Bab 9

Disebalik Mekap Si Badut

  Jia memuncungkan bibir dengan matanya memerhati pokok-pokok bunga dihadapannya.Dia berpaling kebelakang,melihat Sehun dan Tao yang sedang bercekak pinggang memerhatinya. Jia tahu,ada aura jahat didalam jiwa Sehun sekarang ini.

  “Tao nak tengok cara tukang kebun jaga tanaman dia,jangan hiraukan kami,buatlah kerja kau elok-elok,” Sehun tersenyum manis,namun Jia tahu,jauh didalam lubuk hati Sehun sedang tertawakannya. Jia menarik nafas panjang dan membubuh baja didalam pasu ditepi batang pokok.Main taruk ajalah,asalkan dia nampak seperti professional sudah mencukupi.

  Namun fikirannya seolah-olah tersekat dan tidak mampu berfungsi untuk memikirkan sesuatu apabila dihadapannya ada seekor ulat bulu yang sedang merayap diatas kakinya. Dia menekup bibirnya,tidak mungkin seorang tukang kebun berteriak hanya kerana benda alah itu,kini dia berhati-hati menepis ulat itu menggunakan ranting kayu. Akhirnya,nyah juga serangga kecil itu,dia mampu menarik nafas lega sekarang.

  “Huh,panaslah! Aku nak masuk minum air sejuklah!,” Sehun beredar pergi,sebelum itu dia sempat menghadiahkan sebuah jelingan yang gedik terhadap Jia. Gadis itu mencebik bibir,tak matang.

  Tao hanya melihat gelagat dua manusia tersebut lalu menyembunyikan senyumannya yang berkembang mekar. Dia sudah dapat lihat sesuatu yang baru mengenai Oh Sehun,dia mengambil tempat disebelah Jia,duduk bercangkung.

  “Awak memang rajin bercucuk tanam ke?”

  “Yalah,saya kan tukang kebun..”

  “Tak..Awak tak,” Tao tersenyum dan menoleh kearah wajah Jia yang sedang terlopong. Mungkin terkedu kerana rahsianya sudah pun pecah.

  “Saya tahu ini bukan rumah dia dan semua orang dalam rumah ini bukanlah pemandu atau orang gaji semua,” Jujur Tao seraya menghembus nafas dengan dalam.

  “Owh..Hah???,” Jia terundur kebelakang dengan mata terkebil-kebil.

  “Saya pun tahu kenapa dia lari dari rumah dia..Dia tu sebenarnya..Agak obvious sedikit..Jadi..Saya dah nak balik ni..Saya harap…Awak jagalah kawan saya yang tak guna tu..Tapi dia berguna juga sebenarnya”

  Jia terkebil-kebil,mengapa pula dia diberi amanah untuk menjaga lelaki tersebut? Namun dia hanya mengangguk dan tersengih kekok.

  “Satu lagi…Jangan pernah sebut pasal Abah dia depan dia,atau dia mungkin jadi mereng”

  “Mereng?”

  “Hahaha…Taklah sampai macam tu,cuma tak perlu sebut tu..Dia tak suka”

  Jia tersengih senget sendiri,nampaknya bukan dia seorang sahaja yang sebegitu. Dia mengangguk,kerana dia juga sama seperti itu. Dia begitu mengerti apa yang akan dirasai.

  “Selamat tinggal..Huang Zhitao..Semoga kita berjumpa lagi..Haha..Bukan sebagai tukang kebun dan tetamulah,ya?”

  “Semestinya!”

 

***

 

  Dia mengeluh panjang dengan kostum yang dipakainya sekarang ini,dia memusing-musingkan badannya dihadapan cermin didalam bilik air. Kerja ini mudah,cuma memberi risalah kepada pengunjung ataupun menjual belon atau apa-apa ajalah. Dia berjalan keluar dari bilik air dengan berkostum arnab putih dengan bercekak pinggang. Lihatlah dunia, Jia sudah datang. Didalam hati dia tertawa seperti orang jahat yang sedang mengugut mangsa.

  “Uh..Bekerja dekat sini juga,ek?,” Jia berpaling kebelakang,dia terkebil-kebil melihat Encik Badut yang sedang berdiri disebelahnya. Apa perlu dia jawab? Atau mungkin dia hanya perlu mendiamkan diri? Setahunya,Encik Badut tidak begitu gemar melayannya.Mungkin jika dia berkata dia meminta kerja ini kerana dia mampu berkomunikasi dengan Encik Badut tersebut akan membuatkannya dilempar bola bertubi-tubi.

  Jia mengangguk-angguk sendiri,peraturan sebagai pekerja kostum ini,dia tidak boleh mengeluarkan suara,seperti manusia yang bisu pun ada,tidak mengapa,sekuarang-kurangnya dia mampu melambai tangan kepada Encik Badut dengan bahagia dan jayanya!.

  Sehun mengerutkan keningnya,dia pasti manusia disebalik kostum ini adalah perempuan,kerana rambut panjang terselit disebalik zip dibelakang. Mungkin juga tidak,kerana penyanyi Rock juga berambut panjang menggerbang. Malah Park Chanyeol yang tidak disukainya juga berambut panjang,namun ini boleh tahan panjang juga.

  “Hei,nampak rambut,terselit dekat zip tu,” Sehun beredar pergi sambil bersiul-siul selamba. Sebenarnya dia tidak kelihatan begitu selamba dan sungguh bergaya seperti dirinya yang sebenarnya oleh kerana mekap tebal badut dan pakaiannya.

  “Rambut?,” Jia meraba-raba belakangnya lalu memasukkan rambutnya itu cepat-cepat dan menutup zip dengan kemas.Dia bergegas kearah pintu pagar taman tema tersebut dengan risalah ditangan,dia menyambut tetamu dengan kepala yang diangguk-angguk penuh mesra,dia tidak begitu gemar untuk mengukirkan segaris senyuman diwajahnya,jadi kerja ini mudah.

  Dia melirik sekilas kearah Encik Badut yang sedang membentukkan belon menjadi seekor anjing,mungkin kucing,Jia tidak pasti. Namun apa yang dia pasti,Encik Badut langsung tidak mahu menjeling kearahnya.Dia tidak menarik perhatian Encik Badut,mengapa? Dia begitu comel disebalik kostum arnab ini!

  Lama mereka bekerja,kini waktu rehat menjemput mereka untuk seketika. Jia bergegas kearah Encik Badut dengan senyuman lebar yang tidak mampu dilihat disebalik kostumnya itu. Dia melambai-lambai tangan dengan begitu pantas. Sehingga berpinar mata lelaki badut itu.

  “Hei! Kenal tak suara saya?”

  Sehun terkebil-kebil. Suara ini? Bukankah ini suara Jia? Dia terbeliak mata dengan mulut terlopong. Jia lama tak datang menyibuk disini,sekarang dia menjadi salah seorang pekerja disini pula? Gila!

  “Kenapa kau bekerja dekat sini?!”

  “Uh..Saya”

  “Kau memang rancang,nak ganggu aku ek?”

  Jia terkedu dengan Encik Badut yang naik angin padanya. Kenapa dia dimarahi? Dia menundukkan kepalanya. Membawa dirinya pergi dengan langkah yang longlai. Sehun mati kata,adakah kata-katanya membuatkan gadis tersebut begitu terasa hati? Dia fikir Jia seorang gadis yang tidak terasa dengan kata-kata tersebut. Yalah,Jia sendiri kelihatan gagah dan brutal. Dia cuma tidak mahu Jia tahu mengenai identiti badut ini yang sebenarnya dia,Oh Sehun. Kerana dia pasti,Jia tidak begitu suka padanya.

  “Bagus Oh Sehun,tahniah diucakpan,kau berjaya buat hati perempuan yang kau suka,sedih,” Sehun terkesima sendiri. Hati perempuan yang dia suka? Dia suka? Dia suka Jia?.

 

***

 

  Jia menghela nafas panjang dengan air matanya yang tidak wujud,cuma dia terasa mahu menangis. Gila,siapa yang tak rasa nak menangis lepas kena jerkah segala? Rancang nak ganggu? Adakah dia memang seorang yang pengganggu? Dia cuma seronok berjumpa dengan badut yang lebih kurang sebaya dengannya? Kerana dia begitu suka pada badut dan membuatkannya teringat akan seseorang yang disukainya ketika dahulu. Sewaktu dia masih kecil dan naif.

  Dia mula terasa dahaga dengan dirinya yang memikirkan terlampau banyak perkara,dia mungkin tidak perlu kisahkan mengenai badut,hidupnya sedang didalam keadaan ‘telur dihujung tanduk’. Tidak stabil. Dia melangkah masuk ke dalam sebuah restoran dan melabuhkan punggung diatas punggung dengan dahi ditongkat.

  “Hard day,huh?”

  Jia mendongakkan kepalanya dan menoleh kesebelah,melihat figura badan yang tinggi lampai dengan senyuman senget diwajah,ditangannya terdapat sebuah buku nota kecil dengan pen mata 0.5. Dia ialah Park Chanyeol,rakan baik sepupunya.

  “Eh..,” Jia terkebil-kebil.

  “Awak kerja dekat sini?”

  “Sini? Kenapa tak cakap kerja dekat restoran Makcik awak?”

  Jia terlopong. Sekali lagi dia tercengang. Restoran Makcik? Sekejap,ini restoran Puan Kim? Kenapa dia tidak tahu? Ini menunjukkan bahawa dia anak buah yang tidak cakna.

  “Nah,minum ni,nak pesan apa-apa,Cik?”

  “Urr…Nasi Goreng Kampung,satu!”

  “Okey,” Chanyeol tersenyum dan beredar pergi. Namun senyumannya mati dan wajahnya mula menjadi mendung,adakah Jia bersedih kerana riwayat hidupnya tidak lagi panjang? Dia bersimpati kepada gadis tersebut,dia berpaling kebelakang,mengamati Jia yang sedang terbatuk-batuk kerana tertelan ais.

  Namun,itu cuma salah faham,Jia gadis yang cergas dan sihat. Malah dia makan lebih banyak dari Sehun atau Joonmyeon. Cuma sekarang ini dia hanya bersedih dek dimarahi Encik Badut. Namun ketika melayan perasaan mengarutnya itu,telefonnya bergetar,dia lantas mencapainya yang berada didalam beg.

  “Mesej?”

  Hei,maafkan aku kalau aku buat kau terasa. Badut.

  Jia mengerutkan kening. Badut? Mengapa Encik Badut tidak mengenalkan nama sebenarnya? Jia mengabaikan mesej tersebut dan mendongak wajahnya sekali lagi,melihat Park Chanyeol yang sedang menghidangkan pesanannya diatas meja.

  “Terima kasih”

  Chanyeol sekadar tersenyum dan melabuhkan punggung dihadapan Jia seketika,merenung gadis itu lama,membuatkan Jia mati kata.

  “Awak..Nampak sedih”

  “Haha..Sa-Saya lapar! Ya!,” Jia menyuap suapan penuh ke dalam mulutnya sambil tersengih. Hakikatnya dia sememangnya lapar,tambahan lagi dia menangis didalam perjalanan. Menangis membuatkan dia lapar.

  “Sebenarnya…Selain lapar,saya ada nak berkawan dengan seorang badut ni,tapi dia macam tak suka saya,dan dia cakap saya mengganggu dia,” Jia mendengus mengingatkan peristiwa awal tadi. Chanyeol yang memerhati tersengih sendiri.

  “Macam mana seseorang yang tengah marah,boleh jadi secomel ini?,” Bisiknya sendiri didalam sanubarinya.

  “Pelik”

  “Kan?”

  “Tak…Awak yang pelik,itu yang saya maksudkan,” Chanyeol tersenyum melihat reaksi Jia yang ternganga.

  “Ehh? Apa yang pelik?”

  “Yalah…Mana ada orang yang terkejar-kejar nak berkawan dengan badut,tambahan lagi,diorang menakutkan dan..Creepy

  “Hah? Saya tak pernah terfikir macam tu…Bagi saya,saya suka badut,badut,sesuatu yang menakjubkan”

  Chanyeol terlopong,dia tidak pernah lihat mana-mana gadis-gadis sebaya Jia begitu teruja ketika memberitahu betapa sukanya pada badut. Chanyeol mengerutkan dahinya,tidak faham akan apa yang terdapat pada badut yang membuatkan Jia begitu menyukainya.Namun Chanyeol berhenti bermonolog sendiri,bukankah Sehun bekerja sebagai badut? Adakah badut yang dimaksudkan Jia,ialah Sehun?

  “Saya suka dengan badut sejak saya kecil! Anyway,saya nak bekerja dekat sini jugalah! Ada kekosongan tak?”

  “Haha…Inikan restoran Macik awak”

  “Oh ya,hihi”

 

***

 

  Keluhannya semakin menguat apabila sudah 20 minit berlalu,tiada sebarang mesej yang masuk. Kalau masuk pun,Celcom punya. Sehun mencebik bibirnya dan menolak beg sandangnya kebelakang badannya dan menghela nafas panjang.

  Sehun mengusap perutnya yang sudah berkeroncong. Dia terasa sungguh lapar,bibirnya dicebikkan. Namun cebikkannya mati apabila dia terdengar laungan namanya. Nak-naik lagi apabila panggilan ‘Abang’ dihadapannya. Sehun pasti,Naeun.

  “Naeun,Abang laparla-

  Sehun terkebil-kebil.Jangkaannya meleset,gadis lain yang berdiri dihadapannya ini,bukan Naeun yang dikenalinya. Senyuman Sehun terketar-ketar,nafasnya tidak begitu teratur.

  “Abang Sehun,tinggal dekat sini?”

  Sehun menganggukkan kepalanya dan menundukkan pandangannya.Dia tidak tahu,bagaimana mahu berdepan dengan gadis tersebut dengan wajahnya ini.

  “Hari tu..Kita tak sempat berborak panjang,kan?”

  Sehun mengangguk lemah mendengar suara gadis tersebut.Nafasnya tersekat-sekat,dadanya menjadi sakit.Takungan empangan yang akan pecah pada bila-bila masa sahaja ini,tidak mampu dilindunginya.

  “Er…Saya pergi dulu,” Sehun mengorak langkah pergi dengan laju,tanpa berpaling kebelakang.Yookyung hanya memerhati Sehun yang membawa diri pergi,semakin hilang dari pandangannya.Dia lantas menoleh kearah kanan,dimana seorang gadis sedang berdiri memerhatinya dengan pandangan yang tidak boleh ditafsir oleh dia.Lantas,Yookyung menundukkan pandangannya dan menggigit hujung bibir dengan dahi yang bertaut.

  Sehun menghela nafas panjang dan menyeka dahinya yang berpeluh,dia menaiki tangga dan menuju masuk ke dalam bilik. Apabila pintu bilik ditolak,Joonmyeon tertidur diatas meja belajar dengan buku yang terbuka disebalik wajahnya,yang terlena. Sehun menggeleng kepala dan tersenyum sendiri.

  “Haih..Dia yang selalu tak kasi aku tidur petang..Alih-alih dia pula,” Sehun mencampak beg sandangnya ditepi katil lalu mengambil tuala di rak yang tergantung lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.

  “Hei..Kau junior,kan?”

  “Haha..!! Dia takutlah,olololo…Comelnya”

  “Kalau kau beritahu Cikgu,mati kau!”

  Joonmyeon berkerut,dengan dahinya yang dibasahi peluh,dengusannya berterusan dan semakin kuat,tangannya digenggam dengan kemas.

  Sehun yang baru sahaja keluar dari bilik air mengerutkan kening,mendengar Joonmyeon yang sedang mendengus dalam tidurnya. Dia mengesat-ngesat rambutnya dengan tuala,dia hanya memakai seluar track dengan tuala diletak belakang leher,rambutnya yang belum kering sepenuhnya itu dia diraup kebelakang. Dia menuju kearah Joonmyeon,memastikan lelaki itu baik-baik saja,manalah tahu dirasuk hantu atau apa.

  “Tak sakit pinggang ke tidur macam ni,tak faham aku,” Sehun bermonolog sendiri,dia mencebik bibir lantas perhatiannya beralih pada buku disebalik wajah Joonmyeon yang terbuka luas.

Im Jia

  Terbuntang matanya saat itu,mengapa nama Jia ditulis diatas kertas didalam buku lelaki tersebut? Sehun menarik nafas perlahan-lahan dan merenung lama wajah Joonmyeon yang sedang berkerut. Bibirnya diketap kemudian dia terkelu,dia mati kata untuk bertutur. Perasaan aneh yang bermain sewaktu itu.

  “Sehun?,” Sehun menundukkan kepalanya melihat Joonmyeon yang tersedar dari lena dengan mata dijegilkan dan nafas yang dipulas lembut. Sehun tersengih.

  “Boleh beritahu,kenapa nama minah tu ada disini?”

  “Sehun!!,” Mata Joonmyeon terbeliak,dia mahu merampas bukunya itu semula namun gagal,dia bercekak pinggang melihat Sehun yang sedang ketawa dapat mengenakannya.

  Mereka berdua berkejaran didalam bilik yang tidak begitu luas sudutnya,ketawa memenuhi ruang didalam sudut tersebut. Sehun hanya ketawa sekuatnya namun,dia tidak tahu mengapa,seolah ada sesuatu yang aneh,berkembang dengan cara yang tidak disukai,tumbuh dipangkal hatinya. Apakah itu? Apakah benda yang tumbuh dipangkal hatinya? Dia mahu tahu tentang itu. Namun,dia tidak tahu apakah jawapannya.

  Telefon Sehun dengan tiba-tiba menghasilkan melodi yang singkat,menandakan ada isyarat yang masuk. Sewaktu dia terhenti seketika,Joonmyeon merampas buku yang terdapat ditangannya. Dia mencebik. Sehun mengatur langkah kearah katil dan meraba-raba begnya,mencari telefon miliknya. Dia mengangkat keningnya apabila penghantar mesej tersebut ialah Im Jia. Dia membuka mesej tersebut dengan senyuman menyenget disebelah kiri.

  Saya maafkan awak,tapi macam mana awak dapat nombor saya?

 Sehun tersengih seketika,nampaknya maafnya diterima,namun sekarang ini  apa yang dia nak goreng supaya Jia tidak tahu bahawa dia ialah Sehun yang tahu akan nombor yang tidak pernah gadis itu beritahu? Suatu masalah.

  Saya dapat dari Boss

  Sehun ketawa terkekek-kekek. Bosslah sangat,Boss mana yang dimaksudkannya? Sehun mengesat-ngesat rambut dengan tualanya sambil merenung lama mesej yang dihantar oleh Jia. Namun dia mendongak kepalanya,melihat Joonmyeon yang sedang menyusun buku diatas rak.

  “Joonmyeon….Dia suka Jia?”

 

***

 

  Dia mendeguk susu Strawberi dengan sekaligus,habis satu gelas. Dia tersenyum lebar lalu menyeka bibirnya yang terdapat kesan diatas bibirnya,kemudian matanya jatuh pada figura seseorang yang sedang mengatur langkah memasuki dapur dengan wajah yang selamba dengan mata yang sedikit terbuntang.

  “Kau nak buat iklan susu keapa?”

  Bunyinya seperti sinis,Jia menyeka bibirnya dan mencebik bibir. Kalau dia buat iklan,dapat duit. Bagus apa. Dia membawa gelas tersebut kearah sinki dan kemudian senyumannya semakin mekar dan dia tersengih.

  “Hei,aku nampak kau dengan seorang budak perempuan ni…Petang tadi….Somebody,ek?”

  Sehun mengerutkan kening. Perempuan?.

  “Apa maksud kau?”

  “Jangan buat bodohlah,kau suka dia,ek? Mesti kau malu sangat,sebab tu kau lari macm atlit tadi..Tapi,jangan risau,aku kenal dia”

  “K-Kau kenal dia???”

  “Mestilah..Dia junior sekolah aku,kenapa? Terkejut? Takut rahsia kau pecah?”

  “Rahsia apa,kau yang salah faham,” Sehun berbisik sendiri dan mencebik bibir. Dia membawa dirinya untuk melangkah pergi,meninggalkan Jia yang langsung tidak mengetahui akan apa-apa.

  “Hmm…Dia malu agaknya…Tak mengapa,aku akan jaga dia,Tao dah kasi amanah,hahaha”

  Sehun yang mendengar apa yang dikatakan oleh Jia disebalik dinding itu mengeluh panjang. Apa yang membuatkan dia malu pula,memang Jia dah salah faham akan apa yang terjadi. Nafasnya ditarik lama namun dia mengerutkan kening secara tiba-tiba. Tao kasi amanah? Untuk menjaga dia? Sehun mengusap dagunya. Mengapa? Dia mula teringat akan sesuatu.

  “Bye,Tao..Jaga diri kau elok-elok”

  “Kau pun sama,Sehun…Aku harap,hubungan kau dengan keluarga kau akan beransur baik..Dan…Cubalah jadi manusia yang berterus-terang”

  “Yalah..Yalah,” Sehun menjulingkan matanya keatas dan tersenyum. Mereka berdakapan untuk kali terakhir sebelum Tao berangkat terbang,pulang.

  “Kau..Jangan jadikan dia macam buku lapuk,kau sedar akan buku tersebut,tapi kau tak mahu berusaha untuk mencari dan membacanya semula,dan tersenyum lagi,menghayati buku tu”

  “Pffftt..Apa kau cakap ni?”

  “Nanti,kau fahamlah”

 Sehun termangu sendiri. “Apa maksud dia?”

  Namun sekarang ini,dia ada terfikirkan satu lagi masalah. Bagaimana dia mahu ke tempat kerja dan pulang? Memandangkan Jia dan dia bekerja ditempat yang sama,Jia mungkin akan syak sesuatu. Sehun meraup wajahnya dan mendengus.

  Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Dia berkerut kening dan mencapai telefon yang berada didalam poketnya dan melihat ID pemanggil. Ibunya.

  “Hello,Ibu,ada apa?”

  “Sehun,kamu apa khabar?”

  “Ibu,cakap ajalah”

  “Kamu ni semakin dingin…Haih..Ibu nak kamu datang rumah Ibu,makan malam bersama Ayah Tiri kamu dan juga..Adik lelaki tiri kamu”

  “Wah,perlu ke? Apakata Ibu bergembira aja dengan suami dan anak baru Ibu,tak perlu kisahkan Sehun”

  “Sehun..Tak kesiankan Ibu ke?”

  “Ibu tak kesiankan Sehun,” Sehun mencebik bibir,dia menaiki tangga.

  “Sehun lari dari rumah?”

  “Sehun dihalau”

  “Kenapa tak beritahu Ibu?”

 “Ibu tak telefon pun Sehun bila tahu,Ibu telefon Sehun sebab makan malam ni aja”

  Wanita itu terdiam. Mati kata.

  “Jumpa keluarga baru kamu,okay? Jumpa malam besok,Ibu harapkan”

  Sehun mematikan telefon dan menghela nafas panjang. Bapanya sendiri halau dia hanya kerana dia tidak mahu menjadi peguam dan Ibunya bahagia bersama keluarga baru dan lupakannya. Kehidupan apakah ini?

  Jia yang berselindung dicelah tangga mengerutkan dahi. Perbualan itu agak dingin.

 


 

Saya rasa saya mungkin dapat habiskan 10 bab sebelum sekolah bermula. Saya belum bersedia untuk ke sekolah,sebab tahun SPM punya pasal,blurghhh,saya dah tak boleh bermain dan bercakap pasal KPOP  waktu cikgu tak masuk atau apa-apa.Lepas ni saya dah jarang on,oh *menangis* lihatlah,saya akan balas dendam lepas habis SPM,saya akan bergembira sepuasnya *lol..masuk sekolah pun tak lagi,ada hati nak bermain lepas SPM* Lepas habis menulis semua bab,saya akan betulkan typo atau tanda baca yang salah dan juga menukarkan nama Melayu.Uwah~ Sesiapa excited identiti adik tiri Sehun? Saya tak tahu watak siapa yang sesuai.Uwah,makin ramai plak watak dalam cerita ni *menangis*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
komen?

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 10: Akak! Saya telah jatuh hati kepada suho yg begitu alim dan terlampau alim! Saya ship joonmyeon ngn jia!!
rp_pcy
#2
Chapter 10: syah T^T sambung laaaa lagiiiiiiiiiiii x'c encik badut...taeyong.. :( xD ok aku paham ._. ko spm ._. Sian koo. belajar rerajin xD kekeke :* gudluck for everything yo

aku spam inbox fb ko malam ni nk? x3 eheheh xD
rp_pcy
#3
Chapter 8: syahh xD bhahahahahh rindunyeeee ff nii xD xD xD
Najwa_Exo
#4
Best ff ni..Palli sambung!! Hihihi ♡♡
SehunZziYeol12
#5
Chapter 10: gud lock author nim untuk spm~ klau ade masa update lah authior yg comel~ best best best ~
SyazanaZack
#6
Chapter 9: update soon :)
izzah94 #7
Chapter 9: mungkin yookyung adik tiri sehun.