Chapter 8

Di Sebalik Topeng

G.O memandang kosong ke arah gambar Mir yang terletak kemas di dalam jambangan bunga putih itu. Hye Jin, SeungHo dan Jaeho sekadar melihat dari jauh , sebaik sahaja upacara memberi penghormatan terakhir kepada Mir itu selesai dilakukan.

“Kenapa Mir perlu korbankan diri dia untuk selamatkan saya?” Kesal Hye Jin. Perlahan-lahan, dia mengesat air matanya yang mengalir itu. SeungHo memaut bahu wanita itu dengan erat. Jaeho yang berkerusi roda itu sekadar membisu. Perasaan bersalahnya semakin menebal sebaik sahaja melihat G.O yang berdiri sugul di hadapan gambar Mir itu. Sejak kematian lelaki itu, G.O langsung tidak bersuara. Lelaki itu lebih selesa berdiam diri, menyimpan sendiri perasaan sedihnya itu.

“Lelaki tu patut bunuh saja saya. Tak perlu libatkan orang lain.” Hye Jin berkata lagi. SeungHo mengeluh perlahan.

“Kami akan tangkap lelaki tu, Hye Jin. Saya akan pastikan awak dan ByungHee selamat. Saya akan pastikan kes ini selesai secepat yang mungkin,”kata SeungHo. Hye Jin menoleh ke arahnya.

“Saya nak awak berdua janji yang awak berdua akan pastikan diri awak berdua selamat. Saya tak nak ada orang lain lagi menjadi mangsa kerana saya,”kata Hye Jin. SeungHo dan Jaeho tersenyum nipis. Hye Jin kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah G.O.

“Hye Jin akan bantu oppa untuk tuntut bela atas kematian Mir. Hye Jin akan pastikan yang kematian Mir ini tidak sia-sia.” Bisik hati kecilnya.

 

“Yah, Jung ByungHee!”

G.O menoleh apabila terdengar namanya dipanggil. Dia terjatuh ke lantai sebaik sahaja pipinya ditumbuk kasar oleh seorang lelaki yang entah dari mana munculnya itu. Hye Jin, SeungHo, dan Jaeho yang berada di situ turut terkejut. Hye Jin cuba berlari untuk mendapatkan G.O, namun langkahnya dihalang oleh SeungHo. SeungHo sekadar menggeleng ke arah Hye Jin sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah G.O semula.

Sementara itu, G.O mengesat bibirnya yang cedera akibat ditumbuk itu. Dia memandang ke arah lelaki tersebut.

“Mana pergi janji-janji kau untuk lindungi adik aku tu hah?! Kau sendiri yang beri jaminan yang kau akan pastikan adik aku selamat selama dia bekerja dengan kau. Tapi sekarang apa yang dah jadi?! Apa alasan kau atas apa yang dah berlaku sekarang ni?!” Tengking lelaki itu. G.O menundukkan wajahnya.

“Aku minta maaf, Cheol Yong. Aku betul-betul maaf.” G.O masih menundukkan wajahnya. Turut menyesali atas nasib malang yang menimpa satu-satunya pekerjanya yang paling setia itu. Tidak, Mir bukan sahaja pekerjanya yang paling setia. Bahkan dia juga merupakan rakannya yang paling memahami tentang dirinya sejak dia menyertai keluarga Jung beberapa tahun yang lalu.

“Aku akan bertanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang dah berlaku sekarang ni. Aku akan cari pembunuh tu sampai dapat,”kata G.O. Lelaki yang dipanggil Cheol Yong itu mendengus kasar sebelum dia menarik kolar baju G.O itu. G.O memandang ke arahnya.

“ Kalau kau berjaya dapatkan pembunuh tu pun, Mir tetap dah mati!” Cheol Yong terus melepaskan kemarahannya, tanpa mempedulikan orang ramai yang masih berada di situ. G.O kemudiannya menolak kasar tubuh lelaki itu.

“Aku pun rasa marah dengan diri aku sendiri, Cheol Yong! Aku pun tak boleh maafkan diri aku sebab tak dapat lindungi dia seperti yang aku janjikan dulu! Kau boleh buat apa saja yang kau nak dekat aku. Tapi bagi aku cari pembunuh Mir tu dulu! Aku pun nak tuntut bela kematian kawan baik aku!” Balas G.O, sambil mengalirkan air mata.

“Argh!’ Cheol Yong melepaskan kemarahannya sebelum dia beredar meninggalkan G.O seorang diri di situ. Hye Jin yang memerhatikan pergaduhan antara dua lelaki itu kemudiannya menoleh ke arah SeungHo. SeungHo yang memahami maksud pandangan Hye Jin itu sekadar tersenyum nipis. Jaeho turut inginkan jawapan daripada SeungHo. SeungHo kemudiannya memandang semula ke arah kelibat Cheol Yong yang kian menghilang itu.

“Nama dia Bang Cheol Yong. Saudara kembar kepada Mir.”

 

 

G.O langsung tidak mengendahkan ketukan pada pintu biliknya itu. Dia terus memandang ke arah langit malam dengan seribu satu persoalan yang sedang bermain dalam fikirannya itu.

“Saya Cuma nak tengok sama ada awak okay atau pun tak,”kata Victoria, sebaik sahaja dia berdiri di sebelah lelaki itu. G.O sekadar membisu, tidak membalas kata-kata wanita itu. Victoria menoleh ke arahnya.

“Awak patut tengok muka awak sendiri dekat cermin, ByungHee. Muka awak betul-betul nampak tak bermaya,”kata Victoria lagi, cuba menarik minat G.O untuk berbual dengannya. Namun, G.O tetap memilih untuk berdiam diri. Victoria sekadar tersenyum nipis, enggan berputus asa.

“Saya faham perasaan awak sekarang ni, ByungHee. Tapi saya nak awak tahu…yang semua ni bukannya salah awak. Memanglah ini pilihan awak, tapi kematian Mir ni bukannya salah awak. Dan saya yakin, dia takkan sesekali salahkan awak. Malah dia bangga…sebab awak tak pilih cara hidup seperti abang awak. Sekurang-kurangnya tangan awak tak pernah berlumuran darah orang lain yang tak berdosa. Malah awak rela melindungi mereka, sedangkan nyawa awak sendiri dalam bahaya.”

Victoria kemudiannya memusingkan tubuh G.O ke arahnya. G.O sekadar memandang kosong ke arahnya. Victoria tersenyum. Wajah G.O yang mulai ditumbuhi oleh kumis nipis itu diusapnya lembut.

“Saya nak Jung ByungHee yang dulu. Yang selalu kuat semangat. Tak pernah berputus asa.” Victoria menggenggam erat kemeja yang tersarung pada tubuh lelaki itu.

“Jangan terus bebankan diri awak dengan kesalahan yang bukan awak lakukan, ByungHee.” Victoria meletakkan dahinya pada dada lelaki itu, sebelum perlahan-lahan dia memejamkan matanya.

“Sekarang ni, semua orang perlukan awak. Kami semua akan bantu awak untuk tuntut bela kematian Mir. Kami takkan biarkan awak buat semua tu sendiri. Mir pun kawan kami juga. Kami pun rasa kehilangan…seperti yang awak rasa sekarang ni. Sebab tulah…”

Victoria memandang tepat ke arah anak matanya.

“…Jangan kurung diri awak macam ni lagi. Jangan pendam rasa sedih awak lagi. Kami semua ada untuk awak. Okay?” Victoria cuba menahan air matanya daripada mengalir. G.O memandang ke arahnya sebelum dia menguntum senyuman nipis.

“Saya tak nak perkara yang sama terjadi kepada awak, Vic. Saya tak nak kehilangan awak. Saya dah tak cukup kuat untuk hadapi semua ni lagi. Cukuplah semua ni. Saya betul-betul dah tak kuat lagi…” G.O meletakkan kepalanya pada bahu Victoria, sebelum pinggang ramping wanita itu dipeluknya erat. Victoria tersenyum sambil mengalirkan air mata. Dia turut menepuk lembut belakang lelaki itu, persis seorang ibu yang sedang memujuk anaknya itu.

“Sebab tu saya cakap…awak ada kami. Awak tak keseorangan pun, ByungHee. Kalau inilah jalan yang menjadi pilihan awak, kami akan ikut awak. Okey?” Victoria turut memeluk erat lelaki itu. G.O terus membiarkan dirinya hanyut dalam pelukan wanita itu, mulai berasa tenang dalam dakapan Victoria. Momen mereka terganggu apabila mendengar ketukan pada pintu biliknya itu. Perlahan-lahan, G.O melepaskan pelukannya itu sebelum dia mengalihkan pandangannya ke arah pintu biliknya yang mulai ditolak dari luar itu.

“Cheol Yong ah?”

Cheol Yong yang berdiri di luar biliknya itu memandang ke arahnya. G.O mulai mendekati ke arahnya.

“Kenapa ni?” Soal G.O,hairan dengan kehadiran Cheol Yong di situ.

“Aku nak ikut kau,”kata Cheol Yong.

“Apa?” Soal G.O,tidak percaya. Victoria yang berada di situ turut tidak percaya.

“Aku nak bela kematian adik aku. Aku akan pastikan yang pembunuh tu akan dapat balasannya,” kata Cheol Yong. Perlahan-lahan, G.O menguntum senyuman nipis.

“Terima kasih…Terima kasih, Cheol Yong ah,”ucap G.O.

“Aku hanya buat semua ni demi Mir.” Balas Cheol Yong. Senyuman G.O semakin lebar sambil mengangguk.

“Aku pun akan pastikan yang Hyun Jae Hyung tak akan terlepas kali ni.” Cheol Yong tersenyum mendengar kata-kata G.O itu. Victoria turut tersenyum.

 

 

“Yo!”

Lee Geon mengaduh kesakitan apabila bahunya ditepuk kasar oleh Jota dari belakang.

“Sakitlah!” Marahnya, sebelum dia menjeling tajam ke arah Jota itu. Jota mengangkat kedua-dua tangannya sebagai tanda maaf. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di sebelah Lee Geon, sebelum dia memesan minuman daripada pelayan lelaki di kaunter itu. Lee Geon meneguk jusnya tanpa mempedulikan Jota yang sedang memandang ke arahnya itu.

“Aik, jus saja? Tak jantanlah wei,”kata Jota, sekaligus mengejek.

“Aku tak ada moodlah,”balas Lee Geon. Jota ketawa kecil.

“Oh, come onlah, Lee Geon. Sekurang-kurangnya kau dapat hapuskan orang bawahan ByungHee tu pun dah kira baik dah. Lagi senanglah kerja kau lepas ni.” Kata Jota. Lee Geon mendengus kasar.

“Patutnya aku tembak saja perempuan tu. Habis kerja aku,”kata Lee Geon,tidak puas hati.

“Kau pasti kau akan puas hati kalau kau berjaya bunuh perempuan tu? ByungHee tu kau nak buat apa pula?” Soal Jota,inginkan kepastian. Kelihatan Lee Geon tersenyum sinis sambil memandang ke arah minumannya itu.

“Kalau dah orang bawahan dia pun sanggup mati demi perempuan tak guna tu, apatah lagi ByungHee,”kata Lee Geon. Jota ketawa.

“Ya tak ya juga. Bagus betul cara pemikiran kau ni. Patutlah Tuan Hyun Jae serahkan tugas ni dekat kau. Sebab kau ni betul-betul berjiwa kering,”kata Jota, sebelum dia ketawa pada hujung katanya itu. Lee Geon sekadar tersenyum.

“Aku sanggup buat apa saja, asalkan kematian keluarga aku terbela. Aku akan pastikan ByungHee dan perempuan tu akan terima nasib yang sama seperti keluarga aku,”kata Lee Geon, sebelum dia menggenggam erat tangannya itu. Jota sekadar memandang ke arahnya tanpa bersuara.

“Bang!” Lee Geon tersenyum sendiri. Jota terus memilih untuk berdiam diri.

 

“Pastikan rahsia ni tersimpan antara kita berdua saja, Jota. Selagi adik aku tu tak dihapuskan, aku nak kau jaga rahsia ni baik-baik. Pastikan kita dapat gunakan dia sebaik yang mungkin untuk hapuskan ByungHee, faham?”

 

Kata-kata Hyun Jae sepuluh tahun yang lalu kembali bermain dalam fikirannya. Dia kemudiannya memandang semula ke arah Lee Geon yang sedang sibuk merancang rancangannya sendiri untuk menghapuskan G.O dan Hye Jin itu.

 

Lee Geon menghempaskan tubuhnya di atas tilam sebaik sahaja tiba di biliknya itu. Satu keluhan berat dilepaskannya sebelum pandangannya teralih ke arah lengannya yang kembali berdarah itu. Tanpa menunggu lama lagi, dia bangun semula dari katil, berura-ura mahu mencuci semula lukanya itu. Namun, niatnya terhenti apabila kakinya terpijak sesuatu yang asing di atas lantai itu.

“Ada lagi rupanya rantai ni,”kata Lee Geon, sebelum dia mengutip semula rantai yang pernah dilemparnya dahulu. Dia kemudiannya melabuhkan punggungnya di atas katil semula sebelum dia membelek rantai itu dengan teliti.

“Ada gambar.” Dia terus melihat ke arah gambar seorang remaja lelaki yang sedang tersenyum bersama-sama seorang kanak-kanak perempuan itu. Lee Geon mengerutkan dahinya apabila melihat gambar seorang remaja lelaki yang mempunyai wajah seiras dengannya itu.

“Kenapa aku boleh ada dalam gambar ni pula?” Soalnya sendiri, hairan.

 

“Ni bukan rantai biasa tau. Ni rantai special. Oppa memang belikan ni khas untuk Sun Young.” 

“Wah, ada gambar Sun Young dengan oppala!” 

 

Rantai itu terlepas dari tangannya. Matanya terbuka luas. Dadanya berombak kencang.

“Apa yang aku nampak tadi tu?” Soalnya sendiri, masih lagi terkejut sebaik sahaja terlihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini.

“Siapa oppa…Siapa Sun Young?” Lee Geon memegang kepalanya yang mulai terasa sakit itu.

 

“Oppa kan oppa kesayangan Sun Young. Mana boleh Sun Young lupa.”

 

Entah mengapa, suara seorang kanak-kanak perempuan yang tidak dikenalinya itu kembali terngiang-ngiang dalam fikirannya.

“Argh!!!”

Lee Geon menyokong dirinya dengan berpaut pada meja bersebelahan katilnya itu. Dahinya yang berkerut itu mulai dibasahi dengan peluh.

“Apa semua ni? Apa yang aku nampak tadi tu? Siapa mereka?”

Lee Geon kemudiannya jatuh terjelepok di atas lantai.

 

“Oppa!’

 

Perlahan-lahan, matanya terpejam rapat.

 

 

 

“Lee Geon ah!”

Dahi Lee Geon berkerut, apabila terdengar sayup-sayup namanya yang dipanggil oleh seseorang itu.

“Lee Geon ah!”

Perlahan-lahan, Lee Geon membuka matanya sebelum menyedari Jota yang sedang melihat ke arahnya itu.

“Jota…Apa yang kau buat kat sini?” Soalnya,perlahan.

“Sebelum kau tanya aku kenapa aku ada dekat sini, aku nak tanya kau dulu. Kenapa kau tidur atas lantai ni? Kau bukan ada minum pun sampai boleh mabuk macam ni,”soal Jota. Lee Geon bangun dari pembaringannya, sambil menahan rasa sakit yang masih terasa pada kepalanya itu.

“Entahlah. Tiba-tiba aku rasa kepala aku …sakit. Tak boleh nak tahan,”kata Lee Geon.

“Mungkin sebab kau tak cukup tidur ni. Kau asyik fikir sangat pasal perempuan tu, macam manalah tak sakit kepala. Tengok ni, luka kau pun jadi teruk balik. Mari sini aku tolong bersihkan,”kata Jota. Lee Geon sekadar membiarkan Jota membersihkan lukanya itu, tanpa langsung bersuara. Dia akui dia berasa selesa bersama dengan lelaki itu. Lelaki itu telah banyak membantunya sejak dia kehilangan keluarganya 10 tahun yang lalu.

“Jota…”

“Hm..ada apa?” Balas Jota, yang sedang tekun membersihkan luka pada lengannya itu.

“Betulkah…ibu bapa aku mati sebab ByungHee dengan Hye Jin tu?” Soal Lee Geon. Jota menghentikan kerjanya itu, sebelum dia memandang ke arah Lee Geon.

“Kenapa kau tiba-tiba tanya pula ni?” Soal Jota, tetap berlagak tenang.

“Aku Cuma nak tahu. Sebab aku langsung tak dapat nak ingat apa yang jadi sebelum tu. Aku hanya ingat selepas aku terlantar dekat hospital,”kata Lee Geon.

“Memanglah kau tak ingat. Sebab…sebab ByungHee jugala yang menyebabkan kepala kau cedera teruk. Itupun nasib baik Tuan Hyun Jae yang selamatkan kau. Kalau tak, kau takkan ada dekat sini,”kata Jota. Lee Geon sekadar angguk perlahan.

“Kau ni kenapa pula? Takkan tiba-tiba rasa bersalah sebab kau dah bunuh Mir tu?” Soal Jota, sambil membalut semula luka pada lengan Lee Geon itu. Lee Geon sekadar tersenyum nipis.

“Aku Cuma nak pastikan yang kematian ibu bapa aku betul-betul terbela kalau aku betul-betul dapat bunuh ByungHee dengan perempuan tu. Aku tak nak tindakan aku ni jadi sia-sia. Tu saja,”kata Lee Geon. Jota tersenyum nipis.

“Jangan risau. Ibu bapa kau mesti bangga dengan apa yang kau buat ni. Orang yang kejam macam ByungHee tu, memang kita tak patut biarkan hidup,”kata Jota , sebaik sahaja selesai dengan balutan pada lengan Lee Geon itu. Lee Geon angguk perlahan.

 

“Tapi siapa Sun Young?” Bisik hatinya, tidak pula diluahkan pertanyaan itu kepada Jota. 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yangtweety #1
Chapter 9: Awat jahat sgt abg g.o tu..dendam apa smpai mcm tu..poor kyungtak.jota ni pun satu...sggup buat mcm tu kat father.eh?
yangtweety #2
Chapter 8: Ohh ok hhaha ok2 dah fhm..xjadi geram kat kyungtak..geram kat jota n ketua dia hahha.xsbr nak tggu wtk daewonie heee
yangtweety #3
Chapter 7: Geonnn...dendam apakah smpai geon jd jahat mcm tu?omo omo desperate nak next chapter ni hahahh but mirue TT.TT smpai hati kyuntak..awat gilo sgt kyungtak tu ><
yangtweety #4
Chapter 6: Geonie btl2 jd org jahat ke?
yangtweety #5
Chapter 5: Awat JungByunghee?kena tikam ke apa?haishh bila JungByunghee bertemu leekyungtak...hahahh klu ain bg gambaran dorang dgn pic msti lagiiiii menarik.k ni kes pembaca demand LOL
yangtweety #6
Chapter 4: Ok...akk nak jung jio selamatkan hyejin tp nak geon pun selamatkan dia juga hahha. And my ssong..omg,so cool XD
yangtweety #7
Chapter 3: Leegeon???! Andweeeee....awat dia tu?uwaaaa JungByunghee...hero d sebalik tabir LOL and jota hahahh jota jota..kemain lagi.
yangtweety #8
Chapter 2: Omo omo omo hahhah so suprise!!!jung byunghee gatal!dia ke yg lelaki bertopeng dlm bab1 tu?akk ingtkn yg dia nak jumpa sgt tu si kyungtak.weee ok xsbr nak baca next chptr XD
yangtweety #9
Chapter 1: Best!!!!!! Mula2....heee y so cheesy hahhah ok2 nak tggu next chapter