Taehyung's Guilt

Be My Last
Please log in to read the full chapter

Bab 6 - Taehyung's Guilt


Jimin membuka matanya dan duduk di atas katilnya. Ubat-ubatan yang diberi oleh Taehyung tak pernah disentuhnya. Tubuhnya terasa penat dan kepalanya pening. Perlahan-lahan dia bangun dari katilnya dan terus menuju ke bilik air. Air pancuran dibukanya dan dia berdiri di bawah air yang sedang mengalir. Dia membiarkan air yang sejuk itu menyentuh tubuhnya sementara dia tenggelam di dalam dunianya.

Mindanya kemudian memainkan satu memori lamanya yang masih tidak dapat dilupakannya.

 

 

Park Jimin, 5 tahun

Matanya memerhatikan setiap pergerakan yang dibuat budak perempuan yang memakai gaun bewarna merah jambu dan bertocang itu. Jimin tak berani melepaskan pegangan tangan ibunya walaupun sudah berkali-kali ibunya menyuruh dia untuk bermain bersama dengan budak perempuan itu.

“Min, pergilah main dengan dia. Ibu nak tolong mama dia dekat dapur ni.” Kata Puan Park dengan lembut. Puan Park kemudian menolak Jimin dengan perlahan ke arah budak perempuan itu.

“Chorong?” Panggil Puan Park.

Chorong memusingkan kepalanya ke arah Puan Park dan dia tersenyum comel.

“Ya, auntie?” Dia menyahut panggilan Puan Park dan mendekatinya.

Chorong tersenyum kepada Jimin yang kelihatan takut di belakang ibunya.

“Chorong boleh kawan dengan Min tak? Auntie nak pergi tolong mama Chorong dekat dapur ni.” Tanya Puan Park.

Chorong dengan segera mengangguk dan menghulurkan tangannya ke arah Jimin dengan senyuman yang lebar. Jimin kelihatan masih takut dan dia memandang ke arah ibunya.

“Min, pergilah. Chorong ni budak baik. Dia takkan buli Min. Pergi main sana.” Kata Puan Park sebelum meninggalkan kedua kanak-kanak itu bersama.

Chorong memegang tangan Jimin dan berlari keluar dari rumahnya untuk bermain di luar. Dia menyuruh Jimin untuk duduk sementara dia mengambil barang permainannya di dalam rumah.

Jimin duduk di atas tikar yang sudah terbentang di atas rumput itu dan menunggu untuk Chorong datang.

“Min! Kita main masak-masak nak?” Tanya Chorong sambil meletakkan permainan masak-masaknya ke atas tikar itu.

“M-Min tak kisah.” Kata Jimin dengan perlahan.

Chorong tersengih sebelum dia memberitahu Jimin bagaimana mahu bermain permainan kegemarannya itu. Setelah hampir 2 jam mereka bermain bersama, Jimin sudah mula merasa selesa dengan Chorong. Gelak ketawa mereka memenuhi ruang kediaman keluarga Chorong dan kedua ibu bapa mereka keluar dengan senyuman yang lebar di wajah mereka bila melihat dua kanak-kanak itu bergembira.

Bermula dari hari itulah, Jimin memiliki kawan pertamanya.

 

 

Park Jimin, 16 Tahun

Jimin berjalan ke arah padang bola untuk berjumpa dengan Chorong. Dia pasti yang Chorong sedang berlatih gerakkan untuk pertandingan sorak yang akan berlangsung dalam beberapa mingu lagi. Sudah hampir setahun dia dan Chorong bertunang dan tinggal lagi beberapa tahun sahaja sebelum mereka dikahwinkan ibu bapa mereka. Jimin sedikit pun tidak kisah kerana dia memang sudah lama menaruh harapan kepada kawan baiknya itu.

Dia tersenyum bila dia lihat Chorong sedang berehat di bawah pondok dan dia mula mengatur langkah untuk mendekati gadis itu. Langkahnya terhenti bila dia lihat ada seorang lelaki sedang duduk di tepi Chorong dan dia tak suka cara lelaki itu memandang Chorong, tunangnya. Yang lebih menyakitkan hatinya ialah, Chorong kelihatan seperti dia tak kisah bila lelaki itu mencium pipinya dan gadis itu masih boleh tersenyum manis sebelum pipi lelaki itu diciumnya.

Kris Wu. Fikirnya sambil tangannya diggenggam. Dia tak menyangka yang khabar angin tentang Kris dan Chorong berpasangan itu benar.

Hatinya terasa sakit dan satu perasaan asing dapat dirasainya. Dia pasti itu bukan rasa cemburu.

 

 

Taehyung tahu yang Jimin betul-be

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
Be My Last ❧ Lol korg x rse pelik ke Yuko bagi Minah berbaik ngn Luhan cepat sgt ni? ;) [1:31 AM | 17/2/16]

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 10: Kesian minah,cepat update authornim.by the way,lagu ost kill me heal me tu sesuai dgn chapter kali ni.my fav song.
starlightkim_
#2
Chapter 10: Kenapalah dengan jimin ni?asyik ganggu minah je.kesian kat minah.patutnya jimin tu meringkuk je dalam penjara,barulah hidup luhan dan minah aman.
starlightkim_
#3
Chapter 9: Haha..sehun jealous lah tu..akhirnya,minah dan luhan bersama semula dan akhirnya authornim update jugak ff ni..mohon update lagi..jimin,cepat-cepatlah sembuh dan jangan kacau luhan dan minah lagi..
mark_lina_jimin #4
Chapter 6: daebak...sambung lagi tau...tapi part kali ni mcm sedih pulk
sehunloversuho #5
Chapter 8: happy new year author-nim!!
starlightkim_
#6
Chapter 8: Yey!!sudah ada part sweet luhan and minah..sian luhan dan minah..huhu..jimin..mark..jgnlah kacau mereka lagi..mmg taehyung kene hantar jimin me pakar psikatri..sbb keadaan dia macam semakin teruk..ppali update..
bubble_na_baebeul #7
Chapter 7: Woahh.daebak.best kot.

Luhan.hwaiting.
starlightkim_
#8
Chapter 7: Bestnya chappie ni..akhirnya luhan tahu jugak pasal minah..ppali update..
nurulbatrisya #9
Chapter 6: Authornim.update soon.citer ni best