Hurting

Be My Last
Please log in to read the full chapter


Bab 4 - Hurting


Minah melangkah masuk ke dalam kelasnya setelah dia mengambil kad pelajarnya di pejabat pengurusan. Hampir separuh daripada pelajar di dalam kelas itu memandang ke arahnya dengan pelik dan ada juga yang memandangnya tidak berkelip.

“Okay students. We have a new exchange student from South Korea joining us today. Kim Minah, please introduce yourself to your classmates.” Kata Professor Lisa dengan mesra kepada pelajar barunya itu.

Minah berdiri di depan kelas itu dan mengukir senyuman semanis yang boleh.

“Hello. I’m Kim Minah from South Korea. I hope we can get along.” Katanya disambut dengan sorakan sebelum dia disuruh untuk duduk disebelah gadis berambut hitam dan merah dihujungnya. Gadis itu berpaling kearahnya sebelum menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

“Anni-yong-ha-saey-yo. An-na im-ni-da.” Kata gadis itu cuba bercakap dalam bahasa korea membuatkan Minah hampir tertawa mendengar cara dia menyebut satu-persatu ayat itu.

“Hi Anna, saya Minah. Kita boleh cakap dalam bahasa inggeris kalau awak nak. Saya fasih berbahasa inggeris.” Kata Minah dalam bahasa inggeris.

Anna tersenyum malu dan mengangguk.

“Hehe. Selamat berkenalan Minah. Saya Anna.” Anna memperkenalkan dirinya sekali lagi kepada Minah.

Seorang lelaki yang duduk di depan mereka berpusing ke belakang dan mengelipkan matanya kepada Minah.

“Hai, saya Michael. Boyfriend Anna.” Kata Michael sebelum Anna mengetuk kepalanya.

“Kau ni, layak pangkat best friend je. Jangan berangan nak naik lebih dari tu.” Anna dengan selambanya mengutuk membuatkan Minah tertawa kecil.

“Friendzoned~” Michael berpura-pura kecewa.

Mereka bertiga kemudian kembali menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran bila pelajar lain menyuruh mereka untuk diam.

“Hei, kau nak rehat dengan aku tak? Aku boleh tunjukkan kawasan kampus sekali.” Anna menawarkan diri dengan mesra ketika kelas mereka sudah tamat.

“Ooh! Ooh! Aku pun nak ikut sekali!” Michael mengangkat tangan seperti seorang kanak-kanak.

Anna membuat muka menyampah sebelum dia senyum kembali kepada Minah.

“Boleh je. Aku tak kisah.” Kata Minah dengan senyuman manis.

“Jom. Kita pergi cafe dulu. Aku lapar lah." Ajak Michael sambil memegang perutnya dengan mencebik.

Anna dan Minah mengangguk sebelum mereka bergerak ke arah cafe. Michael menyuruh Anna dan Minah duduk setelah dia menawarkan diri untuk membelikan makanan untuk mereka. Anna mengambil tempat berdekatan dengan pintu masuk cafe itu supaya mereka dapat keluar dari cafe itu dengan mudah nanti.

"Minah, kau pindah sini kau duduk rumah kau ke hostel?" Tanya Anna.

"Aku duduk rumah aku lah." Balas Minah.

"Sorang-sorang?"

"Eh, taklah. Aku duduk dengan abang-abang aku." Minah berkata sambil jarinya meluncur di skrin telefonnya untuk mencari nombor telefon Sehun. Jarinya terhenti bila nama Luhan melintasinya.

"Wah. Abang kau single tak?" Tanya Anna dalam nada bergurau sekaligus menarik perhatian Minah.

Minah tersengih, "Abang sulung aku dah bertunang. Yang kedua tu aku tak pasti sebab aku tak berapa rapat sangat dengan dia."

Kening Anna bertaut, "Kenapa kau tak rapat pulak? Dia kan abang kau?" Dia bertanya dengan selamba.

"Dia...abang tiri aku sebenarnya. Aku baru dapat tahu papa aku kahwin lain 2 tahun yang lepas." Terang Minah.

"Oh...Macam tu rupanya. Sorry lah aku tanya macam tu. Tak sopanlah aku ni." Anna meminta maaf dan menundukkan kepalanya sedikit.

Minah tersenyum dan menggelengkan kepalanya.

"Takpe. Aku dah biasa orang tanya macam tu." Katanya.

Michael kemudian datang dengan dulang yang berisi makanan dan minuman untuk mereka bertiga.

"Anna, aku ambikkan Baked Potatoes. Dan Minah pulak, aku ambikkan Mac and Cheese." Michael berkata sambil meletakkan makanan yang disebut tadi di depan dua orang gadis itu.

"Thanks, Michael." Anna dan Minah berkata serentak.

 

 

"Untuk soalan ni, kau kena baca nota bab 5. Sebab soalan ni jawapan dia ada dalam nota tu." Kata Luhan, menjawab soalan yang ditanyakan oleh Hani.

Hani terangguk-angguk.

"Okey. Thank you." Katanya dengan senyuman.

Luhan membalas senyuman Hani dan menolak pintu masuk ke dalam kafeteria itu dan mengisyaratkan pada Hani untuk dia masuk dulu. Matanya meliar mencari tempat untuk diduduki sebaik sahaja dia menutup pintu kafeteria itu dan pandangannya jatuh pada Minah yang sedang rancak berbual bersama dua orang rakannya.

Bibirnya mengukir senyuman dan dengan pantas dia mengatur langkah mendekati mereka.

Dia lihat Minah seperti terkejut bila gadis itu ternampak dirinya.

"Hai. Tak sangka saya akan jumpa awak dekat sini." Tegur Luhan dengan mesra. Dia juga sempat menegur dua orang rakan baru Minah.

"Minah? Awak kenal dia ke?" Tanya gadis yang duduk di sebelah Minah.

Minah seperti teragak-agak mahu menjawab pertanyaan Anna sebelum dia lihat seorang lagi gadis mendekati mereka dan menepuk bahu Luhan dari belakang.

"Sini pun kau! Aku cari kau satu kafeteria ni. Aku ingat kau dah tinggalkan aku!" Kata gadis berambut coklat itu sebelum pandangannya beralih kepada Minah.

"Apahal kau datang sini? Kau kenal ke budak-budak ni?" Tanya gadis itu lagi.

Luhan tersenyum, "Aku kenal dia sorang je," Katanya sambil menunjuk pada Minah.

Minah sudah merasa berdebar. Adakah Luhan akan mendedahkan siapa dirinya pada Luhan?

"Dia kawan lama aku dari Korea." Kata Luhan membuatkan Minah menarik nafas lega.

Mata gadis disebelah Luhan itu membesar sebelum dia tersenyum girang.

"Oh my god! Another Korean!" Katanya dengan gembira.

Lantas tanganny

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
Be My Last ❧ Lol korg x rse pelik ke Yuko bagi Minah berbaik ngn Luhan cepat sgt ni? ;) [1:31 AM | 17/2/16]

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 10: Kesian minah,cepat update authornim.by the way,lagu ost kill me heal me tu sesuai dgn chapter kali ni.my fav song.
starlightkim_
#2
Chapter 10: Kenapalah dengan jimin ni?asyik ganggu minah je.kesian kat minah.patutnya jimin tu meringkuk je dalam penjara,barulah hidup luhan dan minah aman.
starlightkim_
#3
Chapter 9: Haha..sehun jealous lah tu..akhirnya,minah dan luhan bersama semula dan akhirnya authornim update jugak ff ni..mohon update lagi..jimin,cepat-cepatlah sembuh dan jangan kacau luhan dan minah lagi..
mark_lina_jimin #4
Chapter 6: daebak...sambung lagi tau...tapi part kali ni mcm sedih pulk
sehunloversuho #5
Chapter 8: happy new year author-nim!!
starlightkim_
#6
Chapter 8: Yey!!sudah ada part sweet luhan and minah..sian luhan dan minah..huhu..jimin..mark..jgnlah kacau mereka lagi..mmg taehyung kene hantar jimin me pakar psikatri..sbb keadaan dia macam semakin teruk..ppali update..
bubble_na_baebeul #7
Chapter 7: Woahh.daebak.best kot.

Luhan.hwaiting.
starlightkim_
#8
Chapter 7: Bestnya chappie ni..akhirnya luhan tahu jugak pasal minah..ppali update..
nurulbatrisya #9
Chapter 6: Authornim.update soon.citer ni best