Bab 2

Disebalik Mekap Si Badut

  Jia mencebik bibir sambil mengheret bagasinya dengan malas.Wajahnya tertunduk ke lantai.Mengapa Abang Badut tadi melarikan diri daripadanya?Dia bukanlah seorang yang menakutkan,malah dia mempunyai personality yang menarik dan mudah didampingi,adakah Abang Badut seorang pemalu?

  “Apa aku dah melalut ini,Wahai Jia,sebab cuaca panas sangatkah hari ini kau menjadi gila?”Dia menyoal dirinya sendiri.Tidak sedar,kalau bukan cuaca pun,dirinya tetap sama.

  “Hoish!Mana teksi ini!Tak nak duitkah!”Jeritnya dengan amarah yang menguasai diri.Hanya kerana badut tidak menghiraukan dirinya,teksi dipersalahkan.Dia tidak dapat lihat mana-mana teksi disepanjang jalan yang dilaluinya semenjak tadi.Manik peluh menitik pantas diatas dahinya yang licin.Alamatnya,terpaksalah dia berjalan kaki.

  Lebih kurang 15 minit berjalan akhirnya dia sampai jua dihadapan rumah teres dua tingkat.Dia tersengih senget dan menyeka peluh,bajunya basah dek peluh.

  “Assalamualaikum!!”Salam dikasi dengan sekuatnya.Namun dia tersentak seketika,mengapa dia bodoh?Loceng ada.

  Loceng ditekan,dari luar sudah dapat didengar bunyi loceng itu yang berbunyi kurang sedap untuk didengar.Selang beberapa saat menunggu,Jia dapat dengar bunyi gesekkan tingkap dari atas,pantas kepalanya didongak.Dahinya terangkat.Oh,sepupunya.Kim Joonmyeon.

  “Oi,Joonmyeon!Bukalah pintu”Sergah Jia apabila lelaki itu hanya merenungnya dengan dahi terangkat atau lebih tepat terkejut.

  Sejurus kemudian,Joonmyeon muncul dihadapan pintu dengan berbaju T kosong kuning dan berseluar track kelabu.Dia berlari anak kearah pintu pagar.Tidak lama kemudian,Puan Kim pula muncul,dengan kepala yang berbalut dengan tuala,agaknya baru selesai membersihkan diri.

  “Hai Makcik!”Jia melambai-lambai tangan dengan gembira.Walaupun hubungannya dengan Makcik Kim kurang baik,dia tidak punya pilihan.Bukankah berlagak mesra adalah suatu tindakkan yang baik?

  “Jia?Kenapa kamu ada dekat sini?”Puan Kim menaikkan kening.Hairan dengan kehadiran anak buahnya.Baru sahaja hari itu Jia bersumpah tidak akan menegur dirinya kerana berlaku tidak adil keatas pembahagian coklat keatas dia dan sepupu-sepupu yang lain.

  “Err..Makcik..Ibu…

  Jia menerangkan segalanya atas apa yang terjadi pada Ibunya.Seluruh keluarganya sudah tahu akan penceraian yang berlaku pada orang tuanya.Penceraian tersebut memang disokong seratus peratus.Puan Kim mengangguk-angguk.Memahami situasi anak buahnya itu walaupun diwajah gadis muda itu tidak ada secalit kerisauan.Mungkin disembunyikan jauh dilubuk hati,dia tahu diri Jia yang sebenar.Suho disebelah hanya menjadi pendengar dan sekali-sekala mencuri-curi pandang kearah Jia.

  “Kamu nak tinggal disini?”Soal Puan Kim sambil menggenggam pergelangan tangan Jia dengan lembut.

  “Yep..Hah!Bukan free!Jia nak sewa bilik!Sebab..Jia nak berdikari,menyewa bilik bukankah juga sebahagian daripada punca rezeki,Makcik?”Jia mengerdip-ngerdipkan mata.Dia tidak mahu menyusahkan Makciknya itu,kerana dia tahu,dia akan menyusahkan dari segi lain pula.

 

***

 

  Sehun tersengih.Rumah Teres dua tingkat yang menawarkan penyewaan bilik?Bagus,dekat pula dengan lokasi Happy Land.Sehun sungguh gembira dan bahagia.Walaupun semua bajunya sudah dibakar,ah,dia tidak kisahlah,baju boleh dibeli namun bukan maruah!

  Loceng rumah ditekan.Sehun menunggu dengan sabar dan meraup rambutnya kebelakang.Dia mahu membaringkan badannya dan juga berehat dengan sepuasnya setelah penat bekerja.RM90 hari ini?Bolehlah.

  “Oh,ada apa?”Soal Puan Kim dengan wajah yang terkebil-kebil.

  “Saya ada baca di papan kenyataan taman tema Happy Land yang disini ada menyewakan bilik,saya nak sewa”Sehun tersenyum manis.

  “Uh..Itu…”Puan Kim mengusap belakang lehernya.

  “Tolonglah,Makcik!Saya dah penat seharian…Dahlah saya diusir keluar dari rumah..Baju saya dibakar,saya terlampau penat nak cari bilik untuk disewa” Wajah memohon simpati dihiasikan pada wajah tampannya itu.

  Puan Kim menggaru kepala.Anak buah atau si comel yang sungguh menyedihkan ini?Puan Kim keliru.

  “Kamu masuk dahulu,ya?”

  Sehun tersengih mendengar pelawaan wanita lingkungan usia akhir 40-an itu.Mereka berdua melangkah masuk kedalam rumah dan memasuki ruang tamu yang agak luas dengan kedudukan perabot dan sofa yang rapi.Sehun suka!

  “Kamu duduk di sini sekejap,ya?”Puan Kim menuju ke tangga tingkat atas dan menaikinya.Sehun menjenguk sedikit melihat wanita itu yang begitu pantas.Macam arnab dalam cerita arnab dan kura-kura.

  Puan Kim melangkah masuk ke dalam bilik anak perempuannya,Naeun dan juga bilik Jia,kedua-dua mereka dipanggil keluar,waktu yang tepat,Joonmyeon juga tiba disitu dengan wajah yang tercengang.

  “Kenapa ni,Ibu?” Naeun mengerutkan wajah melihat dahi Puan Kim yang berpeluh.

  “Kita kena berbincang”Ujar Puan Kim dengan serius.

  “Bincang apa ini?Tak fahamlah”Joonmyeon menggaru kepalanya.

  “Ada seorang budak lelaki comel yang begitu menyedihkan,dia dihalau dari rumah dan bajunya dibakar dan dia..Pelarian dari Bangladesh”

  “Bangladesh?”Ketiga-tiga anak muda itu terlopong dengan mata terbeliak.

  “Eh,bukan!Bukan!Dia warganegara Malaysia!”Puan Kim menepuk dahinya.Ayat-ayatnya sudah berterabur dibuatnya.

  “Jadi..Apa masalahnya,Makcik?”Jia mengerutkan kening.Mengapa dia terasa biliknya seakan-akan dirampas?Dia baru sahaja meletakkan cadar dan selimut diatas katil yang empuk.

  “Rumah ini kekurangan bilik..Bilik satu lagi…Rosak teruk…Jangan tanya kenapa…Jadi?Faham?”Puan Kim menaik-naikkan keningnya.

  “Uh..Bilik….Tak cukup?Halau ajalah dia balik seperti mana dia dihalau keluar dari rumah dia”Jia menyilang tangan.Sedap sungguh mulutnya berkata-kata.Puan Kim menepuk dahi,namun lelaki tadi sungguh menghayat hati,dan comel,Puan Kim tidak sangggup.

  “Apa kata,Jia sebilik dengan adik”Adik yang dimaksudkan oleh Puan Kim adalah Naeun yang berusia 16 tahun.

  “Huh?Satu bilik dengan Kak Jia?Tak naklah”Naeun menjuihkan bibir.Jia menjegil matanya.

  “Budak ini..Ingat aku terdesak nak satu bilik dengan Cleaner yang membersihkan bilik setiap saat?”Bisik Jia sendiri.

  “Kenapa pula?”Puan Kim mengeluh.

  “Kak Jia bising,dia suka melompat macam monyet…Buat benda pelik..Makan atas katil…Dan di-

  Segera Jia menekup mulut Naeun apabila Joonmyeon memandangnya dengan pandangan yang tidak percaya.Seperti dia berfikir,bagaimanakah Jia yang kelihatan sempurna ini seburuk itu perangainya?

  “Biar Abang ajalah sebilik dengan dia”Suho merelakan biliknya untuk dikongsi,lagipun katilnya tidak digunakan kerana dia sering tertidur dimeja belajar atau sofa.

  “Betul?”Puan Kim mahukan kepastian.

  Joonmyeon mengangguk.Mengiyakannya.

  Puan Kim berlari anak menuruni tangga,menuju kearah Sehun yang dari tadi menunggu.Dia dapat lihat Sehun sedang menongkat dagu sambil tersengguk-sengguk.Penat agaknya.

  “Uh..Puan,saya terlelap pula…Yalah,saya penat bekerja menggunakan tulang empat kerat saya ini”Sehun ketawa terbahak-bahak didalam hati,dia sengaja buat-buat tidur dengan kepala tersengguk-sengguk.Agar kelihatan begitu realistik.Biar dia mampu meraih lebih banyak simpati.

  Puan Kim menjuih bibir dan mengerdip-ngerdipkan matanya dan melebarkan senyuman.Bagaimana dia mahu memberitahu Sehun?

  “Sebenarnya…Tak ada bilik kosong”Puan Kim mengangguk-angguk.

  “Hah?Tak-Tak ada bilik kosong?”Terlopong Sehun,dia penat.Penat untuk mencari bilik sewa lain.

  “Bilik itu dah diambil saya,maaflah”Jia muncul dengan wajah yang bangga.Sehun mengerutkan wajah,perempuan didalam bilik air di taman tema tadi.

  “Eh,kau!”Jia mengerutkan dahi dan bercekak pinggang.Hah!Nasib baik dia yang sempat mengambil bilik.

  “Eh,Jia kenal ke dia?”Puan Kim kelihatan tercengang.Jia menggeleng,dia tidak kenal pun.Tidak kenal secara rasmi?Lebih kurang sebegitu.

  “Makcik,Siapa minah ni?”Sehun bangkit dari duduknya dan menghunuskan jarinya kearah Jia.

  “Dia?Dia anak buah Makcik”

  “Kejap..Dia anak buah Makcik…Dan dia dapat bilik?Rumah ini ada berapa bilik?”Sehun bertaut kening.Dia tidak tahu kenapa,dia tidak mahu memberikan sebarang bilik kepada perempuan tandas a.k.a Jia didalam rumah ini.Apatah lagi apabila Puan Kim mengatakan tiada bilik yang kosong.

  “5..Tapi satu bilik tu tak boleh digunakan,jadi..Tak cukuplah…Makcik ada anak lelaki dan perempuan”Terang Puan Kim terhadap Sehun dengan satu persatu.

  Jia tersengih sinis.Didalam hati dia tidak ubah seperti ahli pasukan sorak yang menyorak untuk pasukan bola sepak dengan Pom Pom.Hatinya melonjak gembira,mungkin ini adalah pembalasan kerana mentertawakannya.

  “Tapi…Dia..Dia anak buah Makcik..Saya pelanggan”Sehun mengerdip-ngerdipkan mata.Berharap mesej yang dihantar oleh Sehun,menghantar Jia ke bilik anak Puan Kim dan menyerahkan bilik tersebut padanya.

  “Tapi aku bayar”Jia menilik kukunya satu persatu,gayanya tidak ubah seperti Ah Long mengutip hutang dengan secara riba dengan penuh angkuh.

  “Tapi..Dia kan..Anak buah Makcik manakala saya ini pelanggan,jadi..Kena utamakan saya,bukan?”Sehun cuba meraih simpati Puan Kim sebanyak yang mungkin.

  Selang beberapa saat Joonmyeon dan Naeun muncul dengan kadar tergesa-gesa.Naeun sekadar meletakkan tuala bewarna kuning diatas kepalanya dan dibelit-belit.

  “Tidak boleh!Tidak boleh beri bilik tersebut pada dia!”Naeun membantah sekuat yang mungkin.Jia tersentak seketika.Wah,dia ada penyokong.Dia patut belanja Naeun makan aiskrim.

  “Kenapa?”Sehun pula menyoal.Tidak puas hati.

  “Ibu,jangan beri dia bilik itu sebab bilik itu bersebelahan dengan bilik Adik!”Naeun menggoncang-goncang bahu Puan Kim.Pening kepala wanita itu dibuatnya.

  “Adik,jangan goncang Ibu macam tu”Nasihat Joonmyeon dengan wajah yang risau.

  “Ops,maaf”Naeun menekup bibirnya.

  Puan Kim melihat kearah Sehun yang bertaut kening.

  “Kalau kamu tidak keberatan..Apakata kamu kongsi bilik dengan anak lelaki Makcik aja”

  “Hah?”Sehun tersentak.

  “Bayaran akan dikurangkan!Berkali ganda,okay?”

  Sehun mengusap belakang lehernya.Cuba berfikir sejenak untuk mengambil sebarang keputusan.Dia tersengih perlahan-lahan.Bayaran berkurangan berkali ganda?Kedengarannya bagus,bukannya dia berduit sangat ketika ini.Dan anak lelaki Puan Kim kelihatan baik dan easy.

  “Hmm…Baiklah”Sehun akur juga,dia melirik kearah Jia yang sedang tersenyum jahat,dia dapat rasai aura hantu dan syaitan didalam diri gadis tersebut.Sehun menjulingkan mata keatas dengan perasaan meluak.Gadis tersebut ketika berhadapanya sebagai badut amatlah berbeza.Ada kecelaruan personality agaknya.

  “Joonmyeon,boleh tolong tunjukkan Sehun dimana bilik yang kamu berdua akan tinggal bersama?”Puan Kim menaikkan kening seraya Joonmyeon mengangguk patuh.

  Sehun membuntuti Joonmyeon ketingkat atas,Puan Kim beredar ke dapur,kini tinggal dua si dara yang bertentangan mata.Naeun sekadar memerhati dari atas sehingga kebawah Jia,manakala Jia tersengih bangga dan buat-buat menyelak tudungnya.

  “Kak Jia nampak…Macam…Budak KL…Budak KL dalam TV tu…Uih”Naeun menggenggam tangannya,kepalanya dipenuhi scene remaja-remaja di Bandar Kuala Lumpur didalam kaca TV.TV memberikan impak yang buruk kepada gadis berusia enam belas tahun itu,menyangka penduduk Kuala Lumpur semuanya sama seperti ditonjolkan melalui TV.

  “Apa kau tengok-tengok?”Soal Jia dengan kening yang terangkat.Naeun terkedu.Dia pantas menggeleng kepala dan menaiki tangga dengan selaju yang mungkin.Jia menahan gelak,dia begitu menakutkan gadis muda itukah?

  “Uh,What everlah..Jadi..mamat tu tinggal dekat sini?Hmm..Aku curiga,apa akan berlaku”Jia mengurut-ngurut dagunya sebelum mengangkat kaki untuk pergi namun telefonnya bergetaran pada poket seluarnya.Habis tubuhnya turut bergetaran seperti Mas Idayu juga.

  Apabila skrin telefon ditatap,nama Namjoo yang muncul sebagai pendail.Dengan keluhan kasar,Jia menjawab panggilan tersebut.

  “Hei,kau dekat mana?”Soal gadis itu dengan laju.Jia menggaru kepala.

  “Dekat rumah Makcik aku…Kenapa?Kau bunyi resah aja,ada orang meninggal ke?”Jia menuju ke sofa dan melabuhkan punggung.Dah seharian dia tak tanggal tudung,berpeluh-peluh dah dibuatnya.

  “Really?Aku dah ingat Makcik kau tu…Kau tunggu aku,ek?Lebih kurang..Satu jam gitu?Aku datang tengok kau dan bawa sesuatu sekali..Dan..Aku dah kenal rumah Makcik kau,dah beritahu hari tu,kan?”

  Jia merasakan matanya berputar-putar sekarang ini,mak oih,laju benar mulut Namjoo mengatur kata-kata.Nasib baiklah telinganya mampu menghadam satu-satu ayat tadi.

  Dia pantas mematikan panggilan dan ketawa terkekek-kekek.Dia menyelipkan telefonnya didalam poket dan menyapu-nyapu tangan.Selang beberapa saat loceng rumah berbunyi nyaring.Jia terlopong,takkan dah sampai kut,cepat benar!Jia tersenyum,dia harus berlakon merajuk terlebih dahulu supaya kelihatan lebih romantik!Memikirkannya sudah cukup membuat Jia gembira,dia dapat melihat wajah kesian dan bersalah Namjoo.Sekali-sekala kerana selama ini dia selalu menenangkan dan juga mendengar setiap kisah duka si gadis tersebut.

  “Siapa tu,Jia?”Laung Puan Kim dari dapur.

  “Kawan datang!Dia kata nak melawat!”Jia tergedek-gedek,rupanya seperti itik sedikit,oleh kerana dia memakai stokin dan lantai pula agak licin,dia harus berhati-hati walaupun langkahnya agak laju.Dia memulas tombol pintu.

  “Aku masih merajuk dengan kau!Tah-

  Jia terkebil-kebil.Alamak,salah orang,bukan Namjoo.Dihadapannya adalah lelaki.Lelaki yang berambut hitam panjang paras leher dengan kemas.Berkemeja kotak tanpa butang dan baju T putih didalam.Lengan bajunya disising.Wajahnya kelihatan agak terkejut.Dia juga menggalas beg gitar yang besar.

  “Err…”Dia kelihatan serba-salah untuk membuka dua kuntum mulutnya dan mengatur ayat.Mungkin tidak selesa ditenung dalam oleh Jia.

  “Cari siapa?Kalau cari bilik untuk disewa memang sorrylah,dah diambil,sila cari yang lain,ya?”Jia tersenyum sumbing sebelum mengambil tindakkan untuk menutup pintu.

  “Cis!Ku fikir itu Namjoo,rupa-rupanya mamat jiwang bergitar pula,walaupun dia agak comel,style dia tak kena dengan aku”Jia menggeleng-geleng kepala.Dia mengorak langkah menaiki tangga dan tidak semena-mena dia bertembung dengan Sehun.Selang beberapa saat,kedua-dua mereka memasang wajah mencebik dan meluak.

  “Tepilah,aku nak lalu”Ujar Sehun dengan nada yang malas.

  “Kaulah tepi!”Jia menolak Sehun ke tepi dinding dan menaiki tangga dengan cepat.Dia masih marah akan Sehun yang mentertawakannya di tandas.Sehun mencebik dan menyumpah seranah dengan nada yang rendah seraya mengusap bahunya.

  “Sesedap hati dia tolak a.k.a sentuh bahu aku..Batal wuduk aku!Senget!”Sehun mendengus.Jia curi-curi dengar dan merenung tangannya.

  “Uh..Kenapa aku lupa lagi..Namjoo dah potpetpotpet pada aku,jangan sentuh lelaki bukan muhrim..Ibarat menyentuh khinzir!Aku ini macam saudara baru memeluk Islam pula”Jia menggeleng kesal.Sebenarnya dia baru aja perlahan-lahan mahu mengusai ilmu agama dengan lebih,sebelum ini juga dia tidak bertudung.

  Jia mengesat-ngesat tangannya pada dinding dan sampai ke tingkat dua.Tidak jauh dari tempatnya berdiri dia dapat lihat Joonmyeon sedang berborak dengan seseorang melalui telefon.

  “Siapa perempuan dalam rumah kau tu?”

  “Perempuan?Naeun?Naeun adik aku”

  Chanyeol meraup wajahnya.

  “Tak..Muka dia lain sikit..Dia nampak…brutal sedikit…Hmm..Dia tak kasi aku masuk weh”Dihujungnya rakannya itu tergelak-gelak.

  “Oh,Jia!Dia baru sampai petang tadi”Ujar Joonmyeon dengan kepala tergeleng-geleng.

  Jia mengerutkan dahi dan menunding jari kearah dirinya.Namanya menjadi bahan topik?

  “Oh,Jia,dah lama ke dekat situ?”Joonmyeon mengusap-ngusap belakang kepala,wajahnya kelihatan agak kekok.

  Jia mengangguk senang.Joonmyeon hanya memerhati Jia yang melangkah masuk ke dalam bilik.Tanpa dia sedar,secalit senyuman nipis menghiasi wajahnya,dia hampir terlupa.Dia tergesa-gesa menuruni tangga dan menuju ke pintu utama rumah.

  “Chanyeol!”

  Lelaki yang duduk diatas bangku kayu itu mendongak wajah dan tersenyum.

  “Hei”

 

***

 

  “Siapa Jia itu?”Soal Chanyeol seraya mengeluarkan gitar dari beg sejurus kemudian melabuhkan punggung diatas sofa sebelum mengalihkan pandangannya kearah Joonmyeon.

  “Dia sepupu aku,kitaorang sama-sama sepupu taklah rapat sangat”Joonmyeon mengangguk-angguk.

  “Berapa umur dia?”

  “Sebaya”

  Chanyeol pula yang mengangguk-angguk.Mereka memulakan perbualan kecil dan tangan mereka laju memetik gitar yang mengalunkan melodi yang indah dan harmoni.Mereka adalah rakan satu sekolah namun bukan sekelas.Mereka menjadi kawan atas nama seorang gadis,gadis yang mereka tidak pernah akan lupakan.Kerana gadis tersebut,hubungan mereka yang sekadar rakan satu sekolah menjadi rakan baik.

  “Kau ada kerja mana-mana,sementara tunggu keputusan SPM?”Soal Chanyeol sambil meraup rambutnya kebelakang.Rambutnya tumbuh dengan begitu cepat,baru aja rasanya sebulan yang lepas rambutnya pendek,namun tidaklah terlalu pendek kerana cikgu tidak begitu hiraukan soal rambut memandangkan mereka sedang menduduki peperiksaan yang penting.Dia juga malas untuk memotongnya.11 tahun berambut pendek,mengikut peraturan,sekali-sekala,tak salah.

  “Aku kerja dekat Pizza Hut”

  Tiba-tiba Chanyeol terburai ketawa,Joonmyeon mengerutkan dahi,hairan.

  “Pizza Hut Kuala Terengganu?Dekat Kampung China?Sebelah Guardian?”Soal Chanyeol dengan ketawa yang masih berbaki.

  “Kenapa?”

  “Patutlah…Ramai sangat junior sekolah kita pergi sana…Untunglah Pizza Hut ambil kau jadi pekerja”

  Joonmyeon sekadar menggeleng kepala mendengar lawak Chanyeol yang sebenarnya serius.Memang ramai pelanggan di sana,kerana Joonmyeon?

  Tawa Chanyeol terhenti seketika,matanya beralih pada pintu bilik.Joonmyeon yang sedar akan tersebut turut melakukan yang sama,melihat kearah pintu.

  “Oh Sehun?”Kening Chanyeol bertaut.

  Sehun tersemburkan air kosong yang diminumnya.Matanya terbeliak melihat Chanyeol disebelah Joonmyeon.

  “Apa ini?Mereka saling kenal ke?”Detus hati Sehun sendiri.

  “Oh!Chanyeol,kau kenal ke dia?”Joonmyeon kelihatan teruja,pasti dia berfikir ketiga mereka dapat menjadi sahabat yang baik akan pergi solat Jumaat bersama-sama sambil berpimpinan tangan.

  “Apa kau buat dekat sini,hah!?Kau stalk aku,kan??”Awan anganan dikepala Joonmyeon berterbangan apabila suara jerkahan Sehun memecahkan kesunyian didalam bilik itu seketika.

  “Lawak..Stalk?Tak ada masa aku”Chanyeol menghembus nafas dengan kasar.

  Joonmyeon mengerutkan dahi,tidak faham dengan situasi yang dihadapi buat saat ini.Apa yang dia dapat lihat,kedua wajah mereka agak tegang dan tidak ada segaris senyuman.

 

***

 

  “Kau okay tinggal dekat sini?”Soal Namjoo dengan senyuman yang menghiasi wajahnya.Jia sekadar mengangguk dan menanggalkan tudungnya.Panas pakai tudung belit-belit ini.Dahlah susah untuk memakainya.

  “Oh..Kau jangan menyusahkan orang pula,tahu ajalah perangai kau itu,menyakat nombor satu”

  Jia hanya tersengih sumbing apabila Namjoo ‘memuji’ dirinya.Apa nak buat,dia hanya menjadi dirinya,dia selesa sebegitu.Tudung dicampakkan keatas meja.Dia membaringkan badannya diatas katil sambil menguap besar,lantas mulutnya ditutup.

  “Hey,ada orang lelaki tak dekat rumah ini?”Namjoo menaikkan kening sementara Jia tersenyum jahat.Radar nakalnya naik ke 100.

  “Ow,Namjoo,kau ada rancang nak mengurat ke?Aku boleh tolong”Jia mengerdip-ngerdipkan mata,namun tidak semena-mena Namjoo mencubit paha kanan Jia,namun begitu,paha kiri Jia tidak memberi sebarang respon turut terasa pedih.

  “Kenapa kau cubit aku!”Jia menjulingkan mata keatas.

  “Aku tanya bukan sebab nak menguratlah!Aku tanya sebab aku nak beritahu sesuatu,sesuatu yang penting!”Ujar Namjoo dengan serius.Takut pula Jia dibuatnya.

  “Ada,dua orang,sepupu aku dengan….Huh”Jia menjulingkan mata keatas.

  “Dan..Budak lelaki..Aku tak tahu pula nama dia apa,kenapa?”Jia menaikkan dahi,gilirannya pula menyoal Namjoo.

  Namjoo membetulkan duduknya dan menepuk tangan sekali dengan kuat.

  “Kau..Kena pakai tudung setiap kali kau keluar daripada bilik”

  “What??”Terbeliak mata Jia.Pakai tudung setiap kali keluar daripada bilik?Keluhan kasar sudah dikeluarkan,penatlah dia nak sarung anak tudung dan pakai tudung semua.Kenapa kena pakai?Jia mengeluh kasar.

  “Apa?Kenapa buat muka terkejut tu!?Diorang berdua tidak boleh lihat aurat kau!Faham?”

  “Tapi..Dia sepupu…Dan..Serumah?”Jia mengerdip-ngerdipkan mata.Namjoo menepuk dahinya sendiri,apalah agaknya Jia buat sewaktu mata pelajaran Islam berlangsung,ketika Ustadzahnya mengeluarkan tenaga dan memercikkan air liur,menerangkan satu persatu perkara.

  “Wahai Jia sayang,sepupu boleh kahwin!Dan..Tiada istilah kau boleh membenarkan dua manusia tersebut nampak aurat kau hanya kerana tinggal sebumbung,tinggal dengan sepupu kau agak okay,tapi,mamat kau tak tahu nama itu,kurang bagus.Aku sarankan kau,sentiasa kunci pintu”Terang Namjoo panjang lebar.Ternganga Jia dibuatnya.

  “Uh..Okay…”Jia mengangguk-angguk.

  “Sebab itulah aku belikan kau tudung,aku terfikir,nanti kau kafankan pula kepala kau,mati terkejut orang dalam rumah ini nanti,jadi,aku belikan kau tudung Syria,senang tau!”Namjoo menghulurkan plastik berisi tudung pada Jia yang menggaru kepala.

  “Syria?Aku dengar tudung ini..Kalau pakai muka jadi bulat,tak naklah!”Sungguhlah angkuh gadis itu,mahu aja Namjoo membaling piring pada muka gadis tersebut.

  “Aku dah adjust anak tudungnya..Jadi bila kau pakai,ia akan muncung sedikit,alah macam FL”

  “Hah?FL?”Jia sekali lagi menggaru kepala.

  “Fatin Liyana!Blogger,doktor dan juga traveler”Namjoo kelihatan teruja.

  “Heh..Tak secantik aku pun,kan?”Apabila Jia berkata begitu,geli tekak Namjoo.

  “Eh..Dah enam lebih ni..Aku balik dululah,nanti tahu ajalah mak bapak aku membebel”

  “Oh,okay-okay,aku tak nak jadi pesalah..Tak pasal-pasal diorang tunding jari pada aku pula”

  Jia dan Namjoo berjalan bersama keluar dari bilik dan bergelak sakan,entah apa yang dibualkan oleh mereka.Mereka menuruni tangga selangkah demi selangkah,mata Namjoo beralih kehadapan,kearah ruang keluarga dihadapan TV.Matanya dijegilkan,mengenal pasti pemilik rupa paras jejaka yang berada diatas sofa.Dengan segera dia menekup bibirnya dan menggoncang lengan Jia dengan semaksima yang mungkin.

  “Eh!Sakitlah”Jia mengaduh dan menolak lembut bahu Namjoo.Namjoo mengalihkan pandangannya pada Jia dan menterbeliakkan mata.

  “Siapa dia?Sepupu kau?”

  “Bukan,dialah lelaki yang aku tak tahu namanya itu apa”Jia menjulingkan mata,sakit hati pula teringat padanya.

  “D..Dia satu rumah dengan kau?”Namjoo menekup mulut tidak percaya.Jia pula hairan,entah apa yang tidak kena dengan rakannya itu.Terlebih ubat atau termakan benda-benda yang memabukkan atau apa-apa.

  “Kenapa?”Jia pula menyoal kali ini.Namjoo sekadar menggeleng kepala.

  Mereka teruskan berjalan menuruni tangga,apabila tiba dianak tangga yang terakhir,mata Jia dan Sehun bertembung,selang 2 saat,Sehun mengalihkan pandangan dan menumpukan perhatian pada kaca TV.

  “Aku hantar kau sampai luar,ek?”Namjoo mengangguk pantas,malah dia mengheret Jia dengan lebih cepat keluar dari rumah itu.Pintu ditutup dan Jia diheret ke bangku kayu dengan berkaki ayam.Jia membebel bukan main banyak,mengalahkan mak nenek.

  “Hei!Kalau ya pun,kasilah aku pakai sandal ke,apa ke!Ish!”Jia mencebik bibir.

  “Maaf geng,weh!Ini ada sesuatu yang penting aku nak kasi tahu kau”

  “Apa?”Jia menjuih bibir,pedih kakinya,memijak batu-batu.

  “Nama lelaki tadi itu,Oh Sehun”Namjoo memegang kedua belah bahu Jia.

  “Jadi?Apa kaitan dengan hidup aku”Jia menghela nafas panjang.

  “Sebenarnya…”Namjoo menggigit bibir.

  “Sebenarnya apa!?” Jia menterbeliakkan mata,penat dengan Namjoo yang seolah-olah berdolak-dalih.

  “Dia crush aku!”

  “Dia kau what?”

 

 


 

Hai semua,saya buat cerita ini di Kuala Terengganu,lol,sebab saya ini buta..buta tempat?LOL xD.Marilah melawat Terengganu(Jangan datang lagi,Terengganu banjir xD)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
komen?

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 10: Akak! Saya telah jatuh hati kepada suho yg begitu alim dan terlampau alim! Saya ship joonmyeon ngn jia!!
rp_pcy
#2
Chapter 10: syah T^T sambung laaaa lagiiiiiiiiiiii x'c encik badut...taeyong.. :( xD ok aku paham ._. ko spm ._. Sian koo. belajar rerajin xD kekeke :* gudluck for everything yo

aku spam inbox fb ko malam ni nk? x3 eheheh xD
rp_pcy
#3
Chapter 8: syahh xD bhahahahahh rindunyeeee ff nii xD xD xD
Najwa_Exo
#4
Best ff ni..Palli sambung!! Hihihi ♡♡
SehunZziYeol12
#5
Chapter 10: gud lock author nim untuk spm~ klau ade masa update lah authior yg comel~ best best best ~
SyazanaZack
#6
Chapter 9: update soon :)
izzah94 #7
Chapter 9: mungkin yookyung adik tiri sehun.