Bab 3

Disebalik Mekap Si Badut

  Jarum jam dinding tepat menunjukkan pukul 3 petang.Dia bersendirian ketika itu,Puan Kim pergi ke Pasar Payang,Joonmyeon ada kelas memandu,Naeun pula masih belum pulang ke sekolah,dan Sehun,Jia tidak mahu ambil tahu mengenai lelaki tersebut.Dia mengeluh panjang dan menyilang tangan.Perlahan-lahan matanya dipejamkan.Apa yang dikatakan oleh Namjoo semalam bermain-main difikirannya,mindanya dibanjiri soalan-soalan yang pelbagai jenis,sekarang ini dia curiga dengan identiti Sehun.Siapa lelaki itu? Mengapa dia tinggal disini dan dihalau keluar oleh orang tua dia?

  Dia teringat semula pada apa yang Namjoo beritahu semalam,dahinya berkerut-kerut.

  “Dia crush aku!”

  “Dia kau what?”Jia menekup mulut tidak percaya,rupanya seperti seorang yang bodoh yang keliru dengan situasi dan berkaki ayam.

  “Serius?”Jia menterbeliakkan mata.Masih tidak percaya,mengapa Namjoo tidak pernah berkongsi perkara ini kepadanya? Kenapa? Sungguh dia terasa tertipu.

  “Kau tak pernah beritahu aku,kan? Inikah kawan?”Jia menyilang tangan dan memuncungkan bibir.Namjoo menepuk dahi,sekarang dia harus menerangkan semuanya,tentang diri Sehun,memandangkan sahabatnya itu tinggal satu bumbung.

  “Aku suka dia masa sekolah rendah..Kenal kau pun belum lagi,macam mana aku nak beritahu?”Namjoo menaik-naikkan keningnya.Jia terangguk-angguk,mereka mula berkawan apabila naik menengah tinggi.

  “Sekolah rendah?Wow,tak tahu pula,jadi..Sekarang kau masih suka dia?”Jia pula menyoal.

  Namjoo lantas menggeleng laju,menidakkannya.Dia menyilang tangan dan menggeleng sekali lagi sebelum tersenyum nipis,mungkin ada sesuatu yang terlintas difikirannya.Jia sekadar memerhati.

  “Dia duduk sebelah aku,rakan semeja,lebih kurang macam tu”

  “Woah,comelnya”Jia mengerdip-ngerdipkan mata.Namun kecomelan yang dirasainya hilang,dia lupa bagaimana Sehun ketawakannya hanya kerana tergelincir,hanya kerana lantai basah.Tak guna!

  “Comel,kan?Hoho,tapi jangan rasa comel sangat sebab dia itu,kejam dan..Latar belakang keluarga dia..Ehem-ehem juga…Aku sebelah ini waktu dahulu,terasa kerdil aja”Namjoo memonyokkan wajah,Jia menggaru kepalanya yang kurang gatal.Kejam? Itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

  “Latar belakang keluarga yang ehem-ehem,apa benda ehem-ehem itu?Boleh terangkan?”Jia mengerdipkan matanya sekali lagi,boleh luruh bulu mata kalau begini gayanya.

  “Uh..Dia itu…Anak orang kaya!Aku menangis tengok dia dulu,tapi nak buat macam mana,dia comel sangat dan cool,hehe,dia itu anak pe..

  Hong!Hong!

  Baru Jia bersemangat nak dengar,Namjoo bercerita dengan riak wajah yang serius,dengan topik lelaki bernama Oh Sehun,bunyi hon kereta memecahkan situasi yang tegang dan serius tersebut.

  “Bapak aku dah datang,lain kalilah aku cerita,Assalamualaikum”Namjoo melambai-lambai tangan.

  “Waalaikummusalam”

  Jia kembali ke dunia yang nyata,dia menongkat dagu dan menggigit bibirnya,anak orang kaya? Oh Sehun itu? Anak pe? Anak apa yang bermula dengan perkataan pe? Jia keliru.Tapi kalau dilihat,Sehun memang ada rupa orang kaya,perkara itu boleh dilihat,boleh dilihat seseorang itu kaya atau sebaliknya melalui gaya dan sebagainya.

  “Hmm..Habis,kenapa dia kena halau?”Jia menjegil mata.Mula membayangkan sesuatu.

  “Tak guna punya anak!Kamu mengandungkan anak kawan Daddy!Keluar kamu dari sini!”

  “Tidak Daddy!tidak!,Sehun sendiri tidak sanggup mengandungkan Minah”

  Jia menggeleng kepala.Apa yang sudah dibayangkannya.Teruk betul.Jia menghela nafas panjang sebelum mengalihkan perhatiannya pada tingkap.Sekarang ini tiada sesiapa dirumah,inilah peluangnya dia memecah masuk bilik Sehun yang satu bilik dengan Joonmyeon,ya,inilah masanya.Jia tersenyum jahat,akan dia cungkil rahsia Sehun dan malukan lelaki itu.Walaupun menyimpan dendam adalah sesuatu yang tidak bagus,dia tidak sanggup membayangkan setiap malam akan kejadian tempoh hari,darjatnya terlalu tinggi!

  Dia menuju ke pintu biliknya dan memulas tombol pintu,kemudian dia mengeluarkan badannya dan memulas tombol pintu sekali lagi dan menutupnya,dia berjengket-jengket berjalan melintasi bilik Naeun,seterusnya bilik Puan Kim,dia membelok 90 darjah dan menuju ke bilik Sehun bersama Joonmyeon.

  Walaupun ini dramatik,dia tetap mahu melakukannya,dia memakai sarung tangan plastik.Bagaimana jika pemilik bilik ini perasan akan ada seseorang yang memecah masuk bilik mereka dan mahu mengesan cap jari?

  Nafas ditarik perlahan-lahan seraya tombol pintu dipulas dan daun pintu terbuka.Jia memasukkan sedikit kepalanya,woah,wanginya,lebih wangi daripada biliknya sendiri.Jia lantas mengetuk kepalanya sendiri,dia bukan ke sini untuk menghidu bau bilik seseorang.Dia lantas masuk ke dalam bilik dan menutup pintu.Dia melompat,dia berjaya masuk ke bilik,adakah ini suatu kejayaan?

  Dia menjegilkan mata dan mencebik,dia baru teringat,Sehun tidak bawa apa-apa bagasi dengannya sewaktu datang ke sini kecuali beg sandang,namun beg sandangnya tiada disini,mungkin telah dibawa bersama.

  “Jadi,sia-sialah aku datang ke sini”Jia menggeleng kepala dan mengeluh.

  “Jia?”

  Badan Jia menjadi kaku dan membatu.Matanya terbeliak luas,baru sahaja dia mendengar namanya dipanggil,adakah dia ditangkap? Apa alasan yang harus diberikan?Jia mengetap bibir,perasaan cemas mula menggunung di dalam hatinya.

  Perlahan-lahan gadis itu menoleh ke belakang dengan berhati-hati,wajah yang berada di hadapan pintu dengan kening yang terangkat adalah Joonmyeon.Lantas senyuman kelat dihiaskan pada wajah Jia.

  “Apa Jia buat..Masuk dalam bilik lelaki ini?”

  Jia menggeleng kepala.Dia tidak mahu dituduh si gatal yang mahu mencuri seluar dalam atau pun curi apa-apa seperti sasaeng fan di Korea Utara.Jia menggigit bibir dan memaparkan wajah yang ingin meraih simpati.

  “Er..Jia..Nak…Nak….Pinjam buku!Jia dapat tahu dari Makcik yang Joonmyeon suka baca buku…Ilmiah,boleh pinjam?”Jia mengerdip-ngerdipkan mata.Joonmyeon pula terkaku di situ dan akhirnya terburai ketawa.

  “Oh,boleh aja,tapi,boleh Jia keluar dahulu?Tak elok..Macam ini”Joonmyeon kelihatan tersipu-sipu dan tertunduk.Jia mengangguk dan tergesa-gesa keluar.

  Joonmyeon melirik sekilas pada sarung tangan yang dipakai oleh Jia yang tidak ditanggalkan,dia sekadar tersenyum kecil.

  “Comel”Bisiknya sendiri,dia menuju ke rak dan mengambil sebuah buku dan menuju kearah Jia.

  “Ini bagus”

  Jia terangguk lemah dan mengambilnya.Dia tersengih senget,baca buku?Dia tidak suka membaca,tidak mengapa,ini hanyalah alasan supaya Joonmyeon tidak memandangnya dengan sudut yang pelik.Jia mendongak dan merenung wajah Joonmyeon.

  “Terima kasih!”

  “Uh,tak..Tak apa”Joonmyeon mengusap belakang lehernya dan menundung jari ke arah tangan Jia.

  “Kenapa pakai..Tu?”Soalnya dengan tersengih.

  Jia terbeliak mata lantas menanggalkannya.

  “Uh,hobi,saya pergi dulu”Bergegas Jia berlari anak menuju ke biliknya.

 

***

 

  Disebabkan hanya tinggal dia dan Joonmyeon di rumah,dia bimbang lelaki itu tidak selesa walaupun masing-masing terkurung didalam bilik,bagaimana jika ditangkap oleh Jabatan Agama Islam dan dikahwin?Dia tidak sanggup berkahwin dengan sepupunya sendiri walaupun sah.

  Oleh kerana itu,dia ke taman tema Happy Land untuk melihat persembahan badut si Abang Hebat.Dia tersenyum dihadapan taman tema dengan tangan yang bercekak pinggang.Dia melihat dirinya sendiri yang kelihatan comel memakai baju T belang biru dan putih dengan Jeans biru muda.Dia juga memakai tudung Syria pemberian Namjoo.Betul kata sahabatnya itu,apabila dipakai,dia muncung sedikit,tidak terlalu bulat.

  Jia tersenyum lebar dan melangkah masuk,dia terjenguk-jenguk mencari Abang Hebat.Kemanakah dia? Dia melihat jam tangannya,pukul 4.40 petang,mungkin waktu rehat memandangkan sekarang waktu Asar.Mungkin Abang Hebat solat.Jia menongkat dagu,dia juga patut solat terlebih dahulu.

  Jia mengatur langkah ke surau di taman tema tersebut,tidak ramai manusia di situ.Jia menggeleng dan menoleh ke belakang,melihat manusia-manusia yang bergelak sakan dan bergembira tanpa menunaikan tanggungjawab terlebih dahulu.Dia menanggalkan kasut kanvas birunya dan menaiki tangga untuk masuk ke surau.Ketika itu juga Sehun sedang meletakkan sejadah diatas rak dan menuju ke pintu surau lelaki dan memulas tombol pintu seraya meraup rambutnya kebelakang,rambut dibahagian ubun-ubunnya agak basah.

  Apabila dia mahu melangkah keluar,matanya terbeliak,dia melihat Jia yang sedang berjalan menuju ke surau perempuan disebelah,Sehun pantas menutup pintu dan menterbeliakkan mata.

  “Dia datang sini? Apa dia buat dekat sini? Kelmarin dah datang,aduh”Sehun menggeleng kepala,dia membuka pintu sekali lagi,mungkin Jia dah masuk ke dalam surau,sekarang dia boleh keluar dan memakai kasut.Dia bergegas menuruni tangga dan melabuhkan punggung,beg sandangnya diletakkan sebelah.

  Jia berjalan keluar daripada surau,dia terlupa,dia ABC a.k.a Allah bagi cuti.Bagaimanalah dia boleh lupa? Kepalanya diketuk.Dia menuju kearah tangga dan kemudian ternampak figura badan seseorang yang dikenalinya.Matanya dijegilkan.Oh Sehun?

  “Apa mamat tu buat dekat sini?”Soalan bodoh dikeluarkan dari mulutnya,ini surau,sudah pasti lelaki bernama Oh Sehun itu solat.Jia menyilang tangan,melihat Sehun yang bergegas pergi.

  “Ah,apa aku kisah pasal dia,sekarang aku tengok badut kelmarin”Jia menuruni tangga dan menyarung kasutnya.

  Sehun bergegas ke bilik air untuk bertransform kepada badut.Dia menutup pintu bilik air dan memakai baju badut yang berwarna-warni.Kasut bersaiz gergasi bewarna merah dipakainya.Sebelum itu,lengan baju disisingkan.

  Setelah selesai menyapu mekap pada wajahnya,Sehun meletakkan sesuatu yang bulat dan merah diatas hidungnya.Rambut palsu kuning dipakai dengan kemas.Sekarang dia sambung pekerjaannya.Dia berjalan keluar dari tandas dan menuju ke lokasi seperti biasa.

  Dia dapat lihat kanak-kanak menunggu di situ dan juga,Jia.Sehun menghela nafas panjang,mengapa gadis itu masih berkunjung di taman tema ini dan yang paling penting melihat persembahannya?

  Kanak-kanak mula bertepuk tangan dan bersorak apabila melihat si Abang Hebat memunculkan diri dengan cara cartwheel kearah mereka,Jia tersenyum dan menepuk tangan dengan lembut.

  “Akak”Jia menoleh ke sebelah,suara comel si anak kecil memanggilnya.

  “Uh,apa?”Jia menjongketkan kening dan merenung kearah budak tersebut.

  “Akak seorang aja orang tua dekat sini”Budak itu mengerdip-ngerdipkan mata.

  Jia menarik nafas panjang,sibuklah budak disebelahnya ini,dia tua? Tolonglah,dia baru aja berusia 18 tahun.Jia mencebik bibir dan menjulingkan mata keatas.Matanya ditumpukan pada Abang Hebat semula.

  Selama sejam itu Jia ketawa dan tersenyum melihat aksi Abang Hebat yang sebenarnya Oh Sehun,lelaki yang dia begitu meluak.Entah apa akan terjadi jika dia tahu identiti sebenar si Abang Hebat.Pukul 5 petang,orang ramai mula beransur pulang,tidak lama lagi,taman tema akan ditutup.Sehun melambai-lambai tangan pada kanak-kanak yang setia melihat persembahannya.Dia menggeliat penat,barang-barang yang digunakan untuk persembahan disimpan didalam kotak,kemudian ada tangan yang menghulurkan sebiji bola kepadanya.Lantas dia mendongak kepala.Jia.

  “Hai!”Jia tersenyum lebar.Sehun tersenyum senget,tidak pernah Sehun melihat gadis itu tersenyum lebar kecuali apabila dia menjadi badut,apa yang begitu istimewa mengenai badut terhadap gadis itu sehingga dirinya berubah 360 darjah?

  Sehun mencapai bola ditangan Jia dan memasukkannya ke dalam kotak.Sehun mengangkat kotak tersebut dan menghadap wajah dengan Jia.Gadis itu masih setia merenungnya.Sehun berdehem kecil.

  “Saya nak berkenalan dengan awak,boleh?”Senyuman dihiaskan pada wajah Jia.

  Sehun terkebil-kebil.Takkan dia nak beritahu,hai nama saya Oh Sehun,marilah bergaduh selamanya.Tidak mungkin.

  Sehun menggigit bibir dan memusingkan badannya kebelakang,mahu beredar pergi dan menghantar barang-barang ini kepada pihak taman teman sebelum dia menukar pakaiannya.Jia masih membuntuti Sehun dan berjalan beriringan dengan lelaki itu.

  “Sampai bila dia nak ikut aku ini? Kalau dia tahu yang aku ini Oh Sehun,macam mana?”Sehun berbisik sendiri dan melirik kearah Jia sekilas.Sekejap,dia menterbeliakkan mata,mengapa dia berbunyi aneh? Apa dengan kalau dia tahu dirinya yang sebenar?

  “Oh,kamu nak hantar barang? Bagus persembahan kamu hari ini”Ujar lelaki yang berusia lebih kurang akhir 20-an.Dia melirik kearah Jia dan tersenyum senget.

  “Awek ke?”Soalnya.Sehun lantas menggeleng kepala dengan laju.Lelaki tadi merenung Jia dengan tajam dan mengangguk.

  Sehun beransur pergi dari bilik tersebut dan berjalan pergi,Jia masih tidak mengalah,mengikutnya.Sehun menggigit bibir,gila,bagaimana dia mahu menyalin pakaiannya dan pulang ke rumah?

  “Boleh tak jangan ikut aku?”Soal Sehun seraya menghadapkan wajahnya pada Jia.Jia terkedu dan tersengih.

  Tiba-tiba poket Jia bergetaran,ada panggilan masuk.Dia terus mengangkatnya.Sehun menghela nafas panjang dan bersyukur.

  “Oh,kau nak jumpa aku?”Jia menaikkan kening.Sehun menyembunyikan senyuman,nak jumpa?Jika begitu Jia tidak akan mengikutnya selepas ini.

  “Okay,pasal Oh Sehun?”

  Sehun terbeliakkan mata,pasal dia?Mengapa nama dia menjadi topik pula?

  “Bye-bye,saya nak jumpa kawan saya dahulu”Jia tersenyum dan beredar pergi.Sehun menarik nafas lega dan menyeka peluh didahi,mekapnya juga sudah hampir luntur.Dia bergegas ke bilik air bagi menyalin pakaiannya.

 

***

 

  Jia melangkah masuk ke sebuah restoran dimana dia dan Namjoo berjanji untuk berjumpa,tidak begitu ramai pelanggan yang datang ketika itu,jadi tidaklah dia terasa begitu sesak dan berserabut.Kepalanya terjenguk-jenguk manakala matanya mencari figura badan sahabatnya sekitar dalam restoran.Senyumannya melebar dengan tiba-tiba apabila dia melihat seorang gadis bertudung bawal serta berbaju kurung bercorak abstrak bewarna biru tua.Memang padan dengannya,sedondong!Macam tahu-tahu aja.

  Jia mengatur langkah ke meja tersebut dan melabuhkan punggung diatas kerusi dihadapan Namjoo.Tersentak gadis tersebut dibuatnya dengan kehadiran Jia yang muncul secara tiba-tiba tanpa memberi salam.

  “Waalaikummusalam”Sindir Namjoo sambil mencebik bibir.Jia yang terasa tersipu-sipu memberi salam.

  “Dik,nak minum apa?”Soal seorang pelayan yang berusia awal 20-an dengan wajah yang selamba,tiada secalit senyuman.

  “Err…Air kosong ajalah”Jia tersengih,pelayan tersebut mengetap bibir,datang sini memesan air kosong sahaja,baik lepak dirumah aja.

  “Jadi,ada apa pasal Oh Sehun?”Jia menyandarkan badannya pada kerusi dan mengipas-ngipas muka.Panasnya,kipas berpusing macam semut,lambat.

  “Oh ya,kau cakap dia anak pe,anak apa yang pe itu?”Jia menyapu peluh diwajahnya dengan tisu kemudian membetulkan duduknya.

  “Dia anak peguam,hebat,kan?”Namjoo menepuk tangannya.Jia terangguk-angguk dan tersenyum.Bercakap mengenai peguam,dia memang suka akan peguam tetapi itu tidak bermakna dia akan suka pada Oh Sehun walaupun dia anak peguam.

  “Jadi?”

  “Macam aku cakap..Sebab itu…dia nampak hebat sangat dan aku suka..Dia disebabkan kau tinggal dengan dia,aku naklah kasi informasi penting tentang dia supaya kau tak susahkan dia,okay?”

  Jia tersenyum,namun dalam senyumannya itu ada maksud jahat yang tersendiri.Informasi penting mengenai Oh Sehun?Bukankah lelaki jahat dan berhati busuk?Informasi ini tersangatlah penting.

  “Terima kasih Namjoo!Aku akan hargai informasi yang kau kasi ini”Jia tersenyum lebar,perasaan teruja memenuhi dadanya.Pasti ada rancangan yang bermain dimindanya.

  “Sebelum itu..Biar aku cerita macam mana aku suka si Oh Sehun,masa itu darjah tiga,itu tahun pertama aku satu kelas dengan dia,teruja jangan cakaplah,dup dap dup dap jantung aku,budak-budak lain selalu cakap pasal dia”Namjoo menekup pipinya yang sudah kemerahan.Kini Jia musykil,adakah sahabatnya itu masih menyimpan perasaan terhadap Oh Sehun?

  “Nak-nak lagi bila aku berkesempatan dapat duduk disebelah dia,rasa macam akulah budak paling bertuah,aku selalu kagum tengok beg Ultraman dia,kotak pensil Ultraman dia”

  Jia terlopong.Ultraman? Mamat itu mesti obsess dengan makhluk bermata kuning bujur tersebut.Tak mengapalah,Jia lebih suka Teletubbies dan Pingu,jadi mereka tidak berkongsi rancangan kegemaran sewaktu kecil,itu bagus.

  “Dia memang comel gila!Dia memang bijak,selalu dapat nombor satu dalam kelas,dia memang sempurna dari semua segi”

  Jia terasa tekaknya berbulu,dia patut mencuci tekaknya dengan memuntahkan segala cerita yang dikongsikan oleh Namjoo,Sehun manusia yang sempurna dari semua segi?

  “Tapikan,perkara yang penting..Aku dapat dia suka orang lain,haih,walaupun kami duduk satu meja,dia tak pernah jeling pun dekat aku apatah lagi berborak,senang cakap dia sombong nak mati”

  “Lawak,sombong gila nak mati,dia boleh ketawakan aku pula? Dia patut berlagak cool dan biarkan aku aja waktu aku rebah tempoh hari”Detus hati Jia,tidak puas hati.

  “Dia ada minat dekat seorang pelajar perempuan,darjah enam”

  Jia tersedak dan terbatuk beberapa kali sebelum merenung Namjoo dengan dalam.Hebat,si Oh Sehun yang berusia 9 tahun suka pada perempuan 12 tahun? Dahsyat kanak-kanak zaman dahulu.

  “Dia rapat dengan perempuan itu,orang lain mungkin cakap diorang seperti adik dan kakak tapi aku tahu,Sehun pandang perempuan itu sebagai wanita,bunyinya pelik ke? Ah,sebab aku tahu,setiap kali perempuan itu lalu tepi kelas kitaorang,dia hanya tersenyum aja”Namjoo terangguk-angguk menerangkannya.

  “Jadi,dekat mana perempuan itu sekarang?”Jia menyoal dengan perasaan curiga.

  Namjoo menundukkan kepalanya dan menggigit bibir.

  “Meninggal”

  “Hah?”Terbeliak mata Jia.

  “Hmm..Aku..Aku tak tahu sangat..Tak payahlah cakap pasal perempuan itu”Oleh kerana Namjoo berkata begitu,Jia akur sahaja.

  “Jadi,aku nak beri kau list Sehun,nah”

 

***

 

  Selesai semua penghuni didalam rumah itu solat maghrib,menundukkan diri dihadapan Ilahi,mereka berkumpul di hadapan TV diruang tamu untuk meluangkan masa bersama-sama.Walaupun Sehun lebih selesa berada didalam bilik,Joonmyeon tetap memaksanya untuk turut sama.

  “Kenapa aku diheret ke sini?”Sehun mendengus kasar.Dia melabuhkan punggung diatas karpet gebu dan menyandarkan kepalanya pada sofa.Dia menyilang tangannya dan merenung kaca TV,drama apa dia tidak tahu,tengok ajalah.Tidak jauh dari tempatnya,Naeun disebelah sedang mendeguk air mineral,matanya begitu fokus pada TV.Disebelahnya pula adalah Jia yang bertuala dan diletak kerongsang.Sia-sia Namjoo menghadiahkannya tudung.Disebelah Jia pula Puan Kim dan Joonmyeon.

  Sehun melirik ke sebelah,melihat kearah Jia yang sedang menggaru-garu kepala dan menguap.Sehun tersenyum sinis.

  “Macam monyetlah minah itu”Sehun berbisik didalam hatinya.Memang lain dari Jia yang berada ditaman tema.

  Ketika itu,Naeun melirik kesebelah,melihat Sehun yang merenungnya,sebenarnya lebih tepat mengamati Jia yang kurang beradab dan sopan seperti gadis-gadis lain.Naeun terkedu seketika apabila matanya dan juga mata Sehun bertembung.Sehun hanya tersengih kelat,tidak tahulah pula matanya akan bertembung dengan mata anak perempuan Puan Kim.Mereka sekadar bertukar pandangan mata.

  Jia menggaru lehernya,tidak faham mengenai drama yang dimainkan di kaca TV.Dia menoleh ke sebelah dan terangkat kening,ada drama yang lebih menarik,drama antara Oh Sehun dan Kim Naeun.

  “Ow,hubungan apakah yang terjalin antara mereka,ohoho”Jia ketawa kecil didalam hatinya.Patutkah dia melaporkan maksiat ini kepada Puan Kim disebelah?

  “Hurk,kek!”Puan Kim berlari anak ke dapur,kek yang dibakarnya mungkin sudah masak.Jia berpaling ke sebelah kanan dan matanya bertembung mata Joonmyeon.Kekok,suasana kekok memenuhi suasana antara dua manusia tersebut.Jia tersenyum senget dan menjeling sekilas.Joonmyeon pula berdehem dan mengalihkan perhatiannya pada kaca TV semula.

  Sehun memasukkan bertih jagung ke dalam mulutnya bertubi-tubi.Dia menoleh kearah Jia,mata mereka bertembung untuk beberapa saat.Sehun hanya terkebil-kebil,mengingati diri Jia dihadapannya sebagai badut.

  “Uhuk!Uhuk!”Tiba-tiba Sehun tersedak dan menepuk-nepuk dadanya.Berasa pedih,matanya juga berair.Naeun disebelah terkejut dan tercengang dalam waktu yang sama.Tanpa membuang masa,Sehun menarik air mineral ditangan Naeun dan mendeguknya dengan rakus.

  Naeun terbeliak mata melihat Sehun mendeguk air dengan selamba,sejurus kemudian menyeka bibirnya dan menghulurkannya kepada Naeun sambil tersengih.

  “Hei,air kau selamatkan nyawa aku,kalau tak aku mungkin mati tercekik”

  Naeun terkebil-kebil sambil matanya mengamati wajah Sehun.Dia mendeguk air liur.

  “D..Dia..Minum tempat mulut aku minum..Ini…”Naeun terkebil-kebil.Wajahnya berona merah dan dia berlari anak ke tingkat atas dengan tiba-tiba.Sehun terjongket kening.Hairan dengan kelakuan gadis muda tersebut.Masalah hormon agaknya.Sehun menggeleng kecil.Tanpa dia sedar,Jia sedang memerhatinya dengan mata yang dijegilkan.

  “Aku pasti,dia mungkin nak rosakkan Naeun,walaupun aku tak suka sangat minah bendul itu,dia sepupu aku yang lawa,aku kena jarakkan mamat ini dengan Naeun”Bisik Jia sendiri.

“Dan sekarang ini,kita bersama dengan peguam Oh yang berjaya menyelesaikan satu lagi masalah”Jia mengalihkan pandangannya pada kaca TV dan tersenyum lebar.

  “Peguam Oh”Jia berbisik didalam hati sejurus tersenyum meleret.

  Sehun mencebik bibir apabila matanya terpandang kaca TV dan Abahnya yang menghiasinya.Bibirnya digigit lalu dia beredar pergi dengan wajah yang bengis.Jia dan Joomyeon sekadar memerhati Sehun yang berlalu pergi.Jia menjegilkan mata.

  Jia bergegas pergi ke tingkat atas,adakah Sehun sedang menuju ke bilik Naeun dan cuba memperkosa gadis itu? Naeun pula hanya membiarkan Sehun kerana dia telah tertipu dengan rupa Sehun yang kacak? Tidak!

  Jia menyerbu masuk ke dalam bilik Naeun,namun apa yang dia lihat,Naeun sedang membaca buku dengan tekun,tiada Sehun didalam bilik.Jia menarik nafas lega dan bercekak pinggang.

  “Hei Naeun”

  Naeun berpaling ke belakang dan melihat Jia,dia menggeleng kepala,buruk betul lihat Jia yang bertuala diatas kepala sebegitu.

  “Kak Jia nak apa?”Soal Naeun dengan nada yang mendatar.Jia berdehem kecil dan merapatkan jarak.

  “Hei Naeun,Akak ada nak beritahu sesuatu,sebagai seorang gadis yang telah hidup 2 tahun lebih lama,jadi Akak ada lebih banyak pengalaman”Jia tersenyum manis.

  “Er..Akak nak beritahu apa?”Naeun menjegilkan matanya.

  Jia melabuhkan punggung di birai katil dan menjuntaikan kakinya yang panjang itu dan perlahan-lahan mengangkat wajah dan mendongak ke siling dengan jari ibu dan telunjuknya diletakkan pada batang hidung.

  “Dunia sekarang,penuh dengan maksiat,ehem-ehem,anak dibuang merata-rata….

  Naeun hanya memerhati Jia yang melalut seorang diri seperti ahli politik.Naeun menggaru kepalanya,apa yang mahu disampaikan? Adakah Jia masuk dalam mana-mana pertandingan berdebat lepasan SPM?

  “Kak Jia nak beritahu apa?”

  “Biar Akak berterus terang ajalah,Naeun,kalau ada lelaki pandang Naeun dengan dalam-dalam atau berikan senyuman yang menggoda,jangan layan,lagi-lagi…”Jia menjegilkan mata.Dia mahu sebut nama Oh Sehun sebenarnya.

  “Lagi-lagi?”Naeun cuba menyambung ayat Jia yang tergantung.

  “Senang kata,jangan rapat dengan mana-mana lelaki,kalau nak pun,dengan macam Joonmyeon sudah,okay,pergi dulu”Jia berjalan pergi meninggalkan Naeun yang tercengang.

  “Apakah?”Naeun menggaru kepalanya.

 


 

Saya menaip cerita ini hari-hari.Fuh,saya baru buat rangka sampai bab 6 sahaja.Saya tidur lewat T_T.LOL,saya rasa masa semakin cepat berlalu dan saya belum bersedia untuk SPM 2015.Saya try study sendiri,menelaah buku teks yang dikasi,saya nak hafal subjeck Perdagangan terlebih dahulu.Heol.Sistem perbankan..olala~Tahun hadapan akan jadi tahun yang sibuk semua! ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
komen?

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 10: Akak! Saya telah jatuh hati kepada suho yg begitu alim dan terlampau alim! Saya ship joonmyeon ngn jia!!
rp_pcy
#2
Chapter 10: syah T^T sambung laaaa lagiiiiiiiiiiii x'c encik badut...taeyong.. :( xD ok aku paham ._. ko spm ._. Sian koo. belajar rerajin xD kekeke :* gudluck for everything yo

aku spam inbox fb ko malam ni nk? x3 eheheh xD
rp_pcy
#3
Chapter 8: syahh xD bhahahahahh rindunyeeee ff nii xD xD xD
Najwa_Exo
#4
Best ff ni..Palli sambung!! Hihihi ♡♡
SehunZziYeol12
#5
Chapter 10: gud lock author nim untuk spm~ klau ade masa update lah authior yg comel~ best best best ~
SyazanaZack
#6
Chapter 9: update soon :)
izzah94 #7
Chapter 9: mungkin yookyung adik tiri sehun.