18

Fate..
Please Subscribe to read the full chapter

Fever

Pukul 6:30 petang.. Bangunan Kim Cooperation mulai kosong. Semua pekerja sudahpun pulang ke rumah kecuali Myungsoo yang baru habis kerjanya. Dia mengambil beg bisnesnya dan membawanya turun dari bangunan dan menuju ke parking lot. Dia pergi kearah kereta ferrari 458 pemberian ayahnya dan masuk ke dalam kereta itu dan mula memandu menuju ke rumahnya. Sambil memandu, dia membuka radio yang sedang memainkan lagu “Hi” daripada Lovelyz. Dia menggerakkan kepalanya mengikut rentak sambil menyanyi perlahan. Dalam 10 minit, Myungsoo tiba di rumahnya. Dia memandu keretanya masuk kedalam garaj. Selepas itu, dia keluar dari garaj dan menuju masuk ke rumahnya. Dia menjejakkan kakinya ke ruang tamu dan keadaan rumah itu sangat senyap. Tiba-tiba dia terdengar suara orang sedang batuk dari arah dapur. Myungsoo dengan perlahan, pergi ke dapur dan melihat Minji sedang memasak sesuatu.

“Huk! Huk!” Minji terbatuk lagi, tetapi lebih kuat. Myungsoo hanya memerhati dari belakang. Minji memusingkan kepalanya kebelakang dan terlihat suaminya sedang berdiri dibelakangnya.

“Oh, awak.. Tunggu sekejap.. Makanan tak siap lagi.. Huk Huk..”

“Kenapa kau batuk-batuk? Kalau kau tak sihat tak payah masak. Kita makan dekat luar,”

“Tak apalah..  Tak payah membazir, lagipun makanan ni dah nak siap..” Minji menyambung masak. Myungsoo pula berdiri sambil memeluk tubuhnya, memandang segala gerak-geri isterinya yang sedang masak. 10 minit berlalu, Minji sudah siap masak.  Kimchi bokkeumbap buatan Minji sudahpun siap. Minji meletakkan 2 pinggan diatas meja dan dari kuali, dia mengalihkan kimchi bokkeumbap dari kuali keatas pinggan. Myungsoo hanya melihat, perutnya berbunyi. Minji terdengar lalu ketawa kecil lalu terbatuk sedikit.

“Duduklah.. Makan dulu.. Saya nak bersihkan dapur ni dulu,”

Myungsoo pun duduk diatas kerusi, dia hanya menghadap makanan dihadapannya tanpa menjamah, menunggu Minji. Selepas Minji siap membersihkan dapurnya yang berselerak, dia duduk dihadapan Myungsoo.

“Kenapa tak makan lagi?” Minji senyum. Myungsoo hanya memandang muka Minji. Timbul rasa bersalah dihati Myungsoo. Dia teringat makanan yang dia lemparkan sebantar tadi di pejabat. Kalaulah Minji tahu apa yang dia buat, confirm Minji sangat sangat sedih.

Myungsoo mengambil sudu disebelah pinggan dan menjamah.

‘Sedapnya..’

“Okay tak?” Minji meletakkan kedua-dua tangannya diatas meja. Myungsoo terlihat dua jari Minji dibalut dengan pembalut luka.

“Kenapa tu?” Myungsoo memegang jari Minji.

“A-ah.. Jangan..” Minji melepaskan jarinya dari tangan Myungsoo.

“Wae?”

“Biasalah.. Perempuan masak selalu jadi macam ni..”

‘Kalau satu jari aku tak kisah sangat, ni sampai dua..’

“Hmm.. Myungsoo.. Okay tak bento yang saya buat tadi?” Minji bertanya soalan tentang makanan yang dia buat tengah hari tadi.

“U-uh.. B-boleh lah..” Myungsoo menggeletar, teringat peristiwa tadi.

“Macam tak sedap je? Huhu.. First time saya buat bento tu, tu yang 2 jari jadi macam ni sekaligus,” Minji gelak. Myungsoo hanya terdiam, menyuapkan mulutnya dengan makanan dihadapannya. Minji hanya memakan 2-3 suap, dia berhenti makan.

“Kenapa tak makan lagi?” Myungsoo menanya, Minji menggelengkan kepalanya.

“Tak selera,” Suara Minji serak. Minji hanya meletakkan pinggannya didalam sinki dan pergi ke biliknya.

Myungsoo menghabiskan makanannya dan membasuh pinggannya serta isterinya. Selepas itu, dia pergi ke bilik Minji, untuk melihat keadaan isterinya. Dia membuka pintu dan melihat isterinya terbaring lemah diatas katil. Myungsoo mendekati tubuh isterinya dan meletakkan tangannya diatas dahi isterinya, dahinya panas.

“Lah.. Demam..” Myungsoo berkata. Myungsoo pergi ke dapur dan mengambil mangkuk kecil dan kain dan menuangkan air suam kedalam mangkuk dan memasukkan kain kedalam mangkuk itu. Dia membawa mangkuk itu kedalam bilik Minji, lalu mengambil kain didalam baldi lalu memerahnya perlahan selepas itu meletakkannya keatas dahi Minji.

“Huh.. Dia tak boleh sekolah dalam keadaan macam ni..”

Myungsoo duduk diatas katil, sebelah tubuh Minji yang sedang terbaring. Dia hanya memandang muka Minji yang pucat lesu dalam masa yang lama. Dia memerhati mata isterinya yang tertutup, hidungnya yang agak mancung, bibirnya yang pucat. Apabila Myungsoo meneliti muka isterinya baru dia perasan, Minji sangat cantik.

‘Aku tak mungkin suka dia.. Takkan.. Aku tak boleh.. Perempuan yang aku tunggu sampai sekarang.. Aku nak dia, bukan Minji..’

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mrs_Hana02
#1
Chapter 27: Yeyyyy myungji xD
SyiqaYeollie
#2
Chapter 27: Update soon.^^♥♥♥
_fs_abby
#3
Chapter 26: and goodluck for your chess competition ^^ break a leg
_fs_abby
#4
Chapter 25: hoya nii comel tpi menyebok xD minji, tolonglah pikirkn anak tu, itukn anak die ngan myungsoo. mereka berdua nii dua2 keras sngt kepala. haiyyyee
atikahbp #5
Chapter 26: waa .. bilalaa diaorang nk berbaik :/
Mrs_Hana02
#6
Chapter 26: Omg janganlah minji cakap yg anak tu anak hoya ;-; andwaeee nak myungji couple >< *terbalikkan katil*
GreenDecember #7
Chapter 25: Nak myungsoo dgn minji...hoya pergi memancing ikan tu....ikan duyung tgah tngu kat laut
_Chestnut
#8
Chapter 25: Wuhuuu baby ~~~
Harp diorang cpt baek.
chacha_ieyra
#9
Chapter 25: alah....baiklah ngn mnyung soo blk..huhuhuh....
update soonxD
Mrs_Hana02
#10
Chapter 25: Hoya shuh shuh --" xD Minji, layanlah myungsoo baik2 == xD membebel sengsorang xD kyahhh betul sangkaan saya :3 kekekeke