One Step At A Time

Be My Last
Please log in to read the full chapter

Bab 9 - One Step At A Time


Jimin merasakan dia seolah-olah sedang berkhayal. Dia mengosok matanya sekali lagi untuk memastikan yang dia tak berkhayal.

“Ch-Chorong?” Bibirnya menyebut nama gadis yang berdiri di depannya itu.

Chorong memandangnya dengan pandangan yang kosong sebelum air matanya mengalir.

“Pembunuh...” Suaranya kedengaran sayup sahaja di telinga Jimin.

“A-apa?” Dia terkejut mendengar apa yang Chorong katakan padanya.

Baju putih Chorong mula bertukar kepada baju yang dipakainya ketika kemalangannya. Darah dan kesan lebam mula menunjukkan dirinya di tubuh Chorong. Bajunya yang bewarna biru juga mempunyai kesan darah.

Jimin mengundur setapak ke belakang bila dia lihat apa yang dah terjadi pada Chorong.

“Pembunuh...Kau pembunuh!” Chorong mula mendekatinya.

Jimin menggeleng kepalanya dan memegang kepalanya yang mula terasa sakit dan pening.

“Kau yang bunuh aku...Kau rampas hidup aku! Pembunuh!” Chorong menjerit dengan tangisan.

“Tak! Aku bukan pembunuh! Tak!” Jimin menidakkan dan menutup matanya.

Ketika itulah ingatan lamanya yang dipadam empat tahun yang lepas melintas di kotak fikirannya.

“Tak...Tak...Tak!” Dia menggelengkan kepalanya dengan mata yang masih tertutup. Dia tidak dapat menerima kenyataan yang mungkin dialah penyebab kematian Chorong.

Dia menepis tangan yang memegang bahunya sebelum dia membuka matanya dan dia lihat Taehyung ada di hadapannya dengan muka yang risau.

“Tae...Aku...Aku bukan pembunuh...Tolong aku Tae, Chorong cakap aku bunuh dia, Tae! Cakap kat dia aku tak bersalah!” Kata Jimin dengan takut. Dia lihat di sekeliling bilik yang putih itu untuk mencari kelibat Chorong namun dia tak lihat apa-apa.

 

 

“Dah hampir tiga bulan dia dekat sini. Kenapa saya tengok dia macam tak ada perkembangan yang positif?” Tanya Taehyung kepada doktor yang merawat Jimin.

Doktor yang duduk di depannya itu mengeluh dan menanggalkan kaca matanya.

“Saya dah cuba pelbagai cara untuk bantu dia, saya dah cuba hipnosis, terapi dan pelbagai cara lagi. Tapi semuanya tak berjaya. Dia enggan lupakan cik Park Chorong. Seperti yang kamu lihat tadi, dia akan terkena gangguan secara tiba-tiba jika dibiarkan bersendirian. Dia sering menjerit ‘aku bukan pembunuh’ dan ‘maafkan aku’. Kadang-kadang dia menangis dalam tidurnya.” Kata Doktor Lee, satu-satunya doktor dari Korea di hospital itu.

Taehyung terdiam mendengar penjelasan doktor itu.

Doktor Lee merenungnya lama, “Awak ada apa-apa lagi ke yang awak tak cerita dekat saya berkaitan Jimin? Saya tahu dia pernah menculik seorang kawan dia. Dia tak bunuh kawan dia tu kan?” Tanya Doktor Lee.

Mata tajam Taehyung menjeling Doktor Lee sebelum dia bangun dari kerusinya dan bergerak ke pintu untuk keluar.

“Taehyung. Permohonan awak untuk bawa Jimin keluar bersiar-siar hari ahad ni, saya dah luluskan. Tapi kamu kena bawa pengawal peribadi kamu sekali supaya dia tak lakukan perkara yang membahayakan dirinya dan orang lain.” Kata Doktor Lee sekaligus menghentikan langkah Taehyung.

“Hmm.” Taehyung membalas dengan perahan sebelum dia meninggalkan bilik doktor itu untuk pergi melawat Jimin di wadnya.

Dia ditegur oleh jururawat dan doktor yang berjalan melepasinya ketika dia dalam perjalanan hendak ke was Jimin dan dia hanya mampu tersenyum nipis dan mengangguk sahaja. Kepalanya pening memikirkan Jimin.

Kakinya berhenti di

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
Be My Last ❧ Lol korg x rse pelik ke Yuko bagi Minah berbaik ngn Luhan cepat sgt ni? ;) [1:31 AM | 17/2/16]

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 10: Kesian minah,cepat update authornim.by the way,lagu ost kill me heal me tu sesuai dgn chapter kali ni.my fav song.
starlightkim_
#2
Chapter 10: Kenapalah dengan jimin ni?asyik ganggu minah je.kesian kat minah.patutnya jimin tu meringkuk je dalam penjara,barulah hidup luhan dan minah aman.
starlightkim_
#3
Chapter 9: Haha..sehun jealous lah tu..akhirnya,minah dan luhan bersama semula dan akhirnya authornim update jugak ff ni..mohon update lagi..jimin,cepat-cepatlah sembuh dan jangan kacau luhan dan minah lagi..
mark_lina_jimin #4
Chapter 6: daebak...sambung lagi tau...tapi part kali ni mcm sedih pulk
sehunloversuho #5
Chapter 8: happy new year author-nim!!
starlightkim_
#6
Chapter 8: Yey!!sudah ada part sweet luhan and minah..sian luhan dan minah..huhu..jimin..mark..jgnlah kacau mereka lagi..mmg taehyung kene hantar jimin me pakar psikatri..sbb keadaan dia macam semakin teruk..ppali update..
bubble_na_baebeul #7
Chapter 7: Woahh.daebak.best kot.

Luhan.hwaiting.
starlightkim_
#8
Chapter 7: Bestnya chappie ni..akhirnya luhan tahu jugak pasal minah..ppali update..
nurulbatrisya #9
Chapter 6: Authornim.update soon.citer ni best