Unexpected Reunion

Be My Last
Please log in to read the full chapter


Bab 3 - Unexpected Reunion


“Tonight’s class is canceled. Don’t forget to turn in your work by Monday evening.” Kata Dr. Winchester kepada kesemua pelajarnya.

Luhan menutup pennya dan dicampakkan pen itu ke dalam kotak penselnya sebelum barang-barangnya yang lain disimpan ke dalam begnya. Jam di pergelangan tangannya ditilik sebelum dia bangun dari kerusinya.

“Kau nak pergi perpustakaan lagi ke kejap lagi?” Tanya Hani ketika mereka keluar dari kelas itu.

Luhan mengangguk, “Hm. Kenapa? Kau nak ikut sekali ke?” Tanya Luhan sekadar ajak-ajak ayam.

“Nak. Tapi aku ada hal sikit. Maybe next time?”

Luhan mengangkat bahunya menadakan dia tak kisah bila Hani mahu menyertainya.

“Okeylah. Aku pergi dulu. Jumpa kau esok!” Kata Luhan dan pergi meninggalkan Hani di situ dan berjalan menuju ke perhentian bas untuk ke perpustakaan yang berdekatan dengan tempat tinggalnya.

Setelah dia duduk di dalam bas itu, dia membawa keluar telefon serta erphonenya sebelum disambungkan pada telefon pintarnya itu. Aplikasi iTunes dibuka selepas dia menyumbat earphone itu pada telinganya. Jarinya kemudian menyentuh skrin telefon itu untuk mencari lagu yang mahu dimainkan dan setelah lagu itu dijumpai, dia menekan skrin itu sekali lagi dan lagu itu dimainkan.

Matanya hanya memandang ke luar tingkap bas itu sementara dia masih belum tiba di perpustakaan yang selalu didatanginya. Dia kemudian kembali menekan punat kunci yang ada di telefonnya dan skrin telefon itu bernyala. Dia mengambil keputusan untuk membaca mesej-mesej whatsapp yang diterimanya sejak pagi tadi. Dia lihat mesej kumpulan whatsapp bagi kelasnya sudahpun melebihi 100 lebih memandangkan telefonnya dimatikan sepanjang malam semalam.

Bas itu berhenti sekali lagi dan dia mengangkat kepalanya bila dia perasan yang dia sudahpun tiba di perpustakaan berdekatan dengan tempat tinggalnya itu. Dengan segera dia turun dari bas itu dan berlari masuk ke dalam perpustakaan bila dia lihat langit sudah mula gelap. Baru sahaja dia mahu menolak pintu perpustakaan itu, bahunya dilanggar dan orang yang melanggarnya terjatuh ke belakang.

“Oh god! I’m so sorry!” Katanya seraya membantu gadis itu bangun.

Gadis itu bangun dan menepuk belakang seluarnya yang mungkin kotor dan mengangkat pandangannya untuk meminta maaf kepada Luhan. Namun, lidah mereka kelu bila mereka bertentang mata. Dan hujan juga turun tepat pada masanya.

“Luhan.”

“Minah.” Bibir Luhan menuturkan nama itu.

 

 

Suasana di dalam kafe itu tenang, tidak seperti hati Minah yang sedang berdegup kencang. Dia tak boleh duduk diam di tempatnya sementara dia menunggu Luhan untuk membeli minuman untuk mereka. Keadaan ini mengingatkan dia ketika dia dan Luhan dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya 2 tahun lepas. Memori yang manis namun setelah apa yang berlaku, dia mahu lupakannya.

“Nah,” Suara Luhan menarik perhatiannya dan lelaki itu meletakkan secawan air koko yang hangat dan sepiring kek strawberi. “Saya belikan kek strawberi untuk awak.” Sebab saya masih ingat itu kek kegemaran awak. Kata-kata yang terakhir itu ditelan Luhan.

“T-terima kasih.” Kata Minah. Dia lihat Luhan meletakkan air karamel machiatonya di atas meja itu sebelum kerusi di depannya diduduki.

Mereka berdua terdiam. Masing-masing tidak tahu mahu bercakap tentang apa. Rasa janggal menyelubungi mereka sehinggalah Minah mengambil keputusan untuk memulakan bicara.

“So,” Katanya untuk menarik perhatian Luhan. “How’s life?”

Luhan mendengus bila Minah bertanyakan soalan itu. Rasa macam nak ketawa pun ada.

“Great. I’m doing fine.” Life after we seperated. Katanya, jelas sekali dia menipu Minah.

“You?” Dia bertanya Minah kembali sambil menghirup minumannya.

“Me?”

Luhan mengangguk, “Yeah, you. Macam mana hubungan awak dengan...” Dia berhenti. Tak sanggup dia mahu menyebut nama itu. Nama lelaki yang telah berjaya merampas Minah darinya.

“Dengan Jimin?” Duga Minah.

Luhan memejam matanya dan mengangguk selepas keluhan kecil dilepaskan.

“Saya dengan Jimin...tak pernah ada apa-apa hubungan.” Terang Minah.

“Tch.” Luhan mendengus perlahan. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang Minah telah katakan padanya.

“Its true. Saya dengan dia tak pernah ada apa-apa. We’re just...friends.” Minah mengulangi.

Luhan hanya mengangguk dan mengalihkan pandangannya ke luar. Dia cuba untuk menenangkan jantungnya yang berdegup kencang itu. Nafasnya cuba dikawal kerana dia sudah mula rasa sesak di dada.

“You look different.” Kata Minah sekadar untuk menghilangkan rasa janggal.

Luhan memandangnya kembali dan tersenyum.

“Yeah. Tried different hair colours every m

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
Be My Last ❧ Lol korg x rse pelik ke Yuko bagi Minah berbaik ngn Luhan cepat sgt ni? ;) [1:31 AM | 17/2/16]

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 10: Kesian minah,cepat update authornim.by the way,lagu ost kill me heal me tu sesuai dgn chapter kali ni.my fav song.
starlightkim_
#2
Chapter 10: Kenapalah dengan jimin ni?asyik ganggu minah je.kesian kat minah.patutnya jimin tu meringkuk je dalam penjara,barulah hidup luhan dan minah aman.
starlightkim_
#3
Chapter 9: Haha..sehun jealous lah tu..akhirnya,minah dan luhan bersama semula dan akhirnya authornim update jugak ff ni..mohon update lagi..jimin,cepat-cepatlah sembuh dan jangan kacau luhan dan minah lagi..
mark_lina_jimin #4
Chapter 6: daebak...sambung lagi tau...tapi part kali ni mcm sedih pulk
sehunloversuho #5
Chapter 8: happy new year author-nim!!
starlightkim_
#6
Chapter 8: Yey!!sudah ada part sweet luhan and minah..sian luhan dan minah..huhu..jimin..mark..jgnlah kacau mereka lagi..mmg taehyung kene hantar jimin me pakar psikatri..sbb keadaan dia macam semakin teruk..ppali update..
bubble_na_baebeul #7
Chapter 7: Woahh.daebak.best kot.

Luhan.hwaiting.
starlightkim_
#8
Chapter 7: Bestnya chappie ni..akhirnya luhan tahu jugak pasal minah..ppali update..
nurulbatrisya #9
Chapter 6: Authornim.update soon.citer ni best