Going Down

Be My Last
Please log in to read the full chapter

Bab 10 - Going Down


“Awak rasa saya perlukan baju sejuk ni tak?” Tanya Luhan sambil mengangkat baju sejuk yang dipilih dari rak baju di depannya. Mereka berdua mengambil keputusan untuk keluar membeli barang yang akan dibawa ketika berkhemah pada hari ahad yang akan datang.

“Tak payah. Baju sejuk awak dah banyak dekat rumah tu.” Kata Minah sambil menggeleng kepala.

“Mana awak tahu?” Tanya Luhan.

“Saya tahulah~” Kata Minah dengan selamba sebelum dia bergerak ke bahagian peralatan perkhemahan.

Sedang dia membelek peralatan yang ada disitu, dia terasa seolah-olah dia sedang diperhatikan dari jauh lalu dia mengangkat kepalanya untuk mencari siapa yang sedang memandang ke arahnya dengan harapan orang itu ialah Luhan.

Darahnya seolah-olah sudah kering bila dia bertentang mata dengan si empunya badan yang berdiri tidak jauh darinya.

Dia perlahan-lahan mengatur langkah ke belakang sambil cuba untuk mengawal pernafasannya yang tiba-tiba terasa seperti dia sudah hilang keupayaan untuk bernafas. Badannya mula menggigil dan bila dia terlanggar Luhan yang ketika itu sedang mendekatinya, dia hampir menjerit.

“Tolong jangan apa-apakan aku!” Katanya dengan mata yang tertutup bila Luhan memegang kedua belah tangannya.

“Kenapa ni? Are you okay?” Luhan bertanya dengan nada risau. Dia lihat Minah menutup matanya dengan rapat dan menggigil ketakutan.

Minah membuka matanya dan dengan segera memeluk Luhan, dia betul-betul ketakutan.

“J-Jimin! Dia ada dekat sini! D-dia ada dekat sini!” Kata Minah panik.

Mata Luhan membulat sebelum dia mencari dimana kelibat lelaki yang disebut Minah tadi. Dia mula mengatur langkah untuk pergi bila dia lihat Jimin sudah mula mengatur langkah untuk mendekati mereka.

“Jom balik.” Katanya sambil memegang tangan Minah dan bergerak ke arah lif yang tidak jauh dari mereka.

Sampai sahaja di tempat meletak kereta, Minah terus jatuh melutut ke atas lantai sebelum dia mula menangis.

Luhan turut berlutut di sisi Minah sebelum menariknya ke dalam dakapannya.

“Its alright. Dia dah tak ada. You’re going to be okay.” Pujuknya dengan lembut sambil mengelus rambut Minah.

“Minah tak sangka akan jumpa dia dekat sini. Apa yang dia buat dekat sini? Kenapa?” Kata Minah dalam esakkannya.

Luhan hanya mendiamkan diri sambil cuba untuk menenangkan Minah. Dia juga turut berfikir, mengapa Jimin ada disini bila lelaki itu sepatutnya meringkuk di dalam penjara selepas dia ditangkap kerana jenayah yang telah dilakukannya.

 

 

“Jimin? Kau nak pergi mana tu?” Tanya Taehyung bila dia lihat Jimin mula bergerak ke arah alatan perkhemahan.

Dia terpaksa membawa Jimin keluar sehari awal kerana pada keesokkan harinya dia perlu pulang ke Korea buat sementara untuk menyelesaikan urusan keluarganya yang masih tidak selesai setelah bertahun-tahun.

“Chorong...Aku nampak Chorong!” Kata Jimin. Langkahnya terhenti bila pengawal peribadi mereka menghalang jalannya.

“Ketepi lah! Aku nak jalan!” Arah Jimin dengan muka bengis pada wajahnya yang kini sudah berubah cengkung dan pucat.

Pengawal peribadinya mendiamkan diri dan tidak berganjak diri situ membuatkan Jimin bertambah geram.

“Aku kata ketepi lah! Berambus!” Jerit Jimin lalu menarik perhatian beberapa orang yang berada di sekeliling mereka.

Taehyung mengisyaratkan kepada pengawal peribadinya untuk menyuntik ubat yang telah dibekalkan oleh doktor Jimin.

Dengan hanya satu suntikan, tubuh Jimin mula berubah lemah dan dia dibawa pergi dari situ.

Taehyung menelefon pembantunya untuk membuat siasatan tentang Minah selepas mendengar apa yang dikatakan Jimin tadi.

Tak mungkin Minah ada disini. Tak mungkin. Mungkin Jimin salah nampak atau dia berkhayal lagi. Fikir Taehyung setelah dia masuk ke dalam kereta mereka.

“Pastikan semua maklumat tentang dia saya dapat selepas saya baik dari Korea dua hari lagi. Saya nak tahu kalau betul dia ada dekat sini supaya saya boleh elak dia dari terjumpa dengan Jimin. Ya, ini untuk kebaikan mereka berdua.” Katanya sebelum t

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
Be My Last ❧ Lol korg x rse pelik ke Yuko bagi Minah berbaik ngn Luhan cepat sgt ni? ;) [1:31 AM | 17/2/16]

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 10: Kesian minah,cepat update authornim.by the way,lagu ost kill me heal me tu sesuai dgn chapter kali ni.my fav song.
starlightkim_
#2
Chapter 10: Kenapalah dengan jimin ni?asyik ganggu minah je.kesian kat minah.patutnya jimin tu meringkuk je dalam penjara,barulah hidup luhan dan minah aman.
starlightkim_
#3
Chapter 9: Haha..sehun jealous lah tu..akhirnya,minah dan luhan bersama semula dan akhirnya authornim update jugak ff ni..mohon update lagi..jimin,cepat-cepatlah sembuh dan jangan kacau luhan dan minah lagi..
mark_lina_jimin #4
Chapter 6: daebak...sambung lagi tau...tapi part kali ni mcm sedih pulk
sehunloversuho #5
Chapter 8: happy new year author-nim!!
starlightkim_
#6
Chapter 8: Yey!!sudah ada part sweet luhan and minah..sian luhan dan minah..huhu..jimin..mark..jgnlah kacau mereka lagi..mmg taehyung kene hantar jimin me pakar psikatri..sbb keadaan dia macam semakin teruk..ppali update..
bubble_na_baebeul #7
Chapter 7: Woahh.daebak.best kot.

Luhan.hwaiting.
starlightkim_
#8
Chapter 7: Bestnya chappie ni..akhirnya luhan tahu jugak pasal minah..ppali update..
nurulbatrisya #9
Chapter 6: Authornim.update soon.citer ni best