19
Fate..
Déjà vu
2 bulan berlalu.. Hubungan Minji dan Myungsoo agak rapat. Mereka boleh berbual, tetapi dalam jangka masa yang pendek sahaja, tapi bagi Minji, itu satu perubahan yang sangat besar.
“Sila ulang kaji apa yang kita belajar tadi.. Esok, saya akan buat test.. Siapa yang gagal.. Tahu-tahulah apa yang cikgu buat,” Guru matapelajaran sejarah berkata kepada semua murid dihadapannya. Minji mengeluh, “Woah.. Banyaknya nak kena hafal,”
“Semua murid boleh balik.. Terima kasih,” Guru tersebut mengambil buku-bukunya diatas meja guru dan keluar dari kelas. Semua murid juga mengemas barang-barang mereka semua dan memasukkannya kedalam beg lalu keluar dari kelas dan balik. Minji pun mengemas barang-barangnya dan meletakkannya kedalam beg, kecuali buku sejarah. Sambil keluar dari kelas, dia membaca buku dan hafal apa yang patut dihafal.
“Minji!” Hoya dari belakang memanggil.
“Eung?” Minji menoleh kepalanya kebelakang dan terlihat Hoya berlari kearahnya.
“Buat apa tuu?” Hoya bertanya sambil memandang buku ditangan Minji.
“Tengah makan,” Minji berkata lalu memandang buku sejarah itu balik.
“Cet.. Budak pandai dah start buat action. Belajar apa tu?” Hoya bertanya lagi.
Minji menekup buku searah ke muka Hoya, “Belajar Addmath,”
“Yaish..” Hoya menolak buku Minji dari mukanya.
“Jangan kacaulah.. Esok ada test.. Banyak pulak tu nak kena hafal,” Minji menyelak-nyelak bukunya.
“Chet.. Fine, fine,” Hoya memeluk tubuhnya. Mereka berdua berjalan dalam keadaan yang senyap sehingga tiba di rumah Minji.
“Okay, Pai pai Minji!” Hoya melambai lambaikan tangannya sambil berkata dengan suara yang comel.
Minji ketawa kecil, “Pai pai~” Minji pun membuat suara aegyo kepada Hoya.
“Comelnya..” Hoya tersenyum sendiri lalu meneruskan perjalanan ke rumahnya.
Minji masuk ke dalam rumah dan terlihat ayahnya sedang duduk diatas sofa di ruang tamu.
“Ayah!” Minji terkejut terlihat ayahnya berada di dalam rumahnya.
“Kenapa ayah datang sini?” Minji bertanya. Muka ayahnya suram. Terlampau suram.
“Minji.. Kita terpaksa pergi rumah nenek..”
Minji mula tidak sedap hati, “W-wae?”
“Ikut je..”
Minji menurut, tanpa menukar baju uniform sekolahnya, dia mengikut ayahnya masuk ke dalam kereta.
Minji melihat neneknya sedang terbaring lemah diatas katil. Air mata Minji mengalir. Mata neneknya memandang siling tanpa bergerak. Nafasnya agak perlahan.
“N-nenek.. Minji ni..” Minji memegang tangan neneknya yang agak sejuk.
“M-minji? C-cucu nenek..” Mata neneknya memandang Minji, mulutnya cuba untuk tersenyum walaupun sedikit.
“Kenapa nangis-nangis ni? Nenek tak suka tengok cucu nenek nangis..” Neneknya berkata lemah, tangannya cuba mencapai pipi Minji dan mengelap air matanya yang mengalir deras.
“Kalau nenek tak ada nanti, jaga diri baik-baik,” Neneknya memesan.
“Nenek! Jangan cakap macam tu..” Minji mengeleng-geleng kepalanya perlahan
Comments