Chapter 9

Di Sebalik Topeng

“Awak duduklah dalam bilik ni.”

Victoria memetik suis lampu bilik tetamunya itu sambil diperhatikan oleh Hye Jin yang sedang berdiri tidak jauh darinya itu.

“Buat sementara waktu ni, awak tinggal saja dengan saya di sini. Lagipun bilik ni memang tak ada orang yang guna. Awak boleh duduk di sini sampai keadaan betul-betul dah selamat,”kata Victoria lagi sebelum dia menghulurkan kunci rumahnya itu kepada Hye Jin.

“Terima kasih, Cik Victoria. Saya betul-betul rasa terhutang budi dengan Cik Victoria. Saya sebenarnya tak kisah pun kalau duduk dekat rumah saya tu. Saya tahu saja jaga diri saya ni,”kata Hye Jin,merendah diri.

“Saya buat semua ni sebab ByungHee. Saya Cuma nak tolong dia untuk melindungi awak. Dan saya juga tak nak sesiapa lagi yang jadi korban semata-mata sebab melindungi awak selepas apa yang dah terjadi dekat Mir,”kata Victoria,tetap bertegas. Hye Jin menundukkan kepalanya.

“Bila semua dah selesai nanti, saya nak awak pergi dari sini. Mulakan hidup baru awak di tempat lain, dan jangan muncul dalam hidup ByungHee lagi. Faham?” Soal Victoria. Hye Jin yang masih menundukkan wajahnya itu sekadar  mengangguk perlahan. Victoria melepaskan keluhan perlahan. Dia terpaksa bertegas dengan gadis itu. Jika Hye Jin berani untuk membantah kata-kata daripada G.O, dia akan pastikan bahawa gadis itu sentiasa patuh pada arahannya selama gadis itu tinggal di dalam rumahnya.

“Awak boleh buat apa saja di sini. Saya tak kisah. Tapi…saya tak nak awak jemput kawan-kawan awak ke rumah saya. Saya tak suka,faham?” Soal Victoria. Hye Jin mengangguk lagi.

“Termasuklah kawan awak yang bernama Lee Geon tu.” Sambung Victoria. Hye Jin memandang ke arahnya. Victoria kemudiannya diam, menanti respon daripada Hye Jin itu.

“Macam mana Cik kenal dengan Lee Geon?” Soal Hye Jin.

“Dari G.O oppa ye?” Soal Hye Jin lagi.

“Dari mana saya tahu tu tak penting. Kalau awak tak ikut larangan saya ni, sia-sia saja saya benarkan awak berlindung kat sini. Lagipun kami bukannya boleh tengokkan awak 24 jam.” Balas Victoria,berkeras.

“Tapi Lee Geon tu baik orangnya. Cik tak boleh bersangka buruk dengan dia,” kata HyeJin,cuba mempertahankan Lee Geon yang baru dikenalinya itu.

“Jangan terus percayakan orang yang awak baru kenal,Hye Jin. Lagipun saya tak kata Lee Geon tu jahat. Saya Cuma nak awak berhati-hati. Saya juga cakap...yang saya tak nak semua kawan awak termasuk Lee Geon tu datang ke rumah saya. Fine, awak boleh jumpa siapa-siapa yang awak mahu. Tapi pastikan awak sentiasa diawasi oleh SeungHo dan Jaeho.”

“Dan kalau awak nak kemana-mana, pastikan awak beritahu saya. Selagi awak tinggal di rumah saya ni, selagi tu saya bertanggungjawab untuk menjaga awak di sini. Faham?” Soal Victoria lagi.

“Baik, Cik Victoria.” Akur HyeJin, terpaksa, tanpa sedikit pun membantah.

“Awak boleh berehat dulu di sini. Saya ada hal dekat luar. Ingat pesan saya tadi,”kata Victoria, sebelum dia bersiap-siap untuk beredar dari rumahnya itu. Hye Jin sekadar mengangguk. Hye Jin kemudiannya melabuhkan punggung di atas sofa empuk milik Victoria itu. Dalam diam, dia mula berasa kagum dengan kekayaan yang dimiliki oleh wanita itu. Tidak hairanlah sekiranya G.O sendiri bersetuju untuk membenarkannya tinggal buat sementara waktu bersama-sama dengan Victoria. Ruang rumahnya itu bukan sahaja luas dan dihiasi oleh perabot-perabot mewah, malah kediamannya itu sendiri dikawal rapi oleh pengawal peribadinya. Ternyata Victoria juga bukan calang-calang wanita biasa. Hye Jin sendiri tidak pasti dengan kerjaya sebenar wanita itu. Victoria sering dilihat bersama G.O ketika lelaki itu mengalami kecederaan yang parah. Dia juga sentiasa dilihat bersama dengan G.O ketika lelaki itu dalam keadaan murung dan tertekan, seperti kejadian yang berlaku terhadap Mir baru-baru ini.

“Mereka ni betulkah sekadar kawan biasa saja? Aku tengok Victoria tu macam ada sesuatu saja dengan Oppa tu.” Hye Jin menyoal dirinya sendiri.

“Tapi mereka tu nampak padan. Aku dapat rasakan yang Victoria tu betul-betul sayang dekat oppa. Cuma oppa tu…” Hye Jin bersandar pada tempat duduknya itu.

“Dia pernah kata dia sayangkan aku. Tapi sayang yang macam mana?” Soalnya lagi. Perlahan-lahan, dia menyentuh lembut bibirnya yang merah itu.

“Dan aku pula…ya…memang aku sayangkan dia. Tapi sayang yang macam mana?” Persoalan itu terus bermain dalam fikirannya.

“Adakah aku sayangkan dia seperti yang aku pernah rasa terhadap KyungTak oppa dulu?” Hye Jin mengeluh perlahan. Entah bagaimana dia mula terbayangkan wajah Lee Geon yang sudah lama tidak dijumpanya itu.

“Lee Geon ssi…KyungTak oppa…” Mata HyeJin mulai memberat walaupun otaknya masih lagi ligat memikirkan pelbagai macam soalan itu. Tidak lama selepas itu, Hye Jin kemudiannya tertidur di atas sofa itu kerana keletihan yang amat. Persoalan yang sedang bermain dalam fikirannya itu dibiarkan hanyut bersama mimpi tidurnya itu.

 

 

“Jaeho?”

Jaeho tersenyum sambil mengangkat tangannya sebaik sahaja melihat Hye Jin yang baru sahaja keluar dari perkarangan rumah milik Victoria itu.

“Apa awak buat dekat sini? Awak dah betul-betul sihatkah?” Soal Hye Jin.

“Mana boleh cuti lama-lama. Sihat atau sakit, kerja tetap kerja juga,”kata Jaeho. Hye Jin tersenyum.

“Tapi luka dekat kaki awak tu betul-betul dah okeykah?” Soal HyeJin,prihatin.

“Setakat luka kecil tu apalah sangat. Jomlah saya hantarkan awak ke kolej,”kata Jaeho lagi.

“Eh,kenapa pula awak nak hantarkan? Saya boleh pergi sendiri kan,”kata Hye Jin,hairan. Jaeho sekadar tersengih.

“Sorry. Saya hanya patuh pada arahan. Lagipun, bos awak sendiri yang nak saya hantarkan awak ke mana-mana saja awak pergi,”kata Jaeho.

“Maksud awak, G.O?” Soal Hye Jin. Jaeho sekadar angguk.

“Awak kena faham juga. Awak sekarang ni dah jadi sasaran orang-orang Hyun Jae tu. Kalau lepas ni kita tak berhati-hati juga, habislah,”kata Jaeho. Hye Jin mengeluh perlahan.

“Oh…awak takut kalau kawan-kawan awak pandang pelik ekh bila saya hantar awak ke kolej nanti?” Soal Jaeho,sekaligus mengusik. Hye Jin ketawa kecil.

“Macam mana awak tahu? Saya tengah fikir alasan apa yang saya nak guna nanti kalau ada yang tanya siapa pulalah lelaki yang tiba-tiba hantar saya ke kolej ni,”balas Hye Jin,turut melayan gurauan lelaki itu. Jaeho ketawa.

“Apa susah…” Jaeho membetulkan jaket biru gelap yang tersarung kemas pada tubuhnya itu.

“…awak cakap sajalah yang saya ni boyfriend awak. Kan senang,” sambungnya lagi. HyeJin mencebik.

“Euuwww…tak ingin saya ada boyfriend yang perasan handsome macam awak ni,”kata Hye Jin. Jaeho ketawa lagi. Kali ini ketawanya lebih galak.

“Amboi…sukalah tu. Jangan nak perasan lebih-lebih. So, ni nak hantar saya atau tak ni? Saya dah lambat ni,”kata Hye Jin, malas untuk terus melayani kerenah lelaki itu.

“Jom jom. Hai…sukanya saya kalau dapat berlakon jadi boyfriend perasan handsome awak nanti,”kata Jaeho, terus mengusik. HyeJin menepuk kasar belakang lelaki itu sambil tersenyum.

“Dahla, Jaeho.”

 

 

“Daewon!”

Daewon yang baru sahaja tiba di hadapan pintu pagar kolej itu terus menoleh sebaik sahaja mendengar namanya dipanggil. Bibirnya menguntum senyuman lebar apabila melihat HyeJin yang sedang berjalan ke arahnya itu.

“Hye Jin ah!”

Daewon kemudiannya menyedari Jaeho yang bercermin mata hitam itu sedang memerhatikan Hye Jin dari dalam keretanya. HyeJin yang menyedari pandangan Daewon ke arah Jaeho itu sekadar tersenyum.

“Siapa tu?” Soal Daewon,ingin tahu.

“Oh…tu…em..kawan je. Dia saja nak tolong hantarkan saya hari ni. Bosan katanya,”kata HyeJin, sambil membuat isyarat tangan kepada Jaeho supaya segera beredar dari situ. Jaeho yang memahami isyarat tangan HyeJin itu sekadar tersenyum, sebelum dia beredar dari perkarangan kolej tersebut.

“Jom kita masuk kelas,”kata HyeJin. Daewon menoleh ke arahnya sambil tersenyum. Sekali sekala dia akan menoleh ke arah kereta yang dipandu oleh Jaeho yang semakin menjauh itu.

“Cepatlah, Daewon,”kata HyeJin lagi.

“Okay,jom!”

 

 

“Woi.”

Lee Geon menoleh sedikit. Jota yang baru sahaja sampai bersama dengan seorang gadis itu terus melabuhkan punggung di sebelah Lee Geon yang sedang berseorangan itu. Melihat wajah Lee Geon yang kelihatan tegang itu, Jota terus membisikkan sesuatu pada telinga gadis yang sedang menemaninya itu. Gadis itu sekadar tersenyum sebelum dia melangkah keluar membiarkan Jota dan Lee Geon di dalam bilik itu. Jota sekadar tersenyum sebaik sahaja dia menoleh ke arah Lee Geon.

“Kenapa pula ni?” Soal Jota. Lee Geon tidak segera menjawab. Jota yang sememangnya arif dengan sikap dingin Lee Geon itu hanya mampu tersenyum. Ternyata hasil didikan daripada Hyun Jae itu berjaya membuatkan seorang remaja yang dahulunya baik budi pekertinya menjadi seorang lelaki yang kasar dan tidak berperikemanusiaan.

“Aku tak pasti kalau kau tahu pasal hal ni atau tak. Tapi aku baru saja dapat panggilan daripada Tuan Hyun Jae,”kata Jota, sambil menuangkan minuman pada gelasnya. Lee Geon sekadar membisu, menantikan kata-kata Jota dengan perasaan yang berdebar-debar.

“Dah tiba masanya untuk kau tamatkan tugas kau sekarang. Tuan Hyun Jae tak boleh tunggu lagi. Sebaik saja kau berjaya bunuh perempuan tu…Tuan Hyun Jae ada tugas baru untuk kau,”kata Jota dengan tenang. Lee Geon memandang terus ke arah gelasnya tanpa langsung bersuara.

 

“Oppa!”

“KyungTak oppa!”

 

Lee Geon memejamkan matanya. Entah mengapa, dia sering mendengar suara seorang kanak-kanak perempuan sejak malam itu. Tidurnya terganggu dan fikirannya menjadi kusut.

“Lee Geon ah.”

“Ya, aku tahu.” Balas Lee Geon, sambil mengerutkan dahinya.

“Kau tahu kan apa jadi pada kau kalau kau tak jalankan tugas kau ni dengan baik? Tuan Hyun Jae takkan sesekali lepaskan kau,”kata Jota,memberi amaran. Lee Geon mengeluh perlahan.

“Malam esok…pastikan kau tak gagal. Walau dengan apa cara sekalipun…pastikan kau bunuh perempuan tu,”kata Jota lagi. Sekali lagi Lee Geon memejamkan matanya sebelum dia mengangguk. Tidak lama selepas itu, dia bangun dari tempat duduknya. Jota sekadar memerhati. Tanpa berkata apa-apa, Lee Geon melangkah keluar dari bilik itu, meninggalkan Jota. Jota tersenyum puas.

“Sorry,Lee Geon. Kali ni, aku mesti pastikan yang kau akan betul-betul bunuh perempuan tu.”

 

Daewon menoleh ke arah HyeJin yang begitu kusyuk memerhatikan telefon bimbitnya itu.

“Yah…Hye Jin ah..” Daewon memanggil Hye Jin,separuh berbisik. Bimbang sekiranya dia akan mengganggu sesi pembelajaran yang sedang berlangsung itu.

“Hye Jin ah!”

Hye Jin akhirnya menoleh sebaik sahaja Daewon menyiku lembut lengannya itu.

“Apa?” Soal Hye Jin.

“Awak ni kenapa? Daripada hari tu lagi, awak termenung. Hari ni awak asyik pandang telefon tu pula. Gila bayang apa awak ni,” kata Daewon. Hye Jin mengerutkan dahinya.

“Apalah awak ni. Ada patut cakap saya macam tu,”kata Hye Jin. Daewon tersenyum.

“Masalahnya memang betul pun. Awak macam tengah tunggu call dari seseorang. Boyfriend awakkah?” Soal Daewon, sekaligus mengusik. HyeJin ketawa kecil.

“Apalah awak ni,Daewon. Saya nak tenung telefon saya ni tak bolehkah?” Soal HyeJin. Kali ini giliran Daewon pula yang ketawa.

“Salah tu tidak. Saya Cuma risau saja. Manalah tau kalau saya kena hantar awak jumpa dengan pakar sakit jiwa dekat klinik kan,”kata Daewon seraya bergurau. HyeJin menepuk kasar bahu lelaki itu.

“Kim Hye Jin! Park Daewon!”

Kedua-dua Daewon dan HyeJin terus sahaja terdiam sebaik sahaja ditegur oleh pensyarah mereka yang sedang mengajar di hadapan. Mereka kemudiannya tersenyum sesama sendiri, malu untuk seketika apabila diperhatikan oleh pelajar-pelajar lain di dalam kelas itu.

 

 

“Awak telefon siapa tu?” Soal Daewon, sambil meletakkan minuman di atas meja itu. Mereka terus sahaja singgah di sebuah kafe sebaik sahaja kelas pada hari itu tamat.

“Oh…saya call sepupu saya tadi. Cakap yang saya keluar dengan awak,”kata HyeJin,sekaligus berbohong mengenai panggilannya dengan Victoria sebentar tadi.

“Eh, awak tinggal dengan sepupu awakkah?” Soal Daewon,hairan. HyeJin mengangguk.

“Awak dah tak duduk dekat rumah awakkah?” Soal Daewon lagi.

“Tak. Sepupu saya risau saya duduk rumah tu seorang. Dia kata tempat tu bahaya,”kata HyeJin.

“Bagus juga tu. Saya pun lega kalau ada orang boleh tengokkan awak,”kata Daewon, senang hati.

“ Awak ni Daewon…risau lebih-lebih.” Kata HyeJin. Daewon tersenyum.

“Awakkan kawan saya. Mestilah saya risau.” Kata Daewon.

“So sweet,”balas HyeJin. Wajah Daewon berubah merah apabila dipuji oleh HyeJin. HyeJin ketawa apabila melihat wajah Daewon berubah merah itu.

“Hahaha, comellah awak ni, Daewon!” Usik HyeJin.

“Yah!”

 

 

Lee Geon terus memerhatikan gerak geri HyeJin dari jauh. Dia juga sedar bahawa Jaeho turut berada tidak jauh dari situ. Pastinya kali ini bukan mudah baginya untuk bertindak seperti dahulu. Namun begitu, dia terus bersabar menantikan peluang baik untuk menghapuskan gadis itu.

“Apa yang dia tengah buat sekarang?”

“Dia sedang tunggu peluang untuk bertindak, Tuan,”kata Jota yang sedang memerhatikan Lee Geon dari dalam kereta itu. Kehadirannya itu tidak diketahui oleh Lee Geon.

“Pastikan kali ni dia betul-betul berjaya bunuh perempuan tu. Selagi perempuan tu hidup, perempuan tu akan jadi penghalang untuk aku hapuskan adik aku yang tak guna tu, faham?” Soal Hyun Jae,melalui panggilan telefon itu. Jota mengangguk.

“Kalau dia tak berjaya…aku nak kau hapuskan Lee Geon tu. Faham?” Soal Hyun Jae lagi.

“Baik,Tuan,”kata Jota,perlahan, sebelum dia menamatkan panggilan telefonnya itu. Dia mengeluh perlahan sambil memerhatikan Lee Geon dari jauh itu.

 

 

Imbas kembali :

10 tahun yang lalu…

 

 

“Jangan bunuh dia!”

Jota yang sedang mengacukan pistol ke arah KyungTak itu menoleh. KyungTak yang sedang berlumuran darah dan tidak berdaya untuk melawan itu turut menoleh.

“Tuan.” Jota segera menundukkan tubuhnya sebaik sahaja melihat HyunJae yang sedang berjalan ke arahnya itu. HyunJae kemudiannya mencangkung di hadapan KyungTak yang kelihatan lemah itu.

“Tak sangka kau boleh terus bertahan sampai macam ni. Sepatutnya kau dah lama mati tau. Aku kagum dengan kau,”kata HyunJae sambil menyelak kasar rambut KyungTak itu.

“Aku takkan maafkan kau dengan apa yang kau dah buat dekat keluarga ni.Aku takkan maafkan kau!” Jerit KyungTak, melepaskan geramnya. HyunJae ketawa besar.

“Okey. Silakan kalau kau nak balas dendam dengan aku. Aku dah siap sedia ni,”kata HyunJae, sengaja memprovok. Dia kemudiannya berdiri sambil memerhatikan KyungTak yang sedang gigih untuk berdiri itu. Jota sekadar bersiap sedia dari jauh. HyunJae tersenyum sinis.

“Aku tak tahu apa yang keluarga ni dah buat salah dengan kau. Tapi aku tetap tak boleh maafkan kau dengan orang-orang kau! Kau kejam! Binatang!” Jerit KyungTak lagi.

“Setakat cakap saja…baik tak payah. Aku ni orang bisnes tau. Sibuk. Tak ada masa nak buang masa macam ni. Aku tengah bagi kau peluang untuk balas dendam dekat aku ni. Silakan!” Kata HyunJae, tetap berlagak tenang. Dia sengaja menyakitkan hati KyungTak dengan membetulkan pergelangan bajunya itu.

“Tuan!”

“Biarkan dia.” Hyun Jae menghalang Jota daripada bertindak apabila KyungTak yang mulai bertindak untuk memukulnya itu. HyunJae kemudiannya memukul kepala KyungTak dengan kuat sehingga membuatkan lelaki itu tidak sedarkan diri. HyunJae ketawa mengejek.

“See? Buang masa saja layan perangai budak-budak ni,”kata HyunJae, sambil membersihkan kotoran pada sut hitamnya itu. Jota kemudiannya berjalan ke arah KyungTak untuk memastikan sama ada lelaki itu masih hidup atau tidak.

“Aku tak nak bunuh dia. Sebab aku tahu dia pasti akan berguna untuk aku,”kata Hyun Jae. Jota menoleh ke arahnya.

“Kita bawa dia balik. Aku dah sediakan tugasan istimewa untuk dia sebaik sahaja dia sedar nanti,”kata HyunJae, sambil tersenyum. Jota sekadar akur. Dia kemudiannya memandang ke arah KyungTak yang sedang terlantar tidak sedarkan diri itu.

“Beredar cepat sebelum adik aku nampak budak lelaki ni,”kata HyunJae.

“Baik,Tuan!”

 

 

Jota menoleh sebaik sahaja menyedari KyungTak yang mulai sedar itu. Dahi KyungTak berkerut, sebelum matanya memandang ke arah sekeliling.

“Awak cari apa?” Soal Jota,ingin tahu.

“Awak siapa?” Soal KyungTak,keliru.

“Awak tak berapa sihat lagi. Awak rehatlah dulu,”kata Jota, sebelum dia menyambung semula bacaannya itu. KyungTak sekadar memerhatikan Jota.

“Saya kat mana?” Soal KyungTak,perlahan.

“Awak dekat rumah Tuan HyunJae.” Jawab Jota, tanpa memandang ke arah KyungTak. KyungTak kemudiannya cuba untuk bangun dari pembaringannya. Dia menahan rasa sakit pada kepalanya yang berbalut itu.

“Saya tak faham apa yang dah jadi. Kenapa saya tak boleh ingat apa yang dah jadi sebelum ni? Dan…saya tak ingat nama saya sendiri…” KyungTak memegang kepalanya yang berbalut itu. Dia kemudiannya memandang ke arah Jota.

“Saya kenal awakkah? Awak siapa? Dan…siapa saya?” Soal KyungTak. Jota menghentikan bacaannya sebelum dia memandang ke arah KyungTak. Jelas sekali lelaki itu sedang keliru. Ternyata pukulan HyunJae itu sangat kuat sehingga mampu membuatkan lelaki itu hilang ingatannya.

“Saya Jota.” Kata Jota.

“Saya kawan awak. Jota,”sambungnya lagi,seraya berbohong.

“Dan saya selalu panggil awak..Lee Geon.”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yangtweety #1
Chapter 9: Awat jahat sgt abg g.o tu..dendam apa smpai mcm tu..poor kyungtak.jota ni pun satu...sggup buat mcm tu kat father.eh?
yangtweety #2
Chapter 8: Ohh ok hhaha ok2 dah fhm..xjadi geram kat kyungtak..geram kat jota n ketua dia hahha.xsbr nak tggu wtk daewonie heee
yangtweety #3
Chapter 7: Geonnn...dendam apakah smpai geon jd jahat mcm tu?omo omo desperate nak next chapter ni hahahh but mirue TT.TT smpai hati kyuntak..awat gilo sgt kyungtak tu ><
yangtweety #4
Chapter 6: Geonie btl2 jd org jahat ke?
yangtweety #5
Chapter 5: Awat JungByunghee?kena tikam ke apa?haishh bila JungByunghee bertemu leekyungtak...hahahh klu ain bg gambaran dorang dgn pic msti lagiiiii menarik.k ni kes pembaca demand LOL
yangtweety #6
Chapter 4: Ok...akk nak jung jio selamatkan hyejin tp nak geon pun selamatkan dia juga hahha. And my ssong..omg,so cool XD
yangtweety #7
Chapter 3: Leegeon???! Andweeeee....awat dia tu?uwaaaa JungByunghee...hero d sebalik tabir LOL and jota hahahh jota jota..kemain lagi.
yangtweety #8
Chapter 2: Omo omo omo hahhah so suprise!!!jung byunghee gatal!dia ke yg lelaki bertopeng dlm bab1 tu?akk ingtkn yg dia nak jumpa sgt tu si kyungtak.weee ok xsbr nak baca next chptr XD
yangtweety #9
Chapter 1: Best!!!!!! Mula2....heee y so cheesy hahhah ok2 nak tggu next chapter