21

Fate..
Please Subscribe to read the full chapter

Sinful Action

3 bulan berlalu..

Minji sudah pun pulih dari traumanya. Dia sudah boleh menerima yang neneknya sudahpun tiada. Walaupun neneknya sudah tiada di sisi Minji, Minji tahu, dia tetap ada di hati Minji.

“Kringg~~!!” Telefon rumah berbunyi. Minji yang sedang memasak di dapur mengangkat telefon dengan segera.

“Hello?”

“Hello? Ni Minji ke?” Suara seorang lelaki bercakap.

“Ya, saya,”

“Minji! Hoya ni,”

“Oh, Hoya! Wae?”

“Uhm.. Boleh tak hari ni saya datang rumah awak.. Uhm.. Ada benda…. Penting nak beritahu,” Suara Hoya agak gagap ketika itu.

“Sukahati~ Tapi jangan pukul 2, saya nak pergi pejabat Myungsoo, nak hantar makanan.. Pukul 4 boleh tak?”

“Boleh boleh,”

“Okay.. Saya tengah masak ni,.. annyeong~”

“Jumpa nanti, annyeong!~”

Minji pun menyambung masak di dapur.

 

Tok tok tok! Pintu pejabat Myungsoo diketuk. Myungsoo tahu siapa yang mengetuk dan menyuruhnya masuk. Seperti selalu, Minji mahu meletakkan bekal diatas meja Myungsoo, tetapi mejanya terlalu penuh dengan kertas kerja.

“Nak letak mana ni?”

“Aish.. Mana-mana jelah..” Myungsoo menaip sesuatu di laptopnya dengan laju.  Kepalanya terlalu serabut dengan kerja-kerjanya dengan banyak. Minji meletakkan bekal yang dibawa diatas sebuah meja kecil di tepi pejabat.

“Saya letak kat sini.. Saya pergi dulu..”

“Hmm..”

Minji membuka pintu pejabat Myungsoo dan tiba-tiba ada seorang lelaki mengangkat berpuluh-puluh helai kertas ditangannya dan masuk ke pejabat Myungsoo.

‘Banyaknya kerja dia..'

 

Tiba sahaja di rumah, Minji segera mengemas rumahnya. Dia berhenti mengemas tepat pukul 4 petang.

Ding dong!

“Hoya dah sampai~” Minji menyandarkan penyapu diatas dinding dan segera mengejarkan pintu hadapan dan membukanya. Hoya sedang berdiri sambil kedua-dua tangannya berada di belakang badannya, memegang sesuatu.

“Annyeong~”

“U-uh? Hello~” Hoya bagaikan malu-malu kucing ketika itu.

“Masuklah dulu..” Minji menjemput Hya masuk dan membawanya ke ruang tamu.

“Apa benda tu? Awak nyorokkan apa tu kat belakang badan awak?” Minji mendekati Hoya.

“N-nah!” Hoya menghulurkan sejambak bunga ros dihadapan Minji.

“Uhm? Thank You?? Kenapa ni??” Minji agak confuse ketika itu.

“S-saranghae…” Hoya membuat pengakuan. Jantungnya bagaikan mahu terkeluar masa itu.

“Woah.. Woah.. Hoya, awak demam ke? Sakit ke?” Minji memegang dahi Hoya.

“S-saya memang suka dekat awak.. Sangat.. Awak kata awak kena kahwin paksa dengan suami awakkan? Awak tak suka Myungsoo kan? Jadi, saya nak ambil kesempatan ni.. Boleh tak, awak.. Uh..”

“T-tak!”

“Uh?”

“S-saya suka Myungsoo.. Walaupun dia jarang layan saya sebagai seorang isteri, saya tahu satu hari nanti, terbuka hati dia untuk terima saya. Saya sayangkan dia..  Jadi, boleh tak, kita teruskan hubungan kita, sebagai kawan je?”

“O-oh.. Tapi, hati saya takkan berubah untuk awak, saya akan tunggu awak..”

“…” Minji terdiam.

Hoya terasa sangat sangat malu ketika itu.

“Kenapa awak suka saya? Saya bukannya cantik.. Ada perempuan lain yang lagi cantik kan?” Minji pelik

“Tak.. Bagi saya awak ni, special.. In a different way.. Awak tak macam perempuan-perempuan lain. Awak ni.. Innocent, cantik, cute.. Saya tak faham, kenapa orang lain tak suka awak..”

“Saya lagi tak faham kenapa awak suka saya.. Walhal suami saya pun tak suka saya..”

“Kan saya cakap, awak ni special.. Suami awak tak suka awakkan? Kenapa awak suka dia? Sepatutnya awak cari lelaki yang lebih baik daripada Myungsoo..” Hoya mendekati Minji.

“Macam yang awak cakap, suami saya pun special, bagi saya. Kami ada sejarah kami sendiri. Awak tak tahu..” Minji menunduk.

“M-mianhae.. S-saya pergi dulu..” Hoya dengan perasaan malu mahu keluar da

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mrs_Hana02
#1
Chapter 27: Yeyyyy myungji xD
SyiqaYeollie
#2
Chapter 27: Update soon.^^♥♥♥
_fs_abby
#3
Chapter 26: and goodluck for your chess competition ^^ break a leg
_fs_abby
#4
Chapter 25: hoya nii comel tpi menyebok xD minji, tolonglah pikirkn anak tu, itukn anak die ngan myungsoo. mereka berdua nii dua2 keras sngt kepala. haiyyyee
atikahbp #5
Chapter 26: waa .. bilalaa diaorang nk berbaik :/
Mrs_Hana02
#6
Chapter 26: Omg janganlah minji cakap yg anak tu anak hoya ;-; andwaeee nak myungji couple >< *terbalikkan katil*
GreenDecember #7
Chapter 25: Nak myungsoo dgn minji...hoya pergi memancing ikan tu....ikan duyung tgah tngu kat laut
_Chestnut
#8
Chapter 25: Wuhuuu baby ~~~
Harp diorang cpt baek.
chacha_ieyra
#9
Chapter 25: alah....baiklah ngn mnyung soo blk..huhuhuh....
update soonxD
Mrs_Hana02
#10
Chapter 25: Hoya shuh shuh --" xD Minji, layanlah myungsoo baik2 == xD membebel sengsorang xD kyahhh betul sangkaan saya :3 kekekeke