2

Fate..
Please Subscribe to read the full chapter

Gone

Dihadapan bilik kecemasan. Minji hanya memandang kearah lampu yang menyala diatas pintu bilik kecemasan tersebut dengan muka yang ingin tahu.

“Nenek.. Kenapa kita dekat sini?” Minji dengan muka innocent berkata. Tiba-tiba air matanya gugur dengan deras.

“N-nenek?! Wae??” Minji mengelap air mata neneknya yang mengalir.

“E-eh.. Mata nenek masuk habuk..” Nenek Minji menipu dan cuba untuk tersenyum.

Setelah beberapa jam berlalu, lampu yang menyala diatas pintu bilik kecemasan terpadam dengan sendiri.

Doktor yang memakai baju yang berwarna hijau dan juga menutup mulut dan hidungnya dengan topeng muka keluar dari bilik kecemasan. Nenek Minji berdiri dari tempat duduknya dan berjalan dengan dengan laju kearah doktor itu.

“Macam mana dengan anak saya? Menantu saya?!” Nenek Minji berkata kuat.

“Saya harap mak cik tenang sebentar..” Doktor itu memegang kedua-dua bahu nenek Minji dan cuba menenangkannya.

Doktor itu mengeluh dan membuka topeng mukanya.

“Kami dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anak perempuan mak cik..” Belum sempat doctor itu menyambung percakapannya, badan nenek Minji terasa lemah dan dia melutut keatas lantai dan menangis teresak-esak.

“Saya harap mak cik boleh bersabar..” Doktor itu cuba menenangkannya.

“Me-Menantu saya?” Nenek Minji bertnya dengan suara yang sangat serak.

“Dia selamat.. Tetapi keadaannya kurang stabil setakat ini dan dia masih dalam keadaan koma..”

“Doktor?” Minji menarik-narik baju doktor itu.

“Ya?”

“Kenapa nenek Minji nangis? Mana mak dengan ayah..?” Minji bertanya.

“Ayah ada dekat dalam..” Doktor itu menunding jari kearah bilik kecemasan.

“Mak?”

Doktor itu menundingkan jari keatas.

Minji mendongakkan kepalanya kearah siling diatasnya.

“Hmm?”

“Mak Minji dekat.. syurga sekarang..” Doktor itu berkata.

“Maksudnya.. Mak.. Tak ada?” Air mata Minji mula mengalir perlahan.

Doktor itu mengangguk lemah.

“Mak ada!! Doktor tipu!!” Minji mula teriak.

“Minji.. Doktor minta maaf.. “ Doktor itu memeluk Minji.<

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Mrs_Hana02
#1
Chapter 27: Yeyyyy myungji xD
SyiqaYeollie
#2
Chapter 27: Update soon.^^♥♥♥
_fs_abby
#3
Chapter 26: and goodluck for your chess competition ^^ break a leg
_fs_abby
#4
Chapter 25: hoya nii comel tpi menyebok xD minji, tolonglah pikirkn anak tu, itukn anak die ngan myungsoo. mereka berdua nii dua2 keras sngt kepala. haiyyyee
atikahbp #5
Chapter 26: waa .. bilalaa diaorang nk berbaik :/
Mrs_Hana02
#6
Chapter 26: Omg janganlah minji cakap yg anak tu anak hoya ;-; andwaeee nak myungji couple >< *terbalikkan katil*
GreenDecember #7
Chapter 25: Nak myungsoo dgn minji...hoya pergi memancing ikan tu....ikan duyung tgah tngu kat laut
_Chestnut
#8
Chapter 25: Wuhuuu baby ~~~
Harp diorang cpt baek.
chacha_ieyra
#9
Chapter 25: alah....baiklah ngn mnyung soo blk..huhuhuh....
update soonxD
Mrs_Hana02
#10
Chapter 25: Hoya shuh shuh --" xD Minji, layanlah myungsoo baik2 == xD membebel sengsorang xD kyahhh betul sangkaan saya :3 kekekeke