Missing You

Be My Last
Please log in to read the full chapter


Bab 1 - Missing You


Kaki Luhan menapak menuju ke apartmen tempat tinggalnya bersama kawan-kawan sekelasnya yang lain. Dia betul-betul merasa penat kerana kelasnya yang pertama mula pada pukul 9 pagi, dan kelasnya yang terakhir berakhir pada pukul 6 petang dan dia tidur pada pukul 4 pagi untuk menyiapkan assignmentnya. Begnya digalas pada bahunya dan rambutnya yang kini lebih pendek dari dulu ditutup dengan beanie bewarna hitam untuk melindungi telinganya dari merasa kesejukkan angin petang di Edinburgh.

Kunci dibawa keluar dari poket ketika dia mendaki tangga menuju ke tingkat kedua apartment tiga tingkat itu. Telinganya kemudian menangkap suara orang berbicara dalam bahasa Korea ketika dia sudahpun berada di depan apartmenya namun dia tak tahu dimana suara itu datang. Kunci dipulas sebelum pintu itu terbuka dan dia membuka kasutnya selepas dia masuk.

“You’re home early today.” Mark Tuan, teman serumahnya berkata bila dia lihat Luhan memasuki ruang tamu. Dia yang sedang memasak itu terkejut kerana biasanya Luhan akan menghabiskan masanya di perpustakaan dan pulang sebelum pukul 10 malam.

Luhan hanya tersenyum, “The library’s close and besides, I’ve already turned in my assignments.” Katanya dalam bahasa inggeris dan mencampakkan kunci rumah ke atas meja kopi yang ada di ruang tamu itu.

“Kau masak apa? Rajin betul. Selama ni aku mintak tolong kat dapur pun kau tak nak.” Tanya Luhan dan bergerak ke peti ais untuk mengambil air.

Mark tersengih dan berpusing menghadap teman serumahnya itu.

“Aku masak ni bukan untuk korang. Tapi untuk jiran baru kita yang baru pindah. Aku dengar diorang datang dari Korea.” Kata Mark.

Kening Luhan diangkat sebelah, “Diorang? Ramai ke jiran kita tu? And yang paling penting, perempuan or lelaki sampai kau rajin sangat memasak ni?” Luhan bertanya dalam nada gurauan.

Mark kemudian mengeluarkan tangannya untuk berkira-kira berapa orang yang tinggal di depan rumah mereka.

“Tak ramai, 3 orang je. Dua lelaki, seorang perempuan.” Katanya dan kembali memasak.

Luhan hanya mengangguk sebelum dia berjalan menuju ke biliknya. Kawan-kawan serumahnya yang lain masih lagi belum pulang dari kelas mereka ataupun ada yang keluar bertemu janji dengan kekasih hati masing-masing. Beg yang masih ada bersamanya diletakkan di atas kerusi sebelum dia berbaring di atas katil yang terletak bersebelahan dengan tingkap itu. Telefon yang ada di dalam poket diletakkan di meja tepi katilnya.

Setelah dia berbaring hampir setengah jam, dia bangun dari katil itu dan mengambil tuala yang tersangkut di kerusinya dan menuju ke bilik mandi di luar biliknya untuk membersihkan badannya.

“Luhan! Aku nak kena balik kampus sekejap! Barang aku tertinggal dekat sana!” Suara Mark bergema diluar bilik mandi itu.

“Okey! Kunci jangan lupa bawak!” Balas Luhan sambil membasuh rambutnya.

Dia kemudian keluar dari bilik mandi itu dan mengeringkan rambutnya. Kakinya melangkah ke biliknya dan dia menekan butang kunci di atas telefonnya untuk menyalakan skrin iPhone 6 itu. Keluhan dilepaskan saat skrin itu bernyala dan gambar yang terpapar di skrin itu merupakan gambar gadis yang masih lagi bertakhta di dalam hatinya.

Biarpun sudah dua tahun mereka tidak bersua mahupun bertegur sapa, perasaannya pada gadis itu tidak pernah berubah. Luka dihatinya juga masih belum sembuh dan setiap kali dia teringat kembali kenangan mereka, hatinya menangis.

Saya rindu sangat dekat awak...I wonder how are you doing right now. Fikirnya. Telefon itu diletakkan di dadanya untuk melepaskan rindu yang berbuku di dalam hati.

Dia masih lagi menyimpan gambar perkahwinannya dengan gadis itu di dalam meja tepi katilnya dan dia tak pernah sekalipun mengeluarkan gambar itu ketika teman serumahnya ada.

Walaupun penceraiannya telah dua tahun berlalu, dia masih lagi cuba untuk menerima kenyataan. Kenyataan yang dia dan Kim Minah sudah tiada ada apa-apa lagi ikatan.

Lampu biliknya kemudian ditutup kerana jarum jam sudah menunjukkan pada angka 10 malam. Matanya juga sudah mula terasa berat dan besoknya dia perlu ke kelas pada pukul 9 pagi. Perlahan-lahan dia berbaring di atas katil dan menghadap ke dinding untuk merehatkan diri dengan harapan yang dia akan dapat melupakan Minah.

 

 

“Woi! Bangun! Kau dah lambat ni!” Jeritan Kevin mengejutkan Luhan dari lenanya dan mendengarkan perkataan ‘lambat’ itu membuatkan Luhan berlari ke tandas dengan pantas untuk mandi.

Mampuslah aku! Aku dah lambat ni! Fikirnya selepas dia selesai membersihkan diri dan bersiap untuk ke kelasnya. Beg dicapai dan dia bergegas keluar dari apartmen itu bersama kunci di dalam genggaman tangannya. Kakinya melangkah anak tangga dengan pantas dan sebaik sahaja dia sampai di tingkat paling bawah, dia berlari menuju ke pondok bas dan dia menarik nafas lega bila bas yang biasa dinaikinya masih lagi disitu.

“Fuh. Nasib baik sempat.” Katanya selapas dia menaiki bas itu. Matanya kemudian mencari tempat kosong untuk duduk sebelum matanya mengecam satu wajah yang dikenalinya. Dia menggosok matanya sebelum dia melihat kembali pada orang itu.

Tak mungkin. Fikirnya. Dia menggosok lagi matanya ketika bas itu berhenti dan bila matanya dibuka semula, orang itu tiada lagi disitu.

Dia memicit kepalanya, Tu semua khayalan kau. Tak mungkin dia ada dekat sini. Hatinya mengingatkan dan dia

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
MizzYukiko
Be My Last ❧ Lol korg x rse pelik ke Yuko bagi Minah berbaik ngn Luhan cepat sgt ni? ;) [1:31 AM | 17/2/16]

Comments

You must be logged in to comment
Heart_love
#1
Chapter 10: Kesian minah,cepat update authornim.by the way,lagu ost kill me heal me tu sesuai dgn chapter kali ni.my fav song.
starlightkim_
#2
Chapter 10: Kenapalah dengan jimin ni?asyik ganggu minah je.kesian kat minah.patutnya jimin tu meringkuk je dalam penjara,barulah hidup luhan dan minah aman.
starlightkim_
#3
Chapter 9: Haha..sehun jealous lah tu..akhirnya,minah dan luhan bersama semula dan akhirnya authornim update jugak ff ni..mohon update lagi..jimin,cepat-cepatlah sembuh dan jangan kacau luhan dan minah lagi..
mark_lina_jimin #4
Chapter 6: daebak...sambung lagi tau...tapi part kali ni mcm sedih pulk
sehunloversuho #5
Chapter 8: happy new year author-nim!!
starlightkim_
#6
Chapter 8: Yey!!sudah ada part sweet luhan and minah..sian luhan dan minah..huhu..jimin..mark..jgnlah kacau mereka lagi..mmg taehyung kene hantar jimin me pakar psikatri..sbb keadaan dia macam semakin teruk..ppali update..
bubble_na_baebeul #7
Chapter 7: Woahh.daebak.best kot.

Luhan.hwaiting.
starlightkim_
#8
Chapter 7: Bestnya chappie ni..akhirnya luhan tahu jugak pasal minah..ppali update..
nurulbatrisya #9
Chapter 6: Authornim.update soon.citer ni best