8

Fate..
Please Subscribe to read the full chapter

Kim Myungsoo Appearance 

Minji terbangun dari tidur apabila terdengar suara pintu bilik stor dibuka. Minji membuka matanya perlahan dan terlihat ibu tirinya berdiri dihadapannya.

“Bangun.. Pergi sekolah,” Ibu tirinya berkata perlahan.

Minji bangun dari lantai dan berdiri lalu menggosok-gosok matanya.

“Cepat! Aku tak nak cikgu dekat sekolah kau telefon ayah kau, Tanya kenapa tak datang. Tak pasal-pasal aku yang kena,” Ibu tirinya berkata dan Minji mengangguk perlahan.

Minji pun keluar dari bilik stor dan bersiap-siap ke sekolah. Minji pergi ke meja makan dan terlihat sarapan telah disediakan oleh pembantu rumah yang mula baru mula bekerja.

“Cik Minji.. Duduklah.. Sarapan dulu..” Salah satu maid membawa Minji ke salah satu kerusi yang telah ditarik keluar.

“Terima kasih..” Minji pun mula bersarapan seorang diri.

Selepas bersarapan, Minji pun pergi ke sekolah dengan menaiki kereta yang dibawa oleh seorang pemandu lelaki.

Dalam perjalanan 10 minit untuk pergi ke sekolah, Minji hanya memikirkan apakah nasibnya apabila pulang ke rumah nanti..

2 tahun berlalu dan kini Minji berumur 18 tahun dan masih bersekolah.

Setiap hari, dia didera oleh ibu tirinya dan dia sudah terbiasa. Segala kerja mesti sempurna dan kemas. Walaupun dia sering didera, panggilan ‘mak’ tetap dipanggil untuk ibu tirinya. Ayah Minji langsung tidak tahu apa yang terjadi dengan Minji walaupun kadang-kadang terlampau obvious. Hampir setiap hari, mesti ada seguris luka ada ditangan Minji , ayahnya perasan tetapi kurang mengambil kisah. Minji hanya memendam seorang diri. Dia langsung tidak ada kawan atau teman untuk meluahkan perasaan.  

Pada suatu hari, ketika ini Minji baru pulang dari sekolah. Dia dijemput oleh drivernya seperti biasa dan pulang ke rumah. Setelah tiba di rumahnya, Minji turun dari kereta dan berhenti di hadapan rumah. Dia terlihat ada sepasang kasut kulit berwarna hitam berkilat dan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mrs_Hana02
#1
Chapter 27: Yeyyyy myungji xD
SyiqaYeollie
#2
Chapter 27: Update soon.^^♥♥♥
_fs_abby
#3
Chapter 26: and goodluck for your chess competition ^^ break a leg
_fs_abby
#4
Chapter 25: hoya nii comel tpi menyebok xD minji, tolonglah pikirkn anak tu, itukn anak die ngan myungsoo. mereka berdua nii dua2 keras sngt kepala. haiyyyee
atikahbp #5
Chapter 26: waa .. bilalaa diaorang nk berbaik :/
Mrs_Hana02
#6
Chapter 26: Omg janganlah minji cakap yg anak tu anak hoya ;-; andwaeee nak myungji couple >< *terbalikkan katil*
GreenDecember #7
Chapter 25: Nak myungsoo dgn minji...hoya pergi memancing ikan tu....ikan duyung tgah tngu kat laut
_Chestnut
#8
Chapter 25: Wuhuuu baby ~~~
Harp diorang cpt baek.
chacha_ieyra
#9
Chapter 25: alah....baiklah ngn mnyung soo blk..huhuhuh....
update soonxD
Mrs_Hana02
#10
Chapter 25: Hoya shuh shuh --" xD Minji, layanlah myungsoo baik2 == xD membebel sengsorang xD kyahhh betul sangkaan saya :3 kekekeke