New Life

Be My Last
Please log in to read the full chapter


Bab 2 - New Life


Minah keluar dari perpustakaan itu sambil mengeluarkan payung lipatnya yang dibawa bersama dari rumahnya pagi tadi. Dia bersyukur yang Sehun dan abangnya mengingatkannya supaya membawa payung bersama-sama sebelum keluar untuk mendaftar di Universitinya pagi tadi.

Payung itu dibuka betul-betul selepas dia berhenti melangkah di sebelah seorang lelaki berambut sedikit perang itu. Baru beberapa detik dia menjejakkan kakinya disitu, telefon pintar milik lelaki itu terjatuh dikakinya dan diambil sebelum diserahkan kembali kepada tuannya. Dia berlari anak pergi dari perpustakaan bila kereta Sehun berhenti di depan perpustakaan itu.

“Lambat betul awak datang. Jalan jam ke tadi?” Dia bertanya sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta itu dan memakai tali pinggang keledar.

Sehun mengangguk dan memandu kereta itu pergi dari situ.

“Minseok balik lambat sikit hari ni sebab dia ada mesyuarat dengan pelabur syarikat ayah awak yang dekat sini.” Terangnya tanpa disuruh.

“Oh...” Minah terangguk-angguk.

Kereta itu kemudian membelok ke tepi dan berhenti di hadapan Tesco yang berdekatan dengan apartmen mereka.

“Nak buat apa dekat sini?” Tanya Minah dan turut menanggalkan tali pinggang keledarnya bila dia lihat Sehun menanggalkan tali pinggang keledarnya dan menarik kunci kereta.

“Kita nak beli barang rumah lah Cik adik oii. Kita baru sampai sini dua hari lepas. Takkan lah nak makan mi segera je? Botak rambut saya nanti.” Gurau Sehun dan mengajak Minah untuk turun sekali.

Trolli diambil sebelum mereka dua seiringan masuk ke dalam Tesco dan menuju ke bahagian barangan basah dahulu sebelum ke bahagian lain. Telefon Sehun berbunyi ketika mereka sudah hampir selesai membeli barang-barang yang ditulis oleh Sehun di atas kertas malam semalam.

“Awak pergi cari barang lain dulu. Saya kena jawab panggilan ni.” Kata Sehun setelah dia membaca nama pemanggil di skrin telefonnya. Minah mengangguk dan menolak troli itu menuju ke bahagian bahan membuat kek dan manisan yang tidak jauh darinya sementara Sehun pergi ke arah lain untuk menjawab panggilan telefon itu.

Tangan Minah cuba mencapai paket cip coklat yang ada di rak atas itu kerana dia sudah merancang mahu membuat biskut cip coklat di apartmen mereka memandangkan di dapur itu ada ketuhar yang siap terpasang. Dia meloncat sedikit untuk mencapai paket itu namun tidak berjaya sehinggalah satu tangan mencapai paket cip coklat itu dan diberikan padanya.

“Here. You’re trying to reach this right?” Tanya lelaki itu dan memberikan paket cip coklat itu pada Minah.

“Oh yes. Thank you very much!” Minah berterima kasih dan menundukkan kepalanya sedikit.

Dia lihat lelaki itu memerhatikannya dan dia hanya terkelip-kelip memandang lelaki yang mewarnakan rambutnya sedikit merah itu.

“Awak ni yang duduk depan apartmen kitorang tu kan? Dengan dua orang lelaki tu?” Tanya lelaki itu dengan kening yang terangkat dan sedikit senyuman.

“Yes. Awak ni siapa?” Minah bertanya kembali dan memasukkan paket coklat cip itu ke dalam trolinya.

Lelaki itu tersenyum manis.

“Awak tak ingat saya ke? Saya jiran depan rumah awak. Nama saya Mark. Mark Tuan. Saya yang hantar lasagna dekat rumah awak semalam.” Mark memperkenalkan dirinya.

Akhirnya Minah tersenyum bila dia mengingati siapa lelaki di depannya itu dan menyambut salam perkenalannya.

“Maaflah sebab tak cam awak. Semalam awak pakai hoodie jadi saya tak perasan warna rambut awak warna merah.” Kata Minah.

Mark menggelengkan kepalanya dan tersenyum, “Tak apa. Lagipun awak kan baru sehari je pindah kat situ? Takkanlah baru satu hari pindah dah terus cam.” Mark cuba melawak.

“Awak sorang-sorang je ke beli barang dekat sini?” Tanya Mark sekadar berbasa-basi.

Minah menggelengkan kepalanya sebelum dia lihat Sehun mendekati mereka.

“Saya datang dengan Sehun. Nak beli barang rumah sikit. Awak pulak?” Minah bertanya

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
Be My Last ❧ Lol korg x rse pelik ke Yuko bagi Minah berbaik ngn Luhan cepat sgt ni? ;) [1:31 AM | 17/2/16]

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 10: Kesian minah,cepat update authornim.by the way,lagu ost kill me heal me tu sesuai dgn chapter kali ni.my fav song.
starlightkim_
#2
Chapter 10: Kenapalah dengan jimin ni?asyik ganggu minah je.kesian kat minah.patutnya jimin tu meringkuk je dalam penjara,barulah hidup luhan dan minah aman.
starlightkim_
#3
Chapter 9: Haha..sehun jealous lah tu..akhirnya,minah dan luhan bersama semula dan akhirnya authornim update jugak ff ni..mohon update lagi..jimin,cepat-cepatlah sembuh dan jangan kacau luhan dan minah lagi..
mark_lina_jimin #4
Chapter 6: daebak...sambung lagi tau...tapi part kali ni mcm sedih pulk
sehunloversuho #5
Chapter 8: happy new year author-nim!!
starlightkim_
#6
Chapter 8: Yey!!sudah ada part sweet luhan and minah..sian luhan dan minah..huhu..jimin..mark..jgnlah kacau mereka lagi..mmg taehyung kene hantar jimin me pakar psikatri..sbb keadaan dia macam semakin teruk..ppali update..
bubble_na_baebeul #7
Chapter 7: Woahh.daebak.best kot.

Luhan.hwaiting.
starlightkim_
#8
Chapter 7: Bestnya chappie ni..akhirnya luhan tahu jugak pasal minah..ppali update..
nurulbatrisya #9
Chapter 6: Authornim.update soon.citer ni best