Chapter 5

Di Sebalik Topeng

“Em…betulkah Cik Hye Jin ni nak belanja saya lunch ni?” Soal Lee Geon, sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam kafe itu. Dia sedikit terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada Hye Jin, selepas pertemuan mereka 3 hari yang lalu. Hye Jin mengangguk.

“Yalah, Encik Lee Geon. Kan saya dah cakap ini sebagai tanda terima kasih saya kepada encik sebab encik dah tolong saya kelmarin.”Balas Hye Jin, sebelum dia mengambil tempat di hadapan Lee Geon.

“Kenapalah Cik Hye Jin susah payah nak belanja saya.Bukannya banyak sangat pun saya bayarkan untuk cik hari tu,”balas Lee Geon,sebelum dia ketawa pada hujung katanya itu. Perbualan mereka terhenti apabila mereka didatangi oleh seorang pelayan lelaki beserta buku menu.

“Banyak atau sikit tu bukan alasannya, Encik Lee Geon. Yang penting, saya betul-betul hargai pertolongan encik. “ Hye Jin tersenyum ke arahnya, sebelum dia melihat menu makanan yang tertera di dalam buku menu itu.

“Encik Lee Geon okay sajakan kalau kita lunch dekat sini?” Soal Hye Jin,inginkan kepastian.Lee Geon tersenyum sambil mengangguk. Hye Jin berasa senang hati apabila melihat Lee Geon yang kelihatan selesa dengan pelawaannya itu. Hye Jin yang mulai leka dengan memilih menu pilihannya itu,tidak menyedari bahawa dirinya yang sedang diperhatikan oleh Lee Geon itu. Lee Geon menyembunyikan senyumannya.

 

 

“Cik Hye Jin selalukah makan dekat sini?” Soal Lee Geon, yang sedang menikmati makanan tengaharinya itu. Hye Jin mengangguk sambil tersenyum.

“Makanan dekat sini sedap dan murah. Errr…encik tak kisahkan kalau murah?” Soal Hye Jin.Lee Geon ketawa.

“Taklah. Saya okay saja. Kalau Cik Hye Jin nak ajak saya makan dekat tepi jalan pun saya suka,”kata Lee Geon.Hye Jin turut ketawa kecil.

“Em..Cik Hye Jin ni masih belajar kan?” Soal Lee Geon. Hye Jin mengangguk.

“Baru masuk tahun 2.” Jawab Hye Jin.

“Duduk dengan parents ya?” Soal Lee Geon. Wajah Hye Jin berubah riak. Kening Lee Geon terangkat.

“Em…kenapa ni, Cik Hye Jin?” Soal Lee Geon,bimbang. Hye Jin sekadar tersenyum tawar sambil menggeleng.

“Tak ada apa-apa. Em…parents saya dah meninggal. Sebab kemalangan,”kata Hye Jin, tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kejadian sebenar yang terjadi kepada keluarganya itu.

“Saya minta maaf,Cik Hye Jin. Saya tak tahu..betul-betul tak tahu,”balas Lee Geon, rasa bersalah.

“It’s okaylah, Encik Lee Geon. Lagipun encik sendiri kata yang encik tak tahu. Sebab tula saya beritahu,”kata Hye Jin, memaniskan riak wajahnya. Lee Geon sekadar tersenyum sebelum dia meneruskan suapannya. Hye Jin sekadar memerhati.

“Em…Encik Lee Geon.”

Lee Geon memandang ke arahnya.

“Encik …pernah datang ke Busan tak?” Soal Hye Jin. Lee Geon diam seketika. Hye Jin sedikit bimbang sekiranya pertanyaannya itu dianggap pelik oleh Lee Geon.

“Pernah.” Jawab Lee Geon,pendek. Hye Jin bagaikan gembira apabila mendengar jawapan daripada lelaki itu.

“Tapi untuk kerja. Bukan sebab bercuti,”sambungnya lagi. Hye Jin hampa.

“Oh…maksudnya…encik memang tak ada keluargalah dekat sana?” Soal Hye Jin.Lee Geon sekadar tersenyum.

“Saya pun macam awak, Cik Hye Jin. Parents saya pun dah meninggal. Sebab kemalangan juga. Sekarang ni saya tinggal seorang,”kata Lee Geon.

“Oh…saya minta maaf kalau soalan saya tadi..”

“Tak apa, Cik Hye Jin. Lagipun benda tu dah lama. Saya pun dah tak rasa apa-apa,”kata Lee Geon,cuba mengusir rasa bersalah dalam diri Hye Jin. Hye Jin tersenyum tawar ke arahnya.

“Maknanya kita ni memang serupalah kan, Encik Lee Geon?” Soal Hye Jin. Lee Geon tersenyum.

“Mungkin nasib Cik Hye Jin sebenarnya lebih baik daripada saya. Mana boleh cakap serupa,”kata Lee Geon, sebelum dia ketawa kecil. Hye Jin sekadar memerhati. Sungguh! Senyumannya begitu seiras dengan Lee KyungTak, yang turut hilang 10 tahun yang lalu. Entah mengapa Hye Jin berasa sebak. Mungkin mereka kelihatan seiras, tapi hakikatnya mereka adalah dua orang yang berbeza. Apatah lagi, Lee Geon sendiri mengatakan dia tidak mempunyai keluarga di Busan, malah dia turut kehilangan kedua-dua ibu bapanya. Sedangkan kedua-dua ibu bapa KyungTak masih hidup dan sedang  menunggu kepulangan KyungTak itu sendiri.

“Lepas ni, biar saya yang hantarkan Cik Hye Jin balik,okay?” Cadang Lee Geon. Lamunan Hye Jin bersepai.

“Eh? Em…apa yang encik cakap tadi?” Soal Hye Jin.Lee Geon tersenyum lagi.

“Saya cakap tadi…biar saya yang hantar cik balik lepas ni,”kata Lee Geon.

“Eh, tak apalah,Encik Lee Geon.Saya boleh balik sendiri. Lagipun, encik mesti sibuk kerja sekarang,”balas Hye Jin, enggan menyusahkan lelaki itu.

“Tak apa. Saya kerja sendiri. Tak ada orang yang nak marah saya,”kata Lee Geon.

“Saya hantar cik,okay?” Soalnya. Perlahan-lahan, Hye Jin mengangguk. Tidak sampai hati untuk menolak kesungguhan Lee Geon yang mahu menghantarnya pulang itu. Lee Geon tersenyum puas hati. Ternyata tugas yang diberikan oleh Hyun Jae itu tidaklah sukar seperti yang disangka. Bodoh betul perempuan ni! Hatinya ketawa sendiri.

 

 

“Saya ingat saya nak bayar balik hutang saya dekat Encik Lee Geon. Tapi tak sangka saya terhutang budi dengan encik lagi,”kata Hye Jin sebaik sahaja tiba di hadapan kolejnya itu. Lee Geon yang masih berada di dalam kereta itu sekadar tersenyum. Hye Jin sedikit berasa malu apabila mereka menjadi perhatian pelajar-pelajar lain yang sedang lalu-lalang di kawasan itu. Lee Geon yang menyedari riak wajah Hye Jin itu turut memandang ke arah sekeliling.

“Awak malukah orang lain tengok awak, Cik Hye Jin?” Soal Lee Geon, sekaligus mengusik.

“Em…taklah. Cuma tak biasa.” Balas Hye Jin, pura-pura ketawa.

“Ataupun awak takut kalau boyfriend awak nampak saya dekat sini?” Soal Lee Geon lagi. Mata Hye Jin membulat.

“Eh, bukan macam tu! Saya…”

 

“Kim Hye Jin-ssi!”

Hye Jin menoleh. Sekali lagi dia terkejut apabila dia melihat G.O yang sedang duduk di atas motosikalnya itu.

“G.O?”

G.O sekadar tersenyum ke arahnya sebelum dia berjalan mendekati ke arah Hye Jin dan Lee Geon. Lee Geon melangkah keluar dari keretanya sambil diperhatikan oleh G.O.

“Nugu?” Soal G.O, masih tidak melepaskan pandangannya daripada Lee Geon. Lee Geon sekadar tersenyum ke arahnya.

“Awak cakap tadi yang awak tak ada boyfriend, Cik Hye Jin,”kata Lee Geon.

“Em…”

Lee Geon kemudiannya menoleh semula ke arah G.O.

“Lee Geon. Saya Cuma kenalan Cik Hye Jin,”katanya sambil menghulurkan tangan ke arah G.O. G.O sekadar memandang tanpa langsung berniat untuk menyambut huluran tangan Lee Geon itu. Lee Geon tersenyum lagi. Tangannya dijatuhkan.

“Saya Cuma keluar lunch dengan Cik Hye Jin. Saya harap awak tak salah faham,”kata Lee Geon.

“Encik Lee Geon…sebenarnya..” Belum sempat Hye Jin menghabiskan kata-katanya, pinggangnya dipaut oleh G.O. Hye Jin terkejut. Lee Geon sekadar memandang.

“Okay. Terima kasih sebab sudi temankan Hye Jin saya keluar lunch. Tapi selepas ni…awak jangan cuba nak ganggu Hye Jin saya lagi. Okey?” Kata G.O, tersenyum sinis.

“Saya minta maaf. Saya tak boleh berjanji pasal tu. Lagipun saya mula rasa seronok berkawan dengan Cik Hye Jin,”kata Lee Geon, sebelum pandangannya beralih ke arah Hye Jin.

“Kita jumpa lagi nanti, Cik Hye Jin.”

Lee Geon kemudiannya melangkah masuk ke dalam kereta sebelum dia memandu laju keretanya , meninggalkan perkarangan kolej Hye Jin itu. G.O sekadar memandang dengan perasaan marah. Hye Jin segera melepaskan pautan tangan G.O pada pinggangnya itu.

“Apa awak buat ni?!”

Hye Jin berang. G.O menoleh ke arahnya.

“Awak pergi mana tadi?” Soal G.O. Hye Jin mendengus kasar.

“Saya pergi mana-mana pun, itu bukan hal awaklah. Suka hati sayalah nak pergi mana pun. Lagipun sekarang ni kita dekat luar. Saya bukan lagi pekerja awak..dan awak bukan lagi bos saya! Jadi saya nak ke mana…dan buat apa..itu hal saya! Awak tak boleh masuk campur!” Marah Hye Jin, tidak puas hati.

“Malas saya nak layan awak lagi.” Hye Jin segera beredar dari situ, sebelum tangannya dicapai oleh G.O. Hye Jin menoleh ke arahnya.

“Apa lagi yang awak nak,G.O?!” Soal Hye Jin,tidak puas hati. G.O tidak segera menjawab. Sebaliknya dia terus menarik Hye Jin ke dalam pelukannya. Semua pelajar yang berada di situ turut terkejut melihat tindakan G.O terhadap Hye Jin itu. G.O mengeratkan pelukannya apabila Hye Jin cuba meleraikan pelukannya itu.

“G.O..apa awak buat ni? Lepaskan saya!”

“Saya minta maaf!”

Tubuh Hye Jin menjadi kaku apabila mendengar ucapan maaf daripada lelaki tersebut. Kedengaran lelaki itu melepaskan nafas lega sebelum dia meleraikan pelukannya. Kelihatan dia menghadiahkan senyuman manis kepada wanita itu.

“Saya Cuma terlalu risaukan awak. Sampaikan saya tak boleh tengok awak keluar dengan lelaki yang awak baru kenal. Saya tak nak kalau ada perkara buruk terjadi dekat awak, Hye Jin,”kata G.O sebelum dia mengusap lembut pipi wanita itu. Wajah Hye Jin berubah merah, namun dia segera memalingkan wajahnya daripada lelaki itu.

“Tapi saya bukannya sesiapa untuk awak…sehinggakan awak perlu risaukan saya sampai macam ni,”kata Hye Jin. G.O tersenyum nipis.

“Sebab saya sayangkan awak, Hye Jin.” Kata G.O. Lidah Hye Jin menjadi kelu. Tubuhnya menjadi kaku. G.O kemudiannya memegang lembut dagu Hye Jin, sebelum dipusingkan kepala Hye Jin menghadapnya. Hye Jin sekadar memandang ke arahnya.

“Sebab saya sayangkan awaklah, saya buat semua ni untuk awak. Walaupun awak benci dengan perbuatan saya ni…saya tetap tak peduli. Asalkan saya sentiasa lihat awak selamat, hati saya jadi senang.” Kata G.O,separuh berbisik. Dia kemudiannya mendekatkan bibirnya pada telinga wanita itu.

“Saya tunggu awak malam ni. Saya nak awak jadi pelayan saya saja untuk malam ni. Pastikan awak tak lambat.” Bisiknya lagi. Hye Jin menelan air liur. G.O sekadar tersenyum nakal.

“Jumpa awak malam ni,”kata G.O sambil mengenyitkan matanya, sebelum dia meninggalkan Hye Jin yang masih terpinga-pinga di hadapan kolejnya itu. Hye Jin terus memandang ke arah lelaki itu sehinggalah bayangan lelaki itu hilang dari pandangannya.

“Dia tu kenapa?” Soalnya,hairan.

 

 

Jaeho masih tidak percaya dengan apa yang baru dilihatnya sebentar tadi. Walaupun kedua-dua kelibat Hye Jin dan G.O sudah tidak lagi kelihatan, dia masih sukar untuk menerima dengan apa yang baru dilihatnya sebentar tadi.

“Mereka ni ada apa-apa hubungankah?” Soalnya,hairan. SeungHo yang turut berada di situ sekadar mendiamkan diri. Jaeho menoleh ke arah SeungHo.

“Hyung! Takkan kita nak lepaskan G.O macam tu saja?” Soal Jaeho,tidak puas hati.

“Kalau kita tangkap dia sekarang pun, bukannya kita akan dapat apa pun.” Balas SeungHo,rimas. Jaeho mengeluh.

“Kalau betullah mereka ni ada apa-apa hubungan..macam mana?” Soal Jaeho. SeungHo bersandar pada tempat duduknya.

“Entahlah.” SeungHo memejamkan matanya. Jaeho menoleh ke arahnya.

“Hyung! Bangunlah!”

“Aku mengantuklah. Bagilah aku rehat sekejap. Kau tengok saja kalau ada orang yang mencurigakan ada dekat sini,”kata SeungHo,malas mahu melayan kerenah Jaeho itu.

“Aish!” Jaeho mendengus kasar, namun, dia tetap patuh pada arahan SeungHo itu. Sementara itu, SeungHo mula membuka semula matanya. Entah mengapa, kata-kata Jaeho itu mulai bermain dalam fikirannya.

“Kau jangan buat gila, ByungHee.” Fikirnya. Perlahan-lahan, dia memejamkan matanya itu semula.

 

 

Hye Jin menarik nafas dalam sebelum dia mengetuk pintu bilik G.O. Sebaik sahaja mendapat respon daripada lelaki itu, dia menolak pintu bilik itu perlahan-lahan. G.O melemparkan senyuman manisnya kepada Hye Jin.

“Duduklah,”pelawa G.O sambil melangkah perlahan menuju ke arah sofa hitam itu. Hye Jin terus sahaja menuangkan wine merah ke dalam gelas kosong yang sudah pun tersedia di atas meja itu. G.O sekadar tersenyum ke arahnya. Hye Jin sengaja tidak mengendahkan pandangan G.O terhadapnya itu. Dia kemudiannya menghulurkan gelas itu kepada G.O. Gelas itu bertukar tangan. Hye Jin memandang ke arah G.O yang kelihatan seperti teragak-agak untuk meneguk wine merah itu.

“Awak takut saya letak racunkah dalam wine tu? Awak sendiri nampak kan saya tuang wine tu depan awak tadi,”kata Hye Jin. G.O tertawa.

“Kalau betul awak letak racun pun saya minum. Saya Cuma..tak ada mood untuk wine malam ni,”kata G.O, sebelum dia meletakkan semula gelas itu di atas meja. Dia kemudiannya memandang ke arah Hye Jin.

“Awak ni memang selalu keras macam inikah?” Soal G.O,ingin tahu.

“Saya keras dengan awak saja. Sebab saya tak boleh biarkan sikap buaya awak tu memakan diri saya pula nanti,”balas Hye Jin, selamba. G.O ketawa sambil memegang bahagian kanan perutnya itu. Hye Jin sekadar menjeling. Sikit sikit gelak…sikit sikit senyum. Ada wayar terputus agaknya…

“Sebab tu saya makin sukakan awak, Hye Jin. Sebab awak ni  expensive tapi irresistable. Hahaha!” G.O ketawa lagi.

“Kalau awak gelak lagi, saya keluar dari bilik ni,” kata Hye Jin, mengugut. G.O terus mencapai tangannya, enggan melepaskan wanita itu pergi.

“Kan saya dah cakap dengan awak tadi. Malam ni…awak milik saya. Selagi saya tak lepaskan awak pergi, awak kena duduk dalam bilik ni.” Balas G.O. Hye Jin menoleh ke arahnya. Hye Jin mengerutkan dahinya apabila menyedari G.O yang kelihatan sedikit berbeza daripada sebelumnya itu.

“G.O…kenapa muka awak nampak pucat ni?” Soal Hye Jin,hairan.

“Apa yang awak merepek ni, Hye Jin?” Soal G.O pula. Hye Jin kemudiannya meletakkan tangannya pada dahi G.O.

“Dahi awak berpeluh ni. Awak sakitkah?” Soal Hye Jin. G.O tersenyum.

“Takkanlah saya sakit pula. Saya okay sajalah. Biasalah kalau muka nampak pucat ni. Saya kan sibuk dengan kerja. Sebab tu saya nak awak temankan saya malam ni,” kata G.O, menafikan andaian Hye Jin itu. Sekali sekala dia akan mengerutkan dahinya. Hye Jin kemudiannya memandang ke arah tangan G.O yang seringkali diletakkan pada bahagian perut itu.

“Mari sini saya tengok,”kata Hye Jin,cuba memeriksa sendiri keadaan sebenar lelaki tersebut. Namun G.O pantas menghalang.

“Saya okey, Hye Jin! Awak tak perlu bimbang apa-apa,”kata G.O, sebelum dia berdiri dari tempat duduknya itu. Namun tidak lama selepas itu, dia meraung kesakitan. Kakinya terjelepok ke atas lantai. Hye Jin segera meluru ke arah G.O yang sedang menahan kesakitan itu. Dia segera menyelak jaket yang dipakai oleh G.O , sebelum matanya menangkap pada tompokan darah besar yang melekat pada baju lelaki itu. G.O kemudiannya menarik semula jaketnya, cuba untuk menutup semula luka pada perutnya itu.

“Saya okey. “ G.O tetap berdegil, cuba untuk berdiri namun kali ini kesakitannya betul-betul sudah tidak tertanggung lagi.

“Awak dah berdarah banyak tu G.O! Awak boleh mati kalau terus biarkan!” Hye Jin turut tidak mengalah. Tangan lelaki itu digenggamnya erat. G.O segera melepaskan tangannya.

“Awak memang nak saya matikan?!” Balas G.O. Hye Jin terdiam. G.O yang sudah tidak dapat menahan kesakitannya itu terjatuh semula , sebelum pandangannya menjadi gelap secara perlahan-lahan.

 

"Ceria nampak?"

Lee Geon menoleh ke arah Jota yang baru sahaja mengambil tempat di sebelahnya itu. Dia kemudiannya tersenyum sendiri.

"Ni mesti ada apa-apa ni,"tekanya. Senyuman Lee Geon semakin lebar.

"Aku cuma rasa seronok. Tu saja." Balas Lee Geon, tanpa terus berterus-terang.

"Em...ni mesti ada kaitan dengan kerja baru kau ni kan?" Soal Jota,bagaikan sudah dapat menangkap maksud kata-kata Lee Geon itu.

"Mungkin juga,"balas Lee Geon. Dia kemudiannya tersenyum lagi.

"Bang!" Lee Geon ketawa kecil, sambil diperhatikan oleh Jota. Jota sekadar tersenyum.

"Itu hanya sebagai tanda perkenalan kita, Jung ByungHee."

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yangtweety #1
Chapter 9: Awat jahat sgt abg g.o tu..dendam apa smpai mcm tu..poor kyungtak.jota ni pun satu...sggup buat mcm tu kat father.eh?
yangtweety #2
Chapter 8: Ohh ok hhaha ok2 dah fhm..xjadi geram kat kyungtak..geram kat jota n ketua dia hahha.xsbr nak tggu wtk daewonie heee
yangtweety #3
Chapter 7: Geonnn...dendam apakah smpai geon jd jahat mcm tu?omo omo desperate nak next chapter ni hahahh but mirue TT.TT smpai hati kyuntak..awat gilo sgt kyungtak tu ><
yangtweety #4
Chapter 6: Geonie btl2 jd org jahat ke?
yangtweety #5
Chapter 5: Awat JungByunghee?kena tikam ke apa?haishh bila JungByunghee bertemu leekyungtak...hahahh klu ain bg gambaran dorang dgn pic msti lagiiiii menarik.k ni kes pembaca demand LOL
yangtweety #6
Chapter 4: Ok...akk nak jung jio selamatkan hyejin tp nak geon pun selamatkan dia juga hahha. And my ssong..omg,so cool XD
yangtweety #7
Chapter 3: Leegeon???! Andweeeee....awat dia tu?uwaaaa JungByunghee...hero d sebalik tabir LOL and jota hahahh jota jota..kemain lagi.
yangtweety #8
Chapter 2: Omo omo omo hahhah so suprise!!!jung byunghee gatal!dia ke yg lelaki bertopeng dlm bab1 tu?akk ingtkn yg dia nak jumpa sgt tu si kyungtak.weee ok xsbr nak baca next chptr XD
yangtweety #9
Chapter 1: Best!!!!!! Mula2....heee y so cheesy hahhah ok2 nak tggu next chapter