Bab 10

Disebalik Mekap Si Badut

  Kepalanya digaru berkali-kali,matanya lama merenung kearah hujung katil dengan wajah yang gusar. Posisinya yang sedang memeluk lutut,menampakkannya seperti anak kecil yang sedang kesedihan. Dia didalam dilemma dan kekeliruan yang amat parah. Ini tidak boleh jadi,dia memerlukan segelas air sejuk bagi menghilangkan perasaan yang tidak disukainya ini.

  Dia berjalan menuruni tangga dengan bibir yang dijilat dek terlalu kering. Apabila kakinya melangkah kearah dapur,matanya bertembung sebuah figura badan yang sedang membengkok,mencari sesuatu didalam peti sejuk. Dengan tiba-tiba Sehun tersenyum nakal,matanya liar memerhati setiap sudut dan inci badan yang lentur tersebut.

  “Huish! Apa aku fikir ni!,”Sehun menampar dirinya sekali menjerkah didalam sanubarinya,agar tiada sesiapa mampu mendengarnya. Dia berdehem,menghasilkan bunyi yang dalam dan sedikit serak. Si empunya badan tersebut berdiri dengan tegak. Mulut Sehun terlopong. Dia fikir badan itu milik Jia atau Naeun,rupanya Puan Kim.

  “Oh,Sehun,ada apa?”

  Sehun seolah-olah mahu menggantung dirinya pada kipas yang sedang berputar diatas siling. Dia menyumpah dirinya sendiri dan tersengih kekok memerhati Puan Kim yang tersenyum mesra.

  “Er..Tak..Saya nak minum air,” Sehun mencapai gelas diatas rak dan mengambil botol air didalam peti lalu menuang dan mendeguknya dengan pantas.

  Puan Kim wanita yang sudah mencecah usia angka empat,dia tahu benar isi hati anak muda tersebut melalui raut wajah. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran anak muda tersebut,walaupun bukan anaknya sendiri. Puan Kim menyilang tangan dan tersenyum manis,menunjukkan kemesraan yang ada didalam dirinya.

  “Jadi,apa masalahnya? Boleh beritahu pada Makcik?,” Puan Kim menjongketkan keningnya beberapa kali. Menginginkan kepastian.

  Sehun terkebil-kebil dengan senyuman kekok dan hampa tersebut. Bagaimana wanita tersebut mengetahuinya? Apa-apa pun bagus juga,dia boleh bertanyakan pendapat orang dewasa dan meloloskan dirinya dari situasi yang perlu dihadapinya ini. Sehun sekali lagi membersihkan tekaknya dengan deheman yang lebih kuat dari sebelumnya. Dia menunduk merenung lantai,seolah-olah lantai tersebut gadis cantik yang mahu bermain mata dengannya.

  “Makcik..Sebenarnya..Ibu saya..Kahwin..Lain”

  “Oh..Baguslah”

  Sehun mencebik dan memuncungkan bibirnya. Mengapa bagus pula,langsung tidak bagus,walaupun sedikit. Dia mengharapkan Ibunya tempat dia akan bersama selepas meninggalkan Abahnya. Sehun menarik nafas panjang dan melihat kearah hadapan,merenung lembut wajah lembut keibuan tersebut.

  “Dia nak saya makan malam dengan keluarga baru dia..Perlu ke saya pergi?”

  Sehun mengamati wajah Puan Kim,mahu memastikan jawapan yang akan diuturkan oleh wanita tersebut dengan penuh perhatian. Dia menantikan jawapan yang akan diberi. Puan Kim mengusap-ngusap dahinya,mencari jawapan yang sebaiknya.

  “Sebab dia Ibu kamu,apakata kamu pergi aja,raikan kebahagiaan dia,” Jawapan dari Puan Kim sedikit sebanyak agak menaikkan angin Sehun dan merosakkan emosinya ketika itu.

  “Kenapa..Dia kahwin lain..Dengan lelaki lain..Dan..Dia langsung tak hiraukan saya”

  “Dia masih Ibu kamu,pergi atas nama dia Ibu yang mengandungkan kamu selama Sembilan bulan dan menggunting rahim untuk membenarkan kamu mengetahui erti kehidupan diatas dunia ciptaan Allah ini”

  Dah kena jawapan yang berbaur keagamaan dan keinsafan. Sehun mati kata lantas sekadar mengangguk,nampaknya dia tiada pilihan selain mengikuti makan malam bersama keluarga tersebut. Setelah berterima kasih pada Puan Kim yang memberikan jawapan yang rasanya elok dan sememangnya benar,dia mengundurkan diri,berjalan pergi menaiki tangga dan bertembung dengan Jia,yang sedang bertudung Bawal bewarna hitam dengan kemeja Hitam berlengan panjang dengan hujung tangan berkacip dan seluar Jeans yang turut bewarna hitam. Senang cakap,semuanya hitam. Sehun memerhati gadis tersebut dari atas sehingga kebawah.

  “Kau nak pergi mana serba hitam ni? Merompak?,” Sehun ketawa terbahak-bahak dengan perutnya yang ditekan. Jia sekadar memerhati wajah lelaki tersebut dengan kosong,dia sedang bersimpati terhadap lelaki bodoh yang tertawakannya sekarang ini,oleh kerana dia mempunyai hati yang baik serta bersih seperti kapas yang baru jatuh keatas bumi dari pokoknya,Jia beredar pergi tanpa mahu berkelahi.

Sehun mematikan tawanya apabila gadis itu sekadar berlalu saja,tanpa begitu hiraukan mulut jahatnya. Sehun mencebik bibir dan bersiul-siul dengan kepalanya menghendap disebalik tangga,memerhati gadis itu menuruni tangga dengan wajah yang besederhana.

 

***

 

  Duit tambang dihulur kepada pemandu teksi tersebut yang berusia lebih kurang lima puluh-an dengan jambang putih serta mata yang kuyup,tiada secalit senyuman diwajahnya. Difikiran jahat Sehun,pemandu teksi itu mungkin sekadar bermanis muka dengan gadis yang menaiki teksi yang dipandunya. Dia tidak akan membenarkan Jia menaiki teksi ini,kecuali bersamanya.

  “Parah..Apa yang aku fikir sekarang ni?,”Sehun menggaru-garu dahinya. Dia mempercepatkan langkahnya memasuki restoran yang mula penuh dengan pelanggan,pasti masakkan di restoran ini menyelerakan sehingga mampu memikat Ibunya untuk menikmati hidangan disini untuk makan malam bersama keluarga ‘bahagia’ bersama.

  Sehun terkial-kial dihadapan restoran itu,matanya liar mencari bayang wanita yang berusia akhir pertengahan 40-an direstoran tersebut,tidak lama kemudian dia mampu menghidu jejak Ibu dan dua lagi lelaki bersamanya.

  “Sehun,”Puan Oh yang sudah bertukar menjadi Puan Lee melambai-lambai tangan dengan mesra kearah anak kandung Sulungnya yang tidak jauh dari mejanya. Sehun mengeluh panjang sebelum mengatur langkah mendekati mereka dan mengambil tempat disebelah Ibunya dan berhadapan dengan adik lelakinya.

  “Sehun..Ini Ayah baru kamu,Lee Hwangju..Dan juga adik lelaki kamu,Lee Taeyong,dia setahun lebih muda,” Jelas Puan Lee dengan senyuman yang ikhlas benar menjadi penghias raut wajahnya ketika itu,membuatkan perasaan meluap mula muncul didada Sehun.

  Sehun mengalihkan perhatiannya kearah hadapan,Taeyong yang sedang merenungnya dengan tajam,dia seperti Black Hole yang mahu menarik Sehun lemas kedalamnya. Pandangan anak mata tersebut begitu menakutkan dan dingin,biar benar dia adalah adik lelaki Sehun,dimana Sehun terasa seperti dia anak kecil yang akan dijerkah bila-bila masa sahaja.

  Sementara itu,sepasang mata sedang memerhati keluarga ‘bahagia’ yang akan menikmati makan malam mereka direstoran tersebut. Pemerhati sibuk memerhati sehingga si pemerhati dirinya menjadi tidak senang dan mencebik bibir.

  “Woi,Jia! Buat kerja! Bukan menghendap,ingat ni restoran bapak kau punya ke?,” Jerkah salah seorang pekerja direstoran itu yang sedang mengangkut pinggan mangkuk,melintasi Jia yang berada disebalik dinding di dapur.

  “Semaklah..,” Ujar Jia sendiri,dengan nada yang perlahan,namun cukup untuk didengar oleh si penjerkahnya. Perempuan itu mengambil senduk dan berhasrat untuk membalingnya keatas kepala Jia dengan sekuat hatinya,kerana hatinya sakit melihat manusia dihadapannya ini.

  “Min Ah,apa yang kau tengah buat ni? Nak buat apa dengan senduk ni?,” Chanyeol mengangkat keningnya dengan mata terkebil-kebil. Gadis yang digelar penjerkah yang lebih dikenali Min Ah mencebik bibir dengan mata dijulingkan. Dia tahu,Chanyeol akan membelahi Jia,kerana mereka berdua kelihatan agak rapat.

  “Tak ada apa-apalah,huh!,” Min Ah membawa dirinya menuju ke sinki dengan hati yang mendung kerana dia bersusah payah melakukan kerja,manakala Jia hanya menghendap disitu selama sepuluh minit.

  Mata Chanyeol mengekori Min Ah yang berlalu pergi dengan senyuman yang nipis diiringi dengan kepala yang digeleng. Dia berdiri disebelah Jia yang sedang sibuk memerhati dengan bibir yang disengetkan.

  “Apa yang menarik sangat ni?”

  “Bukankah tu,Oh Sehun?,” Soalan Jia membuatkan dahi Chanyeol terangkat,matanya dialih pada arah yang ditunding oleh Jia dengan jari telunjuknya. Sehun menyengetkan bibirnya dan tersenyum kosong dengan kepala dianggukkan dan dengungan yang menandakan ya.

  “Hah,pergilah ambil pesanan meja yang Sehun berada sekarang tu,” Ujar Chanyeol dengan selamba,membuatkan mata Jia terbeliak. Tidak mungkin! Dia tidak mahu!

  “Tak naklah”

  “Mana boleh,awak seorang aja yang tak ada kerja sekarang,semua orang sibuk,cepat,buat kerja walaupun awak ni anak saudara tauke,” Kata-kata itu membakar semangat Jia untuk bekerja lebih masa,lebih masa konon,dia baru aja sehari bekerja disini. Dia bergegas kearah meja itu dengan tangan yang menggenggam pen dan juga buku nota kecil bagi menulis pesanan pelanggan.

  Diakui,langkahnya menjadi begitu berat dan memberikan rasa yang beban terhadap dirinya. Dia menarik nafas dengan lembut dan cermat,kini dia berdiri dihadapan meja bernombor tiga,dia melirik kearah Sehun sekilas yang sedang terlopong melihat dirinya.

  “Boleh saya ambil pesanan?,” Puan Lee mendongak wajahnya dan mengangguk-angguk,sibuk menunjukkan menu yang ingin dipesan bersama suaminya,nampaknya dia menentukan hidangan yang akan dihidangkan oleh mereka berempat. Sementara itu,Taeyong hanya memerhati Sehun yang hanya memerhati Jia yang dengan tekun menulis menu diatas buku notanya. Taeyong tersenyum sinis dengan tangan menongkat pipi.

  “Wah,citarasa Abang aku agak rendah,” Tatkala Taeyong berkata begitu,Sehun mengalihkan wajahnya kearah hadapan dengan kening yang bertaut.

  “Citarasa si abang dengan adiknya tiada kena mengena langsung”

  “Nampaknya si abang itu terasa dengan kata-kata si adik”

  “Apa budak ni..Citarasa apa plak,” Sehun berbisik sendiri dengan dahi yang berkerut,apabila dia menoleh kearah Jia,gadis itu sudah tiada ditempat dia berdiri beberapa saat yang lalu.

 

***

 

  Tali kasut diikat dengan elok-elok serta kemas. Beg sandangnya ditolak ke belakang dan dia mula berdiri tegak dan membetulkan baju Denimnya. Pada saat itu juga,dia dapat rasakan badannya ditolak ke tepi,hampir jatuh tergolek dia kedalam longkang dibuatnya.

  “Siapa suruh tercegat tengah jalan!,” Si penolak berlalu pergi dengan langkah yang pecut,nampaknya si penolak dalam situasi mahu ke tempat kerja dengan cepat. Sehun mendengus kasar,bukan pintaan maaf atau apa yang diberikan padanya.

  Dia mula teringat akan sesuatu,jadi Jia mempunyai dua kerja sekarang ini? Dia menepuk-nepuk punggungnya yang terjatuh diatas lantai tadi dan memusing-musingkan pinggangnya yang seakan-akan terseliuh.

  Dia mula mengangkat kaki melangkah dengan pantas,dia juga tidak boleh lambat ke tempat kerja,namun dia tidak akan membenarkan dirinya dilihat oleh Jia,atau rahsianya akan pecah. Dia hanya memerhati Jia yang sedang berlari dengan pantas sehingga beg galasnya terumbang-ambing.

  Tidak lama kemudian,Sehun tiba dihadapan taman tema dimana dia selalu bekerja sebagai badut,dia menuju ke tandas bagi menukar pakaiannya yang mengambil masa lebih kurang 30 minit,campur tampal mekap tebal pada wajahnya lagi.

  Dia berjalan keluar dari tandas dan bersiul-siul menuruni tangga dan tidak semena-mena terserempak dengan Jia yang sedang berkostum arnab yang tercegat kaku.

  “Hai,”

  Jia tidak membalasnya,hanya mendiamkan diri dan menundukkan kepala sebelum mahu beredar menaiki tangga melintasi Sehun.

  “Maafkan saya,saya mamai mungkin hari tu,” Sehun mengusap-ngusap belakang lehernya. Kata-kata tersebut membuatkan Jia menghentikan langkahnya,dia memusingkan badannya.

  “Kawan?”

  Jia tersengih sendiri disebalik kostumnya dan mengangguk-angguk dengan wajah yang riang,dia mengangkat ibu jarinya keudara,membuatkan Sehun ketawa sendiri dengan perut yang ditekan.

  “Takpelah Cik arnab,saya pergi dulu,” Sehun melambai-lambai tangannya dan berlalu pergi dengan hati yang tenang,tenang kerana Jia mungkin sudah memaafkannya? Jia menyilang tangan dan berjalan masuk ke dalam bilik air. Hairan,kenapa terasa seolah-olah dia seperti sudah biasa dengan Encik Badut? Mungkin juga,ibarat drama-drama China,mereka sudah bersama ketika dahulu,haha..

  Jia dengan tekun mengagih-agihkan risalah kepada pengunjung yang datang dengan kelatah yang membuatkan mereka tersenyum dan mampu meraih perhatian kanak-kanak yang mengelilingi dan meminta untuk bergambar dengan mereka,nampaknya Jia mampu mendapat nama sebagai pekerja paling berdedikasi bulan ini,itu semua terjadi kerana dia terasa sungguh gembira sekarang,dia ketawa kecil dengan pipinya kemerahan,bagus juga dia pakai kostum ini,jadi dia tidak perlu menyorokkan wajahnya yang kemerahan.

  “Abang Badut! Abang Badut! Buatkanlah belon untuk saya! Buatkanlah!,” Tangan Sehun digoncang-goncang dengan laju oleh seorang kanak-kanak lelaki dengan badannya yang terlompat-lompat bagi meraih perhatian Sehun.

  “Oh,ya,ya,” Perhatiannya agak tergendala oleh kerana mengamati Jia yang begitu bersemangat bekerja.

  Dengan tiba-tiba,dia teringat akan sesuatu,sesuatu yang membuatkannya berasa lemah semangat dan mencebik tidak puas hati,dia tidak sangka,syarikat yang dia bekerja sekarang ini dibawah naungan ayah tirinya. Mengapa dia tidak tahu akan perkara tersebut? Kepalanya tergeleng sendiri. Dia memutar-mutarkan belon itu dengan raut wajah yang muram walaupun mekap diwajahnya kelihatan seolah-olah dia sedang tersenyum lebar.

  Ibunya sudah mempunyai keluarga yang sempurna,bapanya pula menjalani kehidupannya tanpa menghiraukan dirinya lagi. Dia seolah-olah keseorangan,dia berpaling kearah Jia,adakah gadis itu juga seperti dirinya?

 

***

 

  “Encik Badut,apa kata kita balik sama-sama? Awak tinggal dekat mana?,” Jia tersenyum dengan tapak tangannya dicantumkan. Sehun terbeliak mata,balik bersama-sama? Dengan itu,Jia akan tahu siapa dirinya? Lagipun,jika dia pulang bersama,pasti wajahnya dapat dilihat.

  “Er..Tak boleh!”

  “Hah? Kenapa?,” Jia memuncungkan bibirnya.

  “Tak payahlah buat muka macam tu,kau nak goda aku keapa?,” Sehun berbisik sendiri.

  “Sebab..Rumah saya jauh gila dari rumah awak”

  Jia mengerutkan wajah,dia mengusap-ngusap belakang lehernya yang memakai kostum.

  “Macam mana awak tahu dekat mana saya tinggal?,” Sehun terkebil-kebil mendengar soalan tersebut dan tersengih dengan otaknya ligat mencari alasan bagi menyelamatkan dirinya.

  “Er..Pengurus ada beritahu saya!,” Dia mengangguk-angguk bagi mengiyakan kata-kata tersebut. Jia menyilang tangannya,diselit perasaan sama ada mahu percaya ataupun tidak.

  “Okay,saya percaya,” Jia mengangguk-angguk,dia berlari anak menuju ke tandas,dengan itu,Sehun juga beredar dengan pantas,dia harus menukar pakaiannya dan memastikan dia keluar terlebih dahulu meninggalkan Jia,manalah tahu dia menunggu.

  Dengan tergopoh-gapah,Sehun menanggalkan pakaiannya,menyumbat-nyumbat rambut palsu dan baju badut didalam beg sandangnya,dia meminjam beg sandang Joonmyeon,manalah tahu Jia perasan dengan beg ini dan mengecamnya. Dia menyarung kemeja kotak bewarna merah dan membutangkannya.

  Dia terus beredar keluar dari tandas dan berlari menuju ke pintu pagar,dan ada satu perkara dia terlupa. Sementara itu,Jia membetulkan tudung Bawal yang dipakainya kemudian dia mengerutkan kening,memerhati seorang lelaki yang berkemaja kotak merah sedang berlari sambil meraup-raup rambutnya kebelakang. Jia menjegilkan matanya,rasanya itulah Encik Badut,hanya Encik Badut yang berada ditandas tadi dan juga,sudah tidak ramai manusia disini.

  “Wah,Encik Badut boleh tahan juga,walaupun dari belakang,” Jia terkekek-kekek sendiri. Seusai itu,dia dapat lihat sesuatu terjatuh keatas lantai,terbang dari beg sandang Encik Badut,Jia bertaut kening lalu melangkah mendapatkannya. Apabila dia mendongak,Encik Badut sudah hilang dari pandangan.

  “ Gambar..Perempuan..,” Jia terkedu sendiri,siapa perempuan ini?.

  Sehun tercungap-cungap dengan dahinya yang diseka,nampaknya Jia tidak kelihatan,dia selamat sekarang. Dia menarik nafas panjang dan tersenyum lega,selepas ini,bagaimana pula dia harus mengelak?

  “Abang Sehun,” Sehun berpaling kebelakang dan tiba-tiba si pemanggil namanya terburai ketawa dengan bibir yang ditekup.

  “Abang Sehun,kenapa dengan mekap badut ni?,” Sehun mengerutkan kening melihat Yookyung yang sedang ketawa lalu dia meraba-raba wajahnya dan melihat kearah tangannya. Kesan mekap,nampaknya dia lupa untuk membasuh mekapnya.

  “Nah,air untuk basuh muka,” Yookyung menghulurkan sebotol air mineral kepada Sehun yang terkebil-kebil,lelaki itu mencapainya dan tersenyum tanda ucap terima kasih tanpa bersuara. Dia membersihkan wajahnya dengan air tersebut. Yookyung hanya memerhati dengan tersenyum.

  “Terima kasih”

  “Sama-sama…Abang Sehun”

  Sehun mendongak wajahnya dan mengerutkan kening. Dia meraup wajahnya dan mengangkat kening. Yookyung menundukkan wajahnya dan menggigit hujung bibirnya.

 

***

 

  “Kau tengah bercakap dengan Lee Taeyong,Lee Taeyong!”

  Naeun mengerutkan keningnya dengan kepala digaru-garu. Dia menghela nafas panjang dengan kepala tergeleng-geleng.

  “Maafkan saya,tapi Ibu tak kasi saya beli apa-apa dari penjual jalanan”

  Mendengar ayat tersebut,membuatkan mata Taeyong terbeliak. Dia dianggap penjual jalanan? Dia mengetap bibirnya dan menunding jarinya kearah batang hidung Naeun dengan mata yang terbuka luas sehingga dapat dilihat urat-urat merah disekitar mata putihnya.

  “Aku bukan penjual atau ap-

  “Tipu,itulah kata-kata perompak,penjahat dan apa-apa sebelum dia mencederakan mangsa”

  “AKU NAK CARI OH SEHUN!!”

  “Awak ni gengster ke? Atau awak penjahat?? Tolong!!! Tolong!!!,” Naeun terus berlari ke dalam rumah dan mengunci pintu. Taeyong meraup wajahnya,adakah perempuan itu seorang yang bodoh atau apa? Taeyong menghela nafas panjang dan menyilang tangannya. Dahlah pemandunya sudah beredar pergi,atas arahan bapanya,konon dia akan luangkan malam bersama dirumah yang buruk ini bersama abang tirinya. Siapa nak?

  “Tak guna..Kalau nak kahwin pun,kahwin ajalah,lepastu sibuk nak satukan keluarga konon,” Taeyong menterbeliakkan matanya.

  “Taeyong?,” Dia berpaling ketepi apabila namanya dipanggil.

  “Betul ke kau tinggal dekat sini?”

  “Ya,kenapa kau ada dekat sini?,” Sehun mengerutkan kening.

  “Sebab bapak aku suruh aku luangkan masa dengan kau dekat sini,” Taeyong menghela nafas panjang dengan dengusan dihujungnya.

  “Bukan sebab kau nak?”

  “Aku tak inginlah!”

  “Okaylah,jom masuk,” Sehun mempelawa remaja berusia tujuh belas tahun itu masuk ke dalam rumah yang dia tinggal untuk sementara waktu ini. Walaupun adik tirinya kelihatan tidak beradab dan agak kurang ajar melalui penampilannya,dia ingin tahu perangai dan isi hati lelaki itu yang sebenarnya. Sehun perlahan-lahan boleh menerima keluarga ini namun bukan bapa tirinya.

  “Kau tinggal dekat sini?,” Taeyong mengangkat dahinya dengan riak wajah yang tidak percaya.

  “Yep”

  “Sempitnya,tak selesa langsung,” Taeyong mencebikkan bibir.

  “Abang Sehun,kenapa benarkan dia masuk? Siapa dia?,” Naeun yang sedang berdiri diatas tangga bertaut kening. Dia bertukar pandangan dengan Taeyong yang sedang mencebik bibir.

  “Dia adik tiri Abang”

  “Wow,Abang…,” Taeyong menyindir dengan senyuman yang jahat.

  “Assalamualaikum!! Jia In Da House!,” Jia menolak pintu dengan bahagia sebelum dia tersentak dengan kemunculan Taeyong.

  “Dahsyat,kau tinggal dengan berapa perempuan ni?,” Taeyong menjongketkan keningnya.

  “Siapa budak ni?,” Jia terkebil-kebil dengan kepalanya yang digaru-garu.

  “Oh,minah ni,” Taeyong melirik kearah Sehun dan tersenyum nakal.

 

***

 

  Jia membaringkan badannya diatas katil dengan perlahan-lahan kemudian menarik selimut melitupi badannya dan menguap sebelum menenyeh-nenyeh mata. Masa untuk tidur,namun dia masih belum mengantuk walaupun jam sudah menunjukkan kearah angka sebelas malam,Puan Kim begitu menyukai Taeyong yang amat pandai berlakon dan pandai mengambil hati orang tua,dia baru tahu Taeyong adalah adik tiri kepada Oh Sehun.

  Dia mencapai kotak diatas meja dan mengambil gambar yang berada didalamnya dengan wajah yang kosong,apa kena mengena hubungan perempuan ini dengan Encik Badut? Jia menarik nafas dengan panjang dan mengusap dahinya. Dia berasa agak rapuh dengan hanya kenyataan bahawa gambar ini kepunyaan Encik Badut. Diakuinya,bahawa dia mempunyai perasaan yang cemburu.

  “Kenapalah hidup aku banyak sangat kena mengena dengan badut?,” Dia menyoal dirinya sendiri dengan dagu yang diletak diatas genggaman tangannya,dia mendongak melihat kearah bingkai gambar dia dan ibunya dengan mata yang bertakung.

  Sementara itu,Sehun sedang sibuk mencari sesuatu didalam beg sandangnya dengan kening yang bertaut,Joonmyeon yang sedang memerhati mula menjadi gusar dengan Sehun yang sedang kehulur-kehilir.

  “Cari apa?”

  “Gambar?”

  “Gambar siapa?,” Pertanyaan Joonmyeon membuatkan Sehun menjegilkan matanya.

  “Takkan tercicir kut..Itu satu-satunya gambar yang ada!,” Sehun meraup wajahnya dan mengeluh panjang dan akhirnya terbaring diatas karpet dengan hati yang agak patah.

  “Gambar siapa ni? Jawablah,”

  “Kau percaya tak cinta pertama?”

  “Cinta pertama kau ke?,” Joonmyeon mengangkat kening.

  “Tak,kau tak boleh panggil ia cinta pertama juga,sebab bukannya aku bercinta dengan dia,aku hanya simpan perasaan,” Sehun terus bangkit dan menggaru-garu kepalanya.

  Sehun terbeliak mata seketika. Takkan dengan Jia pula,itu mustahil,tapi mungkin boleh terjadi juga,manalah tahu tercicir kemudian Jia mengutipnya. Jika gambar itu berada dengan Jia,makin susah bagi dia mengambilnya.

   “Tak,tak mengapa,dia bukan tahu pun aku yang sebenarnya badut tu,heheehe,” Sehun ketawa terkekek-kekek dengan wajah yang menakutkan,membuatkan Joonmyeon terkebil-kebil,entah apa yang sudah merasuk badan Sehun.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
komen?

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 10: Akak! Saya telah jatuh hati kepada suho yg begitu alim dan terlampau alim! Saya ship joonmyeon ngn jia!!
rp_pcy
#2
Chapter 10: syah T^T sambung laaaa lagiiiiiiiiiiii x'c encik badut...taeyong.. :( xD ok aku paham ._. ko spm ._. Sian koo. belajar rerajin xD kekeke :* gudluck for everything yo

aku spam inbox fb ko malam ni nk? x3 eheheh xD
rp_pcy
#3
Chapter 8: syahh xD bhahahahahh rindunyeeee ff nii xD xD xD
Najwa_Exo
#4
Best ff ni..Palli sambung!! Hihihi ♡♡
SehunZziYeol12
#5
Chapter 10: gud lock author nim untuk spm~ klau ade masa update lah authior yg comel~ best best best ~
SyazanaZack
#6
Chapter 9: update soon :)
izzah94 #7
Chapter 9: mungkin yookyung adik tiri sehun.