6

Fate..
Please Subscribe to read the full chapter

Without Reason..

Keesokan harinya, Minji bangun dari tidurnya dan melihat jam loceng disebelahnya yang menunjukkan pukul tujuh setengah pagi. Cuti hujung minggu pun bermula dan selalunya dia akan pulang ke kampung berjumpa dengan neneknya. Minji mengambil beg bagasinya dan mengisi baju-baju yang perlu dibawa. Tiba-tiba ayahnya masuk kedalam bilik Minji dengan muka yang tidak begitu gembira.

Minji memandang ayahnya, “Wae?”

“Minji tak boleh balik kampung hari ni..” Ayah Minji berkata.

Minji terkejut, “K-kenapa? Habis, Minji nak buat apa dekat rumah ni?”

“Mak kan ada, Minji boleh berbual atau buat apa-apa aktiviti dengan dia. Ayah ada banyak kerja kat office,” Ayahnya menerangkan.

“Tapi driver kan ada,”

“Dia ambil cuti hari ni, isterinya sakit katanya.. Minggu ni je. Lagi satu, ayah mungkin tak balik malam ni..”

‘Sudah.. Habislah aku kena dengan mak hari ni..’ Minji mulai risau. Mukanya berubah takut.

“Kenapa Minji? Ada apa-apa masalah ke?” Ayahnya bertanya.

“T-tak ada apa.. Minji Cuma rindu dekat nenek je..” Minji mengeluarkan balik baju-baju dari beg bagasinya dan menyimpan kembali ke almarinya.

“Jagi?” Kedengaran suara ibu tiri Minji memanggil suaminya.

“Yep?” Ayah Minji pandang ke belakang dan melihat isterinya sedang berdiri diluar bilik.

“Jangan risau, saya akan jaga Minji baik-baik,” Ibu tiri Minji berkata sambil tersenyum. Minji tahu, disebalik senyuman itu, ada sesuatu di sebaliknya.

“Terima kasih..” Ayah Minji menguncup dahi isterinya dihadapan Minji.

“Sama-sama..”

“Jom sarapan, saya dah sediakan makanan dekat bawah,” Ibu tiri Minji menarik tangan suaminya dan Minji ke ruang makan.

Selepas bersarapan, Ayah Minji keluar dari rumah diiringi dengan isteri dan anaknya.

“Saya pergi dulu,” Ayah Minji mencium pipi isterinya lalu pergi kehadapan Minji.

“Ayah pergi dulu, jaga diri baik-baik,” Ayahnya mencium dahi Minji.

“Ayah.. Tak boleh balik hari ni ke?” Minji bertanya dengan nada sedih. Di sudut lain pula, ibu tirinya memandang Minji dengan pandangan yang tajam.

“Ayah banyak kerja dekat office, kalau ayah boleh cepat, ayah mungkin balik hari ni, tapi lewatlah,” Ayah Minji berkata lalu meninggalkan Minji dan isterinya dan masuk kedalam kereta.

Setelah kereta ayahnya keluar dari rumah, badan Minji tiba-tiba menggeletar.

“Jom masuk,” ibu tirinya memegang tangan Minji dengan kasar dan membawa masuk Minji ke dalam rumah. Dia membawa Minji ke ruang meja makan.

“Minji, kau nampakkan pinggan-pinggan atas meja tu?” Ibu tirinya memegang kepala Minji dan menghadapkannya kearah meja makan yang penuh dengan pinggan-pinggan yang kotor.

Minji mengangguk perlahan, “N-nampak..”

“Aku nak kau basuh semua,”

Tanpa berkata apa-apa, Minji pun pergi kearah meja makan dan mengangkat pingga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mrs_Hana02
#1
Chapter 27: Yeyyyy myungji xD
SyiqaYeollie
#2
Chapter 27: Update soon.^^♥♥♥
_fs_abby
#3
Chapter 26: and goodluck for your chess competition ^^ break a leg
_fs_abby
#4
Chapter 25: hoya nii comel tpi menyebok xD minji, tolonglah pikirkn anak tu, itukn anak die ngan myungsoo. mereka berdua nii dua2 keras sngt kepala. haiyyyee
atikahbp #5
Chapter 26: waa .. bilalaa diaorang nk berbaik :/
Mrs_Hana02
#6
Chapter 26: Omg janganlah minji cakap yg anak tu anak hoya ;-; andwaeee nak myungji couple >< *terbalikkan katil*
GreenDecember #7
Chapter 25: Nak myungsoo dgn minji...hoya pergi memancing ikan tu....ikan duyung tgah tngu kat laut
_Chestnut
#8
Chapter 25: Wuhuuu baby ~~~
Harp diorang cpt baek.
chacha_ieyra
#9
Chapter 25: alah....baiklah ngn mnyung soo blk..huhuhuh....
update soonxD
Mrs_Hana02
#10
Chapter 25: Hoya shuh shuh --" xD Minji, layanlah myungsoo baik2 == xD membebel sengsorang xD kyahhh betul sangkaan saya :3 kekekeke