16

Fate..
Please Subscribe to read the full chapter

Minji bangun dari tidurnya yang nyenyak. Dia membuka matanya dan menguap. Minji mahu turun dari katil tetapi pinggangnya dipeluk seseorang.

‘Oh..’

Minji melihat pinggangnya, kedua-dua tangan Myungsoo memeluk pinggangnya erat. Minji memegang tangan Myungsoo dan melepaskan tangan suaminya dari pinggangnya. Selepas itu, dia turun dari katil dengan perlahan, tidak mahu membangunkan suaminya yang sedang tidur. Minji pergi ke bilik air yang terletak di bilik Minji untuk mandi dan menyiapkan diri. Selepas mandi, Minji mengambil uniform sekolahnya yang digantungnya semalam didalam almari dan memakainya dan selepas itu, dia turun ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk dirinya dan suaminya. Minji menggoreng beberapa sosej dan telur goreng untuk suaminya serta dirinya sendiri. Selepas bersarapan seorang diri, Minji baru teringat, beg sekolahnya masih ada di rumahnya yang lama dan dia menepuk dahi.

“Macam mana aku nak pergi sekolah? Lagi satu, aku mana tahu jalan nak pergi sekolah dari sini,” Minji berkata seorang diri.

“Tin tin!” Kedengaran bunyi hon sebuah kereta di luar rumah. Minji keluar dari rumah dan terlihat pemandunya keluar kereta dan menjemput Minji masuk ke dalam kereta.

“Cik Minji jangan risau, beg sekolah cik ada dalam kereta,” Pemandunya berkata dan Minji mengangguk lalu masuk ke dalam kereta, dibahagian belakang.

Perjalanan dari rumah Minji dan Myungsoo ke sekolah agak jauh berbanding dengan rumah lamanya. Setelah 15 minit berlalu, dia sudah tiba di sekolahnya. Minji turun dari kereta dan masuk ke dalam kawasan sekolah. Semua murid memandang Minji. Ada yang berbisik dan tiba-tiba ada 2 orang perempuan mendekati Minji.

“Kang Minji~” Salah seorang perempuan itu memanggil Minji. Minji hanya terdiam. Dia tahu, perempuan yang mendekatinya sekarang sedang mengambil kesempatan untuk berkawan dengan Minji selepas mengetahui Minji sudah berkahwin dengan orang yang kaya plus handsome.

“Nak saya bawak beg awak ke?” Salah seorang perempuan itu memegang beg Minji. Minji menggeleng-gelengkan kepalanya laju dan berjalan dengan laju, meninggalkan 2 perempuan itu di belakang.

“Yah!! Mentang-mentang kau dah kahwin dengan orang kaya, kau sombong pulak!” Perempuan yang Minji tinggalkan tadi bersuara.

‘Tak silap aku, korang yang sombong dulu dengan aku.. Haihh..’

Selepas itu dia pergi ke lockernya untuk mengambil buku untuk matapelajaran pertama. Selepas mengambil buku addmath didalam lockernya, Minji menutup lockernya. Sambil berjalan, Minji membuka buku addmathnya dan membaca fromul-formula didalamnya tanpa memandang kehadapan. Tiba-tiba, Minji dilanggar seseorang dan buku ditangannya terjatuh.

“Omo! Mian, mian.. Saya minta maaf, saya tak pandang de-“ Kata-kata Minji terhenti apabila terlihat orang yang dia telah langgar.

“Minji!”

“Hoya? Awak sekolah sini?”

“Saya dah lama sekolah sini. Tapi saya tak pernah Nampak awak pun,” Hoya berkata.

“Saya pun tak pernah nampak awak..” Minji mengambil bukunya yang terjatuh lalu berdiri.

“Awak kelas mana?” Hoya bertanya.

“18-A”

“Ohh.. Pandai jugak awak ni.. Dapat kelas pertama,” Hoya memuji.

“Tak adalah.. Awak pulak kelas apa?”

“18-D”

“Ohh.. Okay, Okay..”

“Kita jalan sama-sama jom~” Hoya menga

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mrs_Hana02
#1
Chapter 27: Yeyyyy myungji xD
SyiqaYeollie
#2
Chapter 27: Update soon.^^♥♥♥
_fs_abby
#3
Chapter 26: and goodluck for your chess competition ^^ break a leg
_fs_abby
#4
Chapter 25: hoya nii comel tpi menyebok xD minji, tolonglah pikirkn anak tu, itukn anak die ngan myungsoo. mereka berdua nii dua2 keras sngt kepala. haiyyyee
atikahbp #5
Chapter 26: waa .. bilalaa diaorang nk berbaik :/
Mrs_Hana02
#6
Chapter 26: Omg janganlah minji cakap yg anak tu anak hoya ;-; andwaeee nak myungji couple >< *terbalikkan katil*
GreenDecember #7
Chapter 25: Nak myungsoo dgn minji...hoya pergi memancing ikan tu....ikan duyung tgah tngu kat laut
_Chestnut
#8
Chapter 25: Wuhuuu baby ~~~
Harp diorang cpt baek.
chacha_ieyra
#9
Chapter 25: alah....baiklah ngn mnyung soo blk..huhuhuh....
update soonxD
Mrs_Hana02
#10
Chapter 25: Hoya shuh shuh --" xD Minji, layanlah myungsoo baik2 == xD membebel sengsorang xD kyahhh betul sangkaan saya :3 kekekeke