17

Fate..
Please Subscribe to read the full chapter

Bento

2 hari berlalu.. Bermulalah Myungso menjadi seorang CEO Kim Cooperation, pengganti ayahnya. Myungsoo bangun awal, tidak seperti selalu dan menyiapkan diri, Minji juga bangun awal untuk ke sekolah. Minji bersiap-siap dan pergi ke dapur seperti biasa untuk menyiapkan sarapan. Minji membuat pancake serta orange juice untuk Myungsoo. Myungsoo pula turun ke dapur sambil membetulkan tali lehernya, tetapi tali lehernya tidak dapat dibetulkan. Minji melihat dari jauh.

“Nak saya tolong?” Minji bertanya.

“Tak payah..” Myungsoo menjawab. Tangannya masih lagi struggle untuk membetulkan tali lehernya tetapi tidak boleh. Tanpa Myungsoo suruh, Minji mendekati Myungsoo dan membetulkan tali lehernya. Myungsoo hanya membiarkan sambil memandang isterinya yang berada dihadapannya. Jantung Myungsoo berdegup sedikit kencang.

‘Yah Myungsoo! Control youself!’

“Done!” Minji melepaskan tangannya dari tali leher Myungsoo. Tanpa mengucapkan terima kasih, Myungsoo pergi ke meja makan dan memakan sarapannya. Minji tidak berserapan, dia hanya membawa bekal roti yang disapu jem sahaja untuk dimakan di sekolah. Myungsoo mahu menanya kenapa dia tidak makan di rumah, tetapi dia hanya mendiamkan diri.

“Ding dong!” Loceng pintu rumah berbunyi.

“Oh.. Dia dah sampai, pergi dulu!” Minji mengambil begnya dan berlari anak ke pintu hadapan.

“’dia’? Siapa tu?” Myungsoo mengintip dari dapur melihat siapa yang menjemput Minji. Myungsoo terlihat ada seorang lelaki memakai uniform sekolah yang sama dengan Minji berdiri di hadapan pintu rumah.

“Annyeong~” Hoya melambai-lambaikan tangannya.

“Jom pergi,” Minji melangkah keluar dari rumah.

“Yah!” Myungsoo menjerit, Hoya memusingkan kepalanya dan melihat Myungsoo berdiri sambil memeluk tubuhnya.

“Siapa tu?” Hoya bertanya.

“Oh, suami saya,” Minji menjawab.

“Apa kau nak buat dengan Minji?” Myungsoo bertanya.

“Uh.. Saya cuma jemput dia,” Hoya menjawab.

“Minji.. Kan ada driver yang hantar nanti, kenapa jalan dengan dia?” Myungsoo menyoal Minji pula.

“Uhm.. Dia cakap dia nak jemput saya semalam.. So, saya cakap dengan driver tak payah ambil saya hari ni..”

“Minji tahu tak? Apa yang dia akan buat dengan Minji nanti?!”

“Dia tak buat apa-apa! Dia satu-satunya kawan saya..”

“Apa nama kau?” Myungsoo bertanya kepada Hoya.

“Lee Howon,”

“So, Howon..”

“Saya lebih selesa kalau orang panggil saya Hoya,”

“So, Hoya.. Aku nak kau jaga isteri aku baik-baik, kalau ada apa-apa berlaku dengan dia, kau orang pertama yang aku cari, FAHAM?” Myungsoo mendekatkan mukanya ke muka Hoya.

“N-neh..”

“Now, go..”

Hoya dan Minji pun berjalan bersama-sama keluar dari kawasan perumahan. Myungsoo melihat dari jauh.

“Asal aku risau pasal Minji tadi?.. Hmm…Tak salah kan? Tanggungjawab sebagai suami jugak untuk jaga isteri,” Myungsoo berkata seorang diri lalu masuk ke dalam rumah.

Di bangunan Kim Cooperation..

Baru sahaja masuk ke dalam pejabat, dia sudah menerima beberapa kertas kerja yang perlu ditandatangani serta menerima pelbagai kerja. Dia masih lagi baru di situ dan hanya tahu sedikit perkara yang mahu dibuat.. Dia terpaksa menelefon ayahnya dan bertanya tentang kerja-kerjanya, ayahnya menerangkan perkara apa yang dibuat dan Myungsoo hanya menurut. Dalam pukul 2 petang, kerja Myungsoo semakin surut.

Tok tok tok! Pintu pejabat Myungsoo diketuk.

“Masuk!”

Seorang pekerja lelaki yang berambut coklat gelap dan tinggi, Park Chanyeol masuk dengan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mrs_Hana02
#1
Chapter 27: Yeyyyy myungji xD
SyiqaYeollie
#2
Chapter 27: Update soon.^^♥♥♥
_fs_abby
#3
Chapter 26: and goodluck for your chess competition ^^ break a leg
_fs_abby
#4
Chapter 25: hoya nii comel tpi menyebok xD minji, tolonglah pikirkn anak tu, itukn anak die ngan myungsoo. mereka berdua nii dua2 keras sngt kepala. haiyyyee
atikahbp #5
Chapter 26: waa .. bilalaa diaorang nk berbaik :/
Mrs_Hana02
#6
Chapter 26: Omg janganlah minji cakap yg anak tu anak hoya ;-; andwaeee nak myungji couple >< *terbalikkan katil*
GreenDecember #7
Chapter 25: Nak myungsoo dgn minji...hoya pergi memancing ikan tu....ikan duyung tgah tngu kat laut
_Chestnut
#8
Chapter 25: Wuhuuu baby ~~~
Harp diorang cpt baek.
chacha_ieyra
#9
Chapter 25: alah....baiklah ngn mnyung soo blk..huhuhuh....
update soonxD
Mrs_Hana02
#10
Chapter 25: Hoya shuh shuh --" xD Minji, layanlah myungsoo baik2 == xD membebel sengsorang xD kyahhh betul sangkaan saya :3 kekekeke