisa sebaik sahaja Hye Jin cuba membalutnya dengan balutan yang baru.

“Oppa tak cerita lagi pasal luka ni.” Sambung Hye Jin, sambil memperkemaskan balutan pada luka G.O itu. G.O tersenyum, senang hati apabila panggilan Hye Jin terhadapnya juga sudah berubah sejak dia dimasukkan ke dalam hospital kerana kecederaannya itu. Itu bermakna, hubungan mereka juga sudah semakin baik. Sekaligus menunjukkan bahawa dirinya juga sudah diterima baik oleh wanita itu.

“Oh…tak ada benda sangat nak cerita pun. Hye Jin tak payah tahulah,”kata G.O. Hye Jin yang geram dengan kedegilan G.O itu, sengaja mengetatkan balutan pada luka lelaki tersebut. G.O mengerang kesakitan. Mir yang turut berada di dalam bilik itu sekadar tersenyum melihat kemesraan antara Hye Jin dan G.O itu.

“Mana boleh Hye Jin tak tahu. Semua ni mesti ada kaitan dengan Hye Jin juga kan?Oppa ceritalah. Lagipun Mir mesti nak tahu jugakan pasal ni,”kata Hye Jin, sambil menoleh ke arah Mir yang lebih selesa mendiamkan diri itu. Mir sekadar tersenyum tanpa langsung berkata apa-apa. Hye Jin kemudiannya memandang semula ke arah G.O.

“Ataupun…kamu berdua ni saja nak rahsiakan benda ni daripada Hye Jin tak?” Soal Hye Jin,mula mengesyaki sesuatu antara G.O dan Mir itu.

“Oppa…beritahulah Hye Jin. Siapa yang buat oppa macam ni? Hyun Jaekah yang tembak oppa?” Soal Hye Jin,terus mendesak.

“Oppa betul-betul tak tahu. Sedar-sedar saja oppa rasa sakit dekat perut oppa ni,”kata G.O.

“Boleh percayakah cakap oppa ni? Takkanlah oppa senang ditembak macam tu saja. Oppa kan gangster. Takkanlah senang orang nak tembak macam tu,”balas Hye Jin,tidak puas hati. G.O sekadar ketawa.

“Em…oppa pun orang biasa juga. Ada hari-hari malangnya juga,”kata G.O, sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Hye Jin menggelengkan kepalanya sambil mengemaskan segala alatan untuk merawat luka G.O itu di atas meja. G.O sekadar memandang ke arahnya sebelum matanya tertumpu ke arah seutas rantai yang tersarung pada leher Hye Jin itu.

“ Tu…rantai barukah? Oppa tengok Hye Jin selalu pakai rantai tu,”soal G.O. Hye Jin memandang ke arah rantai yang tersarung pada lehernya itu. Bibirnya menguntum senyuman manis. Rantai itu ditanggalnya sebelum dia menatap ke arah gambar yang tergantung pada rantai itu.

“Rantai ni…Hye Jin dapat pada malam tu juga. Tapi ni bukan dari omma dan appa. Tapi dari…KyungTak oppa,”katanya,perlahan. Hye Jin kemudiannya menunjukkan gambar itu kepada G.O.

“Sebenarnya…Hye Jin ada sesuatu yang Hye Jin nak tanya oppa,”kata Hye Jin. G.O yang sedang memandang ke arah gambar itu , mengalihkan pandangannya ke arah Hye Jin.

 

G.O memandang ke arah kereta yang dipandu oleh Mir itu, sebelum bayangan kereta itu perlahan-lahan hilang dari pandangan matanya.

 

Imbas kembali:

 

“KyungTak oppa…dia dah matikah?” Soal Hye Jin. G.O memandang ke arah Hye Jin yang sedang menantikan jawapannya itu.

“Siapa KyungTak?” Soal G.O pula.

“Budak lelaki dalam gambar tu…dialah KyungTak oppa. Dia kawan baik Hye Jin waktu Hye Jin tinggal di Busan 10 tahun lalu. Dia ada pada malam tu. Tapi…Hye Jin langsung tak jumpa dia selepas kejadian tu. Hye Jin tak tahu kalau-kalau dia sebenarnya masih hidup ataupun dah mati. Hye Jin betul-betul tak tahu. Dah 10 tahun Hye Jin cari dia, tapi sekali pun Hye Jin tak pernah jumpa.”

“Jadi Hye Jin nak oppa carikan KyungTak?” Soal G.O,inginkan kepastian. Hye Jin menggeleng.

“Tak. Hye Jin Cuma nak pastikan kalau oppa tahu mengenai KyungTak. Mungkin apa yang orang ramai anggap tu betul…mungkin betul yang KyungTak oppa turut terkorban. Cuma mayatnya saja yang masih belum ditemui.” Hye Jin kelihatan berputus asa. Tidak mahu terus berharap akan sesuatu yang belum pasti. Mungkin nasib KyungTak tidak sebaik seperti dirinya. Hanya dia satu-satunya yang terselamat daripada kejadian malang itu. Sekiranya Hyun Jae yang menjumpainya di dalam bilik pada malam itu, dia juga mungkin tidak dapat menikmati kehidupannya seperti sekarang.

*********************************

 

G.O memejamkan matanya. Wajah KyungTak yang dilihatnya melalui gambar itu kembali bermain dalam mindanya. Dia cuba mengingatkan kembali kejadian yang berlaku 10 tahun yang lalu. Dia melepaskan keluhan berat.

“Kenapa aku langsung tak dapat ingat pasal budak lelaki tu?” Soalnya sendiri. Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya, sebelum dia menghubungi seseorang yang pastinya tahu mengenai perihal Lee KyungTak.

“Sampai sekarang aku pun tak dapat cari dekat mana budak lelaki tu, sejak dia hilang dalam kejadian tu, ByungHee. Mungkin dia masih hidup…atau pun dah mati. Aku pun tak dapat nak pastikan hal tu,”kata SeungHo, dalam panggilan telefonnya itu. Kedengaran G.O mengeluh perlahan.

“Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal hal budak lelaki tu pula? Ada apa-apa jadi dekat Hye Jinkah?” Soal SeungHo pula.

“Hye Jin okay. Dia tanya aku kalau aku tahu KyungTak tu ada dekat mana sekarang. Tapi setahu aku…aku betul-betul tak nampak ada budak lelaki dalam rumah Hye Jin waktu tu. Mungkin juga aku tak perasan. Entahlah…aku..aku rasa tak sedap hati tiba-tiba,”kata G.O. Kedengaran SeungHo ketawa.

“Wow…sejak dah baik dengan Hye Jin…aku tengok hati kau ni makin lama makin lembut. Jangan terlalu diikutkan perasaan tu, ByungHee. Kau jangan lupa tujuan kau lindungi Hye Jin selama ni. Selagi abang kau masih berkuasa, kau tak boleh tunjuk sedikit pun kelemahan kau.” Kata SeungHo,cuba mengingatkan rakan baiknya itu.

“Setakat ni apa yang kau dah dapat?” Soal G.O.

“Aku ada dekat bar abang kau ni,”jawab SeungHo, selamba. Mata G.O terbuka luas.

“Kau buat apa kat situ? Tempat tu bahaya tahu tak?” Soal G.O,tidak percaya.

“Aku tahulah apa yang aku nak buat ni. Aku sampai sini pun sebab aku ikut orang bawahan abang kau,”kata SeungHo,yang ketika itu sedang memerhatikan kelakuan Jota dari jauh.

“Kalau kau ikut Jota pun, belum tentu kau akan dapat apa yang kau nak, SeungHo,”kata G.O, sambil melabuhkan punggung di atas sofa.

“Jota tu bukannya sehari dua bekerja dengan HyunJae hyung. Dia seorang yang sangat berwaspada walaupun dari luar…dia nampak seperti seorang yang cuai. Kau kena hati-hati juga dengan dia. Sebab dialah yang paling kuat dalam kalangan orang-orang bawahan HyunJae hyung.” Kata G.O lagi. SeungHo tersenyum.

“Terima kasih sebab ingatkan aku, ByungHee. Tapi kau mesti tahu siapa lelaki yang selalu ada dengan Jota tu kan. Dia orang baru abang kaukah?” Soal SeungHo. Kening G.O terangkat.

“Orang baru Hyung? Maksud kau?” Soal G.O.

“Kadang-kadang aku nampak ada lelaki lain yang bersama dengan Jota. Jadi, aku anggap lelaki tu mungkin salah seorang dari orang bawahan abang kau juga.” Kata SeungHo.

“Aku tak tahu kalau Hyung ada orang kepercayaan dia selain dari Jota. Siapa lelaki tu?” Soal G.O,ingin tahu.

“Lee Geon.”

 

“Lee Geon. Saya Cuma kenalan Cik Hye Ji.”

Lidah G.O menjadi kelu sebaik sahaja mendengar nama Lee Geon yang disebut oleh SeungHo itu. SeungHo yang menyedari perubahan kelakuan G.O itu turut berasa hairan.

“Kenapa ni, ByungHee?” Soal SeungHo.

“Lelaki tu…maksud aku…Lee Geon…dia ada kat situ?”Soal G.O,inginkan kepastian.

“Tak…kenapa ni? Kenapa dengan Lee Geon?” Soal SeungHo pula. Ketika itu, G.O sudah pun bersedia dengan jaket hitamnya itu.

“Aku kena pergi ke rumah Hye Jin sekarang juga,”kata G.O.

“Jaeho dah ada kat sana,”kata SeungHo.

“Aku tak percayakan rakan sekerja kau tu. Jangan-jangan dia pun akan jadi mangsa Lee Geon juga. Kita cakap nanti, SeungHo.”

G.O segera mematikan panggilannya sebelum dia bergegas menuju ke arah motosikalnya, meninggalkan perkarangan kediamannya itu. SeungHo yang sedang berada di bar Hyun Jae itu turut bergegas ke arah yang sama. Dia langsung tidak menyedari bahawa dirinya itu sedang diperhatikan oleh Jota dari jauh. Jota sekadar tersenyum sinis sebelum dia menyambung semula perbualannya bersama gadis pelayan di bar itu.

 

“Esok awak tak perlu datang kerja. Awak berehat saja di rumah,”kata Mir, sebaik sahaja dia membukakan pintu untuk Hye Jin itu.

“Eh,kenapa pula?” Soal Hye Jin,hairan.

“Tuan ByungHee nak awak berehat. Lagipun awak dah banyak bersusah payah jaga Tuan sejak Tuan terlantar di hospital lagi,”kata Mir. Hye Jin tersenyum.

“Perkara kecil saja tu. Lagipun apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan apa yang awak berdua dah buat untuk saya selama ni. Terima kasih banyak-banyak,”ucap Hye Jin sambil menundukkan badannya. Mir sekadar tersenyum.

“Okay. Awak masuklah dulu. Dah lewat dah ni,”kata Mir. Hye Jin angguk.

 

“Rajinnya lelaki tu hantarkan Hye Jin balik.” Jaeho yang sedang meneguk air tin itu sekadar memerhati. Sekali sekala dia akan melihat jam tangannya.

“Hyung ni pergi mana pula ni? Sekali pun dia tak nak beritahu aku dia pergi mana. Alasannya sebab tempat tu bahaya untuk aku. Kalau aku ni penakutlah, tak adanya aku nak jadi polis ni. Buang masa saja,”ngomelnya. Jaeho kemudiannya bersandar pada tempat duduknya itu. Walaupun dia tidak sependapat dengan SeungHo, namun dia tetap tidak mengabaikan tugasnya untuk mengawasi pergerakan Hye Jin itu. Jaeho terus memerhatikan Hye Jin dan Mir sebelum perhatiannya beralih ke arah kelibat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang berjalan ke arah Mir. Jaeho yang mulai berasa curiga itu terus sahaja melangkah keluar dari keretanya.

“Yah!”

Mir yang sedang berjalan menuju ke arah keretanya itu menoleh ke arah Jaeho tanpa menyedari seorang lelaki berpakaian serba hitam yang sedang berjalan ke arahnya itu. Langkah Mir terhenti apabila merasakan perutnya ditikam dengan pisau sebaik sahaja bahunya berselisih dengan lelaki berpakaian serba hitam itu.

“Andwae!!!”

Jaeho yang menyaksikan kejadian itu segera berlari ke arah Mir yang sudah pun terduduk di atas jalan itu. Sementara itu, lelaki berpakaian serba hitam itu sudah pun melarikan diri dari perkarangan rumah Hye Jin. Hye Jin yang menyedari kekecohan yang berlaku itu terus sahaja melangkah keluar dari rumahnya. Matanya terbuka luas apabila melihat Mir yang berlumuran darah itu sudah pun terbaring di luar rumahnya.

“Mir!”

Hye Jin segera berlari menuju ke arah Mir yang sedang mengerang kesakitan itu. Jaeho yang turut berada di situ terus sahaja mengekori lelaki berpakaian serba hitam itu. Sementara itu, Hye Jin cuba menghubungi G.O, namun perbuatannya itu dihalang oleh Mir.

“Jangan,Hye Jin. Tuan masih belum sihat lagi. Jangan telefon dia,”kata Mir,menanggung rasa sakit pada perutnya itu.

“Awak kena pergi hospital, Mir. Awak dah berdarah banyak ni.” Hye Jin mengalirkan air matanya. Mir sekadar tersenyum.

“Saya…saya…” Mir terbatuk, mengeluarkan darah dari mulutnya.

 “Saya akan bawa awak ke hospital sekarang juga, Mir. Awak kena bertahan!” Hye Jin cuba memaut bahu Mir menuju ke arah kereta namun langkahnya terhenti apabila melihat seorang lelaki bertopeng sedang berdiri di hadapannya.

“Siapa awak? Apa yang awak nak dari kami hah?!” Tengking Hye Jin. Mir yang sedang menahan kesakitan itu sekadar membisu. Lelaki itu tersenyum di sebalik topengnya itu.

“Dua dah jatuh. Sekarang tinggal kau seorang saja.” Kata lelaki itu.

“Apa maksud awak? Apa yang awak dah buat pada Jaeho?!” Soal Hye Jin. Lelaki bertopeng itu ketawa.

“Aku Cuma nak permudahkan kerja aku. Tu saja.” Lelaki itu kemudiannya memandang ke arah Mir yang sudah pun lemah tidak berdaya itu.

“Semangat kau sangat kuat. Tak sangka yang kau masih boleh hidup,”kata lelaki bertopeng itu.

“Tapi aku tak nak buang masa lagi. Dah lama aku tunggukan saat ni. Aku tak boleh biarkan misi aku ni gagal!” Dia kemudiannya menghalakan sepucuk pistol ke arah Hye Jin. Lelaki itu tersenyum.

“Kali ni, tak ada siapa yang boleh selamatkan kau lagi. Kau akan mati juga malam ni.”

Hye Jin memaut erat lengan Mir. Lelaki itu tersenyum lagi.

Bang!

Hye Jin terkejut apabila tubuhnya dipeluk erat oleh Mir, sebelum pelukan lelaki itu menjadi semakin longgar.

“Mir?”

Mir terduduk di situ sebelum perlahan-lahan tubuhnya terbaring di atas lantai itu. Hye Jin segera mengangkat kepala lelaki itu sebelum diletakkan pada ribanya.

“Mir…apa…apa awak buat ni..?” Air matanya mengalir laju. Mir sekadar tersenyum nipis sebelum dia terbatuk darah.

“Jagakan…Tu..tuan..okey?”

Perlahan-lahan, Mir memejamkan matanya. Tangannya terkulai layu. Air mata Hye Jin mengalir semakin laju. Dia memeluk erat tubuh Mir yang sudah tidak lagi bernyawa itu tanpa mempedulikan lelaki bertopeng yang sedang berjalan ke arahnya itu.

“Mir…” Tangis Hye Jin,sambil memeluk erat tubuh lelaki itu. Hye Jin menjerit apabila lelaki bertopeng itu segera menarik kolar bajunya, sebelum dihempaskan tubuhnya ke arah dinding. Hye Jin mengaduh kesakitan. Namun, belum sempat rasa sakit pada tubuhnya itu hilang, kali ini lelaki itu mencekik lehernya pula. Hye Jin memegang erat pada tangan lelaki bertopeng yang sedang mencekik lehernya itu. Lelaki bertopeng itu tersenyum.

“Matilah kau, Park Sun Young!”

Bang!

Lelaki bertopeng itu meraung kesakitan, segera melepaskan pegangan tangannya pada leher wanita itu. Lelaki bertopeng itu segera melarikan diri sebaik sahaja menyedari SeungHo dan G.O yang baru sahaja tiba itu. Jaeho yang baru sahaja melepaskan tembakan itu terjatuh di atas lantai. Dia memegang kakinya yang berlumuran darah itu. SeungHo yang baru sahaja sampai itu terus sahaja meluru ke arah Jaeho yang cedera itu.

“Apa yang dah jadi ni, Jaeho?” Soal SeungHo, sambil memaut bahu lelaki itu.

“Lelaki tu cuba nak serang Hye Jin…tapi..Mir yang..” Jaeho menahan kesakitan pada kakinya itu.

“Kita akan ke hospital dulu.” Kata SeungHo, sebelum pandangannya beralih ke arah G.O yang sedang duduk berhadapan dengan Mir itu.

“Mir…”

“Dia…saya minta maaf. Saya tak dapat selamatkan dia,Hyung…” kata Jaeho,kesal.

Sementara itu, Hye Jin berjalan ke arah G.O yang sedang duduk berhadapan dengan jasad Mir yang sudah tidak bernyawa itu.

“Oppa…”

G.O langsung tidak bersuara. Hye Jin yang sudah pun menangis itu kemudiannya memeluk erat G.O yang langsung tidak berganjak dari situ.

“Hye Jin minta maaf…semuanya salah Hye Jin…” Tangis Hye Jin. G.O akhirnya memejamkan matanya sebelum butir-butir jernih mengalir membasahi pipinya itu. SeungHo dan Jaeho yang berada di situ turut bersimpati. Pastinya pemergian Mir itu merupakan satu kehilangan yang sangat besar buat G.O.

 

 

Lee Geon cuba merawat sendiri luka pada lengannya itu, akibat terkena tembakan daripada Jaeho sebentar tadi. Dia cuba menahan kesakitannya itu sebelum membalutnya dengan kain, untuk mengawal pendarahan pada luka tersebut. Lee Geon menarik nafas dalam sebelum dihembusnya perlahan-lahan. Dia kemudiannya menyarungkan jaket hitamnya itu, bersiap sedia untuk keluar. Dia mengambil kunci motosikalnya , tanpa mempedulikan lengannya yang masih lagi cedera itu. Dia memasukkan tangannya pada poket jaketnya sebelum langkahnya terhenti pada pintu rumahnya. Perlahan-lahan, dia mengeluarkan sesuatu objek dari poket jaketnya itu.

“Rantai?”

Dia berfikir sejenak.

“Oh… mesti perempuan tu punya. Cis!” Rantai itu dicampaknya ke lantai sebelum dia meneruskan langkahnya keluar dari rumah tersebut.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yangtweety #1
Chapter 9: Awat jahat sgt abg g.o tu..dendam apa smpai mcm tu..poor kyungtak.jota ni pun satu...sggup buat mcm tu kat father.eh?
yangtweety #2
Chapter 8: Ohh ok hhaha ok2 dah fhm..xjadi geram kat kyungtak..geram kat jota n ketua dia hahha.xsbr nak tggu wtk daewonie heee
yangtweety #3
Chapter 7: Geonnn...dendam apakah smpai geon jd jahat mcm tu?omo omo desperate nak next chapter ni hahahh but mirue TT.TT smpai hati kyuntak..awat gilo sgt kyungtak tu ><
yangtweety #4
Chapter 6: Geonie btl2 jd org jahat ke?
yangtweety #5
Chapter 5: Awat JungByunghee?kena tikam ke apa?haishh bila JungByunghee bertemu leekyungtak...hahahh klu ain bg gambaran dorang dgn pic msti lagiiiii menarik.k ni kes pembaca demand LOL
yangtweety #6
Chapter 4: Ok...akk nak jung jio selamatkan hyejin tp nak geon pun selamatkan dia juga hahha. And my ssong..omg,so cool XD
yangtweety #7
Chapter 3: Leegeon???! Andweeeee....awat dia tu?uwaaaa JungByunghee...hero d sebalik tabir LOL and jota hahahh jota jota..kemain lagi.
yangtweety #8
Chapter 2: Omo omo omo hahhah so suprise!!!jung byunghee gatal!dia ke yg lelaki bertopeng dlm bab1 tu?akk ingtkn yg dia nak jumpa sgt tu si kyungtak.weee ok xsbr nak baca next chptr XD
yangtweety #9
Chapter 1: Best!!!!!! Mula2....heee y so cheesy hahhah ok2 nak tggu next chapter