27

Fate..
Please Subscribe to read the full chapter

4 bulan berlalu dengan pantas. Bonggol di perut Minji sudah jelas kelihatan. Minji sengaja membiarkan suaminya mengetahui perkara ini sehingga perutnya membesar walaupun suaminya sudah tahu lebih awal, jadi..Myungsoo tidak terlampau terkejut. Minji mula berhenti pergi ke sekolah 3 bulan usia kandungannya.

Pada suatu hari, Minji pergi ke bilik Myungsoo untuk bertanya sesuatu. Minji membuka pintu bilik suaminya dan terlihat suaminya sedang duduk diatas kerusi dihujung bilik dan membuat kerjanya dengan menaip sesuatu di laptopnya diatas meja. 


"M-myungsoo.." Minji memanggil.
Myungsoo berhenti menaip, "Eh.. Macam suara Minji panggil aku tadi.. Eyy.. Tak mungkin..” Myungsoo menyambung kerjanya.
"Kim Myungsoo!" Minji meninggikan suara.
"Ommo!" Myungsoo terkejut terlihat isterinya sudah berasa disebelahnya, sedang berdiri sambil memegang perutnya.
"Wae?" Myungsoo bertanya.
"Huh.. Minji nak pergi rumah ayah.. Boleh hantar tak?" Minji berkata. Myungsoo memikir mahu hantar Minji atau tidak. Kerjanya tidak tersiap lagi.
"Kalau tak boleh, Minji suruh Hoya han-"
"Jangan!" Myungsoo berdiri dengam segera dari tempat duduknya.
"Kita pergi sekarang, cepat bersiap.."

Myungsoo membuka pintu kereta dan Minji pun masuk ke dalam kereta. Selepas Myungsoo menutup pintu kereta, dia masuk ke dalam kereta di tempat dia memandu.

Myungsoo memakaikan Minji seatbelt  lalu dia mula bergerak. Dalam perjalanan ke rumah ayah Minji, keadaan didalam kereta sungguh senyap. Myungsoo mula membuka radio dan lagu Last Romeo yang dinyanyikan oleh Infinite mula bermain. Minji tersenyum, lagu itu adalah lagu kegemaran Minji.  Minji menyanyi perlahan. Myungsoo yang berada disebelahnya turut tersenyum dan memandang Minji tanpa Minji ketahui. Setelah lagu itu habis, Minji mula mengeluh.

“Alaa.. Dah habis..” Minji mencebik.

“Minji suka lagu tu ke?”

“Yup.. Lagu favourite Minji.. Ada seorang lelaki dalam Infinite, muka dia hampir sama macam Myungsoo,”

“Ohh~ Kenal kenal.. Nama dia pun sama dengan Myungsoo. Kim Myungsoo,” Myungsoo tersenyum. Akhirnya dia dapat berbual dengan Minji seperti biasa.

Di pertengahan jalan..

“Aish.. Jem..” Myungsoo mengeluh, memegang stereng keretanya dengan erat. Selepas itu, dia memusingkan kepalanya, memandang Minji yang sedang terbaring dan tertidur. Mulutnya ternganga sedikit dan berdengkur perlahan. Mata Minji tertutup dengan rambutnya yang lurus serta panjang. Myungsoo menyelak rambutnya dan melihat muka isterinya. Dia membelai pipi Minji yang putih gebu dan..

“TINNN!!” Kereta di belakang Myungsoo menghon (mengehon?) dengan kuat. Minji pula bangun dari tidurnya kerana terkejut dan Myungsoo pula segera memandu keretanya kehadapan.

“K-kenapa?” Minji masih dalam keadaan terkejut.

“Tak ada apa..” Myungsoo menjawab, bagai tak ada apa yang berlaku.

Dalam 15 minit, kereta Myungsoo sudah pun masuk ke perkarangan rumah ayah Minji. Myungsoo turun dari kereta dan membuka pintu kereta dimana tempat Minji duduk. Minji turun dari kereta dengan berhati-hati dan menuju kehadapan rumah.

Minji menekan butang loceng disebelah pintu hadapan.

“Ding dong!” Minji dan Myungsoo berdiri dihapan pintu, menunggu pintu dihadapan mereka terbuka. Selepas beberapa saat menunggu, pintu terbuka. Seorang pembantu rumah yang menjaga Minji dari kecil menjemput.

“Oh, cik Minji,” Pembantu rumah itu tersenyum. Senyumannya semakin lebar apabila melihat perut Minji.

“Cik Minji dah mengandung ke? Wah~ Sekejap, saya panggil ayah Minji turun. Cik Minji tunggu dekat ruang tamu dulu.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mrs_Hana02
#1
Chapter 27: Yeyyyy myungji xD
SyiqaYeollie
#2
Chapter 27: Update soon.^^♥♥♥
_fs_abby
#3
Chapter 26: and goodluck for your chess competition ^^ break a leg
_fs_abby
#4
Chapter 25: hoya nii comel tpi menyebok xD minji, tolonglah pikirkn anak tu, itukn anak die ngan myungsoo. mereka berdua nii dua2 keras sngt kepala. haiyyyee
atikahbp #5
Chapter 26: waa .. bilalaa diaorang nk berbaik :/
Mrs_Hana02
#6
Chapter 26: Omg janganlah minji cakap yg anak tu anak hoya ;-; andwaeee nak myungji couple >< *terbalikkan katil*
GreenDecember #7
Chapter 25: Nak myungsoo dgn minji...hoya pergi memancing ikan tu....ikan duyung tgah tngu kat laut
_Chestnut
#8
Chapter 25: Wuhuuu baby ~~~
Harp diorang cpt baek.
chacha_ieyra
#9
Chapter 25: alah....baiklah ngn mnyung soo blk..huhuhuh....
update soonxD
Mrs_Hana02
#10
Chapter 25: Hoya shuh shuh --" xD Minji, layanlah myungsoo baik2 == xD membebel sengsorang xD kyahhh betul sangkaan saya :3 kekekeke