Heal Me

Be My Last
Please log in to read the full chapter

Bab 8 - Heal Me


Luhan pulang ke rumahnya pada malam itu dengan muka yang sugul. Apa yang baru diceritakan Minseok tadi betul-betul menganggu fikirannya. Dia tak menyangka yang Minah terpaksa melalui semua itu berseorangan selepas perpisahan mereka.

Kenapa aku tak keraskan hati aku waktu tu dan teruskan je hubungan kau dengan dia? Fikir Luhan ketika dia sedang berbaring di katilnya. Dia masih ingat kata-kata Minah ketika dia baru sedar tadi.

“Kenapa tak biarkan Minah mati? Minah dah tak sanggup hidup terseksa macam ni lagi.”

Minah memandang mereka semua tadi dengan mata yang penuh kekosongan. Seolah-olah dia betul-betul sudah berputus asa untuk hidup lagi.

Dan Luhan juga baru tahu yang Minah menipu hubungannya dengan Sehun dan mengatakan Sehun itu sepupunya kerana dia tak mahu Luhan salah faham.

Pintu biliknya diketuk sebelum Mark masuk dan duduk di kerusi belajarnya.

“Kau pergi melawat Minah ya tadi?” Tanya Mark.

Luhan bangun dari perbaringannya dan mengangguk.

“Kenapa kau tak ajak aku?” Tanya Mark lagi.

“Sebab aku lupa nak ajak kau tadi. Lagipun aku tengah tergesa-gesa.” Katanya dengan nada yang sedikit kasar.

Dia kemudian bangun dan mengambil tualanya di tepi katilnya. Mark bangun dan menghalang jalannya bila dia mahu ke bilik air untuk mandi.

“Ke tepi.” Kata Luhan sambil matanya memandang Mark dengan tajam.

Mark juga memandangnya dengan tajam.

“Kau...pun suka dekat Minah ke?” Tanya Mark.

Luhan mengeluh dengan kasar sebelum dia menolak Mark ke tepi sehingga lelaki itu berlanggar dengan mejanya. Mark kemudian menuju ke arahnya dan menggenggam kolar bajunya dengan rasa marah.

“Kau ni dah kenapa?? Apa masalah kau??” Soal Mark dengan geram.

“Kau halang jalan aku. Aku cakap elok-elok suruh ke tepi tapi kau buat tak tahu je.” Jawab Luhan dan tangannya menarik pegangan tangan Mark dari bajunya sebelum dia bergerak ke pintu untuk ke bilik air.

“Dan kalau aku sukakan Minah pun. Siapa kau untuk halang aku?” Soal Luhan dengan sinis dan menutup pintu biliknya dengan kasar.

Dia berdiri di bawah pancuran air ketika di dalam bilik air untuk menenangkan dirinya. Dia sendiri tak faham kenapa marah-marah kepada Mark bila kawan baiknya itu bertanya jika dia ada perasaan pada Minah atau tidak.

Mungkin aku rasa cemburu sebab ada lelaki lain yang ada perasaan dekat dia. Kau kena ingat Luhan. Kau dengan dia dah tak ada apa-apa. Kau tak boleh marah kalau lelaki lain ada perasaan dekat dia. Fikirnya.

Selesai mandi, dia keluar dari bilik air itu dan berselisih dengan Mark ketika dia mahu masuk semula ke bilik tidurnya.

“Mark...” Dia memanggil dengan perlahan.

Mark menjelingnya, “Aku tak peduli kalau kau ada perasaan dekat Minah jugak. Tapi aku tak akan berputus asa untuk dapatkan dia. Kalau aku terpaksa bertanding dengan kau untuk hati dia, aku sanggup.” Kata Mark dan dia terus masuk ke biliknya dan menghempas pintu biliknya.

Luhan mengeluh. Dia tahu yang Mark bukan bercakap kosong. Nak tak nak, sekarang dia terpaksa bertanding dengan kawan baiknya sendiri untuk mendapatkan Minah.

Shame that we have to fall for the same person. Dia berfikir sendiri sebelum dia menggeleng dan masuk ke dalam biliknya. Dia perlu tidur awal untuk pergi melawat Minah keesokan harinya.

 

 

Tangannya terasa seolah-olah sedang dipegang seseorang. Matanya dibuka perlahan-lahan dan dia sudah dapat mengagak yang dia ada di hospital bila dia lihat tangan kirinya sudah dicucuk dengan jarum yang disambungkan ke beg IV dan beg darah yang tergantung di tepi katilnya. Dia lihat tangan kananya dipegang Luhan yang sudah tertidur sebelum matanya dialihkan ke jam di tepi pintu.

Apa dia buat dekat sini? Fikir Minah bila dia lihat jam sudah melepasi pukul 12 pagi.

Dia kemudian menarik tangannya yang dipegang Luhan dengan perlahan sebelum dia turun dari katil itu. Jarum yang ada ditangannya direntap sebelum dia mengambil jaket Luhan yang tersangkut di belakang pintu bilik itu. Selipar dipakainya sebelum dia meninggalkan bilik itu.

Minah terus menuju ke taman bunga di atas bumbung hospital itu selepas dia memastikan yang tiada orang di laluan itu.

Rasa sejuk yang menikam mukanya langsung tidak dipedulikan. Dia memeluk dirinya dan duduk di kerusi yang ada di taman itu. Matanya kuyu memandang kakinya. Jiwanya tak tenang.

Kenapa kau seksa aku macam ni? Apa dosa aku? Firkinya.

Mungkin aku diseksa macam ni sebab aku derhaka dan sakitkan hati suami aku. Memang patut hidup aku tak tenang. Aku dah bersalah dekat dia. Kali ini dia sudah m

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
Be My Last ❧ Lol korg x rse pelik ke Yuko bagi Minah berbaik ngn Luhan cepat sgt ni? ;) [1:31 AM | 17/2/16]

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 10: Kesian minah,cepat update authornim.by the way,lagu ost kill me heal me tu sesuai dgn chapter kali ni.my fav song.
starlightkim_
#2
Chapter 10: Kenapalah dengan jimin ni?asyik ganggu minah je.kesian kat minah.patutnya jimin tu meringkuk je dalam penjara,barulah hidup luhan dan minah aman.
starlightkim_
#3
Chapter 9: Haha..sehun jealous lah tu..akhirnya,minah dan luhan bersama semula dan akhirnya authornim update jugak ff ni..mohon update lagi..jimin,cepat-cepatlah sembuh dan jangan kacau luhan dan minah lagi..
mark_lina_jimin #4
Chapter 6: daebak...sambung lagi tau...tapi part kali ni mcm sedih pulk
sehunloversuho #5
Chapter 8: happy new year author-nim!!
starlightkim_
#6
Chapter 8: Yey!!sudah ada part sweet luhan and minah..sian luhan dan minah..huhu..jimin..mark..jgnlah kacau mereka lagi..mmg taehyung kene hantar jimin me pakar psikatri..sbb keadaan dia macam semakin teruk..ppali update..
bubble_na_baebeul #7
Chapter 7: Woahh.daebak.best kot.

Luhan.hwaiting.
starlightkim_
#8
Chapter 7: Bestnya chappie ni..akhirnya luhan tahu jugak pasal minah..ppali update..
nurulbatrisya #9
Chapter 6: Authornim.update soon.citer ni best