Chapter 4

Di Sebalik Topeng

 

“Ouch!”

Mir mengerang kesakitan apabila kesan lebam pada pipinya itu cuba disentuh oleh Hye Jin.

“Tau pun sakit. Yang awak berani sangat cari pasal dekat Tuan Hyun Jae tu kenapa?” Soal Hye Jin, sambil cuba menyapukan ubat pada pipi Mir itu. Mir cuba menahan rasa sakit pada pipinya itu.

“Dah memang tugas saya untuk jaga awak kalau Tuan ByungHee tak ada. Saya mestila kena berani ambil risiko,”balas Mir.

“Ish,perlahan sikitlah, Hye Jin.” Katanya,mengaduh kesakitan. Hye Jin tersenyum, cuba menahan diri daripada ketawa.

“Betulkah awak ni..orang kuat G.O? Baru tumbuk sikit, dah mengalah,”usik Hye Jin. Mir berdehem beberapa kali, enggan menjawab pertanyaan Hye Jin itu. Hye Jin sekadar tersenyum.

“Saya malas nak bergaduh. Saya tak nak tempat tu kecoh. Tu saja.” Mir beralasan. Hye Jin mengangguk, menerima sahaja alasan lelaki itu.

“Mana G.O? Awak kata dia nak jumpa saya?” Soal Hye Jin, mencari-cari kelibat G.O.

“Saya tipu saja tadi,”kata Mir. Hye Jin menoleh ke arahnya.

“Awak tipu? Maksud awak?” Soal Hye Jin. Mir tersenyum.

“Saya tak call Tuan ByungHee pun tadi. Itu hanya alasan saya untuk selamatkan awak daripada Tuan Hyun Jae, tu saja,”kata Mir, sebelum bibirnya menguntum senyuman kemenangan.

“Kalau macam tu…tu tandanya…Tuan Hyun Jae tu taklah hebat sangat. Awak hanya guna nama G.O saja, dia dah mengalah. Betul tak?” Soal Hye Jin, inginkan kepastian. Mir menggeleng.

“Dia takkan tunjukkan sikap sebenar dia selagi dia tak capai sasaran dia. Kalau dia dah tunjuk perangai sebenar dia dekat awak, mestilah awak lari. Lagi susahlah dia nak kenakan awak,”kata Mir. Hye Jin sekadar mendengar.

“Awak boleh jalankan tugas awak sebagai pelayan dekat sesiapa saja yang datang ke sini…Tapi kalau boleh, jauhkan diri daripada Tuan Hyun Jae dan orang-orangnya. Biarkan pelayan tetap dia yang gantikan tempat awak.” Katanya lagi.

“Saya tak fahamlah,”balas Hye Jin. Mir menoleh ke arahnya.

“Tuan Hyun Jae tu kan, abang G.O. Tapi…kenapa cara awak cakap ni…macam mereka berdua tu bermusuh?”Soal Hye Jin,ingin tahu.

“Abang tiri…bukan abang kandung,” balas Mir,membetulkan tanggapan Hye Jin. Kening Hye Jin terangkat.

“Tuan ByungHee tu anak kepada perempuan simpanan mendiang Tuan Jung SukJae. Dia dibawa ke dalam keluarga ni pun waktu dia berumur 15 tahun, sebab ibunya meninggal dunia. Awak pun tahukan…dengan adanya status macam tu, mestilah dia kurang disenangi oleh keluarga Jung. Lagi-lagi Tuan Hyun Jae.” Terang Mir, tanpa sedikit pun berselindung.

“Oh…patutlah…mereka nampak lain,”kata Hye Jin,memahami. Mir menoleh ke arahnya.

“Maksud saya, aura mereka berbeza. Tuan Hyun Jae lebih menakutkan dari G.O,”sambung Hye Jin lagi sebelum dia ketawa pada hujung katanya. Mir sekadar tersenyum.

“Awak sukakan Tuan ByungHee kah?” Soal Mir,sekadar menguji. Hye Jin mencebik.

“Soalan apalah awak tanya ni. Dua-dua beradik tu saya tak suka. Memangla aura lain, tapi miang tu tetap sama. Geli,”balas Hye Jin, kelihatan tubuhnya menggigil. Mir ketawa. Hye Jin memandang ke arahnya.

“Awak ni sebenarnya…ceria juga orangnya kan?” Soal Hye Jin. Mir sekadar tersenyum.

“Saya Cuma nak awak rasa selesa dengan saya,Hye Jin. Lagipun ini juga arahan daripada Tuan ByungHee,”kata Mir.

“Awak ni nampak setia betul dengan Tuan ByungHee awak tu. Baik sangatkah dia tu dekat awak?” Soal Hye Jin. Mir mengangguk.

“Lelaki yang paling baik pernah saya jumpa,”kata Mir. Hye Jin tersenyum tawar. Mir yang memahami maksud di sebalik senyuman Hye Jin itu sekadar tersenyum.

“He’s nice. Awak akan tahu nanti,”katanya lagi, penuh yakin. Hye Jin tidak menjawab. Kelihatan dia sedang memikirkan sesuatu. Lelaki yang paling baik pernah dia jumpa? Lelaki yang pernah bertindak kejam dan zalim itu dikatanya lelaki yang paling baik?

“Dah berapa lama awak bekerja dengan dia ?” Soal Hye Jin,ingin tahu. Mir mengerutkan dahinya,cuba mencari jawapan.

“Dalam 15 tahun? Lebih kurang macam tula.”

“Jadi…dia memang betul-betul seorang lelaki yang baik?” Soal Hye Jin lagi. Mir menoleh ke arahnya.

“Mungkin awak perlukan masa untuk mengenali dia, Hye Jin. Ya, pada saya dia memang lelaki yang baik. Sebab tu saya setia bekerja dengan dia sampai sekarang. Sebab sekurang-kurangnya… Tuan ByungHee bukan seperti Tuan Hyun Jae.”

“Satu masa nanti, awak akan faham juga. Awak Cuma perlu percayakan dia. Segala arahan daripada Tuan ByungHee itu, sebenarnya baik untuk awak. Contohnya macam kejadian di bilik Tuan Hyun Jae tadi. Kalau saya tak datang, mungkin awak boleh bayangkan nasib awak macam mana nanti. Ingat pesan saya ni, Hye Jin. Semua…kecuali Tuan Hyun Jae, okay?” Soal Mir. Hye Jin memandang ke arahnya tanpa langsung bersuara.

“Biar saya hantarkan awak balik,”kata Mir, sebelum dia menghidupkan enjin keretanya. Hye Jin yang duduk di sebelahnya itu sekadar membisu. Tanpa mereka sedari, kelakuan mereka itu sedang diperhatikan oleh seseorang dari jauh.

“Jadi bila kau nak bertindak?” Soal Jota. Lee Geon terus memerhatikan kereta yang dipandu oleh Mir itu sehinggalah bayangan kereta itu hilang dari pandangannya.

“Aku Cuma nak ingatkan kau. Bukan senang nak dekat dengan perempuan tu. Pergerakan dia sentiasa diawasi oleh pihak polis dan orang Jung ByungHee,”katanya lagi. Lee Geon sekadar tersenyum.

“Aku tahu apa yang aku nak buat,”kata Lee Geon, sebelum dia beredar dari situ.

“Yah, Lee Geon ah..tunggu aku!” Jota segera mengekori langkah Lee Geon sebelum dipautnya bahu lelaki itu.

 

 

“Terima kasih, Mir. Kita jumpa esok,”ucap Hye Jin. Mir sekadar tersenyum, sebelum dia meneruskan pemanduannya meninggalkan perkarangan rumah Hye Jin. Dia tidak boleh berada lama di situ, enggan kehadirannya dihidu oleh pihak polis. Hye Jin yang baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam rumahnya itu, membatalkan niatnya apabila terdengar namanya dipanggil dari belakang.

“Kim Hye Jin-ssi?”

Kelihatan seorang lelaki dalam linkungan usia 20-an sedang berjalan ke arahnya.

“Ya,saya?”

“Saya Song Jaeho.” Jaeho menghulurkan kadnya kepada Hye Jin.

“Awak polis?” Soal Hye Jin, sebaik sahaja dia melihat kad nama Jaeho itu. Jaeho mengangguk.

“Ya,saya. Saya Cuma nak sampaikan kepada  Cik, yang selepas ini,saya dan SeungHo yang akan awasi Cik,”kata Jaeho. Hye Jin tersenyum.

“Em,encik..saya rasa tak perlulah encik nak awasi pergerakan saya. Saya okey saja. Saya betul-betul tak ada apa-apa,”kata Hye Jin, cuba menolak lembut niat baik Jaeho itu.

“Saya faham, Cik Hye Jin. Tapi kami hanya jalankan tugas kami,itu saja. Dan lagipun..kami masih meneruskan siasatan kami mengenai kes keluarga cik 10 tahun yang lalu. Jadi, selagi siasatan masih diteruskan, keselamatan cik adalah tanggungjawab kami. Saya harap cik faham,”jelas Jaeho. Hye Jin mengeluh perlahan.

“Saya faham. Cuma…kalau boleh…encik tak perlulah nak awasi saya 24 jam. Cukuplah sekadar nak buat rondaan. Pandai-pandailah saya jaga diri saya sendiri,”kata Hye Jin. Jaeho sekadar tersenyum.

“Apa-apa pun, kalau ada apa-apa masalah, Cik Hye Jin call saja nombor saya ni. Dan kalau boleh saya nak ingatkan…kalau ada sesuatu yang berlaku nanti, kami harap Cik tak cuba untuk bertindak sendiri. Biar kami yang tolong selesaikan,okay?” Kata Jaeho, sebelum dia meminta izin untuk beredar dari situ. Hye Jin sekadar memandang ke arahnya sebelum pandangan beralih ke arah kad nama Jaeho.

“Song Jaeho.”

Hye Jin kemudiannya melangkah masuk ke dalam rumahnya.

 

 

Jaeho melangkah masuk ke dalam kereta. SeungHo yang turut berada di situ sekadar memerhatikan rumah Hye Jin,tanpa mempedulikan Jaeho yang sudah pun duduk di sebelahnya itu.

“Hyung betulkah tak nak tahu dari mana Hye Jin tu tadi?” Soal Jaeho,inginkan kepastian. Sejak mereka diletakkan di dalam satu pasukan yang sama, Jaeho terpaksa menunjukkan rasa hormatnya kepada SeungHo, yang jauh lebih berpengalaman daripadanya itu. Biarlah! Habis sahaja kes ni nanti, jangan harap aku nak panggil kau Hyung lagi.

“Sebab aku tahu dia dari manalah, aku tak nak kau tanya dia tadi.” Balas SeungHo. Jaeho mengeluh perlahan. Ternyata SeungHo seorang pegawai yang cekap. Entah bila SeungHo mengintip pergerakan Hye Jin itu, dia sendiri tidak pasti.

“Sebab tu aku tak nak DongHo dan KiJun teruskan kerja ni. Disebabkan kecuaian mereka tula, Hye Jin ni boleh terlepas. Sekarang ni, dia dah bekerja dengan lelaki tu. Lagi susah kita nak lindungi dia nanti lepas ni,”kata SeungHo, melepaskan rasa geramnya. Jaeho mengeluh lagi.

“So,bila kita nak mulakan rancangan kita ni?” Soal Jaeho. SeungHo diam, memikirkan sesuatu.

“Kita mesti berpecah. Aku nak kau ekori pergerakan Hye Jin senyap-senyap. Pastikan dia tak tahu yang pergerakan dia sedang diawasi. Boleh?” Soal SeungHo. Jaeho mengangguk.

“Setakat nak tengok,okay saja. Habis tu Hyung nak buat apa?” Soal Jaeho.

“Aku nak pergi jumpa dengan lelaki tu sendiri,”kata SeungHo. Jaeho yang sedang meneguk air itu, hampir tersedak sebaik sahaja mendengar cadangan daripada SeungHo itu.

“Yah…Hyung nak bunuh dirikah apa?” Soal Jaeho, tidak percaya.

“Aku tahulah apa yang aku nak buat. Lagipun aku kenal dia. Dia takkan berani apa-apakan aku,”kata SeungHo. Jaeho mengelap bibirnya dengan tisu sebelum dia menggelengkan kepalanya.

“Kau kena hati-hati. Jangan sampai plan kita gagal pula,”pesan SeungHo. Jaeho ketawa.

“Aku tahulah. Aku bukan budak kecil lagi. Tahulah nak jaga diri,”kata Jaeho,mendabik dada. SeungHo sekadar menggeleng.

“Jangan cakap besar. Mereka tu bukan sebarangan orang. Silap hari bulan, kau yang kena tembak pula nanti,”kata SeungHo, cuba mengingatkan Jaeho. Jaeho ketawa lagi.

“Aish…tak ada siapalah yang berani nak tembak Song Jaeho ni. Sebab apa? Sebab Song Jaeho yang handsome ni yang akan tembak mereka dulu. Hahaha!” Tawa Jaeho semakin galak. Kali ini, giliran SeungHo pula yang mengeluh. Kenapalah aku kena kerja dengan budak macam ni? SeungHo kemudiannya memandu keretanya meninggalkan perkarangan rumah Hye Jin. Mir yang menyembunyikan dirinya di suatu sudut itu sekadar memerhatikan kereta yang dipandu oleh SeungHo itu dari jauh.

“Apa yang dia buat kat sini?” Soalnya.

 

 

“Apa? Yang SeungHo?”

G.O mendongak apabila mendengar laporan yang disampaikan oleh Mir itu. Kelihatan Mir mengangguk. G.O bersandar pada tempat duduknya sebelum dia mengeluh perlahan.

“Jadi dia nak libatkan diri dengan kes 10 tahun yang lepas?” Soal G.O.

“Saya rasa begitu, Tuan. Saya masih belum pasti pasal tu. Tapi…melalui apa yang saya nampak, mungkin betul yang dia dah terlibat dalam kes Sun Young dulu,”kata Mir. G.O mengetap bibirnya sambil memandang ke arah siling. Sekali lagi kedengaran dia menghela nafas panjang.

“Dia tahukan apa yang terjadi dengan polis yang pernah terlibat dalam kes tu sebelum ni? Saya tak nak perkara tu terjadi dekat dia. Hyun Jae Hyung bukan calang-calang orang biasa. Dia ada banyak hubungan dengan ramai orang berpengaruh. Saya sendiri pun dah dianggap musuh oleh Hyung.” Kata G.O. Mir sekadar membisu, memahami perasaan bimbang majikannya itu.

“Lagi apa yang dia buat dengan Hye Jin?” Soal G.O. Mir menggeleng.

“Tu saja yang saya nampak,Tuan. Mungkin mereka akan awasi setiap pergerakan Hye Jin selepas ni,”kata Mir, memberikan pendapatnya. G.O sekadar mengangguk. Perbualan mereka terganggu apabila telefon bimbit G.O bergetar di atas mejanya. Mir menundukkan kepalanya, sebelum dia beredar meninggalkan G.O di dalam biliknya itu.

“Hm.”

“Biar aku yang pergi. Kau tunggu.”

G.O segera menamatkan panggilannya, sebelum dia mengambil jaketnya, melangkah keluar dari biliknya.

“Tuan?” Mir memandang ke arah G.O apabila menyedari lelaki itu sedang bergegas keluar menuju ke arah motosikalnya.

“Awak tunggu saja di sini. Saya ada hal,”kata G.O. Mir sekadar patuh. G.O terus menunggang laju motosikalnya meninggalkan perkarangan rumahnya itu, sambil diperhatikan oleh Mir.

“Macam-macam masalah,”ngomelnya,perlahan.

 

 

SeungHo yang sedang berdiri sambil memandang ke arah Sungai Han itu, menoleh apabila menyedari sebuah motosikal yang ditunggang ke arahnya itu.  Dia kemudiannya memandang ke arah jam tangannya.

“Tepat pukul 11. Kau memang tak pernah berubah dari dulu, Jung ByungHee, ” Katanya. G.O yang sedang berjalan ke arahnya itu sekadar menunjukkan riak wajah kurang senang.

“Aku tak nak cakap banyak dengan kau, SeungHo. Aku nak kau tarik diri daripada kes Sun Young,”balas G.O. SeungHo tersenyum sinis.

“Boleh. Tapi dengan satu syarat.” Kata SeungHo. G.O sekadar mendengar.

“Aku nak kau keluar daripada keluarga pembunuh tu. Aku tak nak kau libatkan diri dengan kerja kotor keluarga Jung ni lagi.” Katanya lagi. G.O memejamkan matanya. Bagaikan sudah dapat menjangkakan syarat yang dimahukan oleh SeungHo itu.

“SeungHo yah…aku tak boleh. Benda tu dah terjadi.. dan aku tak boleh nak berpatah balik.Sekarang ni, biar aku yang selesaikan masalah yang aku sendiri mulakan. Aku tak nak kau terlibat,”kata G.O.

“Sepatutnya dari dulu lagi kau tak perlu ikut ayah kau masuk ke dalam keluarga pembunuh tu, ByungHee! Memang kau boleh hidup senang tapi dengan membunuh orang lain? Memusnahkan kehidupan orang lain? Macam tu yang kau nak?” Soal SeungHo, meluahkan rasa geramnya.

“Dan sekarang ni kau nak musnahkan hidup Sun Young pula lepas apa yang abang kau dah buat terhadap keluarga dia?” Soal SeungHo lagi.

“Aku hanya nak melindungi dia! “ Balas G.O.

“Dengan biarkan dia jadi pelayan di tempat kau tu? Tempat yang bahaya macam tu?” SeungHo terus mendesak. G.O mendengus kasar.

“Selagi kau berada dalam keluarga tu…selagi tu kau takkan selamat, ByungHee. Kau ingat Hyun Jae tu nak biarkan kau pun berkuasa dalam keluarga Jung tu? Dia Cuma nak tunggu masa saja untuk hapuskan kau dan Hye Jin, ByungHee.” Kata SeungHo. G.O sekadar mendengar.

“Hye Jin…maksud aku..Sun Young…dia kenal kau kan?” Teka SeungHo. G.O tersenyum nipis.

“Aku tak kisah kalau aku mati, SeungHo. Kalau itu yang dapat memuaskan hati dia. Aku yang dah musnahkan keluarga dia…jadi memang aku patut teri….” Belum sempat G.O menghabiskan kata-katanya, kolar bajunya ditarik kasar oleh SeungHo. G.O terkejut dengan tindakan lelaki itu.

“Abang kau yang bunuh mereka!! Abang kau!” Jerit SeungHo. Kelihatan matanya bergenang, bagaikan menahan air matanya daripada mengalir. G.O menundukkan wajahnya. SeungHo meletakkan dahinya pada bahu G.O.

“Sampai bila kau nak salahkan diri kau, ByungHee…Sampai bila…” Rintih SeungHo , yang masih menggenggam erat kolar baju G.O itu. G.O hanya mampu mendiamkan diri. Sekadar membiarkan SeungHo meluahkan perasaan marah terhadapnya itu.

“Miane…SeungHo yah…walaupun Hyung yang membunuh ibu bapa Sun Young…aku tetap ada dekat situ. Dan aku sendiri tak menghalang Hyung daripada bunuh mereka dulu. Aku tetap bersalah, SeungHo,”kata G.O, tenang. Perlahan-lahan, SeungHo melepaskan kolar baju G.O itu. Dia memandang ke arah G.O, yang suatu ketika dahulu pernah menjadi rakan baiknya itu.

“Kalau macam tu, aku tak boleh tarik diri daripada siasat kes ni. Aku akan teruskan sampai aku dapat musnahkan keluarga Jung. Dan aku akan lepaskan kau daripada keluarga pembunuh ni. Aku nak kau jalani kehidupan macam dulu. Bukan jadi boneka keluarga Jung macam ni. Kau hanya seorang Tuan pada pandangan luar. Tapi hakikatnya kau hanyalah boneka. Hanya tunggu masa untuk dimusnahkan,”kata SeungHo.

“Aku nak kau lepaskan Sun Young. Kau tak ada hak untuk lindungi dia, ByungHee.” Kata SeungHo lagi.

“Aku Cuma nak kau berjanji dengan aku, SeungHo.”

“Janji dengan aku…kalau ada apa-apa terjadi dekat aku…tolong lindungi Sun Young untuk aku. Lindungi dia daripada Hyun Jae Hyung…” Pinta G.O. SeungHo melepaskan keluhan berat.

“Aku akan pastikan kau dan Sun Young selamat, ByungHee. Aku takkan biarkan kau mati. “ Balas SeungHo sambil tersenyum.

“SeungHo yah…”

SeungHo meletakkan tangannya pada bahu kanan G.O.

“Kau tak perlu risaukan aku, ByungHee. Aku buat semua ni pun sebab kau. Aku nak kau keluar dari penjara tu. Aku nak ByungHee aku balik. “

“SeungHo yah…”

SeungHo terus mendakap tubuh G.O. Tubuh G.O menjadi kaku untuk seketika.

“Aku nak kawan aku balik. Jung ByungHee…satu-satunya kawan baik aku.” Bisik SeungHo. G.O memejamkan matanya. Tangannya digenggam erat. Dia membiarkan tubuhnya dalam dakapan SeungHo itu.

“Lepas ni…aku tak nak kau datang jumpa aku lagi, SeungHo,”kata G.O. Perlahan-lahan, SeungHo melepaskan pelukannya.

“Aku nak kau jauhkan diri kau dari aku mulai dari hari ni. Jauhkan diri kau dari aku sampai bila-bila. Aku bukan Jung ByungHee yang dulu. Aku ni kotor. Aku tak layak ada kawan yang baik macam kau.” G.O tersenyum.

“Kau hanya perlu lindungi Sun Young. Kau tak perlu korbankan diri kau untuk aku. Sebab aku tak layak. “ Kata G.O lagi. Bahu SeungHo itu ditepuknya perlahan.

“Biar aku yang selesaikan hal ni dengan Hyun Jae Hyung. Bila tiba masanya nanti, aku nak kau selamatkan Sun Young. Bawa dia lari dari sini. Janji dengan aku, okey?” Kata G.O, sebelum dia berpaling meninggalkan SeungHo di situ. SeungHo mendengus kasar.

“Argh!”

 

 

“Alamak…mana pula perginya dompet aku ni?” Ngomel Hye Jin, sambil menyelongkar beg tangannya itu.

“Cik?”

“Em..kejap ekh. Saya tengah cari dompet saya ni,”kata Hye Jin, mulai resah. Pekerja wanita itu terus menunggu Hye Jin untuk membuat bayaran.

“Em…saya betul-betul minta maaf,Cik. Saya rasa saya tertinggal dompet saya dekat rumah. Saya…”

“Tak apa…biar saya bayarkan.”

Hye Jin menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di sebelahnya. Tanpa menunggu dengan lebih lama, lelaki itu terus sahaja menghulurkan duitnya kepada pekerja itu.

“Em..encik..encik tak perlu..”

“It’s okay. Lagipun…awak tak nak kan orang kat belakang ni marah dekat awak sebab awak lambat sangat nak bayar,”kata lelaki itu sambil menunjukkan orang ramai yang sedang beratur di belakang Hye Jin itu. Hye Jin terkejut. Lelaki itu sekadar tersenyum. Sebaik sahaja selesai membuat bayaran, Hye Jin melangkah keluar dari kedai itu bersama dengan lelaki tersebut. Lelaki itu terkejut apabila Hye Jin terus menundukkan tubuhnya itu.

“Saya betul-betul minta maaf, Encik! Saya betul-betul minta maaf!” Ucap Hye Jin, bersungguh-sungguh. Lelaki itu tertawa kecil.

“Tak ada apa-apalah, Cik.Perkara kecil je ni,”balas lelaki itu.

“Saya akan bayar balik. Encik jangan risau.” Kata Hye Jin.

“Em…Cik..tak perlulah. Saya betul-betul ikhlas nak tolong ni,”kata lelaki itu, menolak baik niat Hye Jin itu. Hye Jin kemudiannya menuliskan sesuatu pada kertas kecil dari begnya sebelum dihulurkan kepada lelaki tersebut.

“Ni nombor telefon saya.”

Lelaki itu sekadar ketawa.

“Cik,saya betul-betul tak kisah. Bukannya banyak pun saya bayar tadi,”kata lelaki itu.

“Saya tak terima sebarang penolakan encik..”

Lelaki itu tersenyum lagi.

“Lee Geon. Awak boleh panggil saya, Lee Geon.” Lelaki itu memperkenalkan dirinya. Hye Jin memandang ke arah lelaki itu. Entah mengapa senyuman lelaki itu mengingatkan dia kepada seseorang yang amat dikenalinya sebelum ini.

“Hye Jin…Kim Hye Jin.” Hye Jin turut memperkenalkan dirinya. Lelaki itu tersenyum.

“Selamat berkenalan, Kim Hye Jin-ssi.”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yangtweety #1
Chapter 9: Awat jahat sgt abg g.o tu..dendam apa smpai mcm tu..poor kyungtak.jota ni pun satu...sggup buat mcm tu kat father.eh?
yangtweety #2
Chapter 8: Ohh ok hhaha ok2 dah fhm..xjadi geram kat kyungtak..geram kat jota n ketua dia hahha.xsbr nak tggu wtk daewonie heee
yangtweety #3
Chapter 7: Geonnn...dendam apakah smpai geon jd jahat mcm tu?omo omo desperate nak next chapter ni hahahh but mirue TT.TT smpai hati kyuntak..awat gilo sgt kyungtak tu ><
yangtweety #4
Chapter 6: Geonie btl2 jd org jahat ke?
yangtweety #5
Chapter 5: Awat JungByunghee?kena tikam ke apa?haishh bila JungByunghee bertemu leekyungtak...hahahh klu ain bg gambaran dorang dgn pic msti lagiiiii menarik.k ni kes pembaca demand LOL
yangtweety #6
Chapter 4: Ok...akk nak jung jio selamatkan hyejin tp nak geon pun selamatkan dia juga hahha. And my ssong..omg,so cool XD
yangtweety #7
Chapter 3: Leegeon???! Andweeeee....awat dia tu?uwaaaa JungByunghee...hero d sebalik tabir LOL and jota hahahh jota jota..kemain lagi.
yangtweety #8
Chapter 2: Omo omo omo hahhah so suprise!!!jung byunghee gatal!dia ke yg lelaki bertopeng dlm bab1 tu?akk ingtkn yg dia nak jumpa sgt tu si kyungtak.weee ok xsbr nak baca next chptr XD
yangtweety #9
Chapter 1: Best!!!!!! Mula2....heee y so cheesy hahhah ok2 nak tggu next chapter