Bab 4

Disebalik Mekap Si Badut

  Ikutkan hati,Jia masih belum berpuas hati,adakah Naeun dengar akan nasihatnya atau mengabaikan sahaja nasihatnya semalam,seperti Jia ini adalah dedebu didalam kelas yang masuk ke dalam lubang hidung seseorang? Perasaan curiga memenuhi dadanya.

  “Minah tu lurus bendul sedikit,dan aku kena awasi dia daripada Oh Sehun,siapa tahu,berita buruk dan penuh dengan kejahatan seperti gadis berusia 16 tahun beranak anak luar nikah? Lelaki berusia 18 tahun menjadi bapa yang kejam meninggalkan isteri ditepi longkang? Jia tidak mampu membayangkannya.

  “Tapi serius,kenapa muka Naeun macam tak suka aku aja..Cara dia tengok aku…Sekejap”Jia menarik baju dibahagian ketiaknya lalu dihidu,hmm,tidak ada bau yang tidak menenangkan,malah menyamankan.Ada jerawat batukah dimukanya? Yang membuatkan Naeun tidak selesa? Atau mungkin,Jia tidak mampu berfikir lagi,kepalanya berasa sakit sekarang ini,dia perlukan aiskrim,oh aiskrim.

  Gadis itu berjengket-jengket dengan berhati-hati berjalan keluar menuruni tangga dengan satu persatu,manalah tahu adegan jatuh tergolek dari tingkat dua terjadi,pasti Sehun ketawa seperti hantu ketika itu,sekejap,bagaimana jika Naeun jatuh? Pasti Sehun ketawakan gadis kecil yang kesian itu dengan sepuas hatinya.

  “Tak mungkin,aku takkan benarkan Sehun gila buat macam tu”Jia menggenggam tangannya dan terus menuruni tangga sehingga dia tidak sedar,dia hampir terjatuh.

  “Ops!Nasib baik”Dia menarik nafas lega dan memerhati sekeliling,nasib baik tiada sesiapa,dia terus menuruni tangga dengan jangka masa yang amat lama.Lebih kurang lima minit,dia baru selesai menuruni tangga dan ke ruang dapur.

  “Ada tak aiskrim?”Jia menyoal dirinya sendiri dan membuka pintu peti sejuk,wah,dia begitu teruja,banyak benar aiskrim didalam ruang beku.Sungguhlah gembira hatinya,seperti berenang-renang dalam lautan makanan kegemaran.

  “Let see…Perisa Vanilla..Oreo..Dan Coklat..Hmm,Coklat?”Jia menjongketkan keningnya seketika.Coklat? Dia teringat akan list yang diberi oleh Namjoo kemudian dia menghela nafas panjang.Dia mengambil bekas aiskrim Oreo dan membawanya bersama.Tidak salahkan,habiskan? Ada dua lagi perisa.

  Jia mengatur langkah keluar dari ruang dapur dengan tuala yang dibetulkan,macam makcik-makcik pula dia sekarang ini.Ini usia dimana dia patut mencari teman lelaki,adakah dia kedengaran gatal sekarang?

  Jia menoleh kearah kanan dan terpandang seorang lelaki yang pernah dilihatnya tempoh hari,Jia terus bercekak pinggang dengan sudu dimulutnya.

  “Hei,disini tiada bilik untuk disewa”Jia mengambil sudu dibibirnya lalu mencebik.

  Chanyeol ketawa terkekek-kekek.Geli hati melihat telatah gadis tersebut.Wow,masih wujud perempuan sebegini.Dia fikir semua gadis sopan dan berpakaian dengan cantik dan kemas,namun sekarang gadis tersebut berpajama dan bertuala dan memegang sebekas aiskrim dipukul 9 pagi,bukankah gadis itu sepatutnya menukar pakaian dan menyediakan sarapan pada waktu sebegini?

  “Joonmyeon dekat atas,kan?”Chanyeol melintasi Jia untuk menaiki tangga.Jia mengerutkan dahi,bukan main tinggi lagi.Jia hanya pada paras dadanya sahaja.

  Jia mahu mencuit bahu lelaki tersebut namun dia teringat akan sesuatu,lantas dia menggunakan sudut tersebut.

  Lelaki itu berpaling kebelakang dan menjongketkan keningnya,dia merenung Jia yang mengerutkan dahi dan mengembungkan pipi.

  “Dia nak tunjuk bagaimana dia jadi katak ke sekarang ini?”Detus hati Chanyeol sendiri.

  “Oh,Chanyeol!”Dari atas,dapat didengar suara Joonmyeon.Jia lantas mendongak dan melihat Joonmyeon yang menuju kearah mereka berdua dengan senyuman yang menghiasi wajah.Jia terfikir,tidak lelah ke senyum sepanjang masa?

  “Chanyeol,ini sepupu aku,Jia”Joonmyeon memperkenalkan diri Jia kepada lelaki yang bernama Chanyeol tersebut.Jia tersengih kekok,dia patut pakai dengan lebih cantik jika dia tahu lelaki itu adalah salah satu daripada kawan Joomnyeon.

  “Oh,Hei..Hoho…Kita sebaya,I guess”Dengan laju Jia menaiki tangga dan akhirnya dia tersandung.Dua lelaki tersebut terbeliak mata apabila Jia yang tersandung dengan segera bangkit dan pergi dengan begitu laju.

  “Wow,dia pelik”Chanyeol terkebil-kebil.

  “Dan comel,kan?”Joonmyeon tersenyum meleret,matanya masih mengekori jejak Jia yang sudah hilang.

  “Kau suka dia?”

  “Erk..”

 

***

 

  Sehun hanya memerhati Chanyeol dan Joonmyeon yang bergelak sakan,Sehun mencuba untuk curi-curi dengar apa yang dibualkan namun gagal kerana setiap kali dia berbuat begitu,Chanyeol akan mengalihkan pandangannya kearah diri Sehun.

  “Macam mana pula diorang berdua jadi kawan,mesti rahsia aku pecah nanti,malunya,jatuhlah darjat aku”Sehun mencebik bibir,melayani perasaannya yang bercelaru sendiri.

  Dia berpura-pura membaca komik yang langsung tidak menarik perhatiannya sekarang.Bagaimana jika Chanyeol mengadu pada Joonmyeon akan diri Sehun yang sentiasa mengutuk dia? Pasti Joonmyeon yang suka atau obsess pada keamanan tersebut.

  “Pergi matilah dengan keamanan dia itu”Sehun mencebik bibir dan menyilang tangan.Sepatutnya dia berbaik-baik dengan Joonmyeon,dan buat hubungan antara Chanyeol dan Joonmyeon hancur,padan muka.Selepas itu dia dapat lihat Chanyeol sengsara tanpa kawan.Didalam hatinya ketawa nakal.

  “Sehun…Oh Sehun”Chanyeol memanggil Sehun dengan nada meleret-leret.Sehun pantas berpaling dan mengerutkan dahi.

  “Berani dia panggil aku macam itu”Bisik sanubari Sehun dengan geram.

  “Tolong bawakan air untuk kami berdua,tolong?”Ujar Chanyeol dengan suara yang sebenarnya manis dan lembut,namun di telinga Sehun,bagaikan larva yang mendidih dan berasap panas,seolah-olah ada maksud jahat disebaliknya.Sehun mencebik,ikutkan hati,mahu aja dia buat bodoh dan memekakkan diri,namun Joonmyeon disebelah tersenyum seperti bidadari,bagaimana jika Joonmyeon menghalaunya keluar?

  “Baik..”Dihujungnya ada keluhan kasar.Sehun beredar keluar daripada bilik sambil menyumpah seranah,terkumat-kumit bibirnya.

  “Mamat itu sengaja,kan?Geramnya aku”Sehun menggigit bibir dan menyilang tangan.Dia menuruni tangga dengan lambat,sengaja melambatkannya,agar Chanyeol mati dahaga.Padan muka!

  Apabila tiba di dapur,Sehun menyanyi-nyanyi dengan senang hati,patutkah dia makan dahulu? Supaya lebih lambat? Sehun menari-nari kearah rak untuk mendapatkan gelas.Dia memusing-musingkan badannya pula untuk ke peti sejuk bagi mengambil air.Dia tidak sedar,ada mata yang memerhati,sepasang mata yang berbulu mata dan mempunyai anak mata,ia milik Jia.

  “Lelaki itu dah gila atau apa?Dia nak jadi ballerina keapa?”Jia menggaru-garu kepala.Dia dengan segera merakan aksi tersebut.Mungkin boleh dimuat turunkan ke dunia sosial dan mengugut lelaki tersebut? Alahai seronoknya.

  Punat merah terus ditekan,rakaman sedang berlangsung makcik-makcik semua.Selamat datang ke portal Jia Yang Cantik.Jia ketawa tanpa membuat sebarang bunyi,dia dapat merakam Sehun sedang membuat senaman keatas muka sambil menuang air ke dalam gelas dengan mulut terkumat-kamit.Entah apa yang dikatakannya.Jia menekup mulutnya,begitu kelakar.

  Namun ada sesuatu yang lebih menarik perhatian Sehun,dia terlalu sibuk melayan drama didalam mindanya sehingga tidak sedar,dia menuang air terlampau banyak sehingga air melimpah keluar dari gelas dan tertumpah ke atas lantai.Sejurus kemudian Sehun menuju entah ke mana.

  Jia mengerutkan dahi,apa yang terjadi?Tidak lama kemudian Naeun muncul,menjadi watak kedua dalam rakaman,Jia menterbeliakkan mata apabila Naeun mendekati lantai yang basah kerana air yang ditumpahkan oleh Sehun yang bodoh itu.

  “Alamak!Nae-

  Jia belum sempat berkata apa-apa dia dapat lihat seolah-olah semuanya bergerak dengan lambat dan dia dapat lihat Chanyeol dan Joonmyeon yang menuju kearah Naeun yang sedang tergelincir,selang beberapa saat,Sehun pula yang muncul dengan wajah yang risau.Kemudian pergerakkan kembali menjadi normal apabila Naeun jatuh ke dakapan Joonmyeon.

  Tanpa Jia sedar,rakaman tersebut telah pun tersimpan didalam telefonnya.Jia hanya terdiam kaku.

 

***

 

  Keluhan kasar dikeluarkan lantas dia berjalan disekeliling biliknya dengan wajah yang monyok.Entah kenapa perasaan hiba memenuhi dadanya.Adakah kerana Oh Sehun yang begitu prihatin terhadap Naeun? Mengapa sewaktu dia jatuh hari itu,lelaki itu hanya ketawakannya? Jia mencebik bibir dan duduk bersila diatas lantai dan menongkat pipinya dan menarik nafas yang panjang.

  “Kenapa dia prihatin sangat pada Naeun?”Bisik Jia sendiri.Bukankah itu sesuatu yang bagus? Ada lelaki asing yang prihatin pada sepupunya itu? Tapi kenapa dia rasa macam sedih?

  “Hoi,Jia…Sedarlah kau dari semua ini…Pergi dari otak aku”Jia menggoncang kepalanya.Akhirnya dia terbaring diatas lantai,pening.

  “Adoi,entah-entah Sehun suka Naeun”Bisik Jia sendiri,jika itu berlaku,apa salahnya?

  Nanti sekejap,Jia terfikir sesuatu.Dia lantas keluar dari bilik dan masa yang tepat,dia dapat lihat Sehun keluar daripada bilik dengan wajah yang selamba.Jia menyilang tangan dan menggigit bibir.

  “Oi”

  Sehun berpaling kebelakang,melihat Jia yang sedang menyilang tangan dengan wajah yang tidak puas hati,Sehun hanya tersenyum senget dengan gaya yang boleh menyakitkan hati sesiapa yang melihatnya dan teruskan mengatur langkah,dalam kata lain,tidak begitu hiraukan gadis tersebut.

  ‘Eii!Dia tak hiraukan aku?”Jia terkumat-kumit sendiri.

  “Woi!Pelarian,aku nak cakap sesuatu ini”

  Sehun menjongketkan kening.Pelarian? Sehun menghela nafas dan memusingkan badannya.

  “Apa?”

  “Aku nampak kau bukan main risau nak tolong waktu Naeun jatuh tadi”

  “Jadi?”Sehun menaikkan kening dan menguap.

  “Kenapa masa aku jatuh hari itu dekat tandas kau hanya gelakkan aku,tak tolong?”Jia mencebik bibir sementara Sehun ketawa terbahak-bahak lantas menggeleng kepalanya.

  “Oh,jadi sekarang ini,kau cemburulah,ya?”

  “Wow,lawaknya,tidak mungkinlah aku cemburu”Jia terkedu,cemburu? Cemburukah dia?

  “Jelas terpancar pada muka kau,budak”Sehun bersiul-siul dan beredar pergi.Jia terkaku dan menghentak kakinya.

  “Oi,muka macam monyet!!”

  Sehun terbeliak mata.Dia? Muka seperti monyet?

  “Apa kau panggil aku?”Sehun kelihatan marah dan geram,Jia tersenyum bangga,dia berjaya membuat lelaki itu naik angin.

  “Ya,muka kau macam monyet,telinga macam cawan!”

  “Oh,kau ingat kau lawa sangat nak panggil aku macam tu? Muka kau itu macam burung unta!”

  “Apa? Hei,mata kau macam Mashimaro!”

  “Hei!Apa bising-bising ini!”Puan Kim muncul dengan bercekak pinggang.Wajah wanita tersebut amat menakutkan menyebabkan Sehun dan Jia tersentak bersama-sama.

  “Kamu berdua,mari sini!”Sehun dan Jia diheret ke ruang tamu dengan kadar yang segera.

  Sehun dan Jia duduk diatas sofa,apabila mereka bertentang mata,pantas mereka memusing tubuh dan mencebik.Puan Kim menggeleng kepala,macam budak-budak.

  “Cepat,minta maaf sama-sama”

  “Kenapa pula Makcik,dia mulakan”Jia bersuara tidak puas hati,kalau bukan kerana tandas hari itu,pasti semuanya indah belaka.

  “Hish budak ini…Makcik nak beritahu sesuatu,dalam rumah ini ada konsep”

  “Konsep?”Sehun mengangkat kening.

  “Ya,konsep,konsep kekeluargaan”

  “Apa?”Serentak dua manusia itu menjawab dan melihat kearah satu sama lain.

  “Lawak,dia ini keluarga?”Detus hati mereka.

  “Walaupun Sehun tiada hubungan keluarga dengan Makcik atau Jia,memandangkan Sehun tinggal bersama kami,kita semua adalah keluarga”

  Sehun terkebil-kebil.Adakah ianya bagus?Sehun tidak berasa gembira dan aman langsung dengan apa yang dinyatakan oleh Puan Kim,malah dia terasa seperti dikongkong.

  “Oleh itu,kamu haruslah berbaik-baik dan bekerjasama,seperti sebuah keluarga,bagus,kan?”Puan Kim menggenggam tangan dengan wajah yang bahagia.Jia menggaru kepalanya dan mengerutkan dahi.Keluarga? Bukankah keluarga sering bergaduh ‘manja’? Jia akan lakukannya.

  “Baiklah Makcik,saya akan anggap Sehun macam keluarga,kan,Sehun?”Jia melirik kearah lelaki tersebut dan mengerdip-ngerdipkan mata.Sehun pula yang berasa tidak senang sekarang.

 

***

 

    Hari sabtu adalah hari paling menyeronokkan bagi pelajar di sini kerana mereka lepak bersama rakan-rakan mereka dan meluangkan masa untuk berseronok tanpa perlu risau akan perkara yang berkaitan dengan sekolah,namun Naeun,dia seorang yang berbeza,walaupun hari apa sekalipun dia tetap menelaah buku-bukunya.

  Selama dua jam dia mengambil masa untuk belajar sendiri diperpustakaan Awam.Dia sungguh berasa sedih kerana tidak begitu ramai pengunjung yang datang,kalau ada pun bukan mereka membaca tetapi lebih kepada lepak membuang masa,Naeun akan banteras perkara ini suatu hari.

  Dia turun dari teksi dan membetulkan tudung bawalnya.Dia sengaja berhenti jauh sedikit dari kawasan rumahnya oleh kerana tidak cukup duit,dia tidak suka menaiki bas memandangkan ramai manusia yang menjadi penumpang dan sesungguhnya,ia tidak begitu selesa.

  Dia mendengus,biarlah dia berjalan sedikit,keluarkan peluh.Dahinya diseka dan tali beg galasnya ditarik-tarik.Dia mengembungkan pipinya dan mendongak ke langit,alamak,macam nak hujan pula,dahlah dia tidak membawa sebarang payung bersama.Mesti Ibunya marah nanti,dia harus mengatur langkah dengan segera walaupun hujan belum menitis diatas bumi.

  Dia baru teringat akan sesuatu,dia ada dengar Sehun bekerja di taman tema yang tidak begitu jauh dari tempat mereka semua tinggal.Naeun terfikir juga,dia bekerja sebagai apa agaknya di taman tema tersebut.Teringat akan lelaki tersebut membuatkan tersenyum dengan sendiri.

  “Hei…Kim Naeun,seorang aja ke?”Naeun berpaling ke belakang melihat beberapa orang lelaki yang menuju kearahnya.Naeun menjegilkan mata,mereka adalah senior disekolahnya.Naeun tidak begitu menghiraukannya dan berjalan dengan lebih pantas.Dia sebenarnya takut pada mereka,bagaimana jika dia diapa-apakan.

  “Hei,Naeun janganlah sombong sangat,jomlah keluar dengan Abang”

  Naeun mencebik bibir dan menundukkan kepala apabila mereka berdiri dihadapan Naeun dengan senyuman yang meleret.Jijik pula Naeun melihat mereka.

  “Jangan ganggu saya”

  “Alahai!Takutnya kita,haha!”Mereka sama-sama terburai ketawa.

  “Dia cakap jangan ganggu,kau janganlah ganggu”

  Naeun mendongak kepala dan melihat Sehun disebelahnya.Senyumannya mekar pada wajah,lega melihat lelaki itu berada disampingnya ketika ini.

  “Dah kau ini siapa pula? Macam jambu aja,macam jambu aja”

  “Jambu batu!Haha!”Mereka ketawa sambil menekan perut.Sehun mendengus geram.Ada pula dia digelar jambu batu? Guava?

  “Hei,jangan main-main dengan akulah!”

  “Okaylah,kitaorang tak kacau dia,tapi makan penumbuk dahulu”Salah seorang daripada mereka menumbuk Sehun dan beredar pergi.Sehun terjatuh diatas lantai dan mengusap pipinya yang terasa sakit dan pedih.

  “Awak okay?”Soal Naeun dengan risau.Sehun sekadar mengangguk dan menggigit bibir,geram dengan sikap budak-budak zaman sekarang,namun dia tidak boleh bermain minyak dan api.Dia lemah dan tidak mampu menyerang mereka.

  “Pipi awak,terluka…Ada darah”Naeun pantas mengambil tisu dan menyapunya dengan berhati-hati.Sehun hanya mengerutkan wajah dan mendongak kepalanya,mata mereka bertentang untuk seketika.

  “Hmm..Pelik”Sehun berkata sendiri.Naeun mengambil plaster dan meletakkan pada bahagian ditumbuk.

  “Terima kasih”Ujar Sehun lalu mengusap-ngusap pipinya.Sakitnya tidak terkira,nasib baik giginya tidak tercabut atau apa-apa.

  “Er..Saya pun patut ucapkan terima kasih.Pagi kelmarin..Awak risau pada saya yang tergelincir”Naeun menundukkan wajah,Sehun dapat tangkap wajah Naeun yang merah padam.

  “Salah saya juga,saya tumpahkan air”Jujur Sehun lalu mengusap belakang lehernya.

  Selang beberapa saat hujan mula turun dengan lebat secara tiba-tiba pantas mereka berdua berlari bersama dalam kehujanan.Tidak jauh dari mereka terdapat sebuah kedai runcit,lantas mereka mengambil keputusan untuk berhenti disitu untuk seketika.Sementara menunggu hujan berhenti.Naeun meraup wajahnya yang agak basah,nasib baik tidak basah kuyup,parah kerana dia memakai baju putih.Maka kulitnya akan kelihatan dengan lebih mudah.

  Sehun banyak kali melirik kearah Naeun dan sedar akan kesusahan yang menimpa Naeun lantas dia menanggalkan kemeja biru tuanya dan meletakkannya dibahu Naeun.Gadis itu akan tersentak akan perbuatan lelaki tersebut.

  “Walaupun baju itu agak basah…Er..”

  “Oh..Terima kasih”Naeun menyembunyikan senyuman,dia terasa sangat gembira,hanya kerana Sehun memahaminya.

  Sehun meraup rambut hitamnya yang basah ke belakang dan mengusap-ngusap lengannya.Sejuk pula rasanya.Mereka berdua duduk diatas bangku sambil memerhati hujan yang menitis diatas permukaan bumi.Tenang dan aman,itu yang dirasai oleh mereka berdua selain kesejukkan.

  Naeun melirik kearah Sehun sekilas dan berpaling kehadapan.

  “Awak..”

  Sehun berpaling ke sebelah dan terangkat kening.

  “Apa kata,panggil Abang Sehun? Lagipun awak 2 tahun lebih muda”

  “Uh..Okay…A.Abang Sehun kerja dekat taman tema dekat sana itu,kan? Kerja sebagai apa,ek?”

  “Hmm…Badut”Jujur Sehun lalu melihat kearah tali kasutnya yang tertanggal.Kemudian dia melihat kearah kaki Naeun dan terburai ketawa.

  “Naeun..Tali sandal awak dah tercabut”

  “Hah?”Nampaknya Naeun tidak sedar akan tersebut dan menunduk,melihat kakinya,betul,bagaimana dia tidak boleh sedar? Malunya.

  Sementara itu,didalam kedai runcit itu ada seorang gadis yang sedang memilih makanan ringan yang tidak sihat untuk dimakannya.Dia telah memilih 3 jenis yang berbeza lalu menuju kearah kaunter dan membuat pembayaran.

  Jia menghulurkan duit RM10 dan dia terjongket kening melihat lelaki yang berkerja dikaunter yang mengukirkan senyuman gatal miang mahu mengorat.Jia mengerutkan dahi dan terasa badannya meremang bulu roma.

  “Nak mengorat cermin dululah,kau bukan standard akulah,heh”Jia berdetus didalam hatinya,dia berdehem dan melihat lelaki itu yang sedang bergerak dengan perlahan,melihat senyumannya sudah menjijikkan.Kini dia memberi wang baki,tapi dia meletakkan wang diatas tapak tangan,mengharapkan Jia mengekupnya? Agar mereka bersentuh,Jia terus beredar pergi.Tak nak dia mengambil wang tersebut dari tangan yang entah kemana pegangnya.

  Pintu kedai ditutup dan Jia menggeleng kepala,geli-geli.Itu yang bermain difikirannya,kini matanya melihat kearah luar dan dia berdiri di tepi rak roti-roti.Hujan,nasib baik dia bawa payung.Dia mengatur jalan pergi dan menoleh ke kiri,matanya terbeliak,dia dapat lihat Sehun dan Naeun,pantas dia memusingkan badannya,nasib baik dia tidak sempat dilihat.

  “Apa mereka berdua buat disitu? Dengan basah kuyupnya? Buat pengembaraan keapa?”Jia menggigit bibir dan mencampak payungnya.Dia berjalan selamba ke luar.

  “OMG,hujanlah pula,saya tak bawa payung,macam mana ni?”Jia menyilang tangan lantas menekup pipinya,dengan itu,Sehun dan Naeun berpaling melihat kearahnya.

  “Kak Jia?”Naeun terangkat kening.

  “Oh,korang berdua buat apa dekat sini?”Jia membuat wajah gembira sebanyak yang boleh,dia mahu menggagalkan date antara dua manusia tersebut.

  “Uh..Hujan dah berhenti”Sehun lantas berdiri dan membetulkan baju T nya.Naeun turut berdiri dan menundukkan badannya.

  Sehun melirik kearah Naeun dan melihat sandalnya yang terputus tali,bagaimana gadis itu mahu berjalan?

  “Bagus,diorang buat drama tanpa kisahkan aku”Jia berbisik sendiri.

  “Biar awak pakai kasut saya”

  “Habis,awak?’Naeun kelihatan sungguh risau.Jia menjegilkan mata,Naeun patut dapat pemenang bagi teman wanita paling berwawasan.

  “Tak apa”Ujar Sehun.Jia menyilang tangan,sejak bila Sehun boleh jadi baik?

  “Hei,hei,Naeun,pakai aja selipar Akak,okay?”Jia menawarkan pertolongan,tidak sanggup melihat drama sandal diantara mereka berdua.

  Dengan serta-merta riak wajah Naeun berubah 360 darjah,seolah-olah tidak berterima kasih pada pertolongan yang diberi Jia.

  “Kalau kau nak tolong,okaylah”Ujar Sehun sambil memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.

  Jia ternganga,dia fikir dia akan memberi seliparnya pada Naeun dan Sehun memberikannya kasut pula.Tidak,sengsaralah kaki Jia dibuatnya.

 

***

 

  Mereka bertiga terus berjalan,Jia berjalan dengan terjengket-jengket.Sakitnya kaki dia.Dia menahan kesakitan yang terpapar pada wajahnya sebaik mungkin.Sehun melirik kearah Jia yang sedang berjalan dengan cara yang lain dari biasanya mengeluh.

  “Apa dia nak buat sebenarnya?”Detus hati Sehun sendiri.Naeun pula melirik kea rah Sehun yang sedang mengerutkan dahi,seolah sedang berfikir akan sesuatu.

  “Tch..Kenapa dia buat macam tu..Dia tak tahu ke kaki dia akan sakit?”Sehun mengetap bibir dan menarik nafas panjang.Namun dia tidak mahu menawarkan kasutnya pada Jia,macam mana jika Jia fikir sesuatu yang lain?

  “Fuh,akhirnya sampai juga,Jia berlari dengan pantas,dia tidak mampu menahan kesakitan ini lagi,dia harus sampai di rumah dengan segera.

  Apabila tiba di rumah,Jia melabuhkan punggung diatas sofa dan melihat kakinya yang kemerahan dan melecet,sakit dan pedih sangat-sangat sehingga dia mahu menangis dibuatnya.

  Selang beberapa saat,Sehun dan Naeun muncul dihadapan muka pintu,Sehun memberitahu Naeun agar membersihkan badan dengan segera agar dia tidak terkena penyakit apa-apa,gadis itu hanya akur.Sehun menutup pintu dan mencuri-curi lihat kearah Jia yang mengusap-ngusap kakinya.Sehun berjalan pergi dan kini Jia seorang diri di ruang tamu,mengalami kesakitan yang amat,dahlah ada jalan yang berbatu.Sakit gila.

  “Tak guna punya Oh Sehun,bukan dia risaukan aku,masuk bilik macam tu aja,tak guna”Bebel Jia sendiri dan meniup-niup kakinya yang pedih.

  Selang beberapa saat Jia dapat lihat sepasang kaki tercegat dihadapannya,dia mendongak kepala dan melihat Sehun yang masih tidak menukar pakaian dan sedikit basah sedang memegang sebuah besen bewarna merah lalu diletakkan diatas lantai.

  “Masukkan kaki kau dalam ini”Arah Sehun.

  “Kenapa pula?”Jia mengerutkan kening.

  “Masukkan ajalah,degil”

  Jia lantas memasukkan kakinya.Terus matanya terbeliak dan kakinya diangkat dengan pantas kerana perit bercampur pedih,habis terpercik pada lantai dan muka Sehun.

  “Woi!”Sehun menterbeliakkan mata dan menggeleng lalu mengambil tisu dan mengesat wajah dan lantai.

  “Tunggu sampai 30 minit,jangan kau berani nak keluarkan kaki kau”Sejurus itu,Sehun beredar pergi ke tingkat atas.Tidak faham apa yang Sehun sedang lakukan padanya.

  30 minit hampir berlalu dan Jia sudah pun tertidur diatas sofa dengan mulutnya yang ternganga,tidak lama kemudian Sehun tiba dengan tuala kecil diatas bahunya,dia menjongketkan kening melihat Jia yang terlena,senyuman terukir pada wajahnya.

  Sehun menuju kearah dapur dan memotong sedikit mentega lalu diletakkan diatas piring.Dia menuju ke ruang tamu dimana Jia sudah terlena.Dia duduk bersila dihadapan Jia dan mengeluarkan kaki gadis itu perlahan-lahan daripada besen.Sehun dengan cermat mengeringkan kaki Jia dengan tuala kecil diatas bahu.Sehun ketawa kecil melihat Jia yang langsung tidak sedar,lena seperti anak kecil.

  Mentega disebelah disapu pada bahagian kaki Jia yang bengkak,kemudian dia meletakkan kaki Jia diatas kerusi kecil supaya lurus.Dia membawa besen tersebut ke tandas di dapur bagi membuang air suam tersebut.

  Sehun mengesat tangannya pada seluar dan menguap,mengantuk pula dibuatnya,penat bekerja.Dia hairan,mengapa Jia tidak datang hari ini ke taman tema.Senyuman nipisnya terukir.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
AiSyah98
komen?

Comments

You must be logged in to comment
Didie_BTS #1
Chapter 10: Akak! Saya telah jatuh hati kepada suho yg begitu alim dan terlampau alim! Saya ship joonmyeon ngn jia!!
rp_pcy
#2
Chapter 10: syah T^T sambung laaaa lagiiiiiiiiiiii x'c encik badut...taeyong.. :( xD ok aku paham ._. ko spm ._. Sian koo. belajar rerajin xD kekeke :* gudluck for everything yo

aku spam inbox fb ko malam ni nk? x3 eheheh xD
rp_pcy
#3
Chapter 8: syahh xD bhahahahahh rindunyeeee ff nii xD xD xD
Najwa_Exo
#4
Best ff ni..Palli sambung!! Hihihi ♡♡
SehunZziYeol12
#5
Chapter 10: gud lock author nim untuk spm~ klau ade masa update lah authior yg comel~ best best best ~
SyazanaZack
#6
Chapter 9: update soon :)
izzah94 #7
Chapter 9: mungkin yookyung adik tiri sehun.